“Terima kasih Encik Taufik kerana tolong saya jelaskan keadaan tadi….”
Ayuni memulakan bicara setelah sekian lama mereka menyepi di dalam lif untuk
menuju ke bahagian pemasaran yang berada di tingkat lima.
“It’s my pleasure. I’ll do anything for you” jawab Taufik sambil melemparkan senyuman
kepada Ayuni.
Kata-kata Taufik agak memeranjatkan Ayuni tetapi dia
berlagak selamba seolah-olah tidak mendengar kata-kata Taufik.
Sesampainya mereka
di bahagian pemasaran, Taufik terus memperkenalkan Ayuni kepada semua staf
seorang demi seorang. Pelbagai reaksi
yang dapat Ayuni lihat apabila dirinya diperkenalkan sebagai pembantu akauntan
di situ. Ada yang nampak gembira tidak kurang juga
yang seolah-olah iri hati terhadapnya.
Mungkin merasakan Ayuni terlalu muda untuk jawatan itu.
Ah! Mungkin itu hanya perasaan aku.
Dia sedar, dia tidak boleh berprasangka buruk dan perlu
sentiasa berfikiran positif kerana dengan sentiasa bersangka buruk, akan
membunuh cita-citanya kerana ia adalah penyakit hati yang paling dasyat dan
jika tidak dibendung boleh mematikan hati.
Itulah nasihat orang tuanya yang sentiasa dipegangnya sehingga
kini.
“Ayuni, saya kenalkan, ni dia Encik Shah Iskandar,
akauntan Menara Holding. Very experience person and you’re so lucky to
be his assistant. We hope you can be a
good an account assistant and
please work harder dear….”
sekali lagi Ayuni tersentak apabila Taufik memanggilnya ‘dear’ di hadapan ketua barunya itu.
Kali ini bukan sahaja Ayuni yang terkejut, ketua barunya,
Encik Shah Iskandar juga kelihatan terkejut tetapi segera buat tidak tahu
apabila Taufik mengangkat kening kepadanya.
“Ok..Mr. Shah. I leave
her with you. Please explain to Ayuni her works scope”, pesan Taufik
sebelum meninggalkan Ayuni.
Sebelum pergi, Taufik sempat berbisik pada Shah,
“Kau jaga dia baik-baik.
Jangan bagi dia stress. Jangan cuba nak tackle dia. She’s mine” .
Taufik berlalu pergi setelah mengenyitkan mata kepada
Ayuni. Tindakan Taufik yang selamba itu,
benar-benar buat Ayuni bingung. Kenapa
Taufik harus buat sesuatu yang membuat staf lain menyangka mereka seolah-olah
ada hubungan? Dari tindakan-tindakan
Taufik tadi, Ayuni merasakan seolah-olah Taufik ingin memberitahu semua staf
bahawa dirinya milik Taufik, sedangkan Ayuni sendiri tidak tahu apa-apa.
Ah! Bencinya berada di dalam situasi begini.
Ayuni merasakan Taufik sewenang-wenangnya melayannya
begitu, tetapi bila mengenangkan Taufiklah yang menyelamatkannya dari hampir
kehilangan jawatan barunya itu, dia menyabarkan diri.
“Ok..Ayuni, mari
ikut saya. Saya tunjukkan bilik awak”
Shah Iskandar memberikan arahan pertama selaku ketua Ayuni.
Ayuni yang seolah-olah baru tersedar dari lamunan yang
panjang, segera mengangguk dan mengikut ketuanya itu pergi.
“Ini dia bilik kita”, Shah menunjukkan bilik pejabat
Ayuni.
“Kenapa? Awak terperanjat kita sebilik?”, tanya Shah
Iskandar apabila menyedari perubahan riak wajah Ayuni.
“Ayuni, memang
akauntan dan asisstantnya kena duduk
sebilik. Awak jangan risau, memang
sesiapa yang mendapat jawatan ini, tak kira lelaki atau pun perempuan, memang
kena duduk sebilik dengan saya. Lagipun,
awak tak perlu risau sebab kita dipisahkan oleh partition. So, ini meja
awak dan di sebalik partition ni
bilik saya.” Jelas Shah sambil tersenyum bila melihat wajah Ayuni yang tidak
habis-habis berkerut sejak mula ditunjukkan tempat duduknya.
Very typical malay
woman.
Patutlah Taufik gilakannya! Getus
hati Shah Iskandar.
Ayuni mengambil
tempat di ruang kerja barunya. Dia
membelek-belek seketika apa yang ada di ruang kerjanya itu. Sedang dia leka membelek-belek dokumen yang
ada di atas mejanya, telefon di meja Ayuni berdering. Ayuni membiarkan seketika telefon itu terus
berdering. Aku nak kena angkat ke? Apa aku nak cakap?
“Ayuni..please
pick up the phone” Shah menjengah keluar dari biliknya apabila dilihatnya
Ayuni tidak menjawab panggilan telefon di hadapan matanya itu.
“B…baik Encik Shah”, Ayuni terperanjat apabila ditegur
ketuanya.
