DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 6 April 2016

ANDAI CINTAMU AKU MILIKI - BAB 5

ACAM masih seperti Acam yang ada. Walaupun
insiden tempoh hari mencuit sedikit hati gadisnya, namun
cepat dia bangkit. Kembali menjadi Acam seperti mula-mula
kakinya menjejak ke kampus itu. Tidak mahu tenggelam
dalam dunia yang hanya berpaksikan kepura-puraan dan
akhirnya akan melemaskan dirinya sendiri. Sepanjang
semester kedua berjalan, Acam cuba menjarakkan dirinya
daripada terserempak dengan Dzil.
Semenjak insiden itu, Dzil pun sudah tidak lagi
menempel di pagar Acam seperti selalu. Walaupun senang
dengan situasi sekarang tapi Acam masih tertanya-tanya
mengapa tiba-tiba hatinya rasa kosong. Dalam mencari
ruang untuk diri sendiri, Acam seperti biasa menyibukkan
diri dengan assignment yang berlambak-lambak dan juga
persiapan untuk menjalani Latihan Industri. Peperiksaan
akhir yang akan datang pun tidak boleh dipandang remeh.
“Acam, kau dah hantar borang untuk apply praktikal
ke?” tanya Zulia rakan sekuliah Acam.
“Aku sebelum subuh dah hantar,” jawab Acam
disambut dengan cebikan Zulia. Geram dipermain-mainkan
begitu.
“Banyaklah kau punya subuh. Kau apply kat mana
ha?” tanya Zulia lagi. Tidak memperdulikan seloroh Acam.
Acam ni nampak saja ganas, tapi kalau sudah
kenal dan duduk sebumbung memang tidak boleh dilayan
sangat. Kepala bukan betul sangat pun, tiga suku juga. Dulu
suka kata kat Dzil tiga suku, dia pun lebih kurang saja.
“Alah, itu pun nak marah. Hehe… aku apply
kat area kampung aku ajelah. Tak payah nak keluar duit
bayar sewa segala. Makan pakai pun cop sponsor.” Tersengih
melihat wajah Zulia yang masih lagi kelat.
“Hmm.. aku pun ingat nak apply kat area kampung
aku juga, tapi ada dapat offer kat sini.”
“Kau duduk sini pun tak ada masalah. Siti pun
dapat area sini juga, kan.” Acam mula mempamerkan
kesungguhan membincangkan hal-hal praktikal mereka.
Pada Acam, kalau boleh dia ingin berada lebih
dekat dengan keluarganya. Tidak perlu menyewa rumah,
perbelanjaan makan minum pun tak perlu difikirkan
sangat.
“Huh, okeylah, aku nak sambung study. Kau ni
Acam, asyik novel aje. Kau dah ready ke untuk final exam?”
tegur Zulia.
“Erk... aku tengah studylah ni. Kau yang datang
kacau.” Selamba. Sengihan kerang busuk dilemparkan
kepada Zulia lantas mengundang jelingan gadis itu.
“Ha’ah, studylah sangat. Study novel. Malas aku nak
layan kau ni, Acam. Nanti aku pun sama tiga suku macam
kau,” bentak Zulia. Namun tersungging juga senyuman
kecil di wajah itu.

