DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 16 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 16



“You cakap dengan I apa semua ni? Sampai hati you buat macam ni kat I Ikh. Kita dah nak kahwin..”. Narisha membentak mahukan jawapan. Sungguh dia terkejut menerima panggilan ibunya mengatakan Datuk Umaira mahukan Ana sebagai menantu. Apatah  lagi dengan kenyataan Datuk Umaira bahawa Ikhwan cuba melakukan sesuatu yang tidak elok pada Ana. Akalnya menolak keras kenyataan itu tetapi telinga tidak mungkin menipu. Dan sekarang dia mahukan jawapan daripada lelaki yang sudah bergelar adik iparnya tiga jam tadi.
“I cakap dengan you Ikh. Jangan nak buat pekak pulak”.
Ikhwan menghela nafas berat. “You nak tahu apa lagi? Memang I nak rogol Ana and Ma I ternampak kat dalam kemera tertutup dalam bilik dia. Dan ini natijahnya, Ana dan I dah sah jadi suami isteri. Itu aje ceritanya Risha. Are you satisfied?”. Balas Ikhwan dengan suara malas. Jiwanya kacau sekarang. Ekor mata Ikhwan mengerling Ana di sisi Ma di ruang tamu. Ketika akad nikah di masjid, jelas di matanya Ana tidak sukakan apa yang berlaku. Mungkin takut akan reaksi Narisha dan Datin Rozilah. 
What..senangnya you cakap? Kenapa dia Ikh, kenapa dia? Kita dah bertahun bersama..tapi kenapa you pilih dia?”. Jerit Narisha lantang di telinga Ikhwan. Sakit hatinya melihat Ikhwan yang seperti tidak berperasaan itu.
Pranggg!!!  Bunyi pasu kaca dihempas kasar ke lantai. Hancur berkecai. 
“Boleh tak you diam Risha? I dah letih dengar suara you memekik sana sini”.
“Ikhwan!!!  Nak malukan ma depan Datuk dan Datin pulak?  Tak cukup dengan apa yang Ikh dah buat tadi?”.  Datuk Umaira bercekak pinggang. Terperanjat betul dia mendengar hempasan kaca ke lantai. Kulit mukanya sudah setebal lapan inci dimalukan di depan besannya itu. Hati kecilnya terasa sangat sayu. Ikhwan semakin kurang ajar nampaknya. Ana terkebil-kebil tanpa suara. Datuk Rozilah dan Datuk Rahman berpandangan sesama sendiri.
Ikhwan terkedu. Dia terlupa di mana dia berada sekarang. “Huh! I am getting tired for all of this ma”.
“You are the one who starts the drama and now you are complaining here and there? What for?”. Jerkah Datuk Umaira.
Tanpa mengendahkan Datuk Umaira, Ikhwan terus memanjat tangga berlingkar unik ke tingkat atas.
Datuk Umaira berisighfar berkali-kali. “I am so sorry, Datuk.. Datin”.
“Bukan salah Datuk. Sepatutnya saya tak benarkan Ana datang ke rumah Datuk. Tapi saya rasa apa yang Datuk buat ni salah. Mungkin Ana yang goda Ikhwan.. sebab tu la jadi begini..”. Celah Datin Rozilah, Ana dijeling tajam. Marah betul dia dengan anaknya yang hodoh itu. Lain yang diharap, lain pula yang terjadi.
“Saya tak rasa begitu, Datin. Keputusan saya tepat. Saya harap perkahwinan Ana dan Ikhwan akan kekal sampai bila-bila. Tapi saya perlukan masa untuk hebohkan perkara ni pada media. Saya terima baik buruk Ana jadi ahli keluarga saya dan saya harap Datin dan Datuk pun boleh terima Ikhwan seadanya”. Ujar Datuk Umaira tenang.
