SYAZWAN masih tayang senyum. Ingat
dia dan Maya buat maksiat dalam kereta ke? Huh! Maya isterinya. Istilah maksiat
tu tak ada dalam kamus suami isteri.
Maya di sebelah dikerling sekilas.
Monyok saja mak singa, tapi masih nampak cantik di mata Syazwan Imad.
“Hantar saya balik,” ucap Maya. Nada
tegas.
Mahu tak luruh jantungnya kena
tangkap pencegah maksiat malam–malam begini. Parking lot depan taman jam 11.30 malam. Cermin kereta gelap
semacam. Lampu jalan tak terpasang. Pandai Syazwan cari port untuk ‘diserbu’.
“Balik mana? Rumah kita?”
Maya menoleh. Bibir bawahnya diketap.
Selamba saja riak Syazwan yang sedang memandu di sebelahnya. Lawak di malam
hari begini memang dia takkan ‘makan’ okey!
“Rumah sayalah,” jawab Maya geram.
Syazwan sembunyi senyum. Saja nak
menyakat Maya.
“Awak kerja kat mana sekarang?” tanya
Syazwan yang meneruskan pemanduan dengan tenang.
Maya diam. Dijelingnya Syazwan di
sebelah.
“Maya?”
Diam lagi.
“Kalau awak tak jawab, saya tak
hantar awak balik. Mana tau Mia nak tambah adik.” Syazwan mengugut.
“Bangi,” laju Maya menjawab
mengundang ketawa Syazwan. Tau pun takut!
“Shaz, awak dan saya. Tak mungkin
akan bersama semula,” kata Maya tiba–tiba. Pandangannya dilontarkan ke luar
tingkap.
“Jangan yakin sangat, Maya. Nanti
diri sendiri yang merana,” balas Syazwan bersahaja.
Maya tersenyum nipis. Rasanya lebih
baik merana hidup tanpa Syazwan daripada merana menahan kecewa melihat Syazwan
berkepit ke hulu ke hilir dengan perempuan yang bukan dirinya.
“Kalau bukan demi kita, at least demi Mia,” kata Syazwan lagi.
“Mia tu anak saya seorang, Shaz. Awak tak ada hak.”
“Mia tu bukan hak saya? Habis tu Mia
berbintikan nama siapa? Another
Syazwan Imad? Ada ke lelaki lain yang sama nama dengan saya?” tebak Syazwan.
Terdiam terus Maya. Syazwan menang. Kalau
berlawan kata memang nombor satu. Manis mulutlah katakan.
“Awak buat apa kat nursery Mia? Sampai anak saya menangis?”
sengaja Maya menukar topik lain.
“Correction,
please. Anak kita.” Syazwan membuat pembetulan.
Maya hanya diam saja, malas mahu
berlawan kata. Sebabnya, dia sudah tahu yang dia memang akan kalah.
“Entah jantan mana yang tak pandai
jaga anak sampai kurang ajar sangat dengan Mia. Dah langgar kepala Mia, tak
tahu nak minta maaf. Sakit kena langgar, tu yang Mia menangis. I was trying to calm her down, tapi awak
pulak main ikut sedap jer ketuk
kepala saya,” jelas Syazwan panjang lebar.
Maya masih diam. Rasa bersalah? Adalah
sikit.
“Shaz, Mia tak kenal papa dia. Boleh
tak kalau awak jangan muncul terus dalam hidup Mia?”, permintaan Maya membuatkan
Syazwan tersentak. Namun, dia masih tayang riak tenang.
“Dia tak pernah cari papa dia ke?”
tanya Syazwan.
“Dia tak pernah tahu awak wujud pun,
buat apa dia nak cari?”
Syazwan terus terhenyak dengan kata–kata Maya. Pedas!
Tetapi dia harus akur. Silap sendiri, tanggunglah sendiri.
Suasana jadi diam semula. Masing–masing hanya melayan perasaan sendiri. Maya dengan perasaan geram. Syazwan dengan
perasaan bersalah.
Sebaik tiba di depan rumah sewa Maya,
Syazwan menoleh ke arah Maya di sisi. Wajah Maya yang sangat-sangat dirinduinya
dipandang penuh sayang.
“Maya, saya tidur sini boleh?” tanya
Syazwan dengan sengihan di bibir. Mode menyakatnya
datang lagi.
