“Sorrylah Ayu….mana aku tahu nak jadi
macam ni….” nada kekesalan Hanis terserlah setelah mendengar cerita Ayuni
tentang temuduga itu.
“Aku cuma ikut
saranan Encik Taufik….mana pulak aku tahu benda tu dah memalukan kau….lagi pun…”
“Takpelah
Hanis dah bukan rezeki aku agaknya….”cepat-cepat Ayuni memotong kata-kata Hanis
yang ketika itu merasa sangat bersalah.
Sememang niatnya
hendak membantu Ayuni. Tidak disangkanya
pula jadi begini kerana sebelum ini ideanya itu telah berjaya membantu seorang
rakannya mendapat kerja di Menara Holding.
“Ayu…kau jangan risau. Aku tetap akan bantu kau untuk dapatkan kerja
di Menara Hoding…” balas Hanis bersungguh-sungguh.
“Kau nak tolong macamana?” pintas Ayuni sambil
tersengih kerana dia merasakan adalah sangat mustahil untuk dia mendapat
jawatan itu setelah apa yang berlaku tadi.
“Kau tak payah risau. Tahulah aku macamana nak buat…” jawab Hanis
sambil tersenyum dengan penuh keyakinan.
Sesuatu sedang bermain di fikirannya.
Dia seolah-olah telah mendapat idea bagaimana hendak menolong Ayuni.
“Errr….Ayu. Aku tanya kau sikit, boleh?” tanya Hanis
teragak-agak.
“Hai, sejak bila pulak kau pandai minta
kebenaran bila nak tanya soalan pada aku ni?
Selalunya kau main ‘boh’ aje.
Sebab tu aku gelar kau ni polis pencen” sindir Ayuni. Dia sudah masak sangat dengan perangai rakan
baiknya itu.
“Alah…yang tu lain dan yang nak aku tanya ni
lain dari soalan biasa” jawab Hanis dengan nada seakan-akan merajuk apabila
disindir Ayuni tadi.
“Hah, apa dia?
Suspen aje aku tengok kau ni…”balas
Ayuni. Hilang kisah temuduga tadi timbul
pula cerita yang lain.
“Err…apa pendapat kau
tentang Encik Taufik?” soal Hanis dengan senyum meleret.
“Alah…itu ke soalan
yang kau nak tanya? Aku ingat soalan
maut apa kau nak tanya aku tadi” tertawa Ayuni bila mendengar pertanyaan
rakannya itu.
“Aku tanya serius ni
Ayuni. Apa pendapat kau?” tekan Hanis
apabila melihat Ayuni hanya ketawa mendengar pertanyaannya itu.
“Yang kau beria-ia nak tanya aku ni
kenapa? Haaa..ni mesti kau dah syok dengan assistant CEO tu kan?”
teka Ayuni.
“Hishh…apa pulak aku
yang syok? Kau ni, lain yang aku tanya, lain pulak yang
kau jawab” potong Hanis.
“Yela…aku tengok kau
bersungguh-sungguh nak tahu. Lagipun,
aku tengok tadi, bukan main mesra kau dengan dia. So,
pada pendapat aku Encik Taufik tu sesuai sangat dengan kau. Ok, puas hati? tambah Ayuni.
Dia sendiri tidak tahu apa pandangannya tentang Taufik
sebab sememangnya tadi dia langsung tidak memberi perhatian pada Taufik. Apatah lagi dia sendiri rasa rimas apabila
asyik direnung Taufik.
“Ayuni, aku tanya pendapat kau tentang Encik
Taufik bukan sebab aku dah ‘tangkap cintan’ dengan dia tapi sebab dia dah
berkenan dengan kau. Aku dah
lamalah kerja sebumbung dengan dia dan
tak mungkin aku syok pada dia sebab
aku dah anggap dia macam abang aku sendirilah” jelas Hanis.
Kata-kata Hanis
menyebabkan mulut Ayuni terlopong.
Taufik suka pada aku?
“Ah, kau jangan pandai-pandai nak buat cerita
Hanis. Aku tengok tadi dia biasa
aje. Lagipun, mustahil dia suka kat aku. Jumpa tak berapa minit dah boleh suka
ke? Kau jangan nak lebih-lebih ye Hanis”
Ayuni masih tidak percaya dan seolah-olah memberi amaran kepada Hanis supaya
tidak mereka-reka cerita. Dia kenal
sangat perangai rakan baiknya itu.
“Apa pula aku buat cerita? Mungkin kau yang baru jumpa dia beberapa
minit tapi dia dah kenal kau lama. Kau
tak perasan ke yang Encik Taufik tu asyik tenung kau tak berkelip-kelip tadi”
jelas Hanis.
Ayuni tidak menyangka yang Hanis juga perasan akan
perlakuan Taufik di sepanjang mereka menjamu selera tadi kerana Hanis kelihatan
lebih memberi tumpuan kepada hidangan di depan matanya.
