TURUN dari motosikal, Idlan terpandangkan emaknya baru saja keluar dari
rumah. Helmet ditanggalkan seraya mengerutkan dahi. Biasanya kalau setakat
turun ambil angin, pakai skaf saja sudah cukup. Tapi ini siap bertudung
lengkap. Idlan menghampiri pintu rumah.
“Nak
ke mana, mak?” tanya Idlan setelah tunduk menyalami tangan emaknya.
“Nak
ke rumah Mak Cik Rosni kejap,” jawab Samira sambil menyarung selipar.
Makin
berkerut dahi Idlan. Helmet diletakkan di atas bangku kayu di tepi rumah lalu
duduk di situ. Kasut ditanggalkan.
“Ada
apa kat sana?”
“Nak
bincang pasal hantaran tunang,” ujar Samira. “Mak dah gorengkan cekodok pisang
tadi. Kamu makanlah, ada atas meja kat dapur tu. Cakap kat adik-adik sekali,”
pesannya lalu berpaling untuk melangkah.
“Eh,
mak!” Idlan cepat-cepat menahan. “Tunang? Siapa nak tunang?” Berdebar-debar
dadanya bertanyakan soalan itu. Dalam fikirannya terbayangkan Syarizad sedang
duduk di atas katil di dalam biliknya, menunggu bakal ibu mentuanya
menyarungkan cincin pertunangan. Ijad nak tunang? Biar betul!
“Yana
yang nak tunang,” ujar Samira sekali gus membuatkan Idlan menghembus nafas
panjang. “Dah kenapa? Takut kalau Ijad yang tunang?”
“Eh,
mak ni... Mana ada.” Laju Idlan menggeleng-geleng. Fuh! Dia sendiri pun
tak tahu kenapa jantung rasa macam nak terkeluar apabila dengar emaknya cakap
pasal tunang tadi. Mujur bukan Syarizad. Lega...
Samira
tersenyum-senyum mengusik.
“Yalah
tu... hari tu bukan main cakap kawan aje dengan Ijad tu. Tahu takut Ijad
bertunang dengan orang lain.” Kemudian dia ketawa.
Idlan
tarik muka.
“Mak
ni... pandai-pandai aje. Bukan takut, cuma terkejut aje. Kalau Ijad nak tunang
mestilah dia beritahu Lan dulu. Kalau tak, memang nak kenalah.” Dia bangun
menghampiri pintu. Sengaja tak mahu emaknya membaca apa yang tergambar di
wajahnya saat itu. Dia pun tak tahu macam mana nak baca air muka sendiri.
“Yalah.
Mak pergi dulu,” balas Samira meminta diri.
Idlan
mengangguk. Setelah kelibat emaknya semakin menjauh, barulah dia masuk ke dalam
rumah. Adik-adiknya sedang terbaring di ruang tamu menonton TV. Dia terus
menapak masuk ke dalam bilik.
Telefon
bimbit dikeluarkan sambil duduk di atas katil. Lama dia termenung, merenung
skrin telefonnya. Berfikir-fikir sama ada perlu atau tidak dia menelefon
Syarizad. Kalau Liyana bertunang, bermakna Syarizad juga akan pulang ke
kampung. Tiba-tiba saja, dia rasa tidak sabar menunggu gadis itu pulang.
Eh,
Lan... kau kan tengah gaduh dengan Ijad? Jadi tak payah nak excited
sangatlah tunggu Ijad balik. Belum tentu Ijad nak jumpa kau lagi, tau? Dahlah
Lan, sedar diri tu...
Keluhan
berat terlepas. Dalam diam dia bersetuju dengan kata hatinya. Telefon bimbit
ditinggalkan di atas katil lalu dia berlalu keluar dari bilik.
“Acik!
Adik! Jom makan cekodok!”
SYARIZAD
memandu sambil menyanyi-nyanyi kecil mengikut alunan lagu I Knew You
Were Trouble nyanyian Taylor Swift yang dimainkan di corong radio.
Mendengar lirik lagu itu, senyuman kecil terbias di bibirnya. Tiba-tiba saja
dia membayangkan lagu itu ditujukan Ben kepadanya. Ah, trouble ke tak trouble,
kalau hati Ben sendiri sudah sayang kepadanya, tiada siapa dapat menghalang,
kan?
