Ana
mematikan langkah. Dulang di tangan seakan ingin jatuh. Jantungnya bagai berhenti berdegup
menatap tindakan seorang lelaki asing yang sedang menindih tubuh Narisha.
Kakak! Ana cepat-cepat meletakkan gelas di atas dulang di sudut meja. Matanya
jelas menggambarkan perasaan terkejut.
“Apa
yang awak buat pada kakak saya, hah?”. Ana menjerit sebelum pranggggg..
Dulang
emas itu dihentak kasar ke bahu Ikhwan.
“Argggghhh..oh my god? What the
hell?”. Ikhwan meraung kesakitan. Dia sudah terjatuh ke
permaidani. Gomolannya automatik terhenti. Tangan Ikhwan memegang bahu dan pipi
yang tercalar terkena dulang. Mata helangnya mendongak ke atas, menatap wajah
yang bersuara lembut tetapi tegas seketika tadi. Serentak itu, mata Ikhwan
terbeliak. Terpaku melihat wajah yang hitam legam di pipi kiri.
Ana
terkebil-kebil. Dia jadi takut melihat respons Ikhwan. Bulat mata Narisha. Dia
membetulkan pakaiannya sebelum bangun. Kemarahan terus menyala naik ke hati. Dia
mendekat dan mencekak rambut Ana kasar. Terdongak kepala Ana. Ana terjerit
menahan sakit.
“Kurang
ajar kau ya??? Berani kau tunjukkan muka hantu kau kat sini. Aku dah bagi
amaran semalam”. Berkali-kali wajah Ana ditamparnya.
“Dasar
perempuan hodoh..! Kau memang dengkikan aku, kan?”. Narisha terus mengherdik
dengan tangan yang masih tidak berhenti menunjal-nunjal kepala Ana.
Ikhwan
ternganga melihat kegilaan Narisha. Matanya tiba-tiba jatuh pada pakaian milik
wanita berparut itu dan terpaku. Dia...
“Risha, stopped it!! Do you wish to
kill her?”. Ikhwan
bangun dan menengking kuat. Tangannya menghalang tangan milik Narisha yang mahu
menampar Ana sekali lagi. Ana memegang pipinya yang perit. Urat kepalanya
terasa sakit. Dalam diam, dia berterima kasih kepada lelaki yang menghalang
tangan itu dari terus menyakitinya. “Look..she
is bleeding..”. Ana dengar suara itu berkata, masih dengan nada yang sama.
Ikhwan
merenung wajah lesu yang sedang mengusap pipi. Dia benar-benar terperanjat. Dia
tidak buta dan tidak mungkin juga dia lupa pada susuk tubuh yang ditatapnya
seketika tadi. Namun, wajah itu? Kenapa wajah gadis yang bertubuh cantik itu
begitu menakutkan?
“Dasar
perempuan tak guna.. tengok dia dah pukul you”. Marah Narisha lagi.
“Sudahlah
tu Risha. Dia tak sengaja agaknya”
Ana
mendongak merenung lelaki pertama yang
menyebelahi. Wajah tampan itu memenuhi tubir matanya. Dadanya bagai bergetar. Perasaan
Ana jadi sayu. Akhirnya, air matanya tumpah juga.
“Kau
jangan nak buat menangis pula. Kau ingat aku kasihanlah kat kau tu?”. Herdik
Narisha lagi.
“Risha!!
Kan I dah kata stop”.
Ana
alihkan pandangan pada Narisha yang bagaikan harimau mahu menerkamnya. “An..Ana
minta maaf kak. An.. Ana ingatkan dia nak buat benda tak elok pada akak”.
Narisha
mencebik. “Huh? Nak tunjuk baik pulak. Hey, kau tu tak tahu apa-apa. Jadi tak
payah nak masuk campur urusan aku. Aku nak kau minta maaf pada boyfriend aku ni”.
“It’s okay. Risha”. Ikhwan melarang. Entahlah,
biarpun dia jadi geli hendak menatap wajah hodoh itu, dia kasihan juga.
“Saya
minta maaf, encik. Saya tak sengaja. Saya tak buat lagi”. Sayu suara Ana
“Err..tak
apa”. Balas Ikhwan perlahan. Hujung mata mengerling tubuh Ana. Cantiknya body
dia!
“Astagfirullah
Ana, kenapa dengan muka Ana? Berdarah tu”. Suara Mak Mi bagaikan terperanjat. Dia
tergesa-gesa menuju ke arah Ana. Pipi Ana diusapnya. Narisha meluat.
“Mak
Mi.. Mak Mi tak payah nak tolong apa-apa. Lagi satu, kenapa hantu ni yang
bawakan air? Kan saya suruh Mak Mi”. Narisha masih dengan nada suara marahnya. Langsung
tidak dipedulikan Ikhwan yang erat menggenggam tangan kanannya.
“Cik
Risha, Mak Mi minta maaf. Tadi Mak Mi sakit perut. Tu la sebab Mak Mi suruh Ana
bawakan air”.
Mata
Narisha menangkap sesuatu. Huh, geramnya aku! Narisha merentap tangan Ikhwan. Dia
pantas bergerak ke sudut ruang tamu. Sekelipan mata, cappuccino panas itu
tersimbah ke wajah Ana yang masih berdarah.
Ana
terpaku, tidak sempat mengelak.
Mak
Mi memandang simpati.
Narisha
tersenyum sinis, puas hati.
Ikhwan
terbeliak buat kali kedua melihat Ana yang menjerit kepanasan. Ana, gadis yang
dikaguminya sebentar tadi itu berlari sambil memegang pipi.
IKHWAN
menghentikan kereta di birai jalan. Dia mahu membawa Narisha keluar makan. Ah!
Tidak! Dia tidak mahu gadis yang sungguh kasihan itu disakiti lagi.
“Why?”. Soal Ikhwan.
Narisha
kalih pandang. Kerut dahinya kelihatan.“Why?”.
“Yes why? Why perempuan yang nama Ana tu
panggil you kakak sedangkan you cakap you anak tunggal? Why you benci dia sampai you tergamak pukul dia separuh mati? Why muka dia macam tu? Why?Why? and why?”. Tinggi suara Ikhwan.
Entah kenapa kepalanya jadi serabut sehingga dia terdesak untuk mengetahui
semuanya.
“I
malas nak jawab soalan you, Ikh”. Narisha berwajah selamba.
Ikhwan
mengetap bibir. “You dengar sini Risha, I hate a liar. I hate those
who dare to challenge me.. Kalau you tak nak jawab, tak apa! Tapi pastikan you
are not in those categories. Kalau you ni jenis kaki penipu, lebih baik I
cari perempuan lain”. Keras Ikhwan
memberi amaran.
Narisha
tergamam. Ketakutan menerpa hatinya dengan suara keras Ikhwan. Dia tidak mahu
kehilangan Ikhwan, lelaki yang dicintainya. “Okay, I am so sorry, Ikh. I tipu you”. Dia usap lembut lengan Ikhwan.
“Huh..I
maafkan you kalau you ceritakan siapa dia dan kenapa...”
“Okey,
dia Nurul Ana Liyana, my sister. 17 years
old. My parents and I sangat bencikan dia. Dia cuma berkawan dengan orang
gaji dan pemandu kitaorang je. Come on Ikh, muka hantu macam tu, siapa
yang suka. Even kalau bagi kat
perogol pun, diaorang tak mahu”. Celopar Narisha menutur kata.
Ikhwan
terkedu. Dia sudah mengagak bahawa Narisha ada hubungan dengan si cantik, oh, si
hodoh yang malang itu.
“Kenapa
muka dia macam tu?”
“Err..I.. I’m not sure
tapi kalau ikut cerita ibu, Ana menyebabkan kematian adik lelaki kesayangan
papa I. Adik I meninggal angkara dia dalam bilik air. Tu la sebab papa I benci sangat
pada dia. Masa tu I pun ada sekali tapi I tak tahu sangat apa yang jadi
sebenarnya. And then papa I mengamuk,
dan terjirus muka Ana dengan I panas. Melecur habis muka dia. She end up like a ghost”. Narisha kelihatan teragak-agak
untuk bercerita. Ikhwan yang menadah telinga terasa simpati. Kasihannya,
angkara ayah sendiri, Ana berwajah buruk.
“Dia
tak pergi sekolah ke?”,
“Pergi,
sampai PMR je. Asyik orang mengata je, baik tak payah. Buat takut orang je”.
“Oh..”.
Hanya itu yang mampu dijawab oleh Ikhwan.
“So,
kita dah habis pasal hantu tu.. You tak marahkan I lagi kan? How’s your shoulder and cheeks, honey?”.
Narisha merengek manja sambil mengusap bahu dan pipi Ikhwan.
Ikhwan
hanya beriak diam. Dia masih bingung.
YAZEED
memejamkan mata. Ingatannya terhadap wanita berwajah manis itu muncul lagi. Semakin
lama masa berlalu, semakin tidak tenang hidupnya. Sungguh, mungkin dia ada
segala-galanya, tetapi dia sudah terlalu lama kehilangan wanita yang dicintainya.
Lirikan mata yang menggoda milik wanita itu terbayang dalam mindanya, membuatkan
rindunya kian membukit. Mungkin sudah tiba masanya dia rungkaikan semuanya. Biarpun
bukan salahnya, tetapi dia tetap akan dicop sebagai pesalah jika dia masih berdiam
diri.
Yazeed
terdiam pula. Memikirkan kemungkinan bahawa wanita itu sudah berkahwin lain dan
tidak lagi dapat dimilikinya. Ah! Dia tidak sanggup. Cukuplah lebih 22 tahun
dia kempunan untuk menatap seraut wajah yang seringkali mengukir senyuman yang
cukup menawan pada pandangannya.
Ladang
epal dan anggur di Australia miliknya itu dipandang dengan perasaan yang cukup
puas. Inilah hasil gigihnya selama ini. Dia sudah berjaya mencipta nama di bumi
Australia kerana kehebatannya memiliki 20 ladang buah-buahan yang hampir
semuanya mendatangkan pulangan yang lumayan. Topi koboi di kepala disangkut di
pohon anggur. Udara segar pagi itu dihirup dalam-dalam.
Yazeed
nekad untuk kembali ke tanah airnya, Malaysia. Cuma mungkin perlu menunggu
sedikit masa lagi.
Tekad
untuk mendapatkan kembali wanita yang dirinduinya atau paling kurang memohon
maaf daripada wanita itu.
“Daddy, are you done?.”. Suara seseorang
yang serak basah di belakang mematikan lamunannya.
No comments:
Post a Comment