DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 16 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 13




Zikr mengenakan tali pinggang di atas kapal terbang. Tiba masanya dia bertolak ke Malaysia, tanah air tercinta. Dia berseloroh mengajak Yazeed pulang bersamanya, tetapi jawapan Yazeed sedikit mengecewakannya.
Seketika pula dia dan Khalish hanya menadah telinga mendengar Ikhwan menyumpah Narisha.
“Huh!! Ada ke patut, dia marah aku? Dah la blah tak bagi tahu. Hish, aku rasa nak tumbuk-tumbuk minah tu”. Panjang muncung Ikhwan. Masih segar dalam ingatannya  suara Narisha yang memekik sebaik saja dia tiba di UK dari Canberra pagi tadi. Wanita itu merajuk kerana pemergiannya tidak dimaklumkan dan kemudian mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dengan kawan perempuannya. Ikhwan mengawal diri apabila kapal terbang mula dirasakan bergerak naik ke  awan biru.
“Kalau kau tumbuk dia, kau jugak yang merana. Weh, bila nak kahwin ngan Risha tu?”. Khalish memang tabik habis pada Ikhwan. Dengan sifat buaya darat dan tingkahnya yang sering menggatal itu, cintanya masih tetap utuh untuk Narisha seorang.
Ikhwan pandang Zikr dan Khalish. “Dua  minggu lepas balik ni. Aku dah bincang dengan ma aku. Dia setuju je tapi rahsia dulu dari press and kawan perniagaan ma aku. Kalau tak mesti kacau punya”.
“Hah?”. Zikr terkejut beruk. “Kau biar betul, Ikh? Awatnya tak menyempat-nyempat? Dah la tak bagitahu kitaorang. Apa punya adik daaa??”.
“Dah bagitahu la ni”. Ikhwan senyum dengan ayat Zikr yang buat dia terharu tu.
“Entah kau ni..tak sabar-sabar eh..”. Sampuk Khalish.
“Kau jangan nak mengata aku sangat Khal, bukan aku tak tahu kau dengan Faz pun dah merancang kan? Entah-entah kau seminggu awal dari aku”. Ikhwan mencebik.
Zikr terus tergelak halus. Ehmm..kawan dia berdua ni..dah nak kahwin dah..Apa orang cakap, teman yang dulu sebantal dan sekatil. Cuma Khalish la yang lain sikit. Stok alim gitu. Awal perkenalan dulu, memang dia anti dengan Khalish. Alim mengalahkan Imam Masjid besar di Canberra. Haha..
Tak habis-habis nak ceramah bila dia dan Ikhwan kata nak masuk kelab malam. Tapi lama- kelamaan, dia sudah terbiasa dengan gaya Khalish yang memang jenis pak ustaz sikit ni. Walau apapun, hormatnya pada Khalish tidak sedikit pun berkurang kerana setelah  bertahun-tahun berada di luar negara dan pelbagai godaan yang dibuat supaya lelaki itu ikut masuk ke kelab, Khalish masih utuh dengan kata-katanya.
“Aku berdoa agar  Allah tetapkan hati aku supaya aku takkan pergi tempat macam tu sampai bila-bila. Setiap kali korang ajak aku, setiap kali tu la aku ingat pada harapan ayah dan arwah mak aku”.
Itu balasan Khalish yang pernah membuatkan dia dan Ikhwan sama-sama terpana. Masuk menusuk seketika ke hati. Malu sekejap beb! Dan itulah ajakan mereka yang terakhir.
“Awal sangat tu Ikh.. Paling kurang pun tiga bulan lepas dah kerja doohhh.. Macam mana aku nak tanggung si Faz tu?”.
“Rezeki kat mana-mana je Khal”.
 “Tu aku setuju”. Ikhwan menjawab selamba.
 “Hey, kira kau dah sedia nak jadi suami orang ke ni Ikh? Kau jangan kahwin cerai, Ikh. Malu ma kau nanti. Dah la kau tu satu-satunya pewaris NUR Holdings yang tengah cemerlang, gemilang dan terbilang sekarang ni”. Zikr membuka kitab syarahan.
I thinks so. Aku tak nak angkut perempuan sana sini lagi. Cukuplah dengan Risha seorang. Bab sedia tu, mungkin belum tapi I will try my best”. Ikhwan sememangnya sudah berjanji malam dia tidur dengan Carol tu adalah malam terakhir dia membawa wanita yang tidak halal baginya  ke bilik tidur.
“Wah, tahniah Khal”. Zikr tiba-tiba tepuk bahu Khalish.
“Apasal aku pulak. Ikh la..”.
“Tahniah sebab ceramah kau selama ni masuk juga kat dalam otak Ikh ni. Look, dia dah nak berubah ke arah kebaikan dah”. Zikr sengih nakal.
“Alhamdulillah tapi sebenarnya nasihat tu bukan untuk Ikh je tapi untuk kau juga”. Selar Khalish.
“Woooo..padan muka. Kena sebijik”. Ikhwan gelak jahat dan serentak itu kepalanya diluku oleh Zikr dan Khalish. Mereka bertiga gelak kuat. Langsung tidak menghiraukan pandangan sekeliling. Macam kapal terbang tu diorang punya.
“Congrats Ikhwan, CEO of NUR Holdings to be. I know, you can do it”. Ujar Zikr ikhlas.



