DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 4 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 6




ANA menatap cermin tilik di bilik. Perlahan-lahan jarinya mengusap wajah. Ana tersenyum. Nasib baik capuciano itu tidak terlalu panas, sekadar suam-suam sahaja. Tetapi bibirnya masih juga perit dan bawah bibirnya jelas kebiruan. Kesan tamparan kuat Narisha. Teringat amarah Datin Rozilah terhadapnya pada malam kejadian. Bergegar rumah mereka dengan suara singa Datin Rozilah. Syukur, dia tidak dipukul oleh ibunya itu.
Hari ini, dia keseorangan lagi. Mak Mi ke pasar bersama Pak Daud. Narisha pula sudah awal-awal lagi keluar shopping di Sogo katanya. Datin Rozilah pula seperti biasa akan ke pejabat dan balik pukul 5 petang nanti.
Ana menuju ke ruang tamu. Tiba masanya dia membuat kerja rumah pula. Diambil kain yang sudah dibasahkan dari baldi dan dia mengelap cermin rumah perlahan-lahan. Tidak sampai 15 minit, Ana dikejutkan dengan bunyi hon kereta di pintu pagar automatik.
Ana tercengang. Hatinya berdetik risau. Siapa? Dia menjengah keluar. Kereta Mitsubisi Lancer masih tidak henti-henti menyembunyikan hon. Ana takut pula kerana rasanya tidak pernah dia melihat kereta semewah itu. Namun dia bergegas keluar dan menekan punat automatik.
Ikhwan menjengah kepala keluar cermin kereta dan tersenyum pada Ana sebelum menekan minyak. Kereta masuk ke garaj.
Ana terpinga-pinga dengan tindakan selamba Ikhwan. Buat macam rumah dia pulak.
“Hai, Risha ada?”. Ikhwan merenung Ana. Tangan menyeluk saku. Dia kelihatan santai dengan T-Shirt Armani berwarna biru gelap dan seluar jean muda.
  Ana serba-salah. Dia menggeleng. “Kak Risha pergi shopping? Tak ada orang kat rumah ni. Awak baliklah”. Katanya tidak berperasaan. Ana terus melangkah masuk.
Bulat mata Ikhwan mendengar ayat yang sungguh dramatik itu. Giliran dia pula yang tercengang sehingga kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Huh? Dia halau aku ke? Berani betul minah ni. Kalau bagitahu Risha sure makan penampar pulak ni. Ikhwan memang datang tanpa memberitahu Risha terlebih dahulu. Kononnya hendak surprise, kini dia pula yang tersurprise dengan gadis yang berwajah hodoh itu. Matanya menatap bawah bibirnya Ana yang jelas kebiruan. Ikhwan tidak pula berhajat hendak mengikut kata-kata Ana. Dia melangkah tanpa rasa bersalah.
Ana terperanjat apabila Ikhwan duduk bersilang kaki di sofa. ”Apa encik buat kat sini? Kan saya kata kak Risha tak ada.” Dia menghentikan tugasnya.
Ikhwan ketawa melihat wajah gusar Ana. “Cik Nurul Ana, I dah tahu. I call Risha tadi. Dia suruh I tunggu”. Bohong Ikhwan, sengaja hendak berlama-lama di situ. Dia pandang Ana.
Ana terdiam. Terperanjat apabila Ikhwan menyebut nama panjangnya. Akalnya bersetuju. Hendak kata apa lagi jika Narisha sudah memberi kata putus.
“So, boleh buatkan air untuk I?”. Ikhwan sengih.
Ana mendongak memandang Ikhwan. Ada debar di hatinya. “Encik nak air apa?”.
“Tak tahu. Air apa ada kat rumah ni?”. Ikhwan berteka-teki.
Ana berkerut. Geram hatinya dengan sikap acuh tak acuh Ikhwan. “Fresh orange, boleh?”.
“Ehmm...Fresh apple or fresh lycee ada?”. Usik Ikhwan.
Ana merenung Ikhwan. “Apa?”.
“Okey...Cik Ana...fresh orange”.
