DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 16 February 2016

SAAT KAU JAUH- BAB 11




Empat tahun berlalu…
Mak Mi resah di pembaringan. Pak Daud, suaminya di sebelah yang berdengkur halus tidak dipedulikan.
Bunyi meracau dari bilik sebelah kian jelas pada pendengaran Mak Mi. Mak Mi bangun menuju ke bilik Ana. Sebaik sahaja membuka pintu, sekujur tubuh Ana dilihat bergerak-gerak. Anak itu begitu resah dalam tidurnya dengan dahi yang sudah dingin dek peluh. Mulut Ana terkumat-kamit berkata sesuatu. “Tolong...jangan!! Jangan buat Ana macam ni”.
Perasaan aneh terus bermukim di hati Mak Mi. Itulah yang sering Ana sebutkan di luar sedar dalam tidurnya. Selama empat tahun ini, saban malam, Ana meracau-racau dalam tidurnya. Makin menghairankan, hanya ketika waktu malam sahaja, Ana berkelakuan seperti itu. Pada siang hari, lagak Ana tidak berubah, masih seperti biasa. Rasanya sudah jenuh Mak Mi menyoal Ana tetapi jawapan Ana masih tetap sama sejak empat tahun lepas.
“Tak ada apa-apa Mak Mi”. Mak Mi tidak memaksa Ana supaya berterus-terang tetapi dia  tahu Ana membohonginya. Ana membesar di pangkuannya, tentulah dia tahu bila mana mata Ana tidak jujur dalam menuturkan kata.
Entah apa yang terjadi pada gadis yang sangat kasihan itu. Mak Mi mengesyaki Ana telah mengalami sesuatu yang buruk dalam hidupnya tetapi dia tidak dapat mengagak apa yang telah berlaku.
Mak Mi terus mengeluh. Dia tidak berniat mengejutkan Ana kerana sudah menjadi kebiasaan Ana jika terbangun dari tidur, dia akan menangis teresak-esak sehingga matanya menjadi bengkak. Kesudahannya Ana akan dimarahi Datin Rozilah kerana beranggapan anaknya itu sengaja hendak membuat onar malas membuat kerja rumah.


NUN jauh di kota London, kelab malam di Australia sekali lagi menjadi saksi pertarungan Ikhwan dengan disaksikan oleh rakan-rakannya. Ikhwan terus meneguk arak jenis Vodka  tequila untuk kesekalian kalinya sambil mata masih berpandangan dengan Steve. Dia telah dicabar oleh lelaki Amerika itu untuk tidur dengan Caroline jika dia berjaya tetapi Narisha pula menjadi mangsa Steve andai sebaliknya yang berlaku. Dan pemenangnya adalah si peminum arak terbanyak tanpa mabuk.
“I have had it enough, brother. You are too good”. Ujar Steve tiba-tiba sebelum menghempas gelas  terakhir. Steve terbaring lemah di bahu Narisha yang sudah ketawa kecil. Narisha senyum menatap Ikhwan. Rancangan jahat mereka menjadi. Narisha mengangkat plastik kecil di tangan. Ubat pelali yang sudah dicampurkan ke dalam minuman arak Steve dan minuman ditangan Ikhwan yang sebenarnya bukan arak itu menjadi penyumbang utama kemenangan Ikhwan malam ini.
Zikr, Ikhwan, Narisha dan lainnya ketawa sakan. Yang pasti, Caroline akan lena dalam pelukan Ikhwan malam ini.
Caroline yang baru tiba dari bilik air terperanjat melihat teman lelakinya lena dipaha Narisha yang putih gebu, langsung tidak ditutup. Wajahnya berubah, Dia betul-betul berharap Steve akan menang kerana dia tidak mahu tubuhnya diratah Ikhwan yang kurang ajar itu. Semasa mereka menari tadi, berani lelaki itu mengusap dadanya sambil tersenyum manis.
Zikr berdiri sambil membetulkan pakaiannya. Bibir menyapa telinga Caroline. “Well, you know who is the winner, right?”.
“Come to my apartmen, honey. Narisha is free tonight but like what we have promised, you are absolutely mine”. Ujar Ikhwan angkuh. Dia sendiri tidak ingat ini pertarungannya yang ke berapa bersama rakan-rakan yang lain di London tetapi tidak pernah sekalipun dia tewas. Pil pelali milik Narisha menjadi pembantu utamanya. Yang dia tahu, Narisha perlu diselamatkan biarpun dia sendiri tidak pasti Narisha masih suci ataupun tidak.
Mereka meninggalkan ruang yang masih berkilau dan bergemerlap dengan cahaya neon itu beberapa minit kemudian.

