DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 16 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 17




Ana menarik nafas perlahan. Dia menilik muka di cermin besar dalam bilik air. Dia hanya bertuala paras paha. Mukanya yang jelas kontra itu terbias ke cermin. Ana tersenyum. Dia tidak benci lagi pada diri sendiri. Kerana dia sudah belajar menerima apa yang telah ditakdirkan dalam hidupnya.
Ana menarik pintu untuk masuk ke powder room. Sebaik sahaja melangkah masuk, Ana tersentak. Ikhwan sedang menyilang kaki di depan pintu. Mahu sahaja Ana menghilangkan diri saat itu apabila perasan tubuhnya hanya dibaluti sehelai tuala pink.
“Lamanya mandi.. kan I dah cakap jangan mandi lama-lama”. Keras suara Ikhwan. Sakit betul hatinya menunggu Ana. Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi, memang lewat benar. Matanya beralih pula pada batang tubuh Ana. Rambut panjang Ana yang kerinting dan masih basah mengocak naluri kejantanannya. Ikhwan menahan nafas. Inilah aura yang dimiliki Ana, yang tidak terdapat pada mana-mana kenalan perempuannya. Aura yang membuatkan keinginannya menggila.
Ana serba salah. Mata helang Ikhwan agak menggerunkannya.  Lama ke aku mandi? Seingatnya tidak sampai 15 minit pun. Kalau lambat pun mungkin kerana dia bingung bagaimana hendak membuka shower di bilik mandi sebentar tadi.
“You have a nice towel, nice hair and a very sexy body shape, Ana”. Ucap Ikhwan tiba-tiba.
Ana tidak menjawab. Dia hanya mampu berdiri tegak di hadapan Ikhwan yang tidak sampai satu inci pun darinya. Apabila Ikhwan memeluk tubuhnya erat, Ana merasakan urat sendinya seperti mahu longgar. Sesak nafasnya waktu itu.
Ikhwan terus menikmati Ana yang sudah sah bergelar isterinya selama beberapa jam.
“Ana..nak pakai baju dulu, boleh”. Ujar Ana dalam seribu kepayahan.
Ikhwan mendengus. “Tak payah! Tak ke mana pun baju you tu nanti”.
Ana hanya mampu memejamkan matanya tika pelukan Ikhwan kian erat dan tubuhnya terasa melayang diangkat lelaki itu.

IKHWAN membuka mata. Berkerut-kerut dahinya menahan rasa tidak senang. Pancaran lampu warm light mengejutkannya dari lena. Terimbau kenangan malam tadi, tangannya bergerak ke sisi. Mahu mencari si isteri. Tiada! Kosong! Ikhwan terduduk. Mana perempuan ni?
Dia terkedu melihat satu objek berpakaian putih sedang sujud di atas sejadah. Hati Ikhwan disinggahi perasaan syahdu dan bersalah. Dia sudah lama tidak solat lima waktu sehari semalam. Kecuali solat Jumaat. Dia dan Zikr sama sahaja. Bukan macam Khalish yang tak pernah sekalipun miss solat fardu tu.
Jika tidak Zikr yang mengajak ke masjid, dialah yang mengajak pada hari Jumaat. Itupun kerana dia ingat akan ajaran Ustazah Hamilah yang mengatakan Nabi pernah bersabda sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat lebih dari tiga hari tanpa alasan, pintu hatinya akan tertutup untuk menerima hidayah. Itulah pegangan yang membuatkan dia tidak pernah mengabaikan solat Jumaat. Jahatnya dia, solat Jumaat pergi, solat hari lain tidak buat pula.
“Ana..”. Panggilnya selepas melihat Ana sudah selesai melipat telekung.
Ana berpaling. “Ikh dah bangun”. Ujarnya lembut.
“Kenapa tak buka lampu?”. Tanya Ikhwan.
Ana tidak bersuara. Bagaimana dia hendak cakap  ya? Masih ingat lagi sewaktu dia bangun setengah jam tadi, seperti mahu gila dia mencari suis lampu. Langsung tidak jumpa. Mujur lampu gantung itu terpasang hanya dengan menarik juntaian tali  sahaja. Itu pun dia main agak-agak sahaja. Sudahlah dia tidak memakai apa-apa, gelap pula tu.