Ana terus menghilang ke dapur. Sewaktu melintasi Ikhwan, lelaki itu tidak berkelip memandang tubuh Ana yang dibaluti skirt labuh dan t-shirt berlengan panjang. Cantik! Macam budak sekolah. Desis hatinya. Ehm.. memang budak sekolah pun. Baru tingkatan 5 kot. Suka pakai skirt agaknya budak ni.
Ikhwan meliarkan mata ke sekeliling. Matanya tertancap pada kerusi yang dipanjat Ana untuk mengelap tadi. Dia jatuh kasihan pula. Tak sangka ada ibu yang bencikan anaknya kerana berwajah hodoh. Ikhwan selalu beranggapan semua ibu di dunia ni penuh dengan kasih sayang, seperti Datuk Umaira yang sentiasa membuatkan dia bahagia. Tetapi tidak sangka pula, dia akan bertemu dengan wanita yang begitu malang hidupnya. Kasihan kau jadi orang gaji je.
“Encik, ni air”. Ana menunduk sopan.
Ikhwan mengangguk. Gelas dibawa ke bibir. Ehm.. sedap!
Ikhwan mengangkat kening melihat Ana yang membawa baldi ke dapur. Nak ke mana pula minah ni?
“Eh, Ana nak ke mana?”. Soal Ikhwan penasaran.
Ana berhenti. “Saya nak memasak di dapur. Encik tunggulah Kak Risha kat sini. Nanti dia baliklah tu”.
Ikhwan angkat bahu tanda mengiakan. Rajin. Memasak pula.


IKHWAN mengeluh bosan. Sudah setengah jam dia tercongok di ruang tamu ini seperti orang gila. Tu la siapa suruh berbohong hendak menunggu Narisha. Narisha tu kalau bab shopping, memang first kelas. Tiga jam pun belum tentu cukup. Ikhwan tersengih tatkala idea bernas singgah di kepalanya.
Ikhwan menyandarkan sebelah bahu ke dinding. Kakinya bersilang. Bau haruman masakan Ana menggoyangkan perutnya. Dia merenung lenggok Ana yang sedang sibuk mengacau masakan dalam kuali. Membelakangkan dirinya. Ikhwan menggigit bibir bawah. Aduh, dia tergoda lagi.  Makin cantik susuk belakang Ana dengan rambut yang diikat ekor kuda. Di luar sedar, Ikhwan sudah berjalan sehingga badannya hanya tinggal dua inci lagi untuk bersentuhan dengan Ana. Namun Ana masih tidak sedar.
Ikhwan meneguk liur. Seakan tidak percaya, dia sedang berhadapan dengan semua ini. Jantungnya berdegup pantas. Tidak pernah seumur hidupnya dia merasakan debar yang begitu kencang. Sekalipun dia pernah lebih serapat ini dengan Narisha, tidak pernah pula dia berperasaan sehebat ini. Belakang tengkuk Ana yang putih kemerahan direnungnya. Rapatnya kedudukan mereka membuatkan Ikhwan dapat melihat dengan jelas bahu Ana yang sedikit terdedah dan bintik-bintik kebiruan di belakang  leher Ana. Dia tidak pasti apa itu. Barangkali tanda lahir.
Tanpa sedar tangannya diangkat, mahu mengusap belakang leher yang menggoda hatinya.
Ana berdebar tiba-tiba tatkala merasakan ada seseorang di belakangnya. Sepantas kilat, Ana berpaling. Buntang mata Ana.
“Apa ni encik? Apa encik buat kat sini? Keluar sekarang!!”. Suara Ana  tinggi. Jelas dia terperanjat memandang tangan Ikhwan yang terangkat. Entah apa yang mahu dilakukan lelaki itu kepadanya. Mereka sudah berhadapan.
Ikhwan terkejut dengan sergahan Ana. Cepat-cepat dia tersengih nakal, cover line. “Opss, sori Ana. Ada benda dekat rambut Ana. I nak buang”.
Ana kelam kabut. Pantas tangannya memegang rambut. “Mana?”.