 “In Sha Allah”. Balas Datuk Rahman. Ana yang tunduk ditatapnya sekilas. Beruntunglah Ana menjadi menantu kepada wanita sebaik Datuk Umaira. Mungkin ini adalah takdir untuk anaknya itu. Selepas bertahun-tahun dia dilayan seperti orang gaji di rumah sendiri, dia ditakdirkan pula melangkah masuk ke mahligai yang mungkin akan memberinya sejuta kebahagiaan.
“Ibu..jom kita balik. Risha rasa panas duduk kat dalam rumah ni. Hei hantu.. kau memang sengaja nak rampas Ikh dari aku kan? Agaknya dari dulu lagi kau dah ada hati pada dia”. Tengking Narisha yang masih tercegat di ruang itu.
Ana mendongak. Lidahnya kelu untuk membalas kata-kata Narisha.


“TAK usah ketuk Ana.. masuk saje. Bilik Ikhwan, bilik Ana juga”. Ujar Datuk Umaira ketika ternampak tangan Ana diangkat untuk mengetuk pintu. Ana senyum, namun dia masih serba salah.
 “Ya ma. Ana masuk dulu”. Perlahan-lahan Ana membuka daun pintu.
Sebaik sahaja Ana melangkah masuk, pandangan Ana melekat pada koleksi lukisan yang menghiasi dinding berlatar putih. Palitan warna kanvas dan taburan kusyen kuning di sudut bilik terasa menyegarkan pandangan. Ruang bilik nampak begitu luas dengan sentuhan kontemporari ala barat. Ana merasakan dirinya seakan berada di negara barat seperti yang selalu disiarkan di televisyen. Kamar tidur Ikhwan anggun dan elegan dengan sentuhan Empire Classic dilengkapi meja solek dengan sebuah cermin berbentuk segi tiga khas yang mewah bentuknya.
Headboard berparas tinggi yang diserlahkan dengan kilauan batu permata dalam lingkungan cermin berpusat elok di ruangan bilik. Di sisi headboard, gantungan cermin besar dengan lampu gantung melimpahkan biasan cahaya warm light ke seluruh kamar tidur. Ana tersentak. Baru dia teringat. Mana Ikhwan? Hatinya tertanya-tanya. Bilik itu hanya diterangi warm light. Lampu bilik tidak terpasang.
 “I ingat you nak tidur dengan ma I.”.  Suara itu menyapa telinga Ana. Ana terus berpaling. Serentak dengan itu kamar bilik diterangi cahaya lampu.
Wajah Ana sedikit merah tatkala matanya berpapasan dengan Ikhwan yang hanya memakai boxer hitam dan bersandar senang di kepala katil dengan tangan masih menggenggam remote.
“Lama Ana tengok bilik I? Berkenan ke?”. Soal Ikhwan masih dengan gaya yang sama. Kemudian Ikhwan bangun dari katil. Berjalan ke arah pintu dan menguncinya.
“Lain kali, lepas masuk bilik, kunci!!”. Wajahnya serius.
Bulu roma Ana mula berdiri sendiri. Kejadian petang tadi bermain dalam mindanya. Dia sungguh tidak selesa apabila batang tubuh Ikhwan tegak di belakangnya. Helaan nafas lelaki itu menyapa lehernya. Ana sudah mula menggigil.
Tiba-tiba tubuhnya diraih dari belakang. Ikhwan membenamkan mukanya ke rambut Ana. Dihidunya puas-puas. Dari Ana mula-mula masuk lagi, dia sudah mengintip setiap gerak-geri Ana. Di bawah cahaya suram itu, hatinya puas dapat meneroka lekuk tubuh Ana tanpa gangguan, tidak seperti selalunya. Ikhwan memejamkan mata. Nafsunya mula mendesah mahukan belaian.
“I nak Ana, boleh?”. Ujar Ikhwan manja. Bibirnya mula mencari arah. Lupa dia pada Narisha.
Ana bermain-main dengan jari sendiri. Dia tidak mahu tetapi tidak berdaya hendak melarang. Jika dulu dia menolak kerana Ikhwan tidak halal baginya, malam ini dia tidak mampu berkata apa-apa sementelah tubuhnya sudah sah menjadi hak Ikhwan sepenuhnya.
