DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 16 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 19




Kereta mewah Ikhwan menyusur laju membelah lebuh raya. Mulut Ikhwan terkumat-kamit menyanyikan lagu yang langsung  tidak dapat ditangkap oleh telinga Ana. Maklumlah lagu orang putih. Manalah Ana hendak faham.
Ana hanya diam. Suhu di dalam kereta agak dingin. Sesekali matanya liar memerhati jalan raya yang sibuk dengan kereta pelbagai jenama. Ana mula merasai keseronokan dunia luar. Kali pertama dia rasa bebas, langsung tiada perasaan takut dalam hatinya. Takut akan kemarahan Datin Rozilah yang akan menengkingnya jika balik lambat atau apa-apa sahaja
Ana tidak tahu ke mana arah tuju Ikhwan. Dia mahu bertanya tapi entah mengapa suaranya tidak terkeluar. Apatah lagi melihat muka serius Ikhwan. Usia perkahwinan mereka baru  tiga hari tetapi wajah Ikhwan yang langsung tiada senyuman itu agak menggusarkan hati Ana. Ana hanyut dalam lamunannya.
Ikhwan membelok ke kiri. Sebelah tangan menekan perut. Aduh! Lapar gila. Baru dia teringat.  Selama ini mana pernah dia miss breakfast. Tepat jam tujuh, dia mesti turun ke bawah walau semengantuk mana pun. Kalau malas sangat, Mak Za akan bawakan ke bilik. Ini sudah pukul lapan, tiada apa pun yang masuk ke perut. Manalah perutnya tidak buat hal.
Ikhwan menjeling Ana. Dilihatnya mata Ana sedang liar memandang keluar tingkap. Hari ini Ana mengenakan baju kurung berwarna biru langit. Rambut diikat ekor kuda. Wajahnya yang putih bersih kecuali di pipi kiri kelihatan begitu berseri. Ikhwan mengelip-ngelipkan mata beberapa kali. Kau jangan nak buat gila Ikh, atas jalan raya ni. Ikhwan ketawa dengan kata-kata yang keluar dari otaknya sendiri.
Ana tidak tahu hendak buat apa apabila Ikhwan  keluar dari kereta di hadapan sebuah restoran. Ikhwan pula menghentikan langkah tatkala perasan Ana tidak berada di sebelah. Dia berpusing dan mengangkat kening ke arah Ana yang masih berada di dalam kereta.
“Jom la turun breakfast. I lapar ni..”. Rengek Ikhwan seraya membuka pintu kereta. Ana membuntuti langkah si suami ke dalam  restoran. Mereka mengambil tempat duduk di bahagian yang agak tersorok.
“Ana nak makan apa?”. Tanya Ikhwan sambil membelek telefonnya.
Ana mengaru kepala. “Err..Ana tak tahu”.
“Tak tahu?? Cakaplah apa Ana nak makan. Nanti I order? I nak nasi goreng cina dan teh panas satu”. Ikhwan memesan kepada pelayan. Dia hanya memerhati Ana yang terkebil-kebil.
“Saya nak nasi goreng cina juga tapi air suam aje”. Ana tersenyum. Dia menundukkan wajah apabila perasan mata si waitress itu beriak terkejut dan cepat-cepat berlalu. Ada rasa terkilan di hatinya.
Ikhwan sedar akan tindakan Ana. Tanpa arahan, jari-jemari Ana di atas meja digenggam erat. Mata mereka saling beradu. Mata jernih milik Ana ditatap oleh Ikhwan penuh minat.
“It’s okay, Ana. Tak payah kisah apa yang diorang nak cakap. Jadi diri Ana and please don’t be sad  kalau orang tengok you semacam”. Ujar Ikhwan penuh pengertian.
Ana mengangkat muka. Terpaku dengan panahan mata Ikhwan. Ana tersenyum. “Terima kasih”. Ana berjeda seketika. “Bila nak beli barang dapur? Takkan kita nak sarapan kat restoran tiap-tiap hari”.
Ikhwan angkat kening.  “Lepas makan kita pergi shopping kat Tesco, okey”.
Ana mengangguk.
Ikhwan turut mendiamkan diri. Anehnya perasaan yang sedang bertamu dalam hatinya saat ini. Dia belum pernah kekeringan idea bila berdepan dengan mana-mana perempuan tapi waktu ini dia betul-betul tidak tahu apa yang harus diucapkannya. Bila diingat-ingat, rasanya waktu sebelum kahwin, dia lagi banyak idea hendak mengusik Ana. Tapi sekarang ni macam orang bisu pulak. Ikhwan mengutuk diri.
Well.. Ana suka buat apa? Nanti kalau I pergi kerja mesti you boring kan? Kalau I tahu apa yang you suka, bolehlah I cuba dapatkan”..
Ana diam memikir. “Ana suka memasak dan tanam bunga. Macam kat rumah tu tiap-tiap hari Ana memasak dan pergi kat taman bunga. Ana suka sangat..”.
Ikhwan tersenyum lebar mendengar kekaguman Ana. Tanam bunga. Untuk seumur hidup pun dia tidak akan lupa akan pokok-pokok bunga mawar yang dihiasi dalam bentuk love oleh Ana. Kegilaannya pada Ana sememangnya bermula hari itu. Dia masih ingat akan blouse kembang dan t-shirt yang dipakai Ana waktu kali pertama dia memerhati belakang badan wanita itu dengan penuh perasaan. “ Love Garden yang Ana buat tu ye?”.
Ana angguk. Sebelum melangkah keluar dari banglo Datuk Rahman dia ada mengingatkan Mak Mi supaya menyiram bunga-bunga itu.
“I love it too tapi  I rasa tak sesuai la perempuan tercongok dekat taman bunga tiap-tiap hari. Kalau memasak I setuju seratus-peratus.. nanti kita pergi beli buku masakan ya?”.
Perbualan mereka terhenti seketika apabila pelayan menghidangkan makanan. Ikhwan menjilat bibir. Ana hampir ketawa melihat telatah Ikhwan yang seperti anak kecil itu.
“Jom makan...I lapar giler nih”. Ikhwan terus menyumbat nasi goreng ke dalam mulut. Langsung tidak dihiraukan keadaan sekeliling.
Ana hanya mendiamkan diri. Bahagia yang dirasakan waktu itu diharap akan berpanjangan sampai bila-bila.
        