MINGGU peperiksaan akhir, seperti kebiasaan agak sunyi.
Semua pelajar memang akan menumpukan lebih masa
mengulang kaji pelajaran. Jika gagal sesuatu subjek, confirm
kena ulang paper pada semester hadapan. Acam memang
pantang kalau grednya menurun. Padanya, study mesti
diutamakan. Yang lain-lain letak ke tepi. Hati dan perasaan
datang kemudian. Mungkin kerana itulah, hati yang kosong
mampu dipinggirkan.
Sedang asyik membelek nota-nota sementara
menanti peperiksaan seterusnya, Acam ditegur seseorang.
“Assalamualaikum.” Salam diberi. Acam
mendongakkan wajah mencari siapakah yang memberi
salam. Senyuman terukir di bibirnya.
“Waalaikumussalam, rindunya aku kat kau, Ros,”
ujarnya lalu bangun memeluk tubuh bekas rakan sebiliknya
itu. Semakin kurus.
“Yalah, lama tak jumpa kau. Walaupun duduk satu
kampus, tapi susah nak terserempak. Kau apa khabar?”
“Aku macam biasalah, macam nilah juga.”
“Hmm, kau ada berapa paper lagi?”
“Ni yang last kejap lagi. Lepas ni aku boleh
packing dan balik lama sikitlah. Lagipun aku dapat
praktikal kat kampung aje.” Tersenyum Acam menjawab
soalan Ros. Di kepalanya sudah terbayang kampung
halaman yang dirindu.
“Best eh, okeylah Acam. Aku jalan dulu, all the best
for your last paper. Rindu kat kau nanti.”
Selepas bersalaman, masing-masing menapak
menuju haluan masing-masing.
SEMANGAT untuk berkemas mencanak tinggi. Acam sibuk
mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang ke
kampung. Pakaiannya dilipat satu per satu dan disusun rapi
di atas katil sebelum dimasukkan ke dalam beg pakaian.
Buku-buku rujukan yang diperlukan diletakkan setempat
manakala yang tidak diperlukan diletakkan ke dalam kotak.
Boleh disimpan ke dalam stor nanti. Nampaknya, kali ini dia
akan membawa pulang hampir keseluruhan barangannya.
Satu semester Acam akan berada di kampung, menjalani
latihan industrinya di sana. Dia akan merindukan
kehidupannya di sini. Rindu pada rakan-rakan dan usikan
mereka. Alah, satu semester saja pun. Tapi satu semester
pun lama juga.
Rakan-rakan serumah semuanya telah pun pulang,
hanya tinggal Acam dan Zulia yang masih lagi
berkemas. Oleh kerana mereka tidak akan berada di sana lagi
untuk semester ketiga, maka mereka harus mengosongkan
bilik mereka untuk memberi peluang jika ada pelajar lain
yang akan mendudukinya. Tentu sekali teman-teman
serumahnya akan mencari ahli baru bagi mengisi
kekosongan mereka. Tapi awal-awal Acam dan Zulia sudah
berpesan, rumah itu tetap akan mereka inap apabila selesai
menjalani praktikal nanti. Jadinya, penghuni baru nanti
terpaksa mengikat kontraklah.
Riuh bunyi hon motor di luar rumah. Acam
menjenguk dari cermin jendela yang terbuka luas.
Matanya terpaku melihat sesusuk tubuh yang tercegat
di tepi pagar. Menggosok matanya berkali-kali, Acam
seakan-akan tidak percaya pada penglihatannya sendiri.
Benarkah apa yang dilihatnya. Buang tabiat ke mamat ni,
aku ingat dah lupa pagar rumah ni, getus Acam. Hati
Acam menjadi tidak menentu. Marah pun ada juga, kerana
sibuk hendak mengganggu waktu mengemasnya. Acam
lantas menarik tudung lalu turun ke bawah.
“Nak apa?” jerkah Acam. Wajah yang tersengihsengih
di birai pagar itu ditenungnya tajam.
“Alah, garangnya awak. Dah lama tak jumpa saya
takkan sambut saya marah-marah. Senyumlah sikit,” balas
Dzil nakal.
Acam berasa agak pelik. Untuk apalah mamat
itu datang berjumpa dengannya setelah sekian lama
menghilangkan diri. Bukankah dia sekarang sibuk berkelek
ke hulu ke hilir dengan perempuan berbaju biru yang
terserempak dengannya dahulu. Namun dia tidak dapat
menolak rasa yang berbunga-bunga yang terbit dalam
hatinya dengan kehadiran Dzil saat itu.
“Buat apa nak senyum-senyum, awak bukan
boyfriend saya nak senyum-senyum kat awak pun.”
“Eh, ya ke? Bukah eh, saya ingat ya,” kata Dzil
sengaja membakar perasaan Acam. Wajah Acam yang dah
macam asam kecut tu bertambah mencuka.
“Awak nak apa kat sini, sibuklah. Orang nak
mengemas ni, esok dah nak balik.” Suara Acam mulai
mengendur. Dia tahu, kalau berkasar dengan mamat tu
lagilah tambah seronok dilayannya. Baik cakap sehabis baik,
