RAMBANG mata Syarizad sebaik saja menjejakkan kaki masuk ke dalam pusat
membeli-belah Pavilion itu. Harga mesti mahal punya. Aduh! Dia mana ada duit.
Pagi tadi, masa datang kerja adalah sikit Pak Ali bagi duit, itu pun Datin
Hazleena yang suruh. Ini pula nak beli skirt tempat mewah macam ni? Mimpi ngeri
juga dia dibuatnya malam ni.
“Skirt
macam mana yang awak nak?” Ben bertanya sambil menoleh ke arah Syarizad.
“Err...
saya...” Syarizad menggaru-garu kepalanya. Wajahnya pula dikerutkan dengan
senyuman teragak-agak memandang Ben.
Ben
angkat kedua-dua belah kening. Agak lama berbalas pandang sebelum akhirnya dia
hembus nafas. Faham.
“Fine.
Saya bayarkan.”
Dengar
saja ayat tu, terus senyuman Syarizad melebar. Kalau macam inilah, dapat kahwin
dengan Ben seumur hidup pun dia sanggup! Sempat lagi otak berangan-angan.
Dari
satu butik ke satu butik, semua skirt dicubanya. Siap buat pertunjukan catwalk
di depan Ben lagi. Kalau setakat itu Ben masih mampu tahan, tapi apabila dah
setiap kali catwalk siap dengan lenggok dan gaya menggoda, siapa yang
tahan? Tok imam pun boleh berpeluh dahi.
“Cantik
tak, Encik Ben?” Syarizad menggayakan skirt yang dipakai di depan Ben. Tak
cukup dengan catwalk, siap berpusing-pusing gaya pakai gaun princess.
Senyumannya diukir manis.
Ben
telan liur. Wajahnya dipalingkan ke arah lain, buat-buat tidak nampak lenggok
tubuh Syarizad yang jelas seperti sengaja menggoda. Hanya anggukan yang
diberikan sebagai menjawab pertanyaan gadis itu.
“Angguk
aje?” Syarizad tak puas hati. Nada suara manja semacam.
“Cantik.”
Ben terus menjawab laju. Bukan apa, makin lama mereka di situ, makin dia rasa
macam nak jerut leher sendiri.
Inilah
jadinya apabila orang tak pernah berkawan rapat dengan perempuan keluar shopping
dengan perempuan. Memanglah sebelum ni dia pernah ada PA, tapi tak
pernah lagi ada PA macam Syarizad. Perempuan ni memang... something!
“Jadi...
saya ambik yang inilah ya?” Syarizad senyum lagi.
“Ya,
ambiklah mana-mana yang awak nak. Lagi cepat beli, lagi bagus,” ujar
Ben.
“Alah,
Encik Ben ni...”
“Dah,
pergi tukar skirt tu. Saya nak pergi bayar,” arah Ben malas menunggu lagi.
“Okey...”
Syarizad kembali semula ke arah bilik persalinan. Namun bibir masih lagi
tersenyum mekar. Dia tahu Ben sudah mula tergoda. Tak susah pun, kan? Pakai
seksi sikit, buat gaya manja sikit, terus goyah sang hati.
Tapi
yang hairannya, kenapa dia rasa tak selesa kalau dipandang lelaki lain?
Contohnya tadi, dia rasa macam nak cungkil biji mata Datuk Haslam yang tak
habis-habis perhatikan tubuhnya. Tapi kalau Ben yang pandang, dia rasa gembira
sampai nak berguling-guling. Memanglah kau dah gila, Ijad!
Disangkakan
kalau Syarizad tukar balik skirtnya tadi, hilanglah seksa. Rupa-rupanya makin
seksa disebabkan skirt yang Syarizad pakai sudah semakin pendek hingga
menampakkan paha gebunya.
Aduhai
hati, bersabarlah. Wahai iman, bertahanlah. Ben membisikkan kata-kata kekuatan
kepada dirinya sendiri.
“Dah
dekat maghrib ni. Saya nak pergi solat dulu. Awak?” tanya Ben sambil memandang
Syarizad. Cuba sedaya upaya untuk tidak pandang ke arah bahagian kaki Syarizad.
Dia pun manusia biasa, lelaki normal yang ada nafsu. Tipulah kalau tak goyah
langsung. Tambahan lagi, apabila Syarizad sendiri yang macam sengaja nak
dedahkan tubuhnya begitu.
“Hmm...
saya cuti.” Syarizad menjawab perlahan. Riak wajahnya berubah tiba-tiba. Muka
Ben tidak lagi dipandang sebaliknya dia menoleh ke arah orang ramai yang masih
memenuhi pusat membeli-belah itu.
Bukan
Ben tak perasan reaksi itu, tapi dia malas nak tanya. Tak tahu kenapa, tapi dia
rasa Syarizad berbohong. Dia bukannya bodoh sampai tak boleh baca air muka
orang. Tapi biarlah, apa haknya nak bertanya? Dibuatnya Syarizad betul-betul
dalam uzur syarie, tak ke buat malu?