 IKHWAN menggenggam tangan Ana dan melangkah masuk ke dalam Tesco. “You pernah datang sini, Ana?”. Dia menoleh ke arah Ana di sisi.
Ana geleng, “Tak..Ana pergi pasar je.  Kalau Tesco macam ni Mak Mi dengan Pak Daud yang pergi. Ibu tak bagi Ana pergi”.
Ikhwan garu pelipis. Alamak mati la macam ni. Dah la ni kali pertama aku aci redah jejak kaki kat Tesco ni, dia pulak tak pernah datang. Tu satu hal, satu lagi aku  tak tahu la nak beli barang dapur apa. Ikhwan berhenti berfikir sejenak. Tapi Ana mesti tahu kan. Sebab pasar dengan Tesco  mesti lebih kurang sama je kan.
“You tahu nak beli apa? Actually, I tak pernah nak ambil tahu hal-hal dapur ni semua”. Tak menarik la..Ikhwan sambung dalam hati. Kalau Pavillion ke, Sogo ke, Berjaya Times Square ke,  Low Yat Plaza ke okey la jugak.
Ana kerut dahi. Takkan tak tahu langsung. “Macam biasa la. Bawang besar, bawang merah, bawang putih, beras, sos, kicap, aji-no-moto, sayur-sayuran, ikan, daging, ayam, kun..”. Kata-kata Ana termati bila bibirnya ditekan jari telunjuk Ikhwan. Lelaki itu dilihatnya tersengih dengan muka seposen. Ana tidak selesa. Apatah lagi dengan dua tiga mata yang mula mencuri pandang.
Ikhwan ketawa. “Okey..thank you kalau you tahu tapi tak payah nak buat list barangan dapur pulak. Pening kepala I dengar. Daripada you penat buat list dalam otak tu, baik kita pergi cari sekarang”.
 Mereka mula berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Sampai sahaja di bahagian ayam. Ikhwan berbisik ke telinga Ana. “Ana.. I rasa macam nak mati ni. Bau busuk gila. Cepat la sikit. I tunggu kat hujung sana ya. Boleh mati kelemasan macam ni. Tapi pilih yang bersih-bersih tahu. I tak suka kalau yang bau kuat sangat.”.
Ana terkebil-kebil. Dia merenung Ikhwan yang buat muka serabut itu. Ni la dia anak orang berada yang tak pernah jenguk dapur. Makan ayam macam tak cukup perut.. kalau bab bau tak suka pulak. Namun Ana angguk juga. Dia memandang langkah Ikhwan ke arah ruangan bahan-bahan basah.
Selesai sahaja membeli, Ana terus pergi mendapatkan Ikhwan. Ikhwan yang sedang berdiri dengan muka bosan tu tersengih melihat Ana yang tak menang tangan. Lantas dicapainya beg-beg plastik kecuali....
“Yang ayam ni you pegang, okey. Nanti kalau I muntah.. eh kejap, apasal tak ingat nak ambil troli ni?”. Ikhwan terus menghilangkan diri. Ana mengeleng-geleng. Beberapa minit kemudian, Ikhwan muncul kembali dengan troli. Ana terus meletakkan barang di tangan.
“Banyaknya beli. Apa yang basah-basah ni?”.
Soal Ikhwan sambil mula berjalan menolak troli. Mata Ana meliar mencari barangan lain.
“Ikan, udang, daging...Errr Ana tak tahu Ikh suka ke tak. Kalau Ikh tak suka Ana boleh letak balik”. Ana serba-salah. Takut jika dia terlajak beli tanpa bertanya Ikhwan. Maklumlah, jika di pasar ketiga-tiga pakej makanan itu mesti lengkap dan dia sudah terbiasa.
“Tak apa..semua I makan. Anyway kenapa tak beli ketam, sotong, belut, ikan paus atau ikan pari ke, barulah lengkap Ana”. Ikhwan ketawa kuat dengan kata-katanya sendiri.
Ana terpinga-pinga. Dia tersenyum juga. Geli hati dengan ucapan Ikhwan.
Ikhwan senyap sesaat apabila tidak mendengar respons dari  Ana. Kemudian dia tersengih.
 “Ana, I rasa I kahwin dengan orang yang suka pakai isyarat la pulak. Kalau rasa nak kata ya, angguk.. nak kata tidak, geleng. Kalau nak ketawa kuat, pakai main tahan senyum je”. Bebel Ikhwan.
Ana diam sahaja. Malas memberi komen.
“Hah!! Dah sah betul apa yang I cakap tu”. Jari telunjuk Ikhwan digoyang-goyangkan di depan Ana.
Kali ini, Ana tidak dapat menahan ketawa. “Ikh ni..ada-ada je”.
Ikhwan ikut ketawa. “Ada pun suara. Ingat I terkahwin dengan orang bisu dah”. 
               

