DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 4 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 9




Ikhwan merenung jam jenama Bosnia di pergelangan tangan. Sudah hampir mencecah pukul 9.30 malam namun batang hidung Narisha belum juga kelihatan. Mana Risha ni? Selepas kejadian dia mengucup bibir Ana, Ana kelihatan marah dan selalu mengelak bertembung dengannya. Tadi pun, ketika membersihkan bilik sebelah, Ana mengunci pintu. Ikhwan senyum, hatinya memuji tindakan Ana yang bijak mengambil langkah keselamatan. Ikhwan tahu Ana takut padanya. Kerana dia nampak, setiap kali mata mereka bertentangan, mata kuyu milik Ana seakan resah.
Bosannya.....
Ana di bilik pula melipat kain sembahyang. Mujur juga tadi hatinya tergerak untuk membawa kain sembahyang. Ana keresahan.. tidak tahu apa yang ingin dilakukannya di bilik itu. Mahu keluar, takut Ikhwan akan mengapa-apakannya. Lelaki miang itu bukannya boleh diberi muka. Ana mengusap bibir. Peristiwa tadi terlayar di mindanya. Ana menggeleng pula. Sakit hatinya dengan tingkah laku Ikhwan yang tidak tahu bersopan.
Ana terdiam. Tiba-tiba dia teringat arahan Narisha yang menyuruhnya menyediakan makan malam. Hati Ana gusar, sudah hampir pukul 10 tetapi tiada apa pun yang terhidang. Pasti Narisha mengamuk lagi. Tergesa-gesa dia keluar dari bilik. Namun saat Ana membuka pintu, dia terkesima tatkala menatap wajah Ikhwan yang berdiri tegak di hadapan pintu bilik.
Ikhwan juga turut terkedu. Dia baru sahaja hendak memanggil Ana. Cepat-cepat dia tersengih.
 “Ana bertafakur dalam bilik ke? Lama betul!!! Penat I tunggu”. Halus Ikhwan menyindir.  Ikhwan kaget melihat kecantikan Ana biarpun sekadar berkain batik dengan blouse ungu. Sungguh, Ikhwan tidak pernah pun merasakan cacat cela pada sesusuk tubuh Ana kecuali pada bahagian mukanya itu.
Leher jinjang Ana direnung. Aduh! Lemah iman aku macam ni. Bisik Ikhwan pada diri sendiri.
Jantung Ana bagaikan hendak keluar dengan tingkah laku Ikhwan.
“Maaf, saya tak ingat nak masak. Saya nak pergi dapur ni.. nanti Kak Risha marah”. Jelas Ana perlahan.
Ikhwan senyum lagi. “Macam mana nak ingat kalau asyik berkurung? Ana takutkan siapa?”. Soal Ikhwan sedangkan jawapan sudah jelas.
Ana jeling Ikhwan sekilas. Kura-kura dalam perahu.
Tanpa  menghiraukan Ikhwan, Ana terus melangkah ke dapur.
Ikhwan tarik nafas dalam-dalam. Perasaannya terasa dicabar. Tidak pernah seumur hidupnya, perempuan memperlakukannya endah tak endah begitu. Dia membuntuti Ana ke dapur.
Ana membuka kabinet. Periuk elektrik dicapainya. Kemudian, dia membasuh beras. Ikhwan  di belakang dibuat tidak nampak sahaja.
Ikhwan geram. Matanya beralih ke punggung Ana. Sesak nafasnya melihat liuk lentok Ana. Dek kerana tidak dapat mengawal keinginannya, Ikhwan tidak sedar dia sudah memeluk pinggang Ana. Bibirnya dibenamkan di belakang leher Ana.
Ana terperanjat. Periuk jatuh ke sinki. Jeritan Ana kuat memenuhi ruang dapur. Ana ketakutan. Dia meronta-ronta, berharap pelukan erat Ikhwan akan terlepas.
Tanpa mengendahkan rontaan Ana, Ikhwan terus mencumbui setiap inci belakang gadis itu. Nafsunya kian memuncak tatkala tubuh idaman itu melekap di tubuhnya. Desah nafasnya yang kencang dapat dirasai Ana.
“Tolong...!!!”. Ana terus menjerit. Ikhwan tersedar dengan jeritan itu. Amarahnya menyapa hati. Badan Ana dipusing kasar menghadapnya. Bibir Ana ditekup dengan tangan dan leher jinjang itu diciumnya. “Come on Ana. Just for a while. I tak nak dengar suara Ana menjerit”. Bisiknya di telinga Ana apabila merasakan rontaan Ana kian bertenaga.
Air mata Ana sudah mengalir. Dia betul-betul tidak rela diperlakukan sebegitu oleh Ikhwan. Apabila tekupan tangan Ikhwan sedikit longgar, Ana mengambil peluang untuk menggigit jari lelaki itu sekuat hati.
“Argggh!! Ana!!!”. Ikhwan meradang. Ana mula berlari ke bilik namun ketika dia mahu menolak pintu, tangan sasa Ikhwan dari luar tidak mampu dilawan. “Kurang ajar you ni, perempuan hodoh.. berani you tolak kemahuan I”. Jerit Ikhwan dengan wajah menyinga.
Bagai dirasuk syaitan, tubuh Ana dicempung dan dihempas kasar ke katil. Ana terbaring lemah di katil. Dia cuba bangun namun tenaga Ikhwan yang menekan kedua bahunya membuatkan Ana tidak berdaya. Sepantas kilat, blouse dan kain batik Ana direntap tangan ganas Ikhwan. Amukan dan rasukan Ikhwan kian menggila melihat tubuh badan Ana tanpa pakaian. Wajah hodoh Ana seakan hilang dari matanya. Butang baju miliknya dibuka sebelum tubuh Ana dihempap kasar.
“Jangan Ikh.. Jangan Ikh.. Ana..Jangan…”. Ana menggeletar ketakutan. Tangannya teraba-rabakan sesuatu dia atas meja di birai katil itu. Dan..! Pang.. Kepala Ikhwan dihentak kasar dengan pasu kaca.
“Arggg!!! Ikhwan menjerit marah. Dia memegang kepala. Matanya bersinar tajam. Tubuh Ana dicengkam kasar. Tamparan kasarnya hinggap di pipi gadis itu lagi.
Tenaga Ana semakin luntur. Hanya air mata dan doa yang ada padanya waktu itu. Dia  membiarkan setiap tindakan Ikhwan pada tubuh kecilnya dan hanya mampu menahan setiap kesakitan yang dirasainya.
Malam bersejarah itu menjadi saksi penderitaan seorang Ana yang tiada bernoktah.