“Ni bukan rumah tumpangan, so the answer is no.” Jawapan Maya memang
menghampakan tetapi Syazwan masih mampu mengukir senyum.
“Then
izinkan saya masuk kejap, saya nak jenguk Mia.”
“Mia dah tidur, tak payahlah nak
jenguk,” balas Maya pantas.
Syazwan tarik nafas dalam.
“Sekali jer Maya, lepas tu saya
balik.” Syazwan masih cuba memujuk. Badannya dipusingkan menghadap Maya di
sebelah. Makin tegang riak wajah Maya.
Tanpa suara, Maya terus membuka pintu
kereta dan mahu melangkah keluar tapi tangannya sempat disambar Syazwan.
“Please, Maya. Only this one time,” rayu
Syazwan lagi.
“Jangan paksa saya, Shaz. Semua ni terlalu
cepat untuk saya dan Mia,” jawab Maya.
Syazwan akhirnya mengalah. Perlahan–lahan
pegangannya pada tangan Maya dilepaskan.
“Okay.
Take your time. Tapi jangan lama sangat, saya nak mulakan hidup baru dengan
awak dan Mia,” ucap Syazwan ikhlas.
Maya tidak menjawab. Terus saja dia
keluar dari perut kereta dan bergerak ke pagar utama. Beberapa saat kemudian,
langkahnya terhenti. Berpaling semula dan menuju ke arah bahagian pemandu.
Cermin kereta Syazwan diketuk dari luar.
“Boleh. Tapi lima minit saja. Tak
lebih dari tu,” ucap Maya.
Syazwan senyum segaris. Oh Maya!
Cepat–cepat pintu kereta dibuka. Dia mengekori Maya dari belakang dengan hati berbunga–bunga.
Mia sayang, papa datang nak bagi good
night kiss!
SYAZWI termenung di meja kerja. Papa
memang, tak habis–habis lagi dengan isu nak jodohkan dia dengan Camelia anak
datuk mana entah.
Kalau papa nak sangat dengan
perempuan tu, baik papa aje yang kahwin. Kan senang, habis cerita terus. Dia
pun boleh dapat ibu tiri. Pakej lengkap untuk keluarga yang lengkap. Tak payah
nak tunggu mama. Mama kan dah pergi tinggalkan dia dan papa.
Huh! Dasar perempuan
materialistik. Tak dapat duduk jenuh
dengan satu lelaki. Bila ada yang lebih bagus, terus blah angkat kaki tinggalkan yang lama.
Mama menghilangkan diri bila usianya
baru tiga tahun. Menangis mencari–cari wajah mama dari pagi sampai ke malam.
Dan papalah yang memujuknya tanpa putus asa. Sampai hati mama!
Tiba-tiba dia teringatkan misinya
untuk mencari mama di Facebook. Zaman
sekarang kan dah moden. Friendster
dah pupus entah ke mana.
Segera jemarinya bergerak mencari mouse di atas meja. Rafaniah Harun. Profile mama diklik.
Syazwi tersenyum sinis. Facebook mamanya berjaya dijejaki. Wajah
yang masih sama seperti dulu. Cuma nampak tua sedikit. Kali terakhir melihat
wajah mama pun lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Gambar mama yang dijumpai
di bawah bantal papa. Agaknya menjadi peneman tidur papa.
Mouse
digerakkan lagi ke bawah. Matanya menangkap sebaris nama. Syazwan Imad. Son.
Jadi inilah adik tirinya. Yang dibela
mamanya penuh kasih, sedangkan dia ditinggalkan tanpa kasih sayang ibu sendiri.
Lama Syazwi termenung di situ sebelum
bangkit berdiri. Ah! Kenapa nak fikirkan masa lalu. Baik dia fikirkan masa akan
datang. Atau, baik dia fikirkan bagaimana cara untuk mendekati Maya.
Sebut saja nama Maya, bibir Syazwan
terus mengukir senyum. Langkah diatur menjenguk di sebalik pintu. Melihat kelibat
Maya yang sedang tekun membuat kerja di mejanya, senyuman makin lebar terhias
di bibir. Rajinnya mak singa!
Kemeja biru muda yang tersarung di
tubuhnya dibetulkan agar nampak kemas. Lengan baju dilipat naik sampai ke paras
siku. Tali leher yang sedikit bengkok
dibetulkan.