Macam
mana dia tahu Ben sayang kepadanya? Semua itu terbukti dengan cara Ben yang
terlalu mengambil berat tentang dirinya. Dia sudah seratus peratus yakin kini.
Lagipun bukan ke lelaki itu sendiri yang mengaku care tentang dia?
Sejenak,
Syarizad teringat apa yang terjadi pagi tadi. Kali pertama dia memandu sendiri
ke pejabat. Ketika membelok masuk ke petak parkir, kebetulan Ben baru turun
dari keretanya yang diparkirkan berdekatan. Terkejut lelaki itu melihatnya
keluar dari kereta dengan senyuman yang lebih manis daripada biasa.
“Your
car?” Ben mengerutkan dahi sambil jari telunjuknya dituding ke arah Ford
Fiesta di depan mata.
Syarizad
tersenyum panjang.
“Yup.
Cantik tak?” Jelas mukanya nampak teruja dan bangga.
“Wow...”
Ben tidak dapat menyembunyikan rasa kagumnya. Kalau dihitung sendiri dengan
gaji Syarizad setiap bulan, macam mustahil pula untuknya membeli kereta mahal
sebegitu. Tetapi Ben malas fikir jauh. Mungkin ada sesiapa yang bantu gadis itu
membeli kereta. Atau paling tidak pun, buat pinjaman.
“Kenapa,
Encik Ben? Terkejut?” Sengaja Syarizad bertanya. Dia tahu yang Ben sudah sedia
maklum selama ini dia datang ke pejabat dengan dihantar pak ciknya. Tiba-tiba
hari ni datang dengan kereta baru.
Ben
berdeham.
“Tak
adalah. Just... impressed.” Itu pula yang keluar dari mulutnya. Ah,
biarkan sajalah. Tangan kanan dimasukkan ke dalam poket seluar manakala tangan
kiri masih memegang briefcase.
Syarizad
menggosok-gosok cermin depan keretanya dengan senyuman yang masih mekar di
bibir.
“Malam
ni papa saya jemput awak datang rumah untuk dinner,” kata Ben. Dia
sendiri pun terkejut apabila papanya tiba-tiba memintanya membawa Syarizad
datang ke rumah untuk makan malam bersama.
Mummy di
sebelahnya pula tersenyum tak sudah-sudah. Sekali pandang, macam buat
konspirasi bersama pun ada. Tapi Ben cuba berfikiran positif. Mungkin papanya
beria-ia menjemput Syarizad datang ke rumah untuk lebih mengenali gadis itu.
Untuk apa, dia sendiri tidak tahu. Takut untuk ambil tahu.
“Wah!”
Syarizad jelas gembira dengan pelawaan itu. Kalau papa Ben sendiri yang ajak,
itu bermakna orang tua itu sudah berkenan dengannya. Senang kerja!
“Nanti
saya ambil awak kat rumah,” balas Ben. Melihat wajah gembira Syarizad, dia
sendiri pun rasa gembira.
“Eh,
tak payah, Encik Ben. Kan saya dah ada kereta. Saya boleh pergi sendiri,”
tingkah Syarizad.
“Sure?”
Ben angkat kening. Bukan apa, macam tak sedap aje biarkan Syarizad datang
sendiri. Tak gentleman kata orang.
Syarizad
mengangguk sungguh-sungguh.
“Ya.
Kalau Encik Ben nak saya bawak Encik Ben pergi jalan-jalan pun boleh
tau. Cuma... Encik Ben sponsor duit minyak aje.”
Ben
ketawa. Senyuman comel Syarizad benar-benar mencuit hati. Syarizad di depannya
inilah Syarizad yang dia suka. Atau mungkin lebih tepat, yang dia sayang.
“Betul,
Encik Ben. Bila-bila Encik Ben free nanti, beritahu saya. Saya pergi ambik
Encik Ben dekat rumah Encik Ben.” Beria-ia Syarizad mengatur rancangan.
Ben
menggeleng-geleng dengan yang tawa masih bersisa.
“Dah,
jom masuk,” ajaknya sejurus kemudian.
Syarizad
tersenyum sendiri mengingati Ben. Senyuman Ben terasa bagai melekat dalam
fikiran, membawa terus ke dasar hatinya. Sehebat itu penangan Ben ke atas
dirinya. Tetapi untuk mengakui, memang sukar. Dan mungkin juga hampir jatuh ke
titik mustahil. Janji dengan Datin Hazleena seolah-olah mengikat dirinya untuk
tidak membenarkan apa yang ada di hati.