ANA tersedar dari lena yang panjang. Hujung matanya masih basah dengan air mata. Tangan Ikhwan yang erat melingkari pinggangnya dialih perlahan-lahan. Ana menahan kesakitan di setiap inci tubuhnya. Seketika, Ana merasakan dunianya gelap. Apakah yang sudah berlaku? Sudah hilangkah kehormatannya sebagai seorang perempuan? Allah! Air mata mengalir sepi di pipinya. Betapa malang nasib Ana, baru semalam dia hampir dinodai oleh Ikhwan dan hari ini segalanya telah terjadi. Ikhwan yang terbaring disisi hanya dipandang sayu. Sampai hati Ikh buat Ana macam ni. Bisik hati Ana penuh sendu.
Ana mengutip pakaian yang berterabur di lantai. Teringat peristiwa semalam,  dia terasa mahu menjerit sekuat hati. Pada siapa dia ingin mengadu? Siapa yang akan mempercayai setiap bait kata darinya? Akan adakah insan yang sudi mendengar rintihannya?
Ana tinggalkan Ikhwan. Dan dia juga mahu tinggalkan villa mewah itu. Ana terdiam selepas kakinya memijak tanah. Ke mana dia harus pergi? Ke mana dia mahu melangkahkan kaki? Ana jadi takut jika perkara yang sama berulang andai dia mengambil keputusan untuk pulang berjalan kaki. Ana tahu dia tiada pilihan, dia perlu pulang pada esok hari, mungkin bersama Narisha.
Ana masuk ke bilik tidur di sebelah bilik Ikhwan dan melangkah lesu ke bilik air. Dengan pakaian yang masih lengkap di tubuh, Ana membiarkan air yang terasa hangat menjirus tubuhnya. Ana faham dia perlu terus tabah. Dia tidak boleh terlalu meratapi nasib malang ini.
Selesai mandi, Ana menunaikan solat sunat dua rakaat, bermohon kepada Yang Esa supaya memudahkan perjalanan hidupnya. Memohon supaya ditabahkan hati wanitanya untuk menerima takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Kemudian, Ana terlena di katil.


IKHWAN membuka mata. Terkedu apabila merasakan dia tidak memakai apa-apa. Kejadian semalam berputar dalam ingatannya. Ana? Ikhwan menoleh ke sisi. Where is she? Dia mencapai pakaian dan menyarung ke tubuh. Dilihatnya pakaian Ana lesap entah ke mana. Dia dah lari ke? Ikhwan duduk semula di katil. Apa aku dah buat ni? Tangisan dan rayuan Ana yang penuh kesayuan semalam terlayar dalam ingatannya. Ikwan kebingungan sendiri. Aku dah rosakkan dia ke? Ikhwan pasti Ana sudah lari, balik ke banglonya barangkali. Ah!! Peduli apa dia.
Jauh di sudut hati, Ikhwan tidak menyangka bagaimana dia boleh begitu bernafsu terhadap Ana. Sedangkan dengan mana-mana perempuan sebelum ini, tidak pula Ikhwan berperangai seperti semalam. Setakat tidur bersama sahaja. Tetapi Ana? Yang dia tahu, dia tidak mampu menahan gelora nafsunya, tambahan pula dengan sikap Ana yang sombong itu. Makin geram dibuatnya. Mungkin bayangan Ana terlampau menggodanya.
Teringat kata-kata Narisha. ‘Come on Ikh, muka hantu macam tu, siapa yang suka. Even kalau bagi kat perogol pun, diorang  tak mahu’. Ikhwan tergelak. Nampaknya Narisha sudah salah dalam membuat kesimpulan.
Ingatan Ikhwan berpindah pada Narisha. Risha? Mana dia? Ikhwan tersentak. Adakah Risha balik dan melihat apa yang telah terjadi? Tetapi masakan dia menghilang pula. Narisha jenis yang panas baran, dan tentu Narisha mengamuk jika mengetahui apa yang telah dilakukannya. Ikhwan menoleh ke arah ranjang. Menyaksikan tempat pertarungan Ana dan dia semalam. Mulut Ikhwan terbuka. Warna merah di atas cadar menarik perhatian. Apa tu? Ikhwan berfikir-fikir pula. Errr...alamak, that is......
Cadar  putih ditarik. Kesan itu perlu dihapuskan.














1 comment:

  1. YaAllah.. kesiannya Ana... sampai hati Ikhwan buat Ana

    ReplyDelete