“Awak
tunggu kat restoran depan tu, kejap lagi saya pergi sana,” arah Ben sebelum
terus menghilang.
Syarizad
mengetap bibirnya memerhatikan langkah Ben. Biarlah, Ben tak perlu tahu
apa-apa. Tugasnya, menggoda Ben. Lain daripada itu biarlah tersimpan kemas.
“SAYA dah orderkan untuk Encik Ben. Tak tahulah Encik Ben suka ke
tak,” kata Syarizad sesudah Ben muncul dan duduk di depannya.
“Thanks.”
Ben ukir senyum nipis.
Syarizad
mengangguk. Nasib baiklah Restoran Grandmama Cafe & Cuisine itu turut
menghidangkan makanan-makanan Melayu. Kalau ada western aje, entah macam
mana dia nak order. Tergeliat lidah hendak menyebutnya.
Syarizad
menyanggul kemas rambut panjangnya. Kemudian dua butang kemeja yang paling atas
dibuka.
Ben
yang perasan tingkah itu terus menarik nafas panjang. Syarizad... Syarizad... Lepas
ni entah apa lagi yang hendak ditayangnya. Keluhan terlepas lemah. Bukan tidak
pernah dia berhadapan dengan gadis seksi sebegitu, malah setiap kali pulang ke
London, lebih daripada itu pun dia pernah tengok. Tetapi berhadapan dengan
Syarizad, benar-benar memberi satu perasaan aneh dalam dirinya.
“Lepas
ni saya hantar awak balik terus. Awak stay mana?” Ben bertanya, sekadar
membuang rasa tidak enak di sudut hati.
“Hmm...
tak menyusahkan Encik Ben ke?” Syarizad mengerling wajah Ben yang nampak
tenang.
“I
brought you here, so I need to take you home.”
Syarizad
mengangguk seraya tersenyum. Gentleman! Satu markah untuk Ben. Nantilah
dia SMS Pak Ali beritahu. Sambil makan, sempat lagi dia memerhatikan Ben dalam
diam. Jauh di sudut hati, dia sebenarnya sangat-sangat menyenangi Ben. Walaupun
dia bos dan memegang jawatan tinggi di syarikat, tapi dia langsung tidak
sombong.
Betullah
kata Kak Aiza, Ben Ikhzal Bin Datuk Jaini memang sangat baik orangnya. Tapi
kenapa Datin Hazleena sanggup nak lukakan hati anak tirinya sendiri? Hmm...
manusia kalau mata sudah dikaburi dengan wang ringgit, apa pun sanggup. Dan dia
cuma muncul sebagai watak tambahan yang menambahkan ‘perasa’ dalam jalan cerita
yang sudah tersusun cantik.
Kereta
Audi A6 Ben mula bergerak pulang. Berkali-kali Ben mencuri pandang ke arah
Syarizad yang duduk tenang di sebelahnya. Memanglah Syarizad tenang, tapi
jantung Ben sekarang yang tengah tak tenang. Kepalanya tergeleng-geleng
sendiri. Entah-entah Syarizad tahu tak yang dia tak pernah berkawan rapat dengan
perempuan selama ini? Itu yang makin seronok dia buka sana, buka sini.
“Kenapa,
Encik Ben?” tanya Syarizad hairan.
“Syari...
boleh tak awak butangkan balik baju awak tu?” pinta Ben tanpa memandang
Syarizad.
Syarizad
spontan tunduk memandang bahagian dadanya. Bibir tersenyum lagi.
“Kenapa,
Encik Ben? Saya mengganggu Encik Ben ke?”
“Syari...
sekarang ni, dalam kereta ni, cuma ada awak dengan saya. Tak takut ke kalau
apa-apa jadi?” Ben seolah-olah mengugut.
Syarizad
tertawa kecil.
“Saya
tahu Encik Ben baik. Kan? Lagipun apalah sangat... saya cuma buka butang ni
sikit aje...”
Ben
tergeleng-geleng lagi. Berani betul perempuan ni. Nasib baik iman aku ada lagi.
Kalau orang lain, tak tahulah macam mana.
“Lagipun
panaslah, Encik Ben...” Syarizad bermain-main dengan rambutnya pula. Sengaja
nak menggoda.
Ben
spontan menaikkan suhu air-cond dalam keretanya itu.
“Dah
cukup sejuk?”
Syarizad
mengetap bibir. Taktik tak menjadi nampaknya.
Ben
mencapai pula kotnya yang tergantung pada kusyen yang diduduki. Kemudian kod
itu diletakkan di atas riba Syarizad, sekali gus menutup paha gadis itu yang
terdedah.
Syarizad
makin sakit hati. Eii, mahu tapi malu konon! Geram pulak aku.
Bebelnya dalam hati. Terus dia mengunci mulut sampailah kereta Ben berhenti di
kawasan rumahnya.
“Terima
kasih hantar saya balik,” ucap Syarizad dengan suara tanpa nada.
Ben
mengangguk.
“Tidur
nanti jangan