Kereta
diparkirkan di luar pagar rumah. Kemudian dia turun sambil melaungkan salam.
Datang ke rumah orang biar ada adab. Lagipun kalau nak pikat hati Datuk Jaini,
dia perlulah lebih pandai berlakon. Kalau di depan Herdy, dia menjadi gadis
yang seksi dan berani, di depan Ben dia keliru dengan lakonan dan diri sendiri,
di depan Datuk Jaini dia haruslah menjadi gadis kampung yang sopan. Tengoklah
ni, pakai pun baju kurung. Kalau Datin Hazleena marah lagi, nasiblah.
“Hai,
Syari!” Allison terus memeluk Syarizad. Mengikut cerita Ben, Syarizad baru
berumur 20 tahun, bermakna gadis itu lebih muda daripadanya yang sudah 23
tahun.
Syarizad
tersenyum. Kemesraan Allison membuat dirinya rasa disayangi. Pelik, tapi benar.
“Jomlah
masuk. Mummy ada kat atas,” ajak Allison sambil menarik lembut tangan
Syarizad.
“Hmm...
Encik Ben?” perlahan nama itu disebut.
“Abang...”
belum sempat Allison menjawab, Ben sudah pun muncul di muka pintu. “Tu dia!”
Syarizad
berpaling ke arah pintu. Ben muncul dengan berbaju Melayu dan songkok di atas
kepalanya. Datuk Jaini pula ada di belakang. Memandang Ben begitu, hati
Syarizad terasa bagai disimbah salju. Dinginnya terasa...
“Dah
lama ke sampai, Syari? Uncle dengan Ben baru balik dari masjid. Ada
kuliah sikit tadi lepas isyak.” Ramah Datuk Jaini bersuara.
Syarizad
mengukir senyuman.
“Saya
pun baru sampai, uncle,” balasnya. Sempat mata mengerling ke arah Ben
yang masih tercegat di depan pintu.
“Duduk,
Syari.” Datuk Jaini mempelawa mesra. Allison sudah menghilang ke dapur.
Syarizad
mengangguk lalu mengambil tempat di ruang tamu.
“Hah
Ben, yang tercegat kat situ kenapa?” tegur Datuk Jaini sambil menoleh ke arah
Ben.
Ben
segera menghampiri ruang tamu. Riak muka pantas dikawal. Ralit sangat tengok
Syarizad sampai tak sedar diri. Maklumlah, jarang dia dapat tengok Syarizad
berbaju kurung. Sekali dapat tengok, terus rasa macam terbang ke langit tinggi.
Ben
mengambil tempat di sebelah papanya, berdepan dengan Syarizad.
“Uncle
yang minta Ben ajak Syari datang sini. Saja, nak kenal lebih lagi dengan Syari
ni.” Datuk Jaini memulakan perbualan.
Syarizad
tertawa kecil.
“Segan
pulak saya, uncle...”
“Tak
payah nak segan-segan. PA Ben yang sebelum ni pun baik dengan uncle.
Cuma dia tak adalah semuda Syari. Berhenti kerja pun sebab dah mengandung,”
ujar Datuk Jaini lalu ketawa sendiri.
Ben
mencuri pandang ke wajah Syarizad. Senyuman di wajah itu tampak ikhlas, makin
membuatkan dia rasa macam tak mahu alihkan mata walau sesaat.
“Assalamualaikum!”
Laungan
salam itu mengalih tumpuan ketiga-tiga mereka.
“Siapa
tu?” tanya Datuk Jaini.
“Shazwan.”
Ben segera bangun mendapatkan pintu rumah.
“MAK YATI masak apa malam ni?” tanya Allison sesudah masuk ke dapur.
Mak
Yati yang baru saja mematikan dapur elektrik berpaling ke arah Allison. Anak
majikannya itu memang baik dengannya. Karakter Allison yang sentiasa ceria amat
menyenangkannya.
“Gulai
kuning ketam. Papa Ally yang minta Mak Yati masakkan. Lama tak makan katanya.”
“Wah!
Sedapnya!” Allison terlompat dek kerana teruja. Kedua-dua tangannya ditautkan.
Mak
Yati tersenyum melihat tingkah gadis itu.
“Sini,
Ally tolong Mak Yati hidangkan.” Allison mengambil mangkuk dari tangan Mak Yati
untuk menyenduk lauk.
