DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 4 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 8

BAB 8


Ikhwan menutup pintu kereta. “Cantiknya tempat ni sayang. Memang sesuai untuk kita”. Ujar Ikhwan. Ikhwan garu pelipis. Dia telah menipu Datuk Umaira kononnya dia hendak menyewa hotel. Ma.. sorry.
Udara segar di villa milik keluarga Narisha itu sungguh menyamankan keadaan.
Narisha jongket bahu. “Come”.
Mereka melangkah masuk. Sekali lagi Ikhwan terpegun. Hiasan dalaman villa bertemakan ala Barat dengan dekorasi bunga-bungaan nampak indah di matanya.
“Sayang, inilah bilik kita”. Narisha membuka pintu bilik utama. Luas! Terdapat King bedroom di tengah-tengah ruang bilik. Dua buah almari kaca di sudut kiri dan meja empat segi di hadapan sofa yang menjadi port rasmi untuk menonton televisyen Hi-Tech.
“All are perfect kecuali environment villa ni. Berhabuk dan kita tak ada makanan”. Ujar Ikhwan sambil memeluk Narisha yang duduk santai di sofa.
“Betul juga tu. Dah nak dekat asar ni. Kalau nak beli makanan gerenti tak sempat. Lagipun jauh juga restoran. Ah wait!”. Narisha petik jari. Dia sudah dapat idea. Dengan pantas dia berlari keluar untuk mendapatkan telefonnya.
Ikhwan membiarkan sahaja. Dia menguap. Matanya menatap syiling. Fikiran Ikhwan hanyut dan dia akhirnya tenggelam dalam lena.

“APASAL kau datang lambat sangat, hah?”. Tengkingan suara dari luar memeranjatkan Ikhwan. Terpisat-pisat dia bangun. Hish, Risha ni.. memekak je kerjanya. Eh, tapi dia marah siapa tu?  Ikhwan sudah berjalan dan membuka pintu bilik. Terpaku seketika menatap Ana. Apa pula yang dibuat di sini?
Ana terkebil-kebil dimarahi Narisha.
“Aku cakap dengan kau ni, kau pekak ke?”.
“Er...tadi jalan sibuk. Sebab tu la Ana lewat. Lagipun tadi pergi pasar dulu beli barang dapur nak bawak ke sini”.
Narisha bercekak pinggang. “Banyak la alasan bodoh kau. Kau dengar sini hantu, aku suruh ibu hantar orang gaji iaitu Mak Mi bukan kau tapi kau pulak yang datang. Kau bersihkan villa yang berhabuk ni. Lepas tu masakkan aku dinner. Cepat sikit. Aku dan Ikhwan dah kebulur ni tau. Nanti aku panggil teksi hantar kau balik”.
Ana tercengang. Ikhwan! Dia mengangkat muka. Matanya bersabung pandang dengan renungan tajam Ikhwan yang menakutkan. Ana meneguk liur. Peristiwa semalam masih segar dalam ingatannya.
“Apa lagi yang kau tercegat kat situ? Pergi la buat kerja kau. Bersihkan bilik aku dengan Ikh dulu”. Arah Narisha dengan muka masam.
Ana berjalan lambat-lambat. Dia perlu melintasi Ikhwan. Narisha ketap bibir. Geram melihat cara Ana berjalan. Bagi Narisha, Ana memang sengaja menyakitkan hatinya.
Narisha terus menolak belakang Ana dengan kasar sekali. Ana terkejut sehingga tidak dapat mengawal imbangan badan. Dia jatuh tersungkur di kaki Ikhwan. Pipinya bertukar merah. Malu.
Ikhwan terperanjat. “Risha, apa yang you buat ni?”. Memang dia marah dengan Ana tapi perbuatan Narisha sangat melampau baginya. Ikhwan menjauhkan kakinya yang hampir tercium dek Ana. Ikhwan memegang bahu Ana untuk membantu Ana berdiri. Dia sengih jahat dalam hati apabila merasakan Ana mengeraskan tubuh. Barangkali tidak suka dengan tingkahnya tetapi tdak mampu bersuara.
“Pergi masuk”. Arah Ikhwan lalu menutup pintu. “Let her finish her work peacefully, Risha”. Ikhwan menyindir Narisha.
Narisha cebik bibir. “Ala Ikh, dia sengaja berlakon la tu. I sakit hati tahu tengok dia jalan lambat tadi. Memang sengaja”.
“Risha, dia pun ada perasaan juga. You janganlah asyik nak malukan dia. Kasihan dia, sayang”.
“Sejak bila you berpihak pada dia ni?”. Narisha panas hati.
Sejak semalam. Lepas I cium bibir dia yang manis tu. Ikhwan jawab dalam hati. “I tak nak bergaduh dengan you pasal soal ni, Risha”.
“Huh..menyampahnya I..”.
“Risha, you tahu tak selama I hidup ni.. I nak sangat ada adik-beradik, so that I tak selalu rasa keseorangan, I akan ada kawan untuk kongsi apa-apa yang I suka. Tapi, you.. sampai hati you buat adik sendiri macam tu..”.
“Adik?”. Terjengil mata Narisha. “Perempuan macam tu, you nak suruh I mengaku dia adik I..? Oh come on.. Mati hidup balik pun I takkan mengaku yang dia adik I. Memalukan”.
“Suka hati you la..”.
Narisha menjongketkan bahu, tanda tidak kisah. Dia pun tidak gemar bercerita sesuatu yang menjadi kebenciannya sejak dulu lagi.
“So, kita nak buat apa ni? Jalan-jalan?”. Soal Ikhwan. “Boring la”.
“Ops!! Sorry sayang. Tadi kawan lama I call. I cakap la I balik dan ada  dekat Kuala Selangor ni. Then, dia  nak jumpa I. Boleh tak sayang? Dah lama I tak jumpa dia. Rumah dia 45 minit je dari sini. I nak pergi kejap aje”.
“Habis I?”. Ikhwan renung Narisha.
“Alaa,  you duduk kat sini la. Lagipun, mesti you boring kalau I berbual dengan dia. You tengokkan hantu tu buat kerja. Marah je Ana kalau dia tak buat betul-betul”. Narisha mengelus lembut rambut Ikhwan. Memujuk.
“You janji akan balik awal”.
Yup! I promise”. Bibir Narisha menyapa pipi Ikhwan.
Kemudian, kedengaran deruman kereta Narisha meninggalkan Villa. Ikhwan tarik nafas. Saat Narisha berkata yang dia mahu keluar, dalam fikirannya ada  satu wajah sahaja. Ana!! Rasanya masa sudah tiba untuk dia mengharu-birukan gadis itu. Dia gelak jahat dalam hati.