“GLAD to have you as my designer”. Waldan senyum memandang Narisha yang sedang   menghirup mocha di agensi modelling miliknya. Matanya rakus menatap susuk tubuh yang menggiurkan di hadapannya.
Baju Narisha yang nipis dan ketat sehingga menampakkan lurah dadanya membuatkan Waldan tidak berkelip.
 “I pun rasa bertuah dapat jadi salah satu ahli di agensi you. Ini langkah pertama I and  I hope it will not disappointed me”. Narisha membalas senyuman Waldan seikhlas hatinya. Terselit rasa bangga di hatinya kerana dapat berkenalan dengan pereka fesyen dan juga pemilik agensi modelling yang paling gah di Malaysia. Waldan Usyad bin Zandrani. Dia bagaikan sudah dapat melihat cahaya untuknya pada masa depan
Of course. It will not .Risha, I akan sediakan  pengurus peribadi untuk you but you can just mentioned whether you will be more comfortable with a guy or girl. I akan aturkan semua tu”.
“I have no problem with that thing tapi I lebih suka lelaki”. Narisha berterus-terang.
“Okey, kalau macam tu. You akan ada training dalam bidang ni… lebih mendalam dan teliti di Johor selama lapan bulan and then balik ke KL. Semua jadual you boleh tanya pengurus you”.
“Johor? Kenapa Johor”.
“Cik Risha, ni adalah prosedur yang saya dah aturkan untuk semua yang berurusan dengan I. Just name it as a compulsory training. Model-model agensi I pun turut serta. Dalam bidang berasingan, tapi I tetapkan di tempat yang sama. Yang ada di agensi di Ampang atau Bukit Bintang... semuanya yang dah bagus dan hebat-hebat. You mungkin kenal dengan  Almira. She’s the top model now. Dia sedang berada di Australia untuk pertunjukan fesyen”.  Narisha mengangguk setuju. Dia tahu dia perlu mengambil peluang itu demi kerjanya dan juga untuk melupakan kesakitan yang ditinggalkan oleh Ikhwan dalam hatinya.
“Lagi satu, syarikat modelling I juga biasa terima sponsor untuk buat pertunjukan fesyen untuk acara-acara penting di beberapa buah syarikat. So, semua perlu bersedia termasuk you, mungkin you boleh mula tunjuk bakat you dari situ”. Jelas Waldan mengenai kehebatannya agensinya.
Wow... Interesting!! Biasanya for what company”.
“Jaya holdings, Media and kita paling setia dengan NUR Holdings. We gained a lot of benefit when dealing with NUR Holdings. Do you know that company, anyway?”.
Dalam hati, Narisha menyumpah geram. Lagi-lagi syarikat itu. Sakit hatinya mendengar nama NUR Holdings yang berkaitan dengan Ikhwan.
Err.. .I mean who does not know Datuk Umaira, the most successful businesswoman in Malaysia.. I baca dalam newspaper hari tu, anak lelaki dia dah balik Malaysia. Makin mengancam la company tu”. Waldan memuji dalam diam.
“Yeah...I know. Tapi I tak ambil tahu sangat pasal benda tu”.




No comments:

Post a Comment