Mak
Yati hanya membiarkan. Dia beralih ke arah ikan yang sudah siap digoreng
berempah.
“Datuk
cakap, malam ni ada tetamu istimewa.” Mak Yati membuka cerita.
Kepala
Allison berpusing.
“Haah,
istimewalah kut. Bakal menantu.” Ayat terakhir itu dituturkan dengan nada
berbisik.
Mak
Yati ketawa.
“Ben
ke Ally?”
“Eh
Mak Yati ni. Ada pulak Ally? Mestilah abang punya.” Allison mencebik.
“Ya
ke?” Mak Yati buat muka tidak percaya. Bunyi suara orang melafazkan salam
membuahkan senyuman mengusik di bibirnya.
“Tu...
suara lelaki yang bagi salam tu, suara siapa?”
“Mana
Ally tahu...” Allison berpusing ke arah pintu dapur. Serentak itu juga langkah
kakinya terhenti. Nasib baik tidak terlepas mangkuk dari tangan dek kerana
terkejut.
“Hai.”
Shazwan menegur ramah sambil melangkah masuk ke ruangan dapur.
“Hai...”
teragak-agak Allison membalas. Tak tahu pun dia abangnya nak ajak lelaki itu
datang sekali.
Mak
Yati masih tersenyum-senyum.
“Dah
lama sampai, Wan?” Sengaja bertanya untuk berbasa-basi. Lagipun Shazwan memang
rapat dengannya sejak lama dulu.
“Baru
aje. Sampai tadi terus masuk sini,” ujar Shazwan sambil tersenyum nipis. Sempat
mengerling ke arah Allison yang tiba-tiba bertukar jadi bisu. Tujuan dia masuk
ke situ? Mestilah sebab nak jumpa Allison.
“Haa...
kan Mak Yati dah cakap tadi, bakal menantu papa untuk Ally pun ada.” Mak Yati
ketawa mengusik. Kisah antara Allison dan Shazwan sudah dalam poketnya. Tak
perlu nak ceritakan apa-apa lagi.
Allison
mencebik. Dia terus berjalan keluar untuk membawa mangkuk berisi lauk itu ke
meja makan. Shazwan pantas mengikut dari belakang.
“Saya
tolong awak,” kata Shazwan sambil cuba mengambil mangkuk itu dari tangan
Allison.
“Eh,
awak ni, sibuk ajelah!” marah Allison.
“Saya
nak tolong aje.” Shazwan pertahankan diri sendiri.
“Tak
payah, pergilah borak dengan kawan awak tu.” Allison jelas-jelas menolak. Dia
terus berjalan menghampiri meja makan lalu meletakkan mangkuk di atas meja itu.
“Dengan
Ben saya dah selalu borak. Dengan awak aje yang jarang,” balas Shazwan masih
tidak mahu mengalah. Allison ke kiri, dia ke kiri. Allison ke kanan, dia ikut
ke kanan.
Allison
berdecit geram.
“Hari-hari
awak call saya. Tak puas lagi ke?”
“Memanglah
tak puas sebab awak tak pernah jawab pun call saya,” balas Shazwan sambil
membalas renungan tajam Allison.
Allison
mengetap gigi. Rimas diasak begitu. Bukan ke dia sudah berpesan kepada Ben
supaya beritahu Shazwan jangan telefon dia lagi? Degil betul mamat ni!
“Tepilah!”
Tubuh Shazwan ditolak ke tepi lalu dia berjalan masuk ke dapur.
Shazwan
tersenyum. Gadis itu masih diekori.
“Sini,
Mak Yati.” Allison menghulur tangan untuk mengambil piring di tangan Mak Yati
namun Shazwan lebih pantas daripadanya. Ternganga mulutnya memandang muka
lelaki itu. “Eh...”
“Saya
tolong awak.” Shazwan tersenyum lagi lalu membawa piring itu ke meja makan.
Allison
mengetap bibir. Mak Yati pula tergeleng-geleng memerhatikan gelagat
kedua-duanya.
SYARIZAD hanya diam sepanjang makan malam itu. Mana tidaknya, renungan tajam
Datin Hazleena saja sudah cukup untuk mengunci mulutnya. Bukan setakat kunci,
siap bermangga terus. Hanya apabila Datuk Jaini mengajukan pertanyaan
kepadanya, barulah dia membuka mulut. Selebihnya, Datuk Jaini lebih selesa
berbual mesra dengan Ben dan Shazwan. Sementara Allison pula hanya makan dengan
seleranya tanpa menoleh kiri dan kanan. Datuk Jaini cakap nak kenal dia dengan
lebih dekat, sudahnya dia yang paling diam kat meja itu.
Selesai
makan, mereka semua berlalu ke ruang tamu. Perbualan bersambung lagi di situ.
Hanya Allison yang menghilang ke tingkat atas.
Mak
Yati datang membawa piring yang berisi buah epal yang sudah dipotong. Ben
mengambil sepotong buah epal itu lalu dihulurkan kepada Syarizad. Syarizad yang
terkejut hanya memandang dengan mata terkebil-kebil.
“Nak
suruh saya suapkan ke?” Ben mengusik dengan suara perlahan.
“Eh,
taklah.” Syarizad cepat-cepat mengambil buah itu dari tangan Ben. “Thanks.”
Ben
tersenyum lalu kembali menoleh ke arah papa dan juga Shazwan yang masih rancak
bersembang.
Perlahan
Syarizad menggigit hujung potongan buah epal itu. Fikirannya masih tidak dapat
lari daripada membayangkan wajah Ben yang kacak tersenyum. Makin lama, Syarizad
merasakan dirinya semakin tidak betul. Aduhai, macam mana ni?
It feels like I’m completely different person when I’m with Ben, kata hati Syarizad.
Terasa
renungan Datin Hazleena memanah ke wajahnya, dia pantas menoleh. Sangkanya
Datin Hazleena masih lagi marah, tetapi sebaliknya pula apabila wanita itu
hanya tersenyum. Mungkin gembira sebab Ben terang-terangan menunjukkan rasa
sukanya terhadap Syarizad di depan matanya. Tak payah tengok perlakuan, cara
Ben merenungnya saja sudah cukup menjadi bukti. Hanya orang buta saja yang
tidak pandai menilai.
“Abang!”
Panggilan
itu mengalih perhatian mereka semua ke arah tangga. Allison muncul di situ
dengan muka cemberut.
“Ya,”
sahut Ben.
“Tengok
laptop Ally kejap,” pinta Allison.
“Kenapa
dengan laptop?” tanya Ben lagi. Shazwan di depannya sudah tertoleh-toleh
ke arahnya dan Allison silih berganti. Nak tergelak pun ada juga dia tengok
reaksi Shazwan tu.
Allison
jongket bahu.
“Problem
apa entah.”
Ben
memberi isyarat ke arah Shazwan. Shazwan yang mengerti segera bangkit berdiri.
“Saya
boleh tolong tengokkan.” Terus Shazwan bersuara. Inilah peluangnya untuk dekat
dengan Allison.
“Tapi...”
“Betul
tu, Ally. Wan pandai bab-bab komputer ni.” Ben mengangkat sedikit kepalanya ke
arah Shazwan.
Shazwan
tersenyum. Restu bakal abang ipar dah dapat.
Allison
berdecit. Tiada pilihan. Dia segera naik ke tingkat atas dengan diekori
Shazwan.
Datuk
Jaini ketawa kecil tiba-tiba.
“Ingatkan
dapat sorang aje menantu, rupanya dua.”
Datin
Hazleena pula tersenyum-senyum. Dia tidak kisah tentang Allison, yang penting
rancangan untuk Ben berjalan lancar.
Syarizad
menundukkan kepala sementara Ben pula tayang muka tidak bersalah, konon tidak
faham apa yang dimaksudkan oleh papanya itu.
ALLISON hanya terkebil-kebil memandang skrin komputer ribanya. Entah apa yang
dibuat Shazwan pun dia tidak faham. Sedar-sedar saja mukanya sudah berada dekat
dengan lelaki itu untuk mengintai skrin komputer ribanya. Hanya selepas
terdengar lelaki itu berdeham, barulah dia tersedar.
“Eh,
sorry.” Allison pantas menjarakkan wajah dan tubuhnya daripada Shazwan.
Macam mana boleh tak sedar?
“Dah
okey. Dah boleh connect dengan wi-fi,” beritahu Shazwan. Komputer riba
Allison ditolak mendekati gadis itu. Walaupun cuma bantuan ringkas, dia tetap
rasa gembira.
Allison
mengangguk.
