Ana
menyimpan pakaiannya ke almari di kondominium Ikhwan. Mereka sudah berpindah ke
sini petang tadi. Ikhwan sudah lesap entah ke mana. Seusai kerjanya, Ana
merenung bilik tidur mereka. Ana memang terkejut tika melangkah masuk ke
ruangan bilik tidur utama petang tadi. Masakan tidak, bilik itu sebijik sama
dengan bilik mereka di Mahligai Impian. Langsung tiada perubahan. Dari warna
hingga ke jenis perabot. Semuanya sama.
Ana
menarik nafas. Dia tahu mulai hari ini, kondo inilah dunianya. Dia pasti akan
rindukan Mak Mi dan Pak Daud, suasana rumah dan mungkin juga taman bunga love miliknya. Tetapi apakan daya, dia
sudah berada di sini bersama Ikhwan.
Jauh
di sudut hati, Ana berharap perkahwinannya dengan Ikhwan akan memberi sinar
baru dalam hidupnya walau mungkin untuk mencapainya dia perlukan seribu
kekuatan. Kerana apa yang dia tahu Ikhwan tidak pernah sukakan dirinya.
Ana
menarik nafas. lagi Dia sudah memaafkan Ikhwan atas semua yang pernah
dilakukannya. Ana menuju ke dapur. Mahu memasak untuk Ikhwan. Mungkin Ikhwan
akan balik sekejap lagi.
“SERONOK dapat kahwin dengan perempuan
tu?”. Herdik Narisha sinis.
Ikhwan
hanya mengangkat bahu. Dia menerima ajakan Narisha untuk keluar dinner dan meninggalkan Ana yang sibuk
mengemas tadi.
“Sampai
hati you buat I macam ni, Ikh..you ingat I ni anak patung ke?”. Mata Narisha
mula berkaca. Dia masih sakit hati dan terkilan dengan perlakuan Ikhwan.
Ikhwan
mendiamkan diri. Dia tahu memang salahnya mahu menodai Ana buat kali kedua. Sungguh, dia tidak faham dengan keinginannya
sendiri. Dia tidak faham kenapa dia begitu bernafsu melihat Ana sedangkan
pakaian Ana tidaklah menjolok mata seperti Narisha ataupun wanita yang pernah
diangkut ke apartment. “I am so sorry, Risha.
I tak sengaja”.
“Tak
sengaja!!! Go to hell lah, Ikh. I
boleh maafkan you kalau you nak rosakkan perempuan lain but not that ghost. You dah rogol dia sekali dulukan? Don’t try to keep it. Ma you dah explain everything.”.
Handbag jenama Gucci dicampak kasar. Beberapa orang pelanggan sudah mula
berlapis dahinya. Raut wajah mereka mungkin mahukan jawapan.
Ikhwan
menjengilkan mata. Terperanjat dengan tindakan gila Narisha. “Apa ni Risha? You
jangan nak malukan I kat sini pulak?”. Ujar Ikhwan separuh berbisik. Dia
mengawal amarahnya.
“Why?
You takut kalau I pecahkan rahsia you tu? Mesti semua orang terkejut giler
kalau tahu anak pemilik NUR Holdings cuba nak merogol perempuan hodoh kat rumah
sendiri”. Narisha menguatkan suara sambil tergelak-gelak.
“Kurang
ajar you ni ye”. Lengan Narisha ditarik kasar. Langsung tidak diendahkan
mata-mata yang memandang. Laju langkahnya keluar dari restoran.
“Apa
ni? Lepaslah bodoh. You ingat I ni anak kambing ke nak main tarik-tarik hah?”. Tengking
Narisha. Lengannya direntap kasar sehingga pegangan kejap Ikhwan terlepas.
Tajam
Ikhwan merenung Narisha. Berani betul wanita itu ingin mengugutnya. Macamlah
perangainya di London dulu alim macam
ustazah.
“You listen here.. Ikh, mulai malam ni..we are over”.
Ikhwan
tergelak sinis. “Mulai malam ni??”. Ikhwan tunjuk muka geli hati. “Bukan malam
ni, okey, malam kelmarin.. since your beloved
sister, Ana lena dalam pelukan I. I nak cakap sikit dengan you.. jangan nak
hina-hina Ana. Ana tu muka je tak cantik, tapi body..”. Ikhwan sentuh pipi
Narisha dengan hujung jari.