ANA LAJU mengelap barangan Kristal milik si ibu. Sesekali, matanya memandang halaman rumah. Dia diarahkan oleh Datin Rozilah untuk menyambut kepulangan Narisha dari London. Semalam, tika dikhabarkan arahan itu, pembuluh darahnya terasa mahu pecah. Apabila nama Narisha muncul, terus susuk tubuh Ikhwan terbayang di matanya. Sudah empat tahun lebih. Tidak sehari pun perlakuan jijik Ikhwan terhadapnya dapat disingkirkan. Sungguhpun begitu Ana cuba mengikuti nasihat Cikgu Salmi...
‘Ana, kalau Ana reda dengan apa yang Allah dah janjikan untuk Ana, insyaAllah Ana akan menemui kebahagiaan yang tak pernah disangka-sangka.’
Demi Allah, Ana belajar untuk reda dengan perbuatan Ikhwan terhadapnya. Sekalipun pada waktu malam, dia selalu bermimpi mengenai kejadian buruk itu. Rahsia itu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Tidak dikhabarkan pada Mak Mi mahupun doktor lelaki yang merawatnya empat tahun lalu. Dia bukan mengikut saranan Ikhwan tapi dia menjaga aib dirinya sendiri.
Bunyi loceng mengejutkannya. Kelam-kabut Ana berlari menuju ke pagar banglo. Narisha mengarahkannya mengangkat hampir empat buah bagasi-bagasi yang dibawa pulang. Ana pelik kerana Narisha langsung tidak bersuara garang seperti dahulu biarpun suaranya tidaklah lembut sehingga dia terbuai-buai. Suara itu biasa-biasa sahaja. Hanya yang pasti, Narisha langsung tidak sudi menatap wajah hodohnya.
“Ibu mana?”.  Sejak kejadian Ana dipukul hingga masuk wad lama dahulu, Narisha jadi cuak untuk mengasari Ana lagi. Bimbang jika kejadian itu berulang. Lagipun buat masa ini, dia tengah geram dengan Ikhwan sehingga tiada mood untuk menyakiti hati Ana.
 “Ibu ada mesyuarat. Ibu balik lewat sikit hari ni. Kak Risha duduklah, Ana buatkan air”.
“Tak payah, aku nak tidur atas sofa ni kejap. Baju-baju aku tu simpan dalam almari. Ada tiga helai baju pengantin kat dalam bagasi oren, yang tu jangan usik, faham?”.
“Ya”. Ana terkejut. Baju pengantin. Adakah Narisha mahu menamatkan zaman bujangnya tapi dengan siapa? Ikhwankah?
Hati Ana terasa sebu.


DATUK UMAIRA menggelengkan kepala melihat Ikhwan yang sudah terbongkang di atas katil. Penat agaknya. Datuk Umaira sudah menguruskan segalanya, persiapan perkahwinan anaknya itu. Sememangnya dia terperanjat tapi apabila difikirkan, mungkin ada baiknya. Jauh di sudut hati, dia tidak berapa berkenan dengan Narisha yang ditemuinya empat tahun lepas, tiga hari sebelum Ikhwan berangkat balik ke UK. Bukan kerana wajah, tapi kerana pakaiannya yang sendat dan singkat itu. Seperti berbogel sahaja pada pandangannya.
Dia bersetuju dengan perkahwinan ini kerana gusar Ikhwan akan terlanjur bersama gadis cantik seperti Narisha. Dia tidak mahu Ikhwan melakukan perbuatan terkutuk itu. Datuk Umaira yakin dia sudah memberikan pendidikan agama kepada Ikhwan dan dia betul-betul berharap Ikhwan menjaga baik amalannya sebagai seorang muslim.
Dia tidak sanggup untuk menghadapi kes yang sama untuk kali kedua. Cukuplah hanya bekas suaminya yang melakukan perbuatan yang dilarang agama itu.