ANA berhenti menyapu apabila terdengar bunyi tombol pintu dipulas. Dia mengawal pernafasan yang tidak seirama lagi tatkala menangkap kelibat Ikhwan di muka pintu.
“Hai Ana.. Rajin nampak.. ? Lama lagi ke?”. Ikhwan senyum. Kaki melangkah ke sofa dua tiga inci dari muka pintu. Dilabuhkan punggung di situ.
Ana diam sahaja. Dia sudah serik! Lelaki itu tidak akan dilayan lagi. Mana kak Risha ni? Pintu bilik yang terbuka melegakan hati Ana.
“Ana!”. Ikhwan menyeru perlahan.
Ana diam tidak berkutik.
“Ana, I cakap dengan Ana ni”. Ikhwan sakit hati dengan Ana yang acuh tak acuh. Dilihatnya Ana masih dengan tugasnya.
“Ana!!!”. Ikhwan menekan suara.
“Encik, saya tengah buat kerja ni. Ada apa?”. Ana menjawab juga. Terpaksa!
“You panggil I apa Ana? You nak kena cium macam semalam ye?”. Ikhwan tergelak sinis.
Ana terperanjat dengan cakap lepas itu. Hatinya bergetar. Pantas tangannya menekup bibir dengan mata membulat. Dia menoleh ke arah Ikhwan. “Err..maksud saya Ikh”.
Ikhwan tersengih dengan reaksi spontan Ana. Tahu takut. “Ehmm. Macam tu la. I tak suka orang panggil I encik. Lagipun tak lama lagi I akan jadi abang ipar Ana. Patutnya Ana kena panggil Abang Ikh.  Sound sweet what?”. Usik Ikhwan geli hati.
Ana bingung. Kenapa Ikhwan menggatal begitu? Matanya liar mencari bayangan Narisha.
“Ana cari apa? Risha? Dia keluar. Pergi rumah kawan dia. Nanti dia balik”. Jelas Ikhwan mengundang debar di hati Ana.
Jadi dia berdua-duaan dengan Ikhwan di Villa kosong itu? Sudahla villa ini jauh daripada orang. Ana mempercepatkan hayunan tangannya.
Ikhwan perasaan muka Ana berubah sekalipun tidak berapa jelas.
Selesai sahaja menyapu, Ana mengemas cadar yang senget. Satu persatu tindakannya langsung tidak lepas daripada pandangan Ikhwan.
Ana memandang sekeliling bilik dengan puas hati kecuali di bahagian sofa yang sedang ditawan Ikhwan. Dia perasaan mata Ikhwan tidak lepas merenungnya. Hari ini, dia belajar sesuatu tentang Ikhwan, lelaki itu sangat suka memaksa orang lain mengikut kehendaknya. Pantang ada cabaran sikit!
“Kenapa you sombong sangat ni, Ana?”. Ikhwan menghalang perjalanan Ana keluar bilik.
“Apa Ikh cakap ni? Saya tak faham. Saya nak bersihkan bilik sebelah. Tolong bagi laluan”.
“Bagi laluan?”. Ikhwan angkat kening. “Boleh...tapi kena cium sikit?”. Usik Ikhwan.
Dahi Ana sudah berlapis-lapis. “Saya bagitahu kak Risha nanti”. Ana cuba mengugut Ikhwan.
Ikhwan ketawa tidak percaya. “Ana nak bagitahu dia? I takut bukan I yang kena tampar tapi Ana pula yang kena”.
Pipi Ana yang putih sebelah itu bertukar warna. Tentu lelaki itu suka melihat dia dilayan kasar oleh Narisha. Entah mengapa, dia jadi sayu pula.
“You know what, Ana.. Risha kata I boleh je sesuka hati marah Ana.. Tapi I…ehmm I tak nak la.. I tak suka marah perempuan cantik macam Ana ni..”. Ikhwan senyum nakal lagi.
“Encik Ikhwan.. tolonglah jangan...”.
“Ikh....”. Potong Ikhwan dan bibirnya pantas menyentuh lembut bibir Ana. Tangan yang menghadang pintu jatuh.
Ana terkesima. Dia menolak kasar tangan kekar yang erat memeluk pinggang. Tangannya terangkat tinggi namun sempat dicapai Ikhwan.
No...sweety. Not for this time”. Ujar Ikhwan dengan senyuman sebelum berlalu meninggalkan Ana yang masih terkaku di pintu.         