“Meletup!!!.
More than you”. Bisiknya di telinga
Narisha yang sudah merah padam menahan perasaan.
“Bye honey”.
Pintu kereta ditutup. Narisha ditinggalkan terpacak di ruang parkir. Sesaat
kemudian tingkap kereta dibuka.
“Well, Risha..pergi masuk balik dalam
restoran dan ambil handbag you. Ada
ic kat dalam kan? Nanti tak pasal-pasal pula you masuk lokap sebab polis
ingatkan you dari pendatang asing. I nak balik ni, nak peluk isteri I yang
tersayang”. Ucap Ikhwan dengan muka selamba.
Deruman
enjin kereta kedengaran pergi jauh meninggalkan Narisha keseorangan. Hati
Narisha membengkak. I takkan lupakan apa
yang you buat kat I hari ni Ikh. I akan pastikan you menyesal satu hari nanti. Dan
kau Ana, jangan kau ingat kau boleh hidup bahagia dengan Ikhwan. Kau langsung
tak layak. Seru hati Narisha bersama dendam yang mula memenuhi segenap ruang
jiwanya.
BAU
haruman jenama Cologne menusuk hidung
Ana. Ana kalih pandang. Dilihatnya Ikhwan sedang baring-baring di katil, masih dengan
pakaian kerjanya. Bila dia balik? Tak dengar pun. Ana langsung tidak mendengar
bunyi pintu. Mungkin kerana dia berada di bilik studi Ikhwan untuk mengaji.
“You
masak apa, Ana?”. Ikhwan membuka mata apabila sedar akan kehadiran Ana. Hatinya
masih sakit dengan kelakuan Narisha seperti orang hilang akal sahaja lagaknya.
Ana
terdiam. “Maaf Ikh, Ana tak masak sebab..”
“Tak
masak?!! Ana, you jangan ingat I bawa you masuk kondo ni nak suruh you goyang
kaki je. Lain kali you wajib masak, I nak makan malam setiap hari, faham”. Ikhwan
sudah mula membebel.
Ana
terpana dengan suara kasar itu. Tidak menjangka Ikhwan akan berkata begitu. Ana
jadi sedar diri. Bukankah Ikhwan hanya menganggapnya sebagai pemuas nafsu, kenapa
pula hendak dilayan seperti pasangan yang bercinta?
“Ana
memang nak masak tapi tak ada apa-apa kat dapur. Barang-barang nak masak
langsung tak ada”. Jelas Ana.
Ikhwan
garu kepala. Alamak!! Apasal la aku ni bengap sangat? Betul juga tu. Kan kondo
ni dah lama tak guna. Barang dapur pun tak pernah nak ada.
“Fine..dah
tu, Ana tak makan lagi la ni?”. Kesian pula aku dengan dia ni. Menyesal layan
perempuan tak betul tu.
“Belum”.
“Ikhwan
mula berdiri. “Dah jom, kita pergi restoran. Ana mesti lapar kan?”.
“Eh,
tak apa. Ana tak lapar pun. Lagipun dah nak pukul 11 ni”. Ana menolak.
Ikhwan
tatap wajah ikhlas itu. “Okey..suka hati Ana la”. Ikhwan mula berbaring semula.
Sungguh, dia sangat mengantuk. Maklumlah hari pertama mula kerja. Masih diingat
lagi riak terkejut ahli lembaga pengarah apabila diumumkan jawatannya sebagai
pengurus. Namun apabila diterangkan oleh Datuk Umaira, barulah mereka
bersetuju.
Perlahan-lahan
Ana menghampiri Ikhwan. Tangannya sedikit menggeletar tatkala menyentuh dada
bidang Ikhwan. Satu persatu butang baju Ikhwan ditanggalkan. Ikhwan menelan
liur. Dia jadi bisu seketika dengan tindakan tak terduga itu. Namun dibiarkan
kerana hati sangat merelakan belaian itu. Ana yang menunduk ditatap. Rambut
kerinting hitam pekat milik Ana menjadi tatapannya. Sungguh. Cantik sekali
lenggok tubuh Ana.
“Ikh
tukarlah pakaian dulu, baru selesa nak tidur”.
Tanpa
menunggu sesaat pun, Ana diraih dalam pelukannya.
No comments:
Post a Comment