Sebelum mengatur langkah, Syazwi
tarik nafas dalam–dalam. Dengan gaya ala–ala lelaki Melayu terakhir, dia
bergerak ke arah meja Maya.
“Ehem.”
Maya mendongak. Wajah Syazwi yang berdiri di tepi mejanya menjadi
sasaran mata. Senyuman Syazwi dibalas mesra oleh Maya.
“Sibuk ke?” tanya Syazwi.
“Kan dah nampak saya tengah bekerja ni.
Maksudnya, sibuklah tu.”
Ouch! Senyuman Syazwi bertukar kelat.
Maya ni tengah buat lawak ke tengah menyindir?
“Mia apa khabar?” tanya Syazwi lagi.
“Awak tak bosan ke tanya soalan yang
sama tiap hari?” kata Maya dengan senyumannya yang masih lebar seperti tadi.
Dia tak marah pun sebenarnya, makin suka adalah. Ada juga yang mengambil berat
tentang Mia.
Syazwi tersengih lagi. Kedua–dua
belah tangannya mendarat di atas meja Maya. Dia menunduk sedikit, mendekatkan
wajahnya ke wajah Maya yang mendongak memandangnya.
“So, should I change my question then? Instead of how’s Mia, maybe I
should change it to how’s Mia’s mum?”
Gulp! Tengah mengayat ke Syazwi ni? Tiba-tiba
Maya rasa rasa mukanya berubah warna merah. Wajahnya ditunduk memandang kertas
kerja yang bertaburan di atas meja. Janganlah Kak Zah di sebelah meja dengar
kata-kata Syazwi tadi.
“Duit gaji tu, terima kasih.” Maya
mengubah topik. Pagi dia minta tolong, petangnya akaun bank sudah berduit.
Magik!
Syazwi ketawa kecil. Tubuhnya
ditegakkan semula. Tabiat seperti biasa. Tangan bermain dengan hujung necktie. Jantung dup dap dup dap setiap kali berdepan dengan Maya. Hatinya dah jatuh
sayang dengan Mama Mia!
“No
hal. Asalkan semua dah settle. Kalau
perlukan pertolongan lagi, jangan segan nak beritahu. Saya boleh bantu,” kata
Syazwi.
Maya single mother, nak jaga Mia seorang memang susah. Jadi dia tak
kisah nak hulurkan bantuan. Niat di hati memang nak sunting saja Maya terus
jadi isteri. Tapi mak singa di depannya ini liat sangat.
Bila bawa keluar bertiga, Maya ajak
Nadia ikut sekali. Jadilah berempat. Kemudian bila bawa lunch bersama, Maya ajak Kak Zah sekali. Tak pun Faizal.
Kesimpulannya, keluar berdua dengan Maya memang tak pernah.
“It’s okay Shaz. So far I
can handle all these by myself,” jawab Maya tenang. Dia sudah biasa dengan kehidupannya sekarang.
Lagipun dia ada Nadia. Kalau teruk sangat masalahnya, Nadia sentiasa membantu.
Maya merenung wajah Syazwi yang masih
berdiri di depannya dengan senyuman masih mekar di bibir.
Kacak? Ya.
Muka kasanova? Tidak.
Muka macam orang yang beriman? Ya.
Baik? Memang.
Agaknya lelaki macam Syazwilah yang
papa mahukan untuk menjadi suaminya. Bukan lelaki seperti Syazwan.
“Awak tahu pasal Expo Oil and Gas and Plantation tu kan?” Syazwan bersuara mengubah topik tentang
kerja.
Maya angguk kepala sebagai jawapan.
“Saya nak awak terlibat sama.”
Maya angguk lagi. Faham dengan
kehendak ketuanya.
“But not in oil and gas, get involved in the plantation part,” sambung Syazwi lagi.
Melopong mulut Maya. Salah dengar? Cotton bud tersumbat di lubang telinga
ke? Tak mungkin.
“Kenapa plantation?” tanya Maya, terkejut.
Syazwi senyum lagi. Ah! Senyuman yang
boleh mencairkan hati Maya jika selalu sangat dilihat.
“Nak awak merasa bidang baru,” jawab
Syazwi ringkas dan mudah.
Erk! Maya terdiam. Bidang baru apanya. Ini
tak ubah macam chef restoran kena
suruh menjahit baju. Bidang yang jauh menyimpang. Argh! Syazwi sengaja nak mendera ke apa?
No comments:
Post a Comment