DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 4 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 10




Ikhwan yang sudah bersiap-siap mahu pulang ke Mahligai Impian tercengang melihat pintu villa ditolak dari luar. Narisha terpacak di situ. Muka Narisha kelihatan agak sembab, mungkin menahan rasa mengantuk.
“Sayang....I betul-betul minta maaf”. Narisha bersuara manja.
“I ingat you dah balik”. Ikhwan lega. Nampaknya Narisha tidak tahu apa-apa.
“No.. kenapa pula I nak balik? Ikh, sebenarnya macam ni…semalam ada sekatan jalan on my way back to villa. And you guess what.. I tak bawak my ic and license. Jadi, I terpaksa  pusing balik ke rumah kawan I. I nak call you but handphone I dah habis bateri. Pening I semalam. Sorry Ikh, I dah rosakkan semua rancangan kita”. Wajah Narisha kelihatan seperti mahu menangis.
Ikhwan tiada pilihan lain kecuali mengukir senyuman. Kalaulah Narisha tahu apa yang cuba dilakukan pada Ana, apa agaknya reaksi wanita itu? Kesian pula pada Narisha yang bersusah payah semalam sedangkan dia langsung tidak mengendahkan apa yang telah menimpa Narisha.
“Dah la.. lupakan sahaja. Tapi apa kata kita balik je? Why don’t kita sambung honeymoon kita di UK. I dah bosan tunggu you semalam”. Dagu Narisha dicuit dengan hujung jari.
“Okey”. Tangan Ikhwan dicapainya. Namun Narisha terdiam tika teringatkan sesuatu.
“Ana? Mana hantu tu? Ni mesti sedap-sedap tidur ni...”. Muka Narisha merah.
Ikhwan gusar. “Err...Ana.Dia dah bal...”.
“Dah! Biar I cari dia”. Genggaman tangan Ikhwan dilepaskan. Belum sempat Ikhwan berkata apa-apa, dia sudah membuka pintu bilik di ruang tamu. Ikhwan mengekori langkah Narisha.
“Ana....!!!”. Nyaring suara Narisha memekik memanggil adiknya. “Kurang ajar kau ya!”.
Ikhwan terpaku di tempatnya sewaktu Narisha  menuju ke arah Ana. Dia merenung Ana yang masih lengkap bertelekung putih. Sangkaannya yang mengatakan Ana sudah pergi ternyata silap sama sekali.
Ana terpisat-pisat bangun. Tamparan kencang di pipinya  terasa perit. Pipi diusap lembut. “Kak Risha!”. Ana terketar-ketar.
“Apa!!?”. Narisha membuntangkan mata. “Hei bodoh, aku bawak kau ke sini suruh buat kerja, bukannya tidur. Kau ni memang suka buat tahi mata kan? Patutlah ayah dan ibu bencikan kau. Kau ni memang menyakitkan hati aku je!!”. Telekung  direntap kasar. Rambut Ana yang panjang mengurai ditarik tanpa belas. Seketika kemudian, kepala Ana dihantuk berkali-kali ke bucu katil.
Ana tidak mampu untuk mengeluarkan sepatah kata pun. Sesungguhnya, kesakitan yang dirasai pagi ini hanya sedikit sahaja dari apa yang dilaluinya semalam. Urat kepalanya terasa hampir pecah.
Ikhwan seakan berada di awang-awangan. Tidak percaya Narisha tergamak bertindak sejauh itu. Darah merah pekat  dari kepala Ana yang langsung tidak bertenaga untuk melawan buat dia panik.
Risha no!!”. Teriak Ikhwan kuat. Tangannya mencengkam pinggang Narisha. Sesaat kemudian, dia mengangkat tangan.
I said no!!”. Tamparannya hinggap kasar di pipi mulus teman wanitanya.
Narisha ternganga. “You...bela perempuan ni dan tampar I, Ikh? How could you?”. Narisha memukul dada bidang Ikhwan berkali-kali. Seketika pula, dia memegang pipinya yang perit.
“Tak, I tak bela dia but then yes I tampar you. Look Risha, look. She is dying. You nak bunuh dia ke?”. Tegang suara Ikhwan. Jari telunjuknya dihalakan ke arah kepala Ana.