untung-untung cepat sikit mamat itu pergi meninggalkan
dia kembali menyambung kerja-kerja mengemasnya.
“Sajalah nak jumpa awak, nanti dah cuti susah nak
jumpa. Dah tak dapat tengok muka awak yang comel ni.”
“Buat apa nak tengok muka saya, tengoklah
muka makwe awak tu.” Sakit juga telinga Dzil mendengar
sindiran Acam tu tapi masih mampu buat tak faham bahasa
saja. Makwe? Isy, minah ni tak tahu ke dialah makwe aku.
Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu. Err… ke
memang dia tak tahu? omel Dzil dalam hati.
Acam bukan tidak nampak, sudah beberapa kali dia
terserempak dengan mereka berdua. Mesra semacam saja.
Setiap kali itu jugalah hatinya ditampar rasa sayu. Dia rasa
kehilangan. Kadang-kadang Acam rasa rindu juga pada
suara lelaki itu yang sering mengusiknya, wajah lelaki itu
yang tersengih-sengih di pagarnya dan kiriman salam
lelaki itu melalui teman-teman sekuliahnya. Walaupun sering
dicampakkan ke tepi perasaan itu, namun jauh di sudut hati
dia rasa terhibur dengan sikap lelaki itu. Semuanya hanya
seketika sebelum jejaka itu bertemu gadis berbaju biru laut.
Lamunan Acam terhenti dengan tawa Dzil yang
kuat. Dia melempar pandang ke arah wajah Dzil dan seketika
mata mereka bertaut. Ada satu rasa yang menjentik hatinya
saat itu. Cepat-cepat matanya dilarikan bimbang lelaki itu
dapat menebak apa yang terlintas di hatinya.
“Awak jealous ya,” tebak Dzil merenung lembut
ke arah wajah gadis di hadapannya. Entah kenapa, hari ini
dia melihat wajah itu tidak seperti selalu. Terdampar sinar
lembut di wajah gadis itu walaupun nada suaranya masih
tinggi. Terserlah keayuan gadis di hadapan matanya itu.
“Tak ada masa nak jealous dengan awak. Pergilah,
cari makwe awak tu, jangan kacau saya.”
“Untuk pengetahuan awak, Cik Acam, dia tu bukan
makwe sayalah. Kami rakan sekelas aje. Pakwe dia
amanahkan saya untuk menjaga dia kat sini,” terang Dzil
bersungguh-sungguh. Entah kenapa dia rasa perlu untuk
menerangkan keadaan sebenar kepada gadis itu.
“Erk... ada eh alasan macam tu. Pakwe suruh
kawan jaga makwe, dah tu berkepit-kepit aje 24 jam.
Hmm...” Nak tergelak pun ada dengar alasan yang
tidak boleh blah mamat depan matanya itu.
Dzil yang mendengar sindiran Acam hanya
tersengih. Seperti biasa mempamerkan barisan gigi
putihnya yang cantik tu.
“Saya kan baik, suka tolong orang. Dah orang suruh
jaga, saya jagalah.”
Suka melihat wajah Acam kembali mencuka.
Kadang-kadang rasa nak gigit mulut kecil Acam tu yang
asyik muncung 14 inci. Isy... suka-suka aje nak gigit mulut
anak dara orang, getus hati Dzil. Tunggulah, jadi suri aku
esok, hari-hari aku gigit mulut tu, detik hati Dzil. Isy...
sempat lagi nak berangan.
“Hmm.. tak apalah, orang tak nak tahulah pasal
awak. Nak berkepit dengan makwe ke, nak tolong jaga
makwe orang ke, bukan hal oranglah,” kata Acam malas nak
melayan.
“Awak jealous ya, saya sukalah awak macam ni.”
“Eii… suka hati awaklah nak kata apa. Okey, tak
ada apa nak cakapkan, saya nak masuk. Goodbye!” Acam
meninggalkan Dzil yang masih tercegat di situ. Namun di
sebalik kata-kata yang baru terhambur sebentar tadi,
Acam masuk dengan hati yang berbunga. Sekurangkurangnya
rasa rindu pada wajah nakal lelaki itu sedikit
terubat. Cukuplah sebagai bekal selama dia menjalani
latihan industri nanti.
Dzil menghantar langkah Acam dengan senyuman
lebar walaupun tidak dilihat oleh gadis itu. Dia dapat
menebak apa yang bermain di hati gadis itu. Jika ini
caranya untuk dia menambat hati keras milik Acam, dia
akan melakukannya berulang kali. Dia akan merebut
hati gadis itu walau apa pun yang perlu dilakukan.
Hanya ada Acam dalam hatinya saat itu dan sampai bilabila
pun.
“You’ll be mine, Acam. Somehow, someday… and
that time you will know how deep I fall for you,” bisik Dzil
sendirian.
Enjin motor dihidupkan lalu Dzil meninggalkan
rumah Acam dengan azam dan semangat baru. Di fikirannya
sudah berbaris bermacam-macam rencana untuk
menjayakan misinya.
Mungkinkah, ada ruang untuk mereka berdua?
Biarlah masa yang menentukan. Bukankah jodoh itu
telah tertulis di lohmahfuz...

No comments:

Post a Comment