 “Ana tak jumpa suis lampu pun”. Ujar Ana terus terang. Di terduduk di riba Ikhwan apabila lelaki itu menariknya. Pinggang rampingnya dipeluk Ikhwan dengan sebelah tangan.
Ketawa Ikhwan sekali lagi ingin meletus tetapi ditahannya. Aduhai Ana ni. Tak tahu apa-apa pun. Naif dan lurus sangat. Lain benar dengan Risha.
“Ana, dalam bilik I ni tak ada suis, kalau nak buka apa-apa guna remote”. Ikhwan memanjangkan tangannya mencapai remote di meja kecil bersebelahan katil. Ada tiga semuanya. “Yang ni remote lampu. Cuba Ana tekan yang hijau ni..”. Tunjuk Ikhwan. Ana pantas mengikut arahan. Bilik itu kemudian terang benderang dengan limpahan cahaya lampu.
See.. kan dah nyala tu. Kalau nak warna colourful, tekan butang sebelah ni and kalau nak tutup tekan yang hujung, faham?”
Ana angguk. Sedikit malu kerana Ikhwan terpaksa mengajar satu persatu. Nampak sangat dia tidak tahu apa-apa.
Good! Yang ni untuk air-cond and yang ni untuk tingkap atau langsir”. Terang Ikhwan lagi. Bibirnya sudah mengucup lembut pipi kiri Ana.
Ana terpaku saat itu. Ikhwan langsung tidak jijik mengucup pipinya yang hitam legam itu. Sedang orang lain memandang pun geli, lelaki itu hanya biasa-biasa sahaja. Sekali lagi dia terharu.
“Ikh.. Ikh.. Ana nak tanya boleh..?”. Tergagap-gagap Ana menyusun kata.
Ikhwan menatap si isteri.  “Tanya je la..”.
“Se.. semalam tu.. semalam.. Ana…”. Ana menggigit bibir bawah. Terasa pijar mukanya mengingat apa yang terjadi semalam antara dia dan Ikhwan. Ikhwan tergelak kecil. Dia sudah tahu apa yang ingin Ana katakan.
“Semalam…”.
“Semalam you masih suci… dan hari ni dah tak kan?”. Ikhwan mengerling nakal. Anak matanya jatuh ke susuk badan Ana. Hmm.. geram pula rasa.
Ana berkerut kening. Anak matanya mencari mata Ikhwan, memohon sebuah kepastian. Dia juga sesungguhnya merasakan hal yang sama tetapi jika benar dia tidak ternoda dulu, apa yang telah berlaku? Apakah dia salah sangka terhadap Ikhwan selama empat tahun ini. Dan jika benar Ikhwan tidak merogolnya dahulu, mengapa perkahwinan ini masih diteruskan?
“Jadi, dulu..?”.
Jari jemari Ana disentuh Ikhwan. “I tak buat apa-apa pada you dulu Ana.. Ehmm..”. Ikhwan sengih, bila kenangan itu terimbau.. dia pun rasa diri gila. Jahatnya dia dulu nak merogol anak orang.
“Tapi..”. Ana bagaikan masih tidak percaya.
“You pukul I dengan pasu kaca tu.. sampai pening kepala I dibuatnya.. siap berdarah lagi cadar tau.. Apa lagi.. lepas you pengsan, I pun pengsan sekali..”. Ikhwan ingat lagi.. Selepas Ana ditampar sehingga wanita itu tidak sedarkan diri, baru sahaja dia hendak mengucup pipi Ana, matanya terasa berpinar-pinar sebelum semuanya menjadi gelap. Dan itu sahaja yang dia ingat.
Dia sangka Ana tahu bahawa tiada apa yang terjadi antara mereka. Namun, kejadian di hospital di mana Ana mengugut mahu melaporkan pada polis membuatkan Ikhwan terpaksa meneruskan rentak Ana. Berpura-pura menjadi perogol.
“Err.. Ana.. kalu Ikh tak buat apa-apa dulu, kenapa nak kahwin dengan Ana..? Kenapa tak berterus terang dengan ma?”.
Ikhwan angkat bahu. “You ingat ma mudah-mudah nak percaya ke? No way! Lagipun selama ni you sangka I rogol you.. Lepas tu, mesti nak kena buat banyak procedure.. Oh..so boring!”.  Ikhwan buat muka. Kang senang je kalau main angguk.
“Tapi..”.
“You nak ke pergi hospital dan jaja semua ni pada orang? Nak check dara semua tu, you ingat tak perlukan doktor ke? Tak perlu orang luar? Dah kalau orang luar terlibat… maknanya menyusahkan semua orang.. malukan keluarga I..”.
Ana termangu-mangu. Cerita Ikhwan ada logiknya. Entah mengapa,  hati Ana menjadi lapang buat seketika. Sekurang-kurangnya dahulu, Ikhwan tidak pernah melakukan hal terkutuk itu. Nampaknya mimpi ngerinya selama ini hanyalah kerana trauma.
“I nak mandi and pergi kerja tapi sebelum tu. I nak Ana, boleh?”. Ikhwan sudah sengih nakal.
Ana diam tidak bersuara ketika lelaki itu sudah erat memeluk batang tubuhnya.


HATI Ana bergetar mendengar tengkingan Datuk Umaira yang sedang memarahi Ikhwan di meja makan. Ana yang masih di dapur tidak berani untuk menjengah muka. Zainah yang berada di situ juga langsung tidak bersuara. Ana memasang telinga.
“Ikh jangan main-main dengan ma. You have promised me to become the boss in NUR Holdings”.  Datuk Umaira bercekak pinggang.
“Ma.. look.. listen to me, okay. Ikh bukannya tak nak ambil alih jawatan timbalan pengarah tu.. Cuma nak mula dari bawah. Nothing wrong with that la ma. Ikh nak starts sebagai pengurus”. Ikhwan menyuap roti bakar ke mulut.
Datuk Umaira menarik nafas lega. Kegusaran hatinya berkurang. Dia mula duduk di meja makan. “What for Ikhwan? I don’t think it is a good decision”.
“But I think yes ma. Ikhwan mahu staf NUR Holdings hormat Ikhwan kerana kemampuan dan keupayaan Ikh bawa syarikat kita ke peringkat antarabangsa. Not because I am your son. Not because my mother, Datuk Umaira”. Ucap Ikhwan tegas.
Datuk Umaira menggeleng. Ikhwan memang berprinsip. Itu yang dia tahu dari dulu. “So, how’s your first day as a husband?”.
Ikhwan berhenti menyuap dan mendongak merenung ma nya. Dia angkat bahu. “Biasa je. Nothing’s change, I bet so”.
“Ma tak sangka Ikh sanggup buat kerja terkutuk tu..”. Ucap Datuk Umaira penuh kesal.
Ikhwan meneguk liur yang terasa kesat. Melihat wajah kelam Datuk Umaira, hatinya terhiris pedih. Dia sudah melukakan hati wanita yang selama ini sangat menyayangi dan menaruh harapan tinggi kepadanya.
“Ma.. Ikh.. minta maaf. Ikh mengaku salah Ikh. Ikh…”. Hendak mengakui sekarang yang tiada apa yang berlaku dahulu, rasanya tidak penting lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Masakan ma nak percaya.
“Apa salah Ana tu, Ikh? Such an innocent girl and Ikh sampai hati buat dia macam tu..”.
“Ma, Ikh dah bertanggungjawabkan..?”.
“Ya…sebab ma yang paksa”. Selar Datuk Umaira geram.
Ikhwan menggaru kepala.
“Cuba Ikh bayangkan macam mana perasaan Ana kalau Ikh kahwin dengan Narisha and Ikh jadi  kakak ipar dia..? After what you have done to her, do you think dia boleh hidup satu bumbung dengan Ikh?”.
Boleh. Sebab dulu tak buat apa-apa pun. Ikhwan jawab dalam hati. Tak berani dah nak keluarkan suara.
Ana yang menelinga sejak tadi cuba menahan air mata dari mengalir. Sungguh, dia terharu dengan pembelaan Datuk Umaira terhadapnya.
Ikhwan masih diam tidak berkutik mendengar kemarahan Datuk Umaira.
“Jaga Ana elok-elok Ikh sebab dia dah jadi amanah Ikh and ma nak mulai hari ini putuskan hubungan Ikh dengan kakak ipar Ikh tu. Nanti boleh jadi fitnah pula. Faham?!!”.