“Eh, dah terbang la. Ana tu la berpaling lipat maut tadi. Benda alah tu dah jatuh. Anyway, Ana masak apa ni? Sampai kat ruang tamu baunya”. Ikhwan jenguk kepala ke dalam kuali.
Ana diam. Dia berdoa supaya Mak Mi akan balik segera. “Saya masak nasi goreng paprik. Encik nak air lagi ke? Saya buatkan”.
“Eh, tak payah. I nak berdiri kat sini. Nak tengok Ana masak, bolehkan? Lagipun, I boring la kat luar tu sorang-sorang”.
Ana tiada pilihan lain. Dia mengangguk. Suasana jadi sunyi buat seketika. Ana masih dengan tugasnya. Ikhwan tersenyum melihat kepakaran Ana di dapur.
“Taman kat luar tu Ana ke yang buat?”. Soal Ikhwan tiba-tiba. Dia merapatkan tubuhnya ke sisi Ana.
“Ya Encik”.
“Ehmm..nama I Ikhwan. Panggil je Ikh, tak payah nak berencik-encik. Bila Ana start buat?”.
“Lama dah..”.
“Pandai betul Ana ni”. Ikhwan semakin merapatkan tubuhnya. Sudah bersentuhan dengan bahu Ana.
Bibir Ana terkumat-kamit menahan geram, dijauhkan tubuhnya dari Ikhwan. Ana menutup gas. Dia mencapai pinggan sebelum memasukkan lauk pauk.
Ikhwan sudah sengih nakal dengan reaksi Ana . Tahu yang wanita itu sudah geram benar.
Kemudian bergerak pula ke meja makan. Hidangan masakan paprik kampung sudah tersedia di meja.
“Wow? Sedapnya lauk...Ana buat semua ni? Hebatnya Ana..”. Giat Ikhwan lagi. Dia sukakan tindak balas Ana yang mencuka itu.
Dia bergerak ke belakang. Masih seperti tadi. Dekat sekali dengan Ana.
Ana ketap bibir. “Encik Ikhwan, boleh tak tolong tunggu kak Risha di ruang tamu”. Ana bergerak laju ke depan namun pantas tangannya digenggam Ikhwan. Tercengang dia dengan reaksi Ikhwan.
“Kalau I kata tak boleh tolong macam mana ye?”.
“Apa ni Encik......?”. Tubuh Ana mula mengigil.
“Syyy”. Ikhwan matikan kata-kata Ana dengan jari telunjuk. “I told you Ana, call me Ikh not encik”. Ikhwan memeluk pinggang ramping Ana yang menjadi idamannya sejak dua minggu lepas.
Dahi Ana berpeluh. Menggeletar jari jemari Ana. “Ik..Ikh jangan buat macam ni. Saya takut. Saya minta maaf tentang hari yang saya pukul Ikh kalau Ikh masih marah. Saya tak sengaja. To..tolong lepaskan saya”. Ana menuturkan kata sepatah-sepatah.
Ikhwan tergelak. Dia sudah lama melupakan hari bersejarah itu sekalipun malam kejadian itu, dia memang tidak boleh tidur langsung kerana tubuhnya terasa sengal-sengal. Separuh wajah Ana yang berparut itu ditatap. Dia mengusap kulit muka Ana yang dikatakan terbakar. Jantung Ana seakan terhenti. Dia tergamam dengan usapan mesra itu. Debaran hatinya berada di tahap maksima.
Tiba-tiba Ikhwan menekup wajah Ana yang terbakar dengan tangan kanannya, membuatkan hanya bibir mungil dan separuh mukanya kelihatan. Ikhwan tersenyum. “Ana cantik”.
Ana terkebil-kebil. Entah mengapa, dia lemah untuk menghalang perbuatan Ikhwan.
Ikhwan bagaikan dipaku. Pantas bibirnya mencapai bibir Ana. Lama. Ana meronta-ronta dalam dakapan Ikhwan namun langsung tidak dihiraukan. Matanya buntang tika tangan Ikhwan yang menekup muka sudah merayap ke dada.