“Awak..awak..saya..”.
“Ehmmm.. I tak nak dengar you berawak saya dengan I lagi mulai malam ni. Panggil I Ikh dan bahasakan diri you dengan nama you, okey”.
Ana terkedu mendengar permintaan itu. “Errr..err..Ikh...An.. Ana ingat nak mandi dulu. Lagi...lagipun Ana rasa tak selesa”. Ujar Ana cuba meloloskan diri.
Ikhwan melepaskan keluhan. Sedikit geram kerana keinginannya tidak dipenuhi. Sabar!! Panggilan Ikh dari Ana membuatkan dia sedikit terpaku tapi kedengaran manis pada pendengarannya. Macam dulu-dulu.
Okay fine, Ana mandi dulu. I tunggu kat sini, ya”.
Ana mengangguk sambil tunduk. Hatinya berdebar kali ini. Dia betul-betul tidak menyangka nasibnya akan bertukar dalam sekelip mata. Dia sudah menjadi seorang isteri kepada lelaki yang hanya mahukan tubuhnya, yang sepatutnya menjadi suami kepada Narisha. Biarpun begitu Ana bersyukur kerana Ikhwan tidak menganggap dirinya seperti perempuan simpanan. Paling kurang pun setakat ini, Ikhwan tidak pernah berkasar terhadapnya.
 “Pakaian Ana boleh simpan dalam almari I. Kat hujung tu ada baju kerja I je. Banyak lagi tempat kosong”. Ujar Ikhwan tika matanya menangkap beg pakaian Ana di kaki.
Ana angguk. Ikhwan sudah mula memanjat katil. Ana membuka beg pakaian untuk mengambil tuala dan baju tidur. Kemudian, Ana memulas tombol pintu bilik air. Mata Ana tidak berkelip. Bukan bilik air yang ada tapi sebuah bilik lain yang sama luas dengan kamar Ikhwan. Bilik itu menempatkan sebuah televisyen berskrin flat dan sofa tiga segi berwarna merah hati.
 Di tengah-tengahnya ada pula meja kopi berbentuk bulat. Di sudut bilik bertentangan dengan tingkap yang dihiasi langsir jenis luminette terdapat meja bacaan dan katil bujang. Mungkin tempat Ikhwan membaca. Fahamlah Ana bilik Ikhwan bersambung dengan bilik khas untuk membaca sambil menonton televisyen atau mungkin juga bilik studi. Ana terkebil-kebil pula. Dia tidak nampak  bayangan bilik air di mana-mana pun.
Sekilas Ana memandang Ikhwan yang sedang menekan Samsungnya. Entah dengan siapa lelaki itu bermain mesej.
“Err..Ikh..”.
Ikhwan menoleh sambil mengangkat kening. Apa dia buat dalam bilik tu?
“Bukan Ana nak mandi ke? Kenapa masuk bilik studi I tu?”..
“Memang Ana nak mandi tapi tak nampak pun bilik mandi”.
Ikhwan ketawa dengan riak muka Ana yang tidak keruan. “Hah, lupa pula I nak cakap. Ana try pergi buka almari warna emas tu”. Bibir Ikhwan memuncung ke arah headboard yang menjadi tontonan Ana seketika tadi.
Ana tercengang. Dia hendak mandi bukannya pakai baju. “Tapi Ana kan..”.
“Pergi je..”. Asak Ikhwan lagi.
Ana diam tidak berkutik. Ikhwan menggeleng dengan reaksi Ana. Mungkin Ana takut dia hendak mempermainkan wanita itu.
“Ana still degil macam dulu lagi. Tak apa asalkan I tak kena penampar Ana. I still ingat sampai hari ni. Dua hadiah tangan yang you bagi kat I dulu”. Sindir Ikhwan. Dia bangun dan menarik tangan Ana.
