Tangan
sasa Ikhwan bergerak-gerak. Mulutnya
menyumpah geram dengan bunyi nyaring dari cellphone yang tidak penat-penat
mengeluarkan suara dari tadi lagi.
“Yes...anyone I know? I’m sleepy.
Could you please call me later, miss, sir, madam or..”.
“Ikh..
jangan cakap dengan ma yang you tak
solat subuh”. Si pemanggil bersuara
keras. Tercengang. Automatik Ikhwan membuka matanya luas-luas dan terduduk di
tilam Vono miliknya. Oh no..wrong timing
beb.. Ma.
“Ma”.
“Yes..ma kat sini and my
question is still hanging”.
Ikhwan
tergelak. “Ma, Ikh solatlah tapi tidur balik. Malam tadi banyak sangat kerja
nak settle. Ma call ni
ada apa-apa ke ma?”. Manja dia bersuara.
“Why,
kena ada apa-apa dulu ke baru boleh telefon boy
ma ni”.
“Nope.. curious only. Ala
ma tu kalau tak ada apa-apa yang important
mana nak call Ikh yang handsome ni”.
“Okey. Sayang, talking about that, ma nak Ikh balik
Malaysia cuti semester ni”.
“Hah?..Apa
ma..? Alaa ma… Ikh dah promise dengan
kawan-kawan Ikh la. Kita orang nak pergi meronda Eropah ni Tak naklah. Lagipun,
bosan la balik, tak buat apa-apa juga..”.
Rengek Ikhwan, berharap pujukan itu dapat mencairkan hati ibunya.
“Siapa
cakap balik tak buat apa-apa? Ma nak kenalkan Ikh pada semua staf kita di NUR
Holdings. You are going to take over that
company, dear. So, ini kira first
step. Lagipun Ikh kan dah tiga tahun tak balik. Tak rindu rumah ke? Asyik
ma je yang lawat Ikh, mana adil”. Lembut Datuk Umaira memujuk anak tunggalnya.
“Tapi
ma..nak buat apa. Bukannya Ikh nak kerja lagipun. Kan lambat lagi Ikh nak take over the company ”. Muncungnya
sudah boleh diikat dengan reben.
“No sayang. Balik. Ma akan uruskan semua.
Kalau tak nak balik sorang-sorang, ajak kawan Ikh seberapa ramai pun. Ma akan
tanggung biayai, okey. I got to go, son.
Assalamualaikum”.
“Wait ma..”.
Ikhwan hampir terjerit apabila Datuk Umaira memutuskan talian tanpa sempat dia
berkata sepatah pun. Hish !Ma ni, bencilah. Telefon bimbit berharga ribuan
ringgit itu dibaling ke dinding. Berkecai jadinya. Wajah Ikhwan masam mencuka. Tahu
yang dia tidak lagi boleh mengubah keputusan Datuk Umaira. Ma memang sangat
sayangkan dia apatah lagi dia anak tunggal dalam keluarga tetapi dalam hal-hal
tertentu Datuk Umaira menentukan jalan hidupnya. Itu yang dia tidak suka.
Mungkin kerana dia terlalu dimanjai, jadi orang lain tidak boleh kata tidak
terhadap apa yang diinginkannya.
Baru
sahaja dia mahu melangkah ke bilik air, tindakannya tersekat dek tangan lembut
yang erat memeluk pinggangnya. Dia menjeling sekilas pada si cantik yang masih
lagi enak dibuai mimpi.
“Huh!
Tidur mati”. Gumamnya rendah sebelum mengalih tangan milik teman wanitanya itu.
Langkah diatur ke kamar mandi.
“APA
dah jadi dengan telefon you tu sayang? I tahu la you loaded, tapi your phone ni so expensive”. Ujar Narisha yang masih kemas dengan gaun
tidurnya.
Ikhwan
yang baru keluar dari bilik air mengangkat bahu. Malas dia nak bercerita.
“Jangan risau pasal phone tu. Anyway,
I nak balik semester break ni”. Ikhwan
mengesat kepala dengan towel. Huh,
sepatunya dia cakap I wajib balik, bukan I nak balik.
Narisha
tercengang. “Apa? Kan kita dah janji dengan Zikr and the gang. Apa you ni?”.
“Ma
I
call, dia suruh I balik Malaysia. Dah lama sangat I tak balik”.
“Dah
tu.. takkan you nak tinggalkan I sorang-sorang. Malas la I nak minta dengan
papa I duit tambang. I nak cakap dengan dia pun belum tentu boleh tau tak.
Kalau I call, PA dia mesti cakap, sorry,
ada appoiment dengan Datuk? Tak pun
maaf, Datuk ada meeting kat luar. I
dah sakit telinga dengan benda tu”. Bebel Narisha tidak lepas memandang Ikhwan
yang kacak di hadapannya.
Ikhwan
datang ke arah Narisha. Lembut dia mengangkat dagu dan mencuit pipi Narisha. “You don’t need to do so, sweetheart. Ma
I dah janji nak tanggung semuanya. You boleh ajak kawan-kawan perempuan you
balik sama”.
Terbeliak
mata Narisha mendengarnya. “Nak tanggung semuanya. Wow? You memang kaya la Ikh”.
Ikhwan
angkat kening. “Not me, my mum tapi make sure tak lebih dari dua orang ye?”.
Ikhwan meletakkan syarat biarpun tidak diberitahu oleh ibunya.
“Okey,
I setuju tapi best la jalan-jalan di
kat sini. Such a great loss!”. Narisha
seperti menyesal pula.
“I
tahu tapi we still can have a best place
in Malaysia”. Ujar Ikhwan pula sambil mengelus rambut kekasihnya itu.
Narisha
tiada pilihan lain kecuali mengangguk setuju. Ikhwan tersenyum sebelum meraih
Narisha ke pelukannya. Dia sayangkan Narisha yang telah diiktiraf sebagai girlfriend dua tahun lalu. Namun, dia
tidak pasti sayang itu dalam bentuk apa kerana mungkin juga dia hanya bangga
kerana dapat memiliki Narisha yang jelita dan digilai rakan-rakannya. Memang
pun wanita itu cantik. Bertubuh langsing, berleher jinjang dan mempunyai muka
bujur sirih yang menawan. Aduhai, siapa yang tidak gila.
Teringat
pula pada penipuannya terhadap Datuk Umaira seketika tadi. Kononnya dia solat
subuh dan banyak kerja yang hendak dibereskan. Padahal malam tadi dia seronok
berparti tahap gila dan dia sebenarnya sudah lama meninggalkan rukun Islam yang pertama itu. Dia sudah tidak
ingat bila tarikhnya tapi yang pasti sejak sekolah menengah lagi. Rahsia itu
perlu sentiasa kemas tersimpan atau dia akan mati dibunuh ibu sendiri. Ikhwan
tergelak memikirkan perkara itu.
ermmm bila dah terlalai...
ReplyDelete