“Kenal aku lama? Hei, Hanis apa yang kau merepek ni? Bila pulak dia kenal aku? Kalau aku tak kenal dia, macamana pulak dia
boleh kenal aku. Hishh…dahlah Hanis. Kau
jangan nak tambah serabut kepala aku ni boleh tak?” Ayuni kebingungan.
“Dia dah lama minat kat kau. First
time dia tengok gambar kau yang ada kat atas meja aku, dia dah mula minat. Tak habis-habis dia merisik dengan aku pasal
kau. Lepas tu dia tengok pulak akaun facebook kau guna akaun facebook aku dan untuk pengetahuan kau,
dialah yang bersungguh-sungguh suruh kau mohon jawatan pembantu akaun tu” tambah
Hanis.
Bertambah melopong mulut Ayuni bila mendengar tentang
Taufik dan kaitannya dengan jawatan yang dipohonnya itu tetapi bila mengingatkan
tentang hasil temuduganya itu tadi, dia
segera berasa lega kerana dia pasti jawatan itu tidak akan diperolehinya. Jadi, kisah Taufik akan berakhir di situ saja.
“Dahlah Hanis, aku
malas nak fikir lagi. Kau pun tak payah
susah-susah nak jadi match maker
untuk aku ye….”jawab Ayuni selamba dan terus menuju ke bilik air meninggalkan
Hanis yang masih ternanti-nanti akan jawapan Ayuni.
Hanis menghantar
Ayuni dengan pandangan matanya. Dia
menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Entah kenapa, dia sendiri sudah mati akal bagaimana untuk ‘memancing’
teman baiknya itu untuk Taufik. Dia
sendiri jadi rimas dan serba salah apabila kerap didesak oleh Taufik untuk
mengenalkan dirinya dengan Ayuni.
Hanis tambah
tertekan dengan sikap selamba dan sejuk beku teman baiknya itu. Kadang-kadang dia melihat Ayuni seperti
seorang gadis yang tidak berperasaan apabila dia cuba mengajak Ayuni untuk
bercerita mengenai lelaki. Mood yang
ceria dan gembira akan segera bertukar menjadi muram dan hilang mood apabila
dia mula berbicara soal lelaki. Tetapi
dia langsung tidak menyalahkan Ayuni kerana bersikap begitu kerana kisah
silamnya yang telah menyebabkan teman baiknya itu bersikap sedemikian.
Sedang Hanis
termangu-mangu memikirkan jalan untuk mendekatkan Taufik dan Ayuni, tiba-tiba
kedengaran bunyi mesej masuk.
Salam. Macam mana Hanis? Awak dah cakap ke belum pada Ayuni tentang
hasrat saya ni…..tolong jangan lama-lama….saya dah gila bayang ni….pls help me!
“Aduh! Ini lagi satu bala. Mamat ni tak tahu sabar agaknya? Apa dia ingat nak pikat anak dara orang boleh
main ‘boh’ aje? Kalau yang kau nak ni
bukan Ayuni, aku rasa kerja aku dah lama settle….tapi ni Ayuni ok?? Keras kepala…kepala batu tahap dewa….” Hanis
merungut sendiri sebaik sahaja selesai membaca mesej dari Taufik dan dengan
pantas tangannya membalas.
Harap bersabar
ye…..man man maaaaa……
Hanis terus menapak
ke tepi jendela di biliknya merenung malam yang gelap. Dia sendiri sudah buntu bagaimana untuk
memenuhi hasrat mamat angau sorang tu!
Hanis termenung
seketika memikirkan tentang rancangannya mahu membantu Taufik untuk mendapatkan
Ayuni. Kadang-kadang dia terfikir juga,
adakah wajar tindakannya itu? Adakah Taufik
lelaki yang baik? Atau dengan kata lain,
adakah Taufik sesuai untuk teman baiknya itu.
Namun, jika
difikirkan secara mendalam, rasa-rasanya tiada salahnya untuk membantu Taufik
mendapatkan Ayuni. Walaupun cerita-cerita yang kurang enak mengenai Taufik yang
kononnya womanizer pernah sampai ke telinganya, tetapi dia yakin, Taufik
jadi begitu pasti bersebab kerana sepanjang dia mengenali lelaki itu, dia tahu
Taufik adalah seorang lelaki yang baik.
Selama dia berkhidmat di Menara Holding,
belum pernah lagi dia mendengar cerita-cerita kurang enak mengenai pembantu CEO
itu. Bekerja di syarikat mega ini, tidak
banyak bezanya berada di dalam industri seni tanah air. Gosip boleh didengar di sana sini terutamanya
apabila melibatkan orang-orang kuat syarikat ini dan disebabkan faktor itu,
Hanis amat yakin yang tindakannya untuk merapatkan hubungan Taufik dan Ayuni
adalah tepat.
No comments:
Post a Comment