“I THOUGHT you want to enjoy with me tonight”.  Ikhwan panggung kepala apabila mendengar bicara Caroline yang masih dengan baju tidur biru bertali halus. Dia yang sedang menyarung T-shirt hanya tertawa sahaja. “I am not interested in you, Carol. Not even my type”.
Caroline seperti tidak percaya. Tidak ada seorang lelaki pun yang menolak untuk menidurinya tetapi Ikhwan tanpa berselindung mengatakan dirinya tidak diminati.
What do you mean, Ikhwan?”. Agak kasar sergahan gadis dari New Zealand itu.
Ikhwan menoleh menghadap Caroline. “Can’t you hear me? You are not my type. But honestly, you are a impressive bedmate. Thanks!”.
“Damn!! You!! Get me back to Steve right now”. Bantal dilempar kasar ke muka Ikhwan. Ikhwan sempat mengelak.
Come on baby, find your own way”. Balas Ikhwan tanpa menghiraukan amukan Caroline. Hari ini hari terakhirnya berada di bumi Australia setelah dua bulan bercuti di seluruh Eropah. Pengajiannya telah tamat. Datuk Umaira pula sudah tidak sabar lagi mahu melantik dirinya sebagai Pengerusi baru di NUR Holdings. Kepulangannya ke Malaysia akan diumumkan dalam seluruh akhbar. Itu kata Ma.
“You are good for nothing”. Amuk Caroline lagi sebelum mencapai beg sandangnya. Dia mahu berambus dari pandangan Ikhwan. Sampai di muka pintu, dia berpaling. “But back then, who is your type or you are a gay?”.  Sindir wanita yang berwajah putih itu sebelum melangkah pergi.
Ikhwan tidak beriak namun kata-kata Caroline menusuk ke jantungnya. “Who is your type?”. Otak Ikhwan ligat berpusing. Ana!! Satu jawapan sahaja yang dia ada buat masa ini. Ikhwan jadi tersentak dengan kata hati sendiri. Sudah empat tahun dia tidak pulang ke Malaysia dan bermakna selama itu jugalah dia tidak tahu apa-apa  mengenai Ana, adik kepada Narisha, teman wanita merangkap peneman tidurnya. Setelah dia kembali ke UK empat tahun lepas, langsung tidak ditanya keadaan Ana di hospital dan Narisha juga nampaknya tidak berminat untuk bercerita mengenai adiknya yang malang itu.
“Ana...Ana...Ana”. Ucap bibirnya tanpa amaran. Entah Ikhwan sendiri merasa aneh. Sudah berpuluh wanita diangkut ke bilik tidur tapi satu pun daripada mereka tidak mampu membuatkan dadanya bergetar menahan gelora. Sedangkan kecantikan mereka boleh pula menggegarkan jantungnya. Satu pun tidak ada yang dirosakkannya. Tetapi Ana yang hodoh itu pula yang begitu menarik minatnya. Very weird incident.
Hanya itu jawapan yang dia ada buat masa ini tentang soalan yang berlegar-legar dalam fikirannya.
Ikhwan melekapkan telefon ke telinga. “Hello Risha sayang, you masih dekat apartment in Cairns, right”.
“Yup. And you macam mana?”. Narisha tergelak di hujung talian. Dia sudah arif dengan Ikhwan yang tidak akan membuat lebih-lebih terhadap mana-mana perempuan. Sebab itulah, dia tidak kisah jika Ikhwan selalu menang dalam pertaruhannya.
“Macam biasa je  sayang, I  ada di Coloundra ni. Apa kata kita jumpa dekat banglo I di UK aje? Tak sempat I nak ke Cairns sekarang. Lack of time,honey”.
“Wait !! Kenapa you sampai jelajah Coloundra?”.
“I pun tak tahu. Carol yang bawak kereta. Sampai-sampai dah dekat sini”.
Narisha ketawa lagi. Kali ini agak kuat. “Well nampaknya you dengan Zikr senasib. Dia pun dah kena angkut sampai ke Newcastle by that Indian girl. So ganas lah”.
“A’ha. Tu mujur sampai kat Newcastle...kalau kena angkut ke Brisbane. Tak ke gila and mereng namanya”. Seloroh Ikhwan sambil tersenyum. Rambutnya disikat kemas. Jari menekan lamp-controller.
“Love can let everything happened”.
“Nope Risha, it is not about love but all about sex”. Ujar Ikhwan. Ringan mulutnya mahu menyambung.. like what i have done to your sis, Ana...namun dibiarkan sambungan itu tergantung dalam fikirannya sahaja.
Sanitizer ditekan pula. Kedua-dua belah tangan digosok perlahan.
Telefonnya sekali lagi berdering. Tanpa melihat nama si pemanggil, terus ditekap ke telinga.
“Oit Ikh, jom jalan-jalan. Text aku kau kat mana. Huh, budak Indian ni menakutkan aku la. Asyik nak bergayut je. Hi!! Geli tahap nak mati. Ah lagi satu.. Khalish pun ikut sekali”.
Ikhwan tercengang mendengar bebelan Zikr. Apatah lagi sebelum sempat dia menjawab, kawannya itu sudah memutuskan talian. Ikhwan garu kepala. Nak berjalan kat mana pulak? Teringat akan bebelan Zikr, dia ketawa pula.


No comments:

Post a Comment