“BUAT apa?”. Tanya Narisha perlahan malam itu.
“Tidur. I ingat you merajuk lagi”. Ikhwan masih dengan mata terpejam. Petang tadi tidur, malam pun tidur. Membebel Datuk Umaira dengan aktivitinya yang satu ini.
“Awalnya tidur. Memang I merajuk tapi nak tunggu you pujuk, kucing bertanduk pun belum tentu”. Seloroh Narisha.
Ikhwan tertawa. “You yang salah. Let’s forget about it. Bila nak mula kerja?”.
“Patutnya I yang tanya soalan tu pada you. I ni bakal pereka fesyen. Esok pun boleh pergi kat agensi. Pemilik agensi tu  pun dah tak sabar nak suruh I join the club”.
“Eleh, bangga la tu. Tapi sayang, I tahu you akan kejutkan dunia designer. You have a great stail! Sure meletup. I akan masuk pejabat lepas kita kahwin tapi esok dah nak pergi teman Ma I buat kerja kat  NUR Holdings”. Ikhwan pejam mata. Mengantuk lagi la.
“Cewahh..manjanya you.. eh, kejap...masuk”. Narisha mengarahkan apabila bunyi pintu diketuk. Ikhwan diam tapi suara Narisha yang mengarahkan seseorang masuk jelas di pendengarannya. Mungkin Narisha tidak menjauhkan telefonnya. Fikir Ikhwan.
“Ehmm..kau nak apa, Ana?”.
Mata Ikhwan terbuka luas. Terpaku. Ana? Gadis itu!
Ikhwan tidak keruan tiba-tiba. Terbayang seraut wajah Ana di mindanya. Dia terus menanti perbualan dua beradik itu.
“Ibu dengan ayah ada kat bawah, tengah makan. Mereka ajak kakak makan sama-sama”. Lembut suara Ana menusuk ke telinga Ikhwan.
“Hish kau ni.. Buat apa pulak orang tua tu balik rumah ni? Aku ingat dia dah tak kenal jalan pulang dah. Nantilah aku turun, kau pergilah dulu. Tutup pintu tu”.
“Tapi kak, Ibu suruh turun sekarang”.
“Alaaa..jangan nak mengada-ngada.. Cakap dengan ibu aku ada hal kejap. Kau ni pun..dah-dah.. keluar! Tutup pintu!”. Arah Narisha agak bengang.
“Baik kak”. Ana keluar.
“Sayang, kita kat mana tadi? Sorry, ada gangguan sikit”. Ceria suara Narisha.
“Siapa yang ganggu?”. Ikhwan buat-buat tanya.
“Ana!!”.
“Oh hantu tu”. Ikhwan ketawa tanpa nada. Dia sengaja berkata begitu supaya Narisha tidak mengesyaki.
Narisha tergelak sinis. “You masih ingat dia eh..? Opss mestilah you ingat sebab dia pernah pukul you dulu kan. Kenangan pahit tu”.
Ikhwan tersenyum nipis. I ingat dia sebab dia tinggalkan kenangan manis pada I, Risha. Hatinya menggumam sendiri.
“How was she?”.
“Huh, she? Who?”. Narisha berkerut kening, pelik.
“Ana!”.
“Kenapa you nak tahu pula?”.
“Salah ke kalau I saja-saja nak ambil tahu? Ana tu pun bakal adik ipar I juga”.
Narisha mencebik di talian. “Dia bakal orang gaji kita, sayang”.
“Risha, jangan la cakap macam tu pada dia. Kasihan Ana..”. Ya, entah mengapa mendengar suara tegas Narisha yang mengatakan Ana itu hanyalah orang gaji meyakinkan Ikhwan betapa sedihnya hidup seorang Ana Liyana. Tidak diakui oleh keluarga kandung pastinya sangat memeritkan.
“You masih tak berubahkan Ikh?. Dulu you bela dia, sekarang pun sama. Apa lebihnya sangat Ana tu? She’s fine, anyway. Masih sama..orang gaji je kat rumah ni..”. 
“Okey-okey..I malas nak bertekak dengan you fasal Ana lagi. Whatever la.. Orang gaji pun orang gajilah. After kita kahwin boleh lah kita hire dia untuk kemaskan rumah kita kan sayang. Jimat duit”.
Narisha ketawa kuat mendengar kata-kata Ikhwan. Bernas sekali cadangan Ikhwan itu. Di hujung talian, Ikhwan merasakan tawa Narisha kali ini langsung tidak menggeletek hatinya.


1 comment: