DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday, 29 February 2016

MY SOULMATE - BAB 6



“Betul ke Hanis? Kau tak bergurau ke ni?” Ayuni terjerit di hujung talian apabila mendengar kata-kata Hanis.
            “Lah..betullah.  Apa pulak yang tipunya.  Kau ingat perkara ni boleh main-main ke?  Encik Taufik sendiri yang beritahu aku.  Surat tawaran ni pun ada kat tangan aku.  Actually, Encik Taufik suruh aku poskan, tapi aku cakap baik aku pass pada kau by hand aje” terang Hanis untuk meyakinkan Ayuni.
            “Ya Allah…Alhamdulillah syukur.  Aku dah tak fikir lagi pasal kerja ni sebab aku rasa aku tak mungkin dapat” balas Ayuni yang masih tidak percaya. 
            “Haaa…kan aku dah cakap kalau dah memang rezeki kau, mesti kau dapat kerja ni punya” jawab Hanis dengan yakin. 
            Dia sendiri juga tidak sangka Ayuni akan berjaya menjawat jawatan itu dan dia telah berkira-kira untuk meminta bantuan Taufik tetapi belum pun dia bersuara, ternyata Ayuni telah berjaya.   
           “Hanis…aku peliklah. Macamana pulak aku boleh dapat jawatan tu sedangkan masa interview hari tu dah terang-terang penemuduga tu kata aku memang tak layak.  Siap cakap aku penipu lagi” soal Ayuni yang pelik walaupun hatinya gembira bukan kepalang.
          “Alah…soal macam mana kau boleh dapat jawatan ni, kau tak payahlah susah-susah nak fikir.  Apa yang penting, kau dah berjaya.  Bukan senang tau nak dapat kerja kat sini.  Jadi lebih baik kau fikir persediaan untuk mula kerja nanti” balas Hanis yang cuba menutup rahsia.  Dia tidak mahu Ayuni tahu bagaimana dia boleh mendapat jawatan itu. 
Ayuni terdiam mendengar kata-kata Hanis.  Betul juga cakap Hanis.  Buat apa aku susah-susah nak fikir.
        So, bila aku boleh mula kerja?”, tanya Ayuni tidak sabar.
        “Amboi, dah tak menyabar dah kawan aku sorang ni.  Kalau ya pun, tunggulah aku balik ke rumah dulu.  Nanti aku terangkan dari A sampai Z”, balas Hanis apabila dilihatnya Ayuni seolah-olah sudah tidak sabar hendak memulakan kerja barunya itu.  Maklumlah sudah lama menjadi penganggur terhormat.





                                                      
            “APA LAGI yang kau menungkan tu Ayuni?.  Apa lagi masalah kau?” tanya Hanis pelik bila melihatkan Ayuni sedang termenung sambil menghadap almari pakaiannya.
           “Hanis…kau tolonglah aku.  Aku tak tahu nak pakai baju apa untuk first day kerja kat Menara Holding, lagi pun aku tak ada banyak baju.  Kau pun tahu, selama ni aku cuma pakai baju kurung aje.” jelas Ayuni keresahan. 
Dia bingung memikirkan pakaian yang harus dipakainya untuk ke pejabat terutama hari pertama memijakkan kaki ke Menara Holding sebagai salah seorang staf syarikat gah itu sebab kata orang first impression itu sangat penting.  Dia tidak mahu dipandang rendah hanya kerana cara dia berpakaian.  Dia tambah bingung bila memikirkan dia tidak mempunyai banyak baju yang sesuai dengan jawatan terbarunya itu.  Dulu dia tidak hiraukan itu semua kerana dia hanyalah seorang kerani akaun biasa.  Apa pakaian yang ada di dalam almari pakaiannya, itulah yang dipakainya ke tempat kerja.  Untuk beli baju-baju baru pula, perlukan kos yang tinggi juga sedangkan incomenya selama ini pun tidak menentu. 
           “Aku ingatkan masalah apalah tadi. Hmm..kau jangan risau Ayuni, aku akan jadi perunding imej untuk kau.  Tentang dressing ke pejabat, don’t worry kau serahkan kepada pakar perunding imej yang tersohor ni” jawab Hanis secara berseloroh sambil bercat walk di hadapan Ayuni. 
Dia perlu berlagak seolah tiada apa-apa berlaku ketika itu untuk menghilangkan kegusaran Ayuni.  Ayuni sendiri memang tidak menafikan bahawa rakan baiknya itu memang pandai bergaya sesuai dengan jawatannya sebagai receptionist.  Berada di kaunter utama di lobi Menara Holding memerlukannya sentiasa kemas dan menarik kerana dia membawa imej Menara Holding di mata para pelanggan syarikat mega itu.
            Ayuni teringat kembali drama-drama yang berkisarkan syarikat korporat yang pernah ditontonnya.  Walaupun, ia hanyalah sebuah cerita, tetapi cara mereka yang berkhidmat di syarikat-syarikat mega itu berpakaian, memang ternyata jauh dari imej dirinya kini.  Oleh kerana itu dia amat mengharapkan khidmat Hanis sebagai jururunding pakaiannya untuk ke tempat kerja.  Lebih-lebih lagi di hari pertama dia berkhidmat di Menara Holding nanti.  Dia tidak mahu lelaki muda yang menemuduga dia dahulu akan memandangnya dengan sinis dan memperlekehkan dirinya jika dia tersalah membawa imej diri di tempat kerja barunya kelak.
            Jauh di sudut hatinya, dia masih tertanya-tanya, bagaimana dia boleh diterima berkhidmat di Menara Holding sedangkan segalanya sudah jelas lagi nyata semasa sesi temuduga tempoh hari, dia telah gagal.  Totally knocked out disebabkan penipuan tidak sengajanya itu.
            Apa yang telah menyebabkan dia diterima bekerja?  Adakah kejayaannya itu hasil pertolongan dari seseorang dan mungkinkah orang itu Encik Taufik?
            “Ahh!!  Itu bukan urusan aku….apa yang penting aku mesti buktikan pada semua orang yang aku sememangnya aku layak untuk jawatan ini….”,putus Ayuni penuh azam.








No comments:

Post a Comment