Air mata Ana menitis. Dia tidak berdaya hendak menolak tubuh sasa yang sedang memeluknya. Di luar sedar, Ana menggigit bibir Ikhwan.
“Auchhh!!”. Dakapan Ikhwan terlerai.
“Pangg!!”.  Ana menampar pipi Ikhwan. Bencinya dia kepada lelaki yang cuba menodainya.
Ikhwan tergamam. Dia memegang pipi. Matanya menangkap bibir mekar yang menjadi mangsanya seketika tadi. Ana ditatap tajam. Sesaat, dia ketawa sinis,  “Ana...it is only for fun. Tak rugi apa-apa pun”.
Ana ketakutan. Ikhwan cuba menangkap Ana sekali lagi tapi sempat Ana menendang kelangkangnya membuatkan lelaki itu terjerit sakit. Sekuat tenaganya, Ana berlari masuk ke bilik.
Ikhwan mengusap bibir. ‘Ana...Ana….Hebat...akalnya berulang kali menyebut. Berani you tampar I. Jangan cabar I, sayang. I akan dapatkan tubuh you, Ana. You akan melutut depan I satu hari nanti’. Ujar hati Ikhwan yang marah. Ikhwan pulang ke rumah dengan rasa bengang atas perbuatan Ana yang menolak kemahuannya.


ANA menekup muka dengan selimut. Menggigil tubuhnya. Dia betul-betul takut dengan tindakan Ikhwan. Dia berlari ke bilik air. Dibasuh bibir berkali-kali. Jijik!!
Sementara itu, di Mahligai Impian, Ikhwan merebahkan tubuh ke tilam. Remote controller pendingin hawa ditekan berkali-kali. Dia ketawa mengingatkan tindakan gilanya dua jam tadi.
Bibirnya diusap pula.
‘Tak sangka aku akan cium  perempuan hodoh’. Terbayang di matanya reaksi Ana yang beku. Bagi Ikhwan, itu adalah cabaran baginya. Selama ini tiada seorang pun perempuan yang menolak diciumnya. Tapi  Ana...luar biasa. Siap menangis tak rela lagi. Dalam hati, dia terpaksa mengaku, ciuman Ana adalah yang paling seronok pernah dialaminya biarpun tidak dibalas. Cellphone bordering.
“Hantu tu cakap you datang rumah I”. Narisha memulakan perbualan dengan pertanyaan.
Ikhwan kelip mata. “Yup. Tapi you tak ada. So, I baliklah”. Ikhwan berdebar juga. Manalah tahu Ana menceritakan perbuatannya.
“You ni..lain kali kalau you nak datang, please let me know, okay?”
“Ala, I ingat nak bagi you kejutan. Tak apalah, I penat ni”.
Honey, you ingat tak I kata nak berhoneymoon dengan you and you said we can have a best place in Malaysia. I dah jumpa tempatnya. Ibu I yang cadangkan.”.
“Kat mana?”.
“Villa keluarga I dekat Kuala Selangor. Jom pergi. Lagi seminggu kita nak balik UK.. pleaseee... I nak berduaan dengan you”. Rengek Narisha di talian.
“Okey..tapi petanglah, esok I have a meeting dengan staf NUR Holdings. Ma I yang suruh”.
“Kita tidur kat sana dua malam, okey sayang”.
“Okey, bye”.  
“Amboi anak ma ni, manjanya suara”.
Ikhwan berpaling ke arah pintu. Diurut dadanya. “Ma ni janganlah main sergah-sergah macam tu. Mahu tamat riwayat Ikh”.
Your girl?”. Datuk Umaira mengusap lembut rambut Ikhwan yang sudah berbaring di pahanya.
Yes ma. Oppss, Ikh tak ingat la nak kirim salam ma kat dia, sorry”.
“Dah bersedia for tomorrow meeting?”.
“Kena buat persediaan juga ke? Lepas salam-salam, terus balik je kan”. Ikhwan buat muka  blur.
Datuk Umaira ketawa dengan gelagat Ikhwan.





1 comment: