“NIA!”
Zenia
yang sedang meneguk air mineral dari dalam botol hampir tersembur. Dikesat air
yang meleleh di bibir dengan hujung lengan baju kemejanya sebelum berpaling ke
arah Eton yang sedang tersengih-sengih dengan riak muka gatal. “Apa?” soalnya
sambil menutup tudung botol di tangan.
“Tu...
handsome tak?” Eton memuncungkan
bibirnya ke arah seorang pelajar lelaki yang sedang menuruni tangga. Rutin
biasa mereka berdua hampir dua bulan bergelar pelajar di kampus itu, bertenggek
di sebalik tangga sambil perhatikan orang lalu-lalang. Untung-untung, boleh
‘cuci mata’ sekali tengok siswa-siswa yang kacak.
Mengecil
mata Zenia memerhatikan lelaki yang dimaksudkan. Berkulit sawo matang,
sederhana tinggi, berbaju T kolar, berseluar jeans, memakai jam di tangan kanan,
berkasut kulit, beg digalas secara bersilang, memegang dua buah buku dengan
tangan kanan dan...
“Bercermin
mata!” kata Zenia sambil memetik jari.
“So?” Eton buat muka pelik.
“Nerd, okey?” Zenia julingkan mata ke
atas.
“Mana
ada! Handsome aje aku tengok.” Eton
tak puas hati. Suka-suka aje si Zenia ni buat rumusan sendiri.
“Sesuailah
dengan kau,” balas Zenia sebelum terkekeh-kekeh ketawa.
Spontan
Eton memukul lengan Zenia. Rakannya itu menyambung tawanya lagi.
“Okey,
second one.” Eton membetulkan duduknya.
Seorang lagi siswa yang sedang berjalan menuruni tangga yang sama kini menjadi
perhatiannya. “Kulit putih, jalan tangan masuk dalam poket, rambut kemas dan
hmm... tak pakai cermin mata,” gumamnya perlahan.
Zenia
ikut memerhati. Kepalanya terangguk-angguk tanda bersetuju dengan komen yang
dibuat Eton. “Muka dia kurang handsomelah.”
“Tapi
gaya nampak smart, beb. Tak rasa
macam tu ke?” pintas Eton laju.
Zenia
mengerutkan dahi. “Ya ke?”
“Ya!”
Eton mengangguk dan terus memerhati. Tiba-tiba...
“Hai,
Fahrin!” Seorang gadis datang menegur. Selamba sahaja dia memeluk lengan lelaki
yang dipanggil Fahrin tadi.
“Eh,
hai!” balas Fahrin pula dengan nada mesra.
“You
sorang aje ke?” tanya si gadis itu. Nada suaranya bertukar manja.
“You
ada nampak siapa-siapa sebelah I ke sekarang?” kata Fahrin dengan senyuman
mengusik.
Gadis
itu ketawa manja. “So... apa kata
kalau you teman I pergi makan? I pun sorang jugak ni,” ajaknya sambil hujung
jari telunjuk bermain-main dengan rambut ikalnya yang dilepas bebas.
Zenia
dan Eton sama-sama ternganga, jadi patung untuk seketika.
Fahrin
mengangguk. “Okey.”
Gadis
itu ketawa lagi lebih manja dari tadi. Dan mereka berdua pun berlalu sambil
berpegangan tangan.
Zenia
dan Eton saling berpandangan sebelum...
“Reject!” Serentak mereka bersuara
sebelum masing-masing ketawa sakan.
“Pantang
nampak perempuan cantik, terus keluar ciri-ciri buaya. Eii...” Eton
menggeletikkan tubuhnya. Geli.
Zenia
ketawa lagi. “Kaulah puji tadi. Smart
konon...” Suaranya dileretkan, sengaja menyindir.
“Fine!” Eton tarik muka.
“Third one!” Zenia berbisik perlahan
ketika ternampak seorang lagi siswa menuruni tangga yang sama.
“Okey
yang ni aku tak nak. Dahlah pendek, tak handsome
langsung,” komen Eton dengan kepala tergeleng-geleng laju. Macamlah mamat tu
nak kat dia pun.
“Okey
apa, beb? Comel aje aku tengok,” balas Zenia sambil tergelak-gelak.
Eton
buat muka. Pandangannya kini teralih ke arah seorang lagi siswa yang sedang
berjalan di belakang siswa yang dikatakan comel oleh Zenia tadi. Tidak
semena-mena, bibirnya terukir senyuman. “Hmm... yang ni aku suka.” Dagunya
ditongkat dengan tapak tangan sambil mata tidak teralih memerhatikan lelaki
itu.
Zenia
mengerutkan dahi melihat reaksi Eton. Dia ikut berpaling ke arah yang sama
dan...
“Eton!”