Pandangan Ana berpinar-pinar. Raut wajah Narisha pucat. Pernyataan Ikhwan menggigit ulu hatinya. Mana tahu kalau Ana meninggal dan dia dihukum penjara seumur hidup atau dikenakan hukuman gantung sampai mati? Tidak! Dia tidak sanggup.
“Hei Ana!!”. Nada suaranya perlahan. Tubuh longlai Ana diangkatnya. Berkati-kati ketakutan Narisha waktu itu. 
Belum apa-apa, badan Ana senget, mahu jatuh. Ikhwan di belakang pantas menangkap sekujur tubuh itu dan dibawa ke dadanya.
Narisha dan Ikhwan berpandangan. Diam. Kedua-duanya bertukar bisu.
ANA MEMBUKA mata perlahan-lahan. Silauan cahaya membuatkan dia pantas menutupnya semula. Cuba lagi dan akhirnya mata bening itu terbuka luas. Di mana aku berada ni? Desis hati Ana. Yang dia tahu dia sedang ditempatkan di sebuah bilik tetapi tidak tahu di mana.
“Ana”. Panggilan itu mengembalikan Ana ke alam nyata. Dan batang tubuh yang terbias ke dalam matanya  adalah Ikhwan. Jantung Ana terasa mahu gugur, seperti semalam. Tangannya di luar sedar mula menggigil. Ana mahu bangkit tapi tangan sasa Ikhwan menahan. Sepantas kilat, Ana menepis. Digelengkan kepalanya. Air mata terus menitis laju. Dia bencikan Ikhwan! Dia bencikan lelaki yang telah menodainya tanpa belas. Ana jijik melihat paras rupa Ikhwan yang sedang menatapnya.
“Ana kat hospital sekarang ni”. Ujar Ikhwan. Tubuhnya begitu dekat dengan Ana.
“Saya nak balik”. Lembut suaranya. Kejadian pagi tadi sudah kembali dalam fikiran. Wajah bengis Narisha yang menghantuknya muncul menghantui. Dan buat masa ini, hanya Ikhwan, lelaki yang telah meninggalkan titik hitam dalam dirinya sudi menghulurkan pertolongan. Mengapa? Mengapa harus lelaki ini?
“Tak boleh. Ana tengah sakit sekarang.”. Ikhwan mendekatkan wajahnya ke muka Ana. Ana berpaling, tidak mahu bertatapan dengan Ikhwan tapi sepantas itu juga Ikhwan memagut kasar bibir Ana sebelum memegang dagu wanita itu.
Ana tercengang dengan perbuatan yang tidak diduga itu. Lelaki ini memang kejam. “Kenapa awak nak seksa saya lagi? Tak cukup ke apa yang buat semalam?”. Ana mengebam bibir bawahnya. Hangat air mata yang menitis langsung tidak diendahkan.
Ikhwan mengeluh. Ini bukan masanya untuk dia mengasihani Ana tapi masa untuk memikirkan keselamatan diri sendiri. “Ana, dengar sini. Risha hantuk Ana kat katil, Ana ingatkan? I bawa Ana ke hospital dan doktor muda tak guna tu nak dekat sejam check tubuh you. Entah apa yang dirabanya”. Ungkap Ikhwan. Di luar wad tadi, dia betul-betul bimbang jika doktor itu mengesahkan sesuatu yang buruk menimpa Ana dan Ana memberitahu bahawa dia adalah pelakunya. Nasibnya baik kerana Ana begitu lama terlena.
Ah! Tentulah doktor itu tahu. Selain tubuh Ana, leher yang dipenuhi dengan kesan merah akibat gigitan itu sangat jelas kelihatan.
“Apa yang Ikh nak cakap ni? Ana nak balik”. Ana menepis tangan Ikhwan di dagunya. Sentuhan Ikhwan menggerunkan.
Ikhwan  mula merasakan bilik itu berbahang. Sudahlah tadi dia bertengkar dengan Narisha yang tidak mahu ikut bersama menghantar Ana ke hospital. Semua beban diletakkan di bahunya seorang. Panas betul hatinya dengan Narisha hari ini. Setelah Ana dipukul separuh mati, dia cabut lari balik rumah pula. Katanya takut jika masuk jail. Huh! Itu seorang lagi perempuan yang menyakitkan hati atas dunia ni. Sumpah hati Ikhwan geram.
Pandangannya beralih ke arah Ana. “I tak kisah apa yang Ana nak cakap. Tapi dengar cakap I baik-baik. Nanti doktor tu akan masuk bilik ni and of course dia akan tanya apa yang jadi pada tubuh Ana. I bagi amaran, you jangan berani libatkan nama I sikitpun”.
“Apa yang Ikh nak buat kalau Ana  cakap Ikh rogol Ana, hah?”. Suara Ana sedikit tinggi. Kebaikan lelaki ini rupanya mahupun balasan.
Ikhwan merenung Ana tajam. Kedua-dua tanganya memegang muka yang tidak sempurna itu. Tindakan Ana yang mahu melarang membuatkan dia mengemaskan genggaman. “Ana, baik Ana ikut apa yang I cakap. I boleh buat lagi teruk dari semalam. Ingat Ana, I dah tengok semua barang-barang berharga Ana. Kalau I jadi Ana, I tak nak tubuh I jadi bahan jajaan orang. Okey kalau Ana nak cakap, I mungkin akan masuk penjara enam atau lima tahun. But then, I akan buat Ana lebih seksa, faham”. Ikhwan mencuit hidung Ana, tidak kasar tetapi sudah cukup membuatkan Ana gementar. Patah-patah kata Ikhwan bermain dalam mindanya. Adakah lelaki itu mahu menceritakan hal peribadinya kepada orang? Ya Allah! Sampainya hati dia. Hati Ana terasa sakit sekali.
“Kenapa buat Ana macam ni? Apa salah Ana?”. Soal Ana tiba-tiba. Kolam matanya pecah lagi.
Ikhwan senyap. “Ana, okey pasal semalam I tersilap je. Dah lah tak payah fikir benda tu lagi. Lagipun dengan muka macam ni, siapa mahukan Ana? Tak salah kalau I tidur dengan Ana. Boleh Ana rasa seronoknya kena....”.
“Pangg!!”. Belum sempat Ikhwan menghabiskan ayat kurang ajarnya, satu tamparan hinggap di pipi.
Ana merenung marah. Dia terkesima dengan kata-kata Ikhwan yang tidak berlapik. Mudahnya lelaki itu berbicara. Tentulah lelaki itu tidak hilang apa-apa, tetapi dia? Sungguh, bait-bait kata itu menusuk ke jantung hati. Lelaki itu terang-terangan menghina kekurangan dirinya. Cacian dan makian yang diterima sebelum ini terasa tidak separah ini. Perasaannya hari ini berganda-ganda lebih tinggi daripada itu.
“Awak dah melampau!”.
Ikhwan ketawa kecil. Sungguh, dia sebenarnya terpana dengan keberanian Ana. Pipi yang menjadi mangsa tangan Ana dibiarkan. “I cakap benda yang betul. Kenapa nak terasa?”.
“Awak....”.
“Dah, tak payah nak cakap banyak”. Rambut Ana dielus lembut.
“Lepaslah!!”. Ana menepis kasar. Terasa jijik tatkala tangan kotor Ikhwan menyentuhnya lagi.
Ikhwan menjongketkan bahu. Kemarahan Ana seakan tidak menjadi kudis baginya.
“I tak boleh lama-lama kat sini, Ana. Okey ni duit tambang untuk Ana”. Beberapa keping not 50 ringgit diletak di atas cardiac table.
 “I dah panggil teksi. I ada kerja nak diselesaikan. By the way, ingat apa yang I cakap tadi”. Ikhwan menyimpan kembali dompetnya ke poket seluar. Dia mula mengangkat kaki. Sampai sahaja di depan pintu, dia menoleh ke arah Ana. Ada kesayuan di wajah itu. Tetapi Ikhwan tidak kisah.
 “Lagi satu Ana, enam hari lagi I balik UK dengan Risha. Ana jangan rindu I pulak”. Ikhwan ketawa sinis.
And thanks for the nice night. I akan kenang seumur hidup”. Sambungnya lagi sebelum membuka pintu. Ana yang masih di katil hanya mampu mengalirkan air mata. Dia teresak-esak sendiri.
Satu hal yang sangat Ana pasti. Sesungguhnya dunia gadisnya sudah tiada. Hilang di tangan lelaki kejam seperti Ikhwan.


3 comments:

  1. sambung lg... nk tau camner Ana terselamat dr dunia kekejaman keluarga dia

    ReplyDelete
  2. eeee.... damn u ikhwan!!!! akak nak cincang dia izz!!!!

    ReplyDelete