Ikhwan angguk. Malas hendak mengulas apa-apa. Lagipun dia tidak rasa hubungannya dengan Narisha akan sama seperti dulu selepas kejadian semalam. Yang dia pasti satu sahaja. Dia langsung tidak mencintai Ana. Huh! Lagipun perempuan cacat itu tidak sesuai untuk bergandingan dengannya. Dia hanya mahukan layanan Ana sahaja. Memiliki tubuh yang menggiurkan itu merupakan satu kepuasan buat dirinya. Sekalipun dia tidak sukakan Ana, bukan jenisnya menengking tidak tentu pasal. Kerana itu, layanannya kepada Ana seperti pasangan suami isteri.
“Ma..lagi satu..?”.
“What??”.
“Ikh nak duduk kondo, boleh?”.
Datuk Umaira tercengang. “Kenapa? What’s wrong with the house? And don’t say that you want to have a honeymoon with Ana”.
“Saje. Lagipun lagi dekat dengan company?”.
“Ikhwan!! Jangan nak jadikan itu sebagai alasan. Ma pergi kerja tiap-tiap hari. Tak adanya rasa macam nak mati pun jarak sejam tu. Mahligai Impian ni ma bina untuk Ikh. I wish you could have a happy moment here with your wife and childrens”. Datuk Umaira sungguh tidak setuju. Sebenarnya dia takut Ikhwan mahu memperlakukan Ana seperti orang gaji. Ataupun membalas dendam terhadap gadis itu. Manalah tahu Ikhwan mempunyai niat yang tersembunyi di sebalik agendanya itu.
Ma..please. Ikh bukannya nak tinggal selama-lamanya kat kondo tu. At least, sampai Ikhwan jadi CEO..okey ma?”. Ikhwan senyum manis, memujuk.
No…”.
“Ma..boleh la ma..”. Ikhwan terus merengek manja.
Datuk Umaira mengeluh. “Huh, suka hati Ikh lah. Bila nak pindah?”.         
“Petang ni pun boleh? Nantilah Ikh suruh Ana kemaskan baju”.
“Ana!!”. Panggil Datuk Umaira apabila teringatkan menantunya itu.
Ana gugup tetapi dia melangkah juga. Apabila sampai di meja makan, dia tersenyum.
“Duduklah Ana!!”. Jemput Datuk Umaira.
“Ya. Terima kasih, ma”. Ana mula menarik kerusi. Terasa janggal apabila Ikhwan seakan-akan tidak melihat kewujudannya di situ. Ana pelik dengan layanan Ikhwan pagi itu sedangkan semalam lelaki itu baik-baik sahaja.
“Okey, ma dah nak pergi kerja. Ana jangan segan-segan nak terokai  rumah ni. Mahligai Impian ni dah jadi hak Ana juga”.
Ana mengangguk. Apabila Datuk Umaira bangun, dia turut berbuat demikian. Ana menghulur tangan. Ekspresi Datuk Umaira agak terkejut namun membalas dengan memeluk Ana erat.
“Ehmm, anak ma ni. Kalau ada apa-apa yang berlaku, telefon ma, ya”. Datuk Umaira mengusap lembut kepala Ana.
Ana sungguh terharu dengan pelukan hangat itu. Pelukan pertama dari seorang ibu. Dia memandang langkah Datuk Umaira dengan senyuman.
Ikhwan mengerling isterinya yang masih tercegat. Sungguh, dia terpaku melihat tindakan Ana kerana dia jarang-jarang sahaja menyalami ma. Kalau nak pergi jauh macam UK tu barulah bersalam. Tapi kalau setakat nak pergi kerja hanyalah ucapan ‘bye ma’, atau ‘okey, Ikh pergi dulu’
“Ana, nanti Ana kemas baju-baju I and baju Ana. Petang ni kita nak pindah masuk kondo I. Mungkin lima atau enam bulan kita kat sana. Beg pakaian I ada dalam powder room”. Ikhwan mengarah sebelum mencapai briefcase. “I dah nak pergi ni”.
Ana tersedar. Pantas melangkah dan mencapai tangan Ikhwan sebelum tunduk menciumnya.
Sekali lagi Ikhwan terpaku di tempatnya. Dadanya bergetar hebat. Bibir yang mencium tangannya dibalas dengan bibir.




No comments:

Post a Comment