DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 29 February 2016

LOKET ZINNIA - BAB 15



ANAK mata Zenia meliar di sekitar rak itu, mencari buku yang diperlukan sebagai rujukan untuk menyiapkan assignment yang baru diterima oleh pensyarah pagi tadi. Nampak sahaja buku yang diperlukan itu depan mata, laju tangannya mengeluarkannya dari barisan buku yang tersusun cantik di atas rak itu. Namun dia terkejut melihat ada seseorang sedang tersenyum ke arahnya dari depan rak, jelas melalui celah-celah lubang antara buku-buku di situ. Siap bertongkat dagu lagi tu. Zenia kerut kening. Bila dah dapat cam empunya senyuman manis itu, serta-merta hati rasa berbunga.
            “Err... Hayyan...”
            Hayyan keluar dari ruang tempat dia berdiri tadi terus menghampiri Zenia. Dengan kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar, dia berdiri tegak merenung Zenia dengan senyuman manis masih tak lekang dari bibir.
            “Nur Iris Zenia...” Perlahan nama itu meniti keluar dari bibir Hayyan.
            Zenia angkat kening. Eh, dia tahu nama aku? Waaa... ni rasa nak menjerit bagitahu satu dunia ni!
            I gave you my phone number, didn’t I?” tanya Hayyan dengan riak tenang.
            “Hmm...” Lambat-lambat Zenia mengangguk.
            Then, kenapa senyap aje?” tanya Hayyan lagi. Masih dengan riak yang sama.
            “Maksudnya?” Zenia kerut dahi. Eleh, kura-kura dalam perahu betul aku ni!
            Hayyan senyum. “Kalau pun tak sudi nak call, SMS pun boleh, kan?”
            “Oo... errmm...” Zenia menggaru-garu dahi, kononnya berfikir jawapan yang ‘bernas’ untuk menjawab soalan Hayyan itu. Tak sangka sebenarnya Hayyan akan tanya soalan macam tu. Dia tunggu aku contact dia ke? Ohmaiii...
            Hayyan diam menanti jawapan Zenia. Apabila melihat Zenia terus membisu dengan senyuman malu-malu kucing, dia mengangguk tanda faham. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar. “Tak apa kalau awak tak nak contact saya. Saya faham. So... boleh bagi nombor telefon awak?” Selamba saja dia meminta.
            Zenia tidak dapat menahan senyuman di bibir. Macam mana ni? Nak jual mahal ke, nak bagi aje terus? Tapi kalau jual mahal, aku jugak yang melepas. Kalau jual murah, tak nampak macam gatal sangat ke?
            Hesh... apa ni main jual-jual. Macam nak jual body pulak. Erk.
            Zenia garu-garu kepala. “Hmm...”
            Please...” Hayyan rendahkan suara. Dah macam orang berbisik pulak. Almaklumlah, dalam library mana boleh bising-bising. Karang ada jugak yang kena halau keluar.
            Zenia berfikir-fikir. Tengok raut muka Hayyan yang berharap sangat, dia jadi tak sampai hati nak kata ‘tak.’
            “Okey. 017-XXXXXXX...” Sepantas cahaya kilat Zenia menyebut satu-persatu nombor telefon bimbitnya.
            Mujurlah jari Hayyan cepat menangkap. Sekali sebut aje, dah selamat tersimpan nombor telefon Zenia dalam rekod telefonnya. Senyuman manis sekali lagi terukir di bibir. “Thanks.”
            “Sama-sama,” jawab Zenia malu-malu.
            “Bila awak free?” Hayyan masih tak puas berbual dengan Zenia. Walau hakikatnya nampak macam dia tengah cakap dengan tiang bendera. Zenia bukan jawab sangat pun, setakat senyum malu-malu kucing aje dari tadi.
            “Sekarang tak...”
            “Jadi bila?” Cepat-cepat Hayyan memotong kata-kata Zenia. Katalah dia nampak macam terdesak pun, dia tak kisah. Lepas jumpa Zenia minggu lepas, otaknya sudah tidak boleh berhenti fikir tentang gadis itu. Setiap masa, setiap saat, bayang muka Zenia aje yang dia nampak kat mana-mana. Sebelum jadi makin parah, baiklah dia bertindak sekarang juga.
            “Esok free kut... lepas pukul 12.00.” Zenia menjawab juga akhirnya. Tu pun siap tambah ‘kut’ kat belakang. Biasalah... cover line.
            “Okey. Esok lepas pukul 12.00, saya tunggu depan fakulti. Kita keluar sama. Okey?” Hayyan angkat sebelah kening.
            Zenia diam tak menjawab. Hanya senyum nipis menghiasi bibir. Hayyan ajak dating? Oh... sikit lagi nak pitam!
            I’ll take that as a ‘yes’.” Selamba Hayyan merumus. “So... jumpa esok?”
            Zenia sekadar mengangguk.
            “Okey. Bye...” Hayyan melambai kecil. Sempat tersenyum manis sebelum terus berlalu meninggalkan Zenia di situ dengan hati yang berbunga-bunga indah.