“Assalamualaikum…Ayuni Zara dari bahagian
pemasaran. Ada apa-apa boleh saya bantu?” akhirnya Ayuni
menjawab.
“Waalaikumsalam
w.b.t…hmm…cik ni staf baru di sini ke? Sebab sebelum ni saya tak pernah dengar
pun nama Ayuni Zara. Sedap nama tu.”
tanya suara di hujung talian itu.
“Ya encik…saya staf baru di sini. Hari ni hari pertama saya bekerja di
sini. Boleh saya tahu siapa di sana? Apa yang boleh saya bantu?” tanya Ayuni jujur
tanpa mengesyaki apa-apa.
“Memang saya perlukan bantuan. Saya dengar ada pembantu akauntan yang baru
masuk. Saya nak berkenalan dengan
dia. Saya nak minta tolong cik Ayuni
beritahu pembantu akauntan yang baru tu yang saya nak ajak dia keluar lunch.
Kalau tak silap saya, dia pun baru mula bertugas di situ hari ini….”
kedengaran suara itu ketawa kecil.
Pembantu akauntan?
Siapa lagi pembantu akauntan? Ada pembantu akauntan yang
lain ke selain dari aku? Ayuni mula
merasakan dirinya dipermainkan.
“Maaf encik…saya
rasa tiada pembantu akauntan yang lain selain dari saya di department ni” jelas
Ayuni.
“Ooo…ye ke? Kalau
macam tu, Cik Ayuni nilah orang yang dimaksudkan. Nampaknya saya tak salah call lah ye?” tanya lelaki itu masih terus ketawa. Taufikkah itu? Dari cara ketawanya, Ayuni pasti dia tidak
silap dengar.
“Encik Taufik ke
tu?” tanya Ayuni inginkan kepastian.
Ayuni terperanjat kerana mendengar gelak ketawa yang lebih besar.
“Awak ni memang
pandailah Ayuni. Tak sempat saya nak berlakon
lama, awak dah cam saya” balas Taufik.
Hishh…apahal dia ni tak habis-habis nak mengusik aku? Apa dah tak ada kerja lain lagi ke atau
memang begini cara bekerja di Menara Holding? Ayuni benar-benar rimas
“Oklah..straight to the point. Saya nak ajak awak lunch dengan saya” jelas Taufik selepas ketawanya reda.
“Maafkan saya Encik Taufik, tapi saya banyak kerja. Baru aje dapat tugas dari Encik Shah. Lagipun, saya masih tak lapar lagi” bohong
Ayuni.
Banyak tugas?
Setakat ni dia belum dapat apa-apa tugas dari ketuanya selain diminta
menyemak beberapa dokumen. Dia malas
hendak melayan Taufik yang dilihatnya
semakin menjadi-jadi.
“Ye ke awak banyak kerja? Banyak sangat kerja sampai sempat belek-belek
handphone ye?” soal Taufik
kembali.
Ayuni pelik bagaimana Taufik tahu yang dia sedang
membelek-belek handphonenya tadi?
Dia pasang spy
ke? Atau dia sedang observe aku guna CCTV?
Ayuni meninjau-ninjau di sekitar pejabatnya. Manalah tau, kalau-kalau Taufik ada di
situ. Tiba-tiba Ayuni merasakan degupan jantungnya
seolah-olah terhenti. Dia terpaku
apabila melihat Taufik terjongol keluar dari bilik ketuanya, Shah
Iskandar.
Bila masa dia masuk bilik Encik Shah? Macam mana dia boleh tidak nampak Taufik
masuk ke bilik ketuanya sedangkan dia 24 jam duduk di mejanya kecuali dia pergi
ke tandas sebentar hampir setengah jam yang lalu. Taufik ada ilmu halimunankah?
Ayuni baru tersedar. Dia telah pergi ke tandas tadi. Hampir sepuluh minit dia berada di tandas
kerana perutnya tiba-tiba dirasakan memulas.
Agaknya masa aku ke tandas tadi, dia datang ke
sini. Maknanya Taufik sudah berada
hampir setengah jam di bilik Encik Shah Iskandar.
Apa yang dibuatnya lama-lama di bilik Encik Shah? Gumam Ayuni.
Dia mengintip aku kah?
“Hishh…serabutlah mamat ni. Kenapa dia pulak sibuk nak check aku. Encik Hisyam yang CEO tu pun tak sibuk nak
pantau aku” omel Ayuni di dalam hati.
“Ok Ayuni…shall
we go?” tanya Taufik selamba tanpa
mempedulikan keengganan Ayuni.
“Don’t worry. Now is lunch hour. Encik Shah pinjamkan saya Ayuni sebentar ye?”
Taufik seolah-olah memahami keresahan Ayuni lalu meminta kebenaran kepada
Shah.
Ketuanya itu hanya tersenyum dan mengangguk tanda dia
mengizinkan. Dalam keadaan penuh
keterpaksaan, Ayuni melangkah menuruti Taufik.
Shah Iskandar sempat melemparkan senyuman. Ayuni sukar mentafsirkan maksud senyuman
ketuanya itu.
Nasib kaulah Ayuni! Bisik hati Shah Iskandar
No comments:
Post a Comment