“Thanks.”
“Sama-sama.
So... urmm...” Shazwan diam sebentar menyusun ayat yang ingin
diluahkan.
“Apa
dia?” Allison bertanya tanpa menoleh. Matanya lurus menatap skrin komputer
ribanya sambil jari telunjuk dilarikan di atas touch pad untuk membuka
ikon Google Chrome.
“Kalau
saya ajak awak keluar, awak sudi tak?” Terlepas juga baris ayat itu dari mulut
Shazwan. Selama ni ajak guna telefon Allison tak layan, sekarang dia sudah ajak
depan-depan. Tapi kenapa dia dapat rasakan macam Allison tetap akan tolak?
“Sibuklah,”
ajak Allison acuh tidak acuh.
“Tapi...”
“Anyway,
thank you lagi sekali sebab tolong saya.” Allison bingkas mengangkat
komputer ribanya. “You may leave.” Dia mengukir senyuman nipis yang
langsung tidak ikhlas lalu berjalan masuk ke dalam bilik, meninggalkan Shazwan
sendiri di ruang rehat keluarga tingkat atas rumah itu.
Shazwan
terkebil-kebil. Macam tu aje?
JAM sudah menunjukkan pukul 10.00 malam ketika Syarizad meminta diri untuk
pulang. Ben menemani gadis itu hingga ke keretanya yang terparkir di luar pagar
rumah.
“Thanks
for coming,” ucap Ben. Bibirnya dikebam.
Syarizad
menyandar di pintu keretanya. Kepalanya diangguk-anggukkan. Berdua dengan Ben
dalam suasana begitu benar-benar menghantar satu rasa ke dalam hatinya. Apa
maksud rasa itu dia sendiri pun tidak tahu.
“Berapa
lama awak balik kampung?” Ben mengalih topik.
“Dalam...
tiga hari aje.”
“Sekejapnya.”
“Kenapa?
Encik Ben nak saya balik lama ke? Encik Ben tak rindu saya eh nanti?” Syarizad
sengaja buat suara manja.
Ben
ketawa kecil. Dah mula dah... Baru aje nak feeling dengan Syarizad yang
dia sayang, dia dah bertukar balik jadi Syarizad yang ‘digeruni’.
“Tak
nak ajak saya balik kampung awak ke?” Ben menukar topik lagi. Itu lebih baik
rasanya daripada dia membalas soalan Syarizad tadi.
Syarizad
sembunyi senyum.
“Encik
Ben nak balik kampung saya? Tak payahlah. Bukan saya yang tunang pun.”
Tangannya memeluk tubuh sambil memandang ke langit tinggi.
“Mujurlah
bukan awak yang tunang...” perlahan ayat itu meniti keluar dari bibir Ben.
“Apa
dia?” Syarizad terus mengalih pandangan ke wajah Ben. Dia macam dengar, tapi
tak berapa pasti.
“Eh,
tak... tak ada apa.” Ben tersenyum nipis. Tangan kanannya mengurut-urut batang
tengkuk. Tiba-tiba jadi gelisah.
Syarizad
mengecilkan matanya. Oh, tak nak beritahu ya? Tak apa... tak apa...
“You
should go home now. Tak elok jugak drive sorang-sorang
malam-malam macam ni.” Sekali lagi Ben menukar topik.
Syarizad
buat muka.
“Okey...”
“See
you,” kata Ben perlahan.
Syarizad
mengangguk. Sempat mengukir senyuman manis sebelum masuk ke kereta.
Ben
diam di situ, memerhati Syarizad memandu pergi. Hilang bayang kereta gadis itu,
barulah dia masuk ke dalam pagar. Bertembung pula dengan Shazwan yang baru
keluar dari rumah.
“Hah,
nak balik dah?” tanya Ben. Nada mengusik menyelit dalam soalannya itu.
Shazwan
menjeling.
“Dah
kenapa muka tak puas hati aje?” Ben ketawa.
“Ikutkan
hati aku ni, esok jugak aku hantar rombongan meminang adik kau tu tau.”
Baris
ayat itu membuatkan Ben ketawa lagi. Kesian kau, Wan. Bagi nasihat pandai, tapi
diri sendiri pun gagal. Dengan adiknya sendiri pula tu. Tangannya menepuk-nepuk
bahu Shazwan sambil berkata, “Be strong...”
No comments:
Post a Comment