DI MAHLIGAI IMPIAN, Datuk Umaira membelek dokumen kewangan yang memerlukan tandatangannya. Bilik yang dilengkapi pendingin hawa membuatkan Datuk Umaira sedikit kesejukan. Tangannya menekan interkom.
“Za, tolong bawakan saya tea panas. Ke bilik bacaan ya”.
Datuk Umaira mengusap rambut separas bahu. Sekali pandang, tentu tiada siapa yang menyangka usianya sudah hampir mencecah 44 tahun. Dia kelihatan seperti awal 30-an.
Datuk Umaira menarik laci meja yang sentiasa berkunci siap dengan  kata kunci lagi. Matanya terpaku pada album gambar miliknya yang sudah berusia hampir 24 tahun.
Tanpa sedar, dia membelek album lama itu perlahan-lahan. Pandangannya disapa dengan baju pengantin berkrim putih yang dipakai 24 tahun lalu. Alangkah bahagianya saat itu!
Kemudian dia menatap lagi wajah bersih seorang lelaki berjambang halus yang sedang tersenyum di sebelah sisinya, juga turut memakai baju kemeja putih.
Kenapa? Kenapa? Persoalan itu tidak  mampu dirungkai biarpun sudah hampir dua dekad berlalu. Dan Datuk Umaira pun sudah letih untuk mencari jawapannya.
Tubir matanya berkaca.
Apa salahnya sehingga diperlakukan seperti tidak punya harga diri? Mengapa dia yang menjadi sasaran? Mengapa setelah dia menyerahkan segala-galanya buat lelaki itu, dirinya ditinggal pergi? Dan sehingga kini, dia masih tidak mempunyai jawapan untuk persoalan demi persoalan yang sentiasa berlegar-legar dalam benaknya. Tidak! Dia tidak pernah bersalah untuk itu. Lelaki itu yang memulakan semuanya. Lelaki itu yang  pergi tanpa khabar.
Ketukan di pintu membawa dia ke alam nyata. Segera dia menutup album. Air mata disapu dengan belakang tangan. Bibirnya bersuara lembut.
“Masuk Za”.

No comments:

Post a Comment