JAM di tangan menunjukkan pukul 12.12 tengah hari. Zenia mengintai dari sebalik bangunan fakulti. Dari situ, dia boleh nampak dengan jelas Hayyan yang sedang menunggu sambil menyandar di pintu keretanya. Tunggu siapa lagi kalau bukan tunggu dia. Kan semalam dah janji nak keluar sama, kan?
            Eh, tak tak... Zenia tak berjanji pun. Hayyan yang pandai-pandai buat kesimpulan sendiri.
            ‘I’ll take that as a ‘yes’.
            Itu Hayyan yang cakap sedangkan Zenia tak ada bagi jawapan apa-apa pun. Diperhati lagi lelaki itu. Sesekali memandang jam tangannya, sesekali membelek-belek telefon bimbit, sesekali merenung ke arah tangga fakulti, sesekali melilaukan mata ke sekeliling. Apabila terasa pandangan lelaki itu bagaikan terhala ke arahnya, secepat kilat Zenia menyembunyikan diri di sebalik bangunan.
            “Dia nampak ke? Tak, kan?” Zenia bercakap-cakap dengan diri sendiri. Nafas panjang dihela keluar dari mulut. “Nak pergi ke tak nak ni? Kang kalau tak pergi, dia cakap apa pulak? Tapi kalau pergi...” Bibir bawahnya digigit-gigit. “Hmm... tak payahlah!”
            Kepala dihulurkan sedikit untuk mengintai. Hayyan masih setia menunggu di sisi keretanya. Zenia takut kalau dia pergi, entah apa pula pandangan pelajar-pelajar yang lain. Dia tidak mahu menjadi perhatian hanya kerana keluar berdua dengan Hayyan. Lagipun dia dan Hayyan baru lagi kenal, belum tahu hati budi lelaki itu macam mana. Memanglah dia sukakan Hayyan, tetapi perasaan suka itu tidak menjamin keselamatan. Hayyan tu lelaki, kan?
            Lama berfikir-fikir, Zenia akhirnya memutuskan untuk pulang ke kolej sahaja. Tak apalah... Kalau Hayyan ikhlas nak berkawan dengan dia, mesti takkan semudah tu dia putus asa, kan? Lalu langkah diayun perlahan untuk pulang ke kolej. Bukan tak ada perasaan bersalah, tetapi Zenia cuba menepisnya daripada merajai hati.
Sampai di bilik, Zenia menghidupkan telefon bimbitnya. Serentak itu bertalu-talu SMS masuk. Semuanya kiriman Hayyan. Tak kurang banyaknya juga dengan jumlah panggilan yang tak dijawab. Zenia menggaru kepala membuka SMS itu satu-persatu.
            Saya tunggu awak depan fakulti. Jangan lupa okey? J
            Nia, awak kat mana? Dah habis kelas ke belum?
            Dah lama saya tunggu ni. Awak kat mana? Ada kelas lagi ke?
            Nia, awak tipu saya eh? Kenapa tak jawab call?
            Untuk SMS yang seterusnya, Zenia sudah tidak sanggup lagi membacanya. Baru sahaja melabuhkan duduk di atas katil, telefon itu berdering pula. Tak perlu tengok skrin, Zenia tahu Hayyan yang telefon.
            Apa nak buat ni? Nak jawab ke tak? Jawab ke tak?
            “Kalau jawab, nanti dia tanya nak cakap apa? ‘Sorry Hayyan, tapi saya betul-betul takut nak keluar dengan awak.’ Macam tu ke? Ish... takkanlah!” Zenia mengeluh. Kepalanya digaru-garu lagi.
            Telefon bimbit diangkat di depan matanya. Bukan sekali, malah berkali-kali lelaki itu menelefonnya. Tiba-tiba Zenia rasa kelakar pula. Tawanya meletus sendiri.
            Muka disembamkan ke atas bantal. Biarlah dulu... Macam yang dikatakan tadi, kalau betul Hayyan ikhlas, tentu lelaki itu tidak akan berputus asa begitu sahaja.


No comments:

Post a Comment