DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 29 February 2016

LOKET ZINNIA - BAB 19



SEKETUL batu yang terdampar di atas rumput itu disepak perlahan. Keluhan terlepas lagi dari mulutnya. “Tahulah aku ni tak bijak sangat, tapi janganlah buat aku ni macam tak wujud. At least bincanglah sikit sebelum buat assignment tu. Ini tak... aku tak tahu apa-apa pun, tup-tup dah nak hantar. Eii... benci!”
            Zenia melabuhkan duduk di atas sebuah bangku. Hanya Allah yang tahu betapa sakit hatinya kini. Ada ke patut ahli kumpulannya langsung tidak melibatkan dia dalam assignment mereka? Setiap kali ditanya bila nak bincang, asyik keluar jawapan ‘nantilah’, ‘esok-esoklah’, tiba-tiba tadi lepas habis kelas, elok aje ketiga-tiga mereka hantar assignment yang sudah lengkap. Dan Zenia berdiri di situ macam orang bodoh tak tahu apa-apa.
            “Kalau ya pun tak nak suruh aku buat sebab takut markah rendah, paling kurang ajaklah aku bincang sikit. Ini tak, buat aku ni macam patung aje. Menyampah!” Zenia tidak habis-habis menyumpah sendiri. Seakan-akan terbayang wajah-wajah ahli kumpulannya itu. Kalau ikutkan hati, dah cacat dah muka sorang-sorang. Hisy!
            Kalau ada Eton, dah lama dia ajak rakannya itu berkumpulan dengannya. Tapi masalahnya, bukan semua subjek dia sekelas dengan Eton. Jadi terpaksalah tahan sendiri tanpa gadis itu.
            “Assalamualaikum...” Satu suara tiba-tiba menghulur salam.
            “Waalaikumussalam.” Zenia berpaling ke sebelah. Hayyan tercegat di situ dengan senyuman manis. Seperti biasa, senyuman manis itu memang tidak pernah lupa diukirkan untuknya.
            “Hayyan...” panggil Zenia.
            Hayyan duduk di sebelah Zenia. “Ni kenapa ni marah-marah? Dari tadi saya duk perhatikan awak. Marah kat siapa ni?”
            “Siapa lagi? Minah tiga orang tulah. Benci betul,” rungut Zenia lagi. Hampir sebulan berkawan, dia semakin selesa berkongsi apa sahaja dengan Hayyan.
            Faham siapa yang dimaksudkan, Hayyan mengangguk. “Dia orang buat apa?”
            “Dia orang tak ajak saya discuss pun pasal assignment kita orang. Tup-tup, dah nak hantar. Manalah saya tak sentap,” cerita Zenia laju. Dengan Hayyan, dia tidak perlu risau dengan ekspresi wajah yang buruk. Senang cerita, dia boleh jadi diri sendiri setiap kali berada bersama lelaki itu.
            “Dia orang ada bagitahu pensyarah tak yang awak tak terlibat siapkan assignment tu?” Hayyan cuba menenangkan amarah Zenia. Dia tahu Zenia kalau tengah marah, laju sahaja setiap patah perkataan keluar dari bibir comelnya itu.
            “Tak.” Masih masam wajah Zenia.
            “Kira okeylah tu.” Mudah Hayyan membalas.
            Zenia kerut kening. Serentak itu kepalanya tertoleh ke sebelah. “Apa awak cakap? Okey?”
            Hayyan senyum nipis. “Yalah, dia orang tak ada buat cerita dekat pensyarah pun. Kira okeylah tu, kan? Awak pulak boleh dapat markah free, tak payah buat kerja langsung.”
            Zenia terdiam. Semudah itu? Sungguh dia tak faham apa yang difikirkan Hayyan. Benarlah kata orang, cara orang lelaki dan orang perempuan berfikir bagaikan langit dengan bumi. Jauh benar bezanya.
            “Dahlah, tak payah nak fikir sangat. Benda dah lepas, kan? Apa kata kalau sekarang ni awak teman saya pergi makan? Ada jugak faedahnya. Perut pun kenyang,” ajak Hayyan riang.
            “Awak ni...” Zenia memasamkan mukanya. Makin cemberut jadinya.
            Hayyan ketawa. “Nia awak ni comellah bila marah.” Pipi Zenia dicuit perlahan.
            “Tak kelakar!” marah Zenia.
            “Siapa kata kelakar?”
            Tajam renungan Zenia ke muka Hayyan. Lelaki itu ketawa seronok. Entah apalah yang lawak sangat Zenia pun tak tahu.
            “Okey, dah dah... tak naklah masam-masam muka. Gurau aje tadi tu. Okey?” Lembut Hayyan memujuk. Mengenali Zenia, dia sudah faham sangat sikap gadis itu yang agak lurus.
            “Nak makan tak?” tanya Hayyan lagi.
            “Nak kalau awak belanja,” jawab Zenia sambil menahan senyum. Bibir diketap.
            Hayyan tersengih. “Yalah, saya belanja. Jom!”
            “Okey!” Zenia bangun mengikut langkah Hayyan menuju ke arah kafe.
            Cepat betul masa berlalu, kan? Terasa macam baru semalam dia menjejakkan kaki ke kampus. Rasa macam baru semalam dia mengintai Hayyan Rizqi dari jauh dan mengisytiharkan lelaki itu sebagai jejaka idaman hatinya. Rasa macam baru semalam dia dan Hayyan ditakdirkan bertemu empat mata dan sekarang... hubungan mereka sudah semakin rapat dan mesra.
Classmates saya tu memang tak suka saya. Semua orang tak suka saya.”
“Siapa cakap semua orang tak suka awak? Ada yang suka tau?”
“Siapa?”
“Saya.”
“Gila.” Dan Zenia pun ketawa.


KALAU tak disebabkan janjinya dengan Hayyan semalam yang dia akan turun menemani Hayyan bermain tenis, memang dia langsung tak akan jejakkan kaki ke gelanggang itu. Pukul 5.30 petang dah tapi cuaca masih lagi panas terik. Zenia memakai cap untuk menghalang silau cahaya matahari.
            Thank you for coming,” ucap Hayyan sambil tersenyum semanis gula.
            “Apa tujuan awak ajak saya datang sini?” tanya Zenia sambil bercekak sebelah pinggang.
            “Nak tunjuk kat awak betapa saya terror main tenis.”
            Jawapan yang buatkan Zenia rasa nak termuntah. Sengaja dia tayang muka menyampah sambil memasukkan jari telunjuk ke dalam mulut, kononnya nak muntah di situ juga. Hayyan bukan main lagi ketawa lepas.
            “Saya dah selalu tengok awak mainlah. Dah bosan dah,” ujar Zenia sambil membetulkan anak rambut yang terkeluar dari topi yang dipakai. Tidak sedar kata-katanya itu mengundang rasa hairan dalam diri Hayyan.
            “Awak selalu tengok saya main? Bila masa awak tengok?” tanya Hayyan.
            “Lah... kan boleh nampak court ni dari bilik sa... ya...” Waktu itu Zenia baru tersedar situasi yang sedang berlaku. Rasa nak ditampar-tampar mulut sendiri. Yang aku pergi cakap macam tu kenapa? Tak ke nanti Hayyan ingat aku ni duk menghendap dia selama ni? Tapi bukan ke tu memang hakikatnya?
            Hayyan sudah ketawa terbahak-bahak. Sungguh dia tak sangka itu yang dilakukan Zenia selama ini. Ohh... pandai sorok ya. Akhirnya terkantoi juga. Diri sendiri yang kantoikan diri sendiri. Hayyan sambung gelak.
            Zenia buat-buat tak tahu. Hujung depan topinya dibetul-betulkan walhal seluruh muka terasa merah dan pijar. Serius malu!
            “Tadi cakap nak main. Pergilah main cepat! Panas ni tau tak?” Laju Zenia mengalih topik. Kalau dibiarkan, mahu Hayyan gelak sampai berguling atas gelanggang tu.
            Hayyan mengawal tawanya yang masih ingin meletus. “Baiklah, cik. Saya pergi main dulu.” Bola dan raket dicapainya. Sempat melemparkan senyuman penuh makna ke arah Zenia sebelum berlalu ke tengah gelanggang. Kamil sudah sedia menunggu untuk memulakan permainan.
            Zenia duduk di tepi gelanggang menyaksikan permainan itu. Walaupun Hayyan suka mengusik dan kadang-kadang tu usikannya menyakitkan hati, tapi dia terpaksa akui hatinya semakin lama semakin menyenangi lelaki itu. Betul ke setakat crush? Ah, malas nak ambil tahu lagi.
            “Sayang, nak air.” Selamba Hayyan meminta sesudah tamat bermain.
            “Eee... suka-suka panggil orang sayang.” Zenia mencebik. Namun botol air mineral di tangan tetap dihulurkan kepada Hayyan.
            “Nama awak panjang sangatlah. Apa salahnya panggil sayang? Kira macam summarise sekali gus.” Dan Hayyan gelak lagi.
            Zenia mengetap bibir. Puas ditahan, senyumannya terlepas juga. Konon aje tak suka, padahal hati berbunga mekar setaman bila Hayyan panggil sayang. Aduhai hati, cepat betul kau cair ya...
            “Pergi minum dulu nak?” ajak Hayyan sambil mengesat peluh dengan tuala kecil yang dibawa. Tekak macam nak minum ais aje.
            Zenia menggeleng. “Nak baliklah, lagipun penat pergi kelas tadi tak hilang lagi,” jawabnya tanda menolak.
            “Alah... bilik awak kan tak jauh. Kat situ aje, dari sini pun boleh nampak...”
            Tak sempat Hayyan habiskan ayatnya apabila Zenia sudah mencubit pinggangnya. Terjerit kesakitan dibuatnya.
            “Sekali lagi cakap benda tu, siap eh!” Zenia mengugut dengan muka masam.
            Hayyan ketawa sakan. “Baiklah, Cik Zenia. Lepas ni saya buat tak tahu aje main tenis walaupun saya tahu ada orang perhatikan dari jauh. Okey?” Sebelah mata dikenyit.
            Entah kenapa boleh terluah pula senyuman di bibir Zenia. Hayyan ni memanglah, saje aje tau!
Jujur Zenia katakan, kehadiran Hayyan dalam hidupnya benar-benar memberi impak yang sangat besar. Hayyan ikhlas berkawan dengannya. Keikhlasan yang tidak perlu diukur dengan penimbang atau apa juga jenis alat pengukur. Cukup dengan hanya merenung sepasang matanya itu, sudah terpancar segala rahsia hati di situ.
            Hayyanlah peneman di kala dia kesedihan, Hayyan sering kali berusaha untuk membuatnya tersenyum semula setiap kali dia berduka, Hayyan yang selalu buat dia ketawa, Hayyan yang tak pernah jemu mendengar setiap cerita dan celotehnya, dan Hayyan juga yang tak lokek memberi nasihat baik dari segi pelajaran mahupun kehidupan harian.
Namun, Zenia takut untuk membenarkan kata hatinya. Selagi Hayyan sendiri belum meluahkan cinta, selagi itu dia akan terus memendam rasa itu sendiri. Dia takut kalau-kalau dia cuma bertepuk sebelah tangan. Memanglah Hayyan baik dengannya... Hayyan ambil berat tentang dirinya... Hayyan prihatin tentang keadaan dirinya... tetapi semua itu belum cukup menjadi bukti Hayyan mencintainya, sebagaimana yang dia rasakan untuk lelaki itu.


SEHINGGALAH pada satu hari, Zenia ternampak Hayyan bersama Karima di kafe, sedang berbual mesra. Setakat itu boleh lagi diterima, tapi apabila dia nampak dengan selambanya Karima peluk lengan Hayyan, Zenia rasa macam nak hantuk kepala kat dinding.
Hayyan! Apa maksud semua ni? Apa hubungan awak dengan Karima? Kalau kawan, kenapa mesra sangat sampai tahap kemesraan tu boleh diukur sebagai hubungan pasangan kekasih? Atau mungkin juga lebih daripada itu?
Zenia memegang dada. Kolam mata terasa panas tiba-tiba. Dia cuba berfikiran positif, tidak mahu terlalu mengikut emosi. Tetapi entahlah... dia tak mampu. Hatinya tetap rasa sakit.
Apakah maksudnya? Cemburu? Iri hati?
Zenia menggeleng-geleng laju. Tak sanggup lagi tengok adegan sebabak filem Hindustan depan mata, dia segera mengorak langkah untuk meninggalkan kafe itu. Biarlah Hayyan tidak tahu yang sudia dah tahu hubungan Hayyan dengan Karima. Siapalah dia di mata Hayyan? Entah-entah cuma seorang perempuan bodoh yang cepat sangat percaya dengan permainan seorang lelaki.
Zenia... tolong jangan negatif sangat boleh tak?
Zenia cuba pujuk hati sendiri. Sabar...
“Ni kenapa muka monyok sangat ni? Gaduh dengan Hayyan ke?” Eton yang pelik melihat raut wajah Zenia terus bertanya.
“Jangan sebut nama dia boleh tak?” Zenai melenting tiba-tiba. Beg dicampak di atas katil sebelum dia sendiri merebahkan badan di situ. Bantal dipeluk erat-erat.
“Kau ni dah kenapa? Sejak bila pulak nama Hayyan tu dah jadi ‘haram’ kat telinga kau?” Eton bercekak sebelah pinggang. Apa kes pulak minah ni tiba-tiba nak melenting ni?
“Malaslah aku cakap pasal dia tu!” jerit Zenia geram, melepaskan perasaan yang terbuku di hati.
“Kenapa?” Eton masih lagi bersabar. Tetap mengulangi soalan sama dari tadi. Kenapa, kenapa, kenapa... dijawabnya tak jugak.
Zenia merengus. Dia bangun lalu duduk tegak di atas katil. “Tadi... aku nampak dia dengan Karima kat kafe. Sikit punya mesra kau tahu tak?”
Then?” Eton buat muka bodoh.
Laju tangan Zenia mencapai bantal lalu melemparkannya tepat ke muka Eton. Eton ketawa kuat.
“Apasal kau gelak?” Makin geram Zenia dengan reaksi Eton itu. Tak sedar ke dia, kawan dia yang seorang ni dah rasa macam frust berguling-guling?
Eton tersengih-sengih. “Kau la... cepat sangat terasa. Apa salahnya kalau dia mesra dengan Karima tu. Kawan dia, kan?”
“Tak salah bagi kau! Tapi salah bagi aku!” Keras suara Zenia menjawab.
Kening Eton terangkat sebelah. “Kau jealous eh?”
Zenia terdiam mendengar soalan itu. Jealous? Err...
Eton ketawa lagi. Kepalanya tergeleng-geleng. “Janganlah buat tanggapan melulu macam tu. Kau kena tanya dia dulu, dapatkan kepastian. Sebab kadang-kadang, apa yang kita nampak tak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku.” Panjang lebar hujahnya. Padahal kalau kena kat batang hidung sendiri, dah sah-sah dia pun sama jugak macam Zenia.
Zenia malas peduli. Muka disembamkan ke bantal. Kedengaran bunyi telefon bimbit, dia pantas mengeluarkannya dari dalam beg. Nama Hayyan muncul di skrin. Arh! Telefonlah berjuta kali pun, aku takkan angkat!
Merajuk? Mungkin...

No comments:

Post a Comment