Disenggol kuat lengan Eton dengan riak muka tak puas hati. “Tu aku punyalah!”
Eton
mencebik sebelum ketawa. Tahu sangat memang Zenia akan ‘gila’ setiap kali
nampak Hayyan. Sengaja aje nak test
minah ni tadi. Tahu takut. Dia ketawa sendiri.
Zenia
menjuihkan bibirnya. Diperhatikan lelaki itu menuruni tangga sehingga hilang
dari pandangan. Hayyan Rizqi, sejak hari pertama mengenali lelaki itu sampai
sekarang, tak sedikit pun perasannya berubah. Tapi yalah... manalah the most eligible bachelor kat kampus tu
nak pandang orang macam dia ni? Enggang takkan nak terbang sama paras dengan
pipit, kan?
“Eh,
nak pergi mana?” tanya Eton kalut apabila melihat Zenia bangkit berdiri.
“Balik.”
Zenia menyangkut beg di atas bahu.
“Alaaa...
kejaplah, beb. Aku tak puas lagi ‘cuci mata’ ni,” tahan Eton. Sengaja buat
suara merengek.
“Kat
bilik kan ada sabun. Nak aku tolong cuci?” Zenia sengih comel-comel. Menyindir.
“Tak
kelakar.” Eton tarik muka masam.
Zenia
ketawa. “Jomlah balik, assignment tak
siap lagi.”
“Don’t remind me!” Eton mengangkat
kedua-dua tangannya sebelum ikut bangkit berdiri.
“Jomlah!”
Zenia ketawa lagi lalu menarik tangan Eton untuk pulang ke kolej kediaman
mereka.
BUNYI pintu terkuak mengalih tumpuan Zenia yang sedang
ralit merenung skrin laptopnya. Dia berpaling
ke belakang.
“Tengok
apa aku dapat.” Eton tersengih menayangkan DVD di tangannya.
“Cerita
apa?” Zenia senyum teruja.
Eton
berdeham sekali sebelum menjawab, “A Walk To Remember!”
“Pelakon?”
“Shane
West!”
“Okey,
tu aku suka!” Terjerit Zenia dibuatnya.
“So apa tunggu lagi? Jom layan!” balas
Eton lalu menghampiri mejanya untuk mengambil laptop miliknya.
“Tapi
assignment?” Baru Zenia teringat akan
assignmentnya yang masih belum siap
lagi.
“Bila
kena hantar?”
“Next week.”
“Hmm...”
Eton pura-pura mengira hari dengan jari-jarinya. “Lima hari lagi. Relakslah,
beb!”
Zenia
ketawa. Dah faham sangat dengan perangai kawan baik dia yang sorang ni. Ditarik
kerusi yang sedang diduduki dan diletakkan berdepan dengan katil. Eton pula
meletakkan laptopnya di atas kerusi
itu. Suis lampu dimatikan sebelum mereka sama-sama baring di katil, bersedia
menonton filem A Walk To Remember yang entah dari mana di‘culik’ Eton.
“Best ke cerita ni? Mana kau dapat ni?”
tanya Zenia. Sebuah bantal diambil dan dipeluk erat.
“Aku
pinjam dengan Nurul. Dia cakap cerita ni best.
Paling penting, hero dia handsome,”
ujar Eton sebelum tergelak sendiri. Begitulah dia dan Zenia, kalau tengok filem
elemen terpenting sudah semestinyalah watak si hero.
“Handsomenya mamat ni...” Meleret suara
Eton memuji watak lakonan Shane West dalam filem itu.
“Landon
Carter...”
“Kalaulah
aku jadi Jamie ni, bertuahnya badan...”
“Tengok
Landon ni kan, tiba-tiba aku terbayang Hayyan.” Zenia tersengih.
Eton
spontan menoleh ke arahnya. “Kau tu berani cakap aje. Bukannya nak cuba tegur
dia.”
“Takkanlah
aku nak tegur dia? Seganlah weh!” Zenia memuncungkan bibirnya. Ada ke patut
Eton suruh dia yang mulakan dulu? “Jatuhlah standard
wanita sejati!”
“Banyaklah
kau punya sejati. Nanti kang kalau dia dah ada yang punya, kau jugak yang gigit
jari,” perli Eton. Matanya kembali fokus ke arah skrin laptop.
“Hmm...”
Zenia menggumam sendiri. Skrin laptop
menayangkan babak romantis antara Landon dan Jamie, tetapi fikiran Zenia
melayang jauh mengingati Hayyan Rizqi.
“Nanti-nantilah...
kut ada peluang ke aku nak tegur dia nanti,” jawab Zenia kemudiannya. Bantal
dipeluk rapat lagi.
Tersengih
Eton melihat tingkah Zenia. “Orang kalau angau memang susah,” komennya sebelum
ketawa terkekeh-kekeh.
No comments:
Post a Comment