GINCU yang sedang dicalit ke bibir terus terlepas dari tangan dek
kerana terkejut dengan Ben yang tiba-tiba masuk ke pantri. Syarizad terus
bongkokkan badan untuk mengambil gincunya semula kemudian dia bangkit berdiri.
“Encik
Ben... Fuh, terkejut saya.” Syarizad urut dada sendiri. Nafas jadi laju
tidak semena-mena. Nasib baik gincu tak patah. Kalau tidak, dia akan minta Ben
ganti lagi. Alang-alang tu, boleh cuba pikat lelaki itu lagi.
Ben
angkat dahi. “Awak buat apa kat sini? Dari tadi saya cari awak...”
“Encik
Ben ada apa cari saya?”
“Ada
apa awak tanya?”
Soalan
itu membuat Syarizad ketap bibir. Salah jawab ke?
“You
are my PA. PA stands for Personal Assistant. How many times do I have to remind
you?” Ben bertanya sambil memandang tepat ke muka Syarizad. Bukan dia tidak
perasan rambut baru gadis itu. Bukan main lagi ‘meriah’ dengan warnanya itu.
Syarizad
telan liur.
“Sorry...”
Itu pula yang keluar dari bibirnya.
“Get
ready. Ikut saya jumpa Datuk Haslam.” Ben berpusing untuk keluar dari
pantri.
Syarizad
mengikut langkah Ben dari belakang.
“Lagi
sekali?”
Ben
yang sudah sampai di pintu pantri kembali berpaling. Tindakan drastik yang
menyebabkan Syarizad terlanggar batang tubuhnya. Kedua-duanya keras kejung
di situ buat beberapa saat, dalam jarak yang sangat dekat. Mata bertentang
mata. Fikiran hanyut melayang entah ke mana. Sebaik tersedar, Ben terus
menjarakkan dirinya. Dia berdeham beberapa kali membuang rasa gementar. Jantung
berdegup laju entah kenapa.
Syarizad
pula buat-buat bermain dengan rambutnya. Oh my God! Kenapa tiba-tiba
jadi macam tu? Kenapa jantung berdegup laju sangat ni? Hati resah tanpa jawapan
yang pasti.
“Habis
awak ingat... meeting sekali aje, kerja terus jalan?” kata Ben tanpa
memandang Syarizad lagi. Kemudian dia terus keluar dari pantri.
Syarizad
mencemik. Cakap elok-elok tak boleh ke? Dengan hati yang menggerutu geram, dia
kembali semula ke tempatnya untuk mengambil fail yang diperlukan dan juga buku
nota untuk mencatat segala maklumat penting nanti. Hairan, sambil berkemas pun
sempat lagi dia teringatkan muka Ben.
“Ready?”
“Oh
Ben aku!” Syarizad spontan menekup mulutnya dengan tapak tangan. Aduh! Macam
mana boleh terlepas latah macam tu? Hesy... gila betul!
Ben
buat-buat tidak dengar walhal dia sendiri terkejut.
“Dah
ready? Jom,” ajaknya dan tanpa menunggu Syarizad, dia terus berlalu.
Syarizad
hembus nafas panjang. Sempat dia menangkap senyuman lain macam rakan-rakan
sekerja sebelum terus membuntuti langkah Ben.
“Sebenarnya
kan, Encik Ben... saya tak berapa suka sangatlah dengan Datuk Haslam tu...”
Entah macam mana Syarizad boleh mengadu begitu dengan Ben. Wajah lelaki itu
yang tenang memandu dipandang.
“Kenapa?”
tanya Ben tanpa menoleh.
“Cara
dia pandang saya tu... macam... macam nak telan pun ada,” rungut Syarizad.
Disebabkan Datuk Haslam berdepan dengan Syarizad yang seksi ni, sesedap dialah
nak mencuci mata. Cuba kalau berdepan dengan Syarizad yang ganas, mesti dah
lama makan penyepak.
Ben
tersenyum nipis.
“Kalau
tak nak dipandang, janganlah pakai baju yang terdedah. Dah awak tunjuk,
memanglah dia akan pandang.”
Jawapan
selamba Ben ibarat tamparan kuat ke pipi Syarizad. Pedihnya...
Ben
menoleh sekilas ke arah Syarizad apabila gadis itu cuma diam. Rasa bersalah
pula tiba-tiba.
“Sorry,
kalau saya buat awak terasa. Saya cuma tegur untuk kebaikan awak jugak.
Tentu awak pun tak nak benda-benda tak elok jadi kat awak, kan?”
Syarizad
masih diam. Dia tahu Ben ikhlas menasihati tapi entah kenapa dia macam tak
boleh terima. Entahlah, mungkin sebab hatinya sendiri pun dah lama mati. Mati
untuk kenal dosa lagi.