“Buka pintu almari ni”. Arah Ikhwan apabila mereka berdiri di depan headboard. Perlahan-lahan Ana membuka almari yang mempunyai tiga pintu besar itu. Pintu yang paling hujung ditarik perlahan.
Ana ternganga tidak percaya. Bilik air!! Itu yang terbentang luas di hadapannya ketika ini. Pintu yang disangka almari itu rupanya pintu untuk melangkah masuk ke bilik air. Ana merenung ruang luas di bilik air yang begitu menarik minatnya. Di banglonya, Ana hanya mandi di bilik air yang terletak di dapur. Tidak sekalipun dia berani mandi di bilik air ibu mahupun kak Risha yang mewah tetapi masih tidak  boleh melawan kehebatan bathroom yang sedang dilihatnya ketika ini.
“You don’t need to be that shocked Ana. Walk in wardrobe, anyway”. Ujar Ikhwan selamba.
Ana mengusap pipinya yang terbakar dengan tangan. “Walk in wardrobe? Apa tu?”.
Ikhwan terpaku merenung mata Ana yang bulat menatapnya, inginkan jawapan. Terasa mahu diciumnya mata hazel yang cantik ini. Ikhwan teguk liur.
“Maksudnya buka almari jumpa benda lain okey? Macam bilik I ni. Let me show you, ni bilik air yang ada bath tub, toilet and all needs for bathroom. Buka pintu ni pulak”. Ikhwan menarik pintu headboard yang kedua. Tangan kiri masih tidak lepas memegang tangan Ana.
“Ini powder room atau bilik make-up. Kalau Ana nak terus make-up atau gosok gigi lepas mandi bolehlah  masuk ikut pintu ni.”. Ikhwan mengetuk pintu di dalam powder room yang bersambung dengan bathroom. Ana betul-betul ternganga melihat suasana yang sangat mewah dan mengagumkan ini. Dia mengangguk-angguk tanda faham. Matanya jatuh pada sebuah sinki dan ‘vanity top’ serta cermin besar untuk bersolek.
“Semua dekat atas ni sabun wangian, minyak wangi and toiletries. Alamak!”. Ikhwan tepuk dahi. Ni semua untuk lelaki la Ana. Nantilah.. I suruh maid belikan untuk Ana..yang perempuan punya, okey”. Ikhwan menjelaskan. Mata masih tetap segar menatap raut wajah Ana.
Ana menggeleng. “Tak apa. Ana tak pakai minyak wangi”. Sememangnya sepanjang dia hidup 21 tahun di bumi Allah ini, tidak sekali pun tubuhnya disembur dengan wangian. Hidu wangian orang lain adalah. Lagipun masakan Datin Rozilah hendak membazirkan wang membeli wangian untuknya.
“I don’t care.  Since Ana dah jadi wife I, I nak Ana selalu wangi and sweet. Like this”.  Ikhwan mengusap bibir Ana dengan bibirnya. Seketika sahaja!!
“Dah..you pergi mandi. Pakaian Ana letak kat powder room. Lepas mandi terus datang sini, okey. Jangan lama-lama. Nanti I intai”. Ikhwan senyum jahat melihat pipi kanan yang kemerahan. Malu barangkali.
“Biar I buka pintu untuk Ana”. Ikhwan menarik pintu yang sudah tertutup rapat.
Di bilik air, Ana memegang dadanya sendiri. Dia berdebar-debar dengan tindakan Ikhwan yang spontan dan selamba. Juga dia rasa terharu kerana layanan Ikhwan padanya sangat mesra. Seperti dia pula yang bercinta dengan lelaki itu bertahun lamanya. Mungkin dulu Ikhwan pernah melakarkan sejarah hitam dalam hidupnya tetapi kini lelaki itu membuatkan dia rasa sangat berharga. Air matanya menitis perlahan. Terima kasih Ikhwan kerana buat saya rasa macam seorang manusia yang ada harga diri. Ucap Ana jauh di sudut hati bersama deraian air mata.

No comments:

Post a Comment