“Syari...
are you okay?” Ben bertanya lembut. Risau pula hati melihat Syarizad
terus diam begitu.
Syarizad
berdeham.
“Okey.”
Sepatah dia menjawab. Jaket hitam yang dipakai ditarik rapat menutup tubuhnya
sebelum tangannya sendiri memeluk tubuh.
Ben
kembali merenung ke depan. Kalau itu reaksi Syarizad, bermakna gadis itu masih
lagi mampu ‘diselamatkan’.
“APA ni?” Syarizad kerut dahi memandang gelas plastik yang dihulurkan Ben.
Airnya warna-warni pula tu. Tak pernah dia minum air macam tu sebelum ni.
“Slurpee.”
Ben masih hulurkan minuman itu kepada Syarizad.
“Sedap
ke?”
“Cubalah
rasa.”
Syarizad
ambil juga gelas itu dari tangan Ben.
“Terima
kasih.” Air di dalamnya disedut dengan straw. Hmm... sedap.
Ben
duduk di sebelah Syarizad di atas bonet depan keretanya. Tadi lepas habis
mesyuarat, dia bawa Syarizad ke situ. Jangan ditanya kenapa, sebab dia sendiri
pun tidak tahu apa jawapannya.
“Boleh
tanya soalan tak?”
“Apa
dia?” Syarizad membuang pandang ke langit tinggi yang gelap. Entah apa mimpi
Ben, tiba-tiba ajak lepak kat tepi jalan macam tu. Macam tak ada tempat yang
lagi best aje. Ajaklah candle-light dinner ke, baru romantik!
Ewah
kau Ijad, demand bukan main nampak?
“Macam
mana awak boleh kenal mummy saya?” Ben memandang tepat ke muka Syarizad.
Syarizad
terdiam. Takkan nak cerita hal sebenar kepada Ben? Dah sah lepas ni dia kena
buang kerja.
“Hmm...
kami satu kampung.”
Ben
angkat kening. Itu juga yang mummy ceritakan kepadanya.
“Saya
pernah pergi kampung mummy saya sekali aje. Itu pun masa papa saya nikah
dengan dia.”
Syarizad
pula yang merenung muka Ben.
“Mama
kandung Encik Ben?”
“She
passed away years ago. I was 17.” Ben merenung jauh ke depan.
Syarizad
terdiam seketika. Tujuh belas? Sewaktu umurnya tujuh belas jugalah dia
kehilangan ibu, abah dan dua orang adiknya. Namun cepat-cepat ditepis rasa
sebak yang mula hadir. Malas melayan rasa sedih. Cerita Ben lebih menarik
minatnya ketika itu. Lagipun dia malas bercerita, tidak mahu Ben pula yang jatuh
kasihan terhadapnya.
“Maaf
tanya, tapi betul ke mama awak... Eh, maksud saya, mama Encik Ben tu...”
“Mat
salih?” Ben membantu melengkapkan ayat Syarizad.
Syarizad
mengangguk. Terkejut sebab Ben tahu apa yang mahu ditanyakannya.
Ben
tertawa kecil.
“She
was English...”
“I
see...” Syarizad terangguk-angguk lagi.
“Kenapa?”
“Patutlah
muka Encik Ben tak nampak Melayu.” Syarizad tersengih dengan rumusan sendiri.
Ben
tersenyum.
“Umur
Encik Ben berapa ya?” Syarizad makin seronok bertanya. Kalau boleh, semua tentang
Ben dia nak tahu. Pelik, tapi benar.
“28.”
“Tak
ada hajat nak kahwin?” Syarizad kebam bibir. Pandai pula tanya soalan macam tu.
Bukan ke tugasnya kat situ untuk buat Ben jatuh cinta dan kahwin dengannya?
Ben
angkat bahu.
“Tak
ada calon. Mungkin sebab saya terlalu sibuk dengan kerja.” Ben pandang wajah
Syarizad. “Awak?”
“Saya
muda lagi. 20.” Syarizad tersengih menayang giginya.
Ben
tertawa kecil. Dia tahu itu berdasarkan resume gadis itu.
“So
young. How come my mum trusts you so much?” Dahinya dikerutkan sedikit.
Satu jawapan yang dia benar-benar mahukan. Bukan tidak pernah ditanyakan kepada
mummy, tapi mummy cuma cakap ‘I know her and I trust her’.
Syarizad
jongket bahu.
“Mungkin
dia nampak potensi dalam diri saya kut,” jawabnya. Walhal dalam hati mula
tumbuh rasa bersalah. Memang betul Datin Hazleena nampak potensi, tapi potensi
untuk merosakkan hidup anak tirinya sendiri. Syarizad mengetap bibir tanpa
sedar.
“Tak
sambung belajar?” Giliran Ben pula bertanya macam-macam. Makin direnung wajah
gadis itu, makin hatinya rasa sesuatu. Perasaan yang tidak dapat dipastikan
apa. Seolah-olah Syarizad yang ada di sebelahnya itu Syarizad yang ‘lain’.
Syarizad
senyum pahit.
“Tak
ada rezeki.”
“Tapi
tengok dari prestasi kerja awak, it’s quite good. Betullah orang cakap,
tak masuk U, tak semestinya tak boleh berjaya. Kan?” Ben koyak senyum lagi.
Syarizad
mengangguk. Namun dalam hati, lain pula yang ada. Ben cuma tahu 20 peratus
daripada kisah sebenar. Yang lain-lain, biarlah. Tak perlu untuk lelaki itu
tahu.
“I
like you better this way.”
Kata-kata
itu nyata mengejutkan Syarizad.
“Hah?”
Macam dengar, tapi takut telinga salah tangkap. Apa maksud Ben cakap macam tu?
Ben
pantas menggeleng.
“Tak
ada apa-apa.”
Syarizad
diam. ‘I like you better this way’. Apa maksudnya?
Ben
pandang jam di tangan.
“Dah
lewat ni. Jom, saya hantar awak balik.” Kemudian dia terus berlalu ke arah
kereta.
Syarizad
masih tidak puas hati tetapi terpaksa mengikut juga. Telefon pintar yang
tiba-tiba berdering dikeluarkan dari dalam beg. Idlan. Spontan nafas panjang
terlepas. Butang merah ditekan lalu dia terus masuk ke dalam kereta.
“DARI tadi duk belek telefon tu. Dah tak ada kerja lain ke, Lan?” Idlan
tersentak mendengar teguran itu. Hanya sengihan yang mampu diberikan.
“Telefon
siapa?” tanya Samira sambil duduk di sebelah anak bujangnya itu.
“Ijad.”
Sepatah Idlan menjawab. Nafas dihembus panjang. Sejak tadi dia cuba telefon
Syarizad, tapi tetap tak dapat-dapat.
“Lan
cakap Ijad sekarang ada kat KL.” Samira kerut dahi.
“Memanglah...”
“Dah
tu?”
“Sebab
dia ada kat KLlah Lan telefon ni, mak. Kut-kutlah jadi apa-apa kat dia,” balas
Idlan. Alat kawalan jauh dicapai untuk mengalih siaran TV.
“Kadang-kadang
kan, mak rasa macam Lan ni ada hubungan istimewa pulak dengan Ijad tu,”
rumus Samira seraya ketawa sendiri. Bukan dia tidak tahu betapa rapatnya
hubungan mereka berdua. Syarizad pun selalu juga datang ke rumahnya kalau ada
masa lapang.
“Hesy,
mak ni pandai-pandai ajelah. Ijad tu kan kawan baik Lan. Apa tu orang kata, best
friend forever. BFF!” Idlan tergeleng-geleng. Tawa kecil meletus perlahan.
“Yalah...
manalah tahu kalau-kalau daripada kawan baik tu boleh jadi cinta pulak?”
Samira masih tidak puas mengusik. Dia sudah kenal Syarizad sejak gadis itu
kecil lagi. Sudah tahu hati budi. Tak salah rasanya kalau Idlan ada berniat
untuk memperisteri gadis itu.
Idlan
tergelak lagi. Kali ini makin kuat pula gelaknya. Rasa geli hati apabila
emaknya mengaitkan dia dan Syarizad dengan cara begitu. Cinta?
“Orang
cakap ni, gelak pulak dia. Jadi betul karang...” bebel Samira. “Lagipun
Lan bukannya ada kawan dengan mana-mana perempuan pun selain Ijad tu.”
Idlan
tergeleng-geleng lagi.
“Mengarutlah,
mak. Dahlah, tak payah nak berangan jauh. Nanti sampai jodoh Lan, Lan
berkawanlah dengan orang perempuan. Mak tak payah risau. Okey?”
Samira
menjeling. Ada-ada saja jawapan balasnya.
“Suka
hatilah, Lan. Mak nak tidur dah. Ayah kamu tu ke mana entah, dah malam tak
balik-balik lagi.”
Idlan hanya memandang emaknya masuk ke bilik
dengan ekor mata. Aku dengan Ijad? Oh, tak mungkin. Kalau aku lamar dia,
percayalah... dia akan tendang aku sampai jatuh masuk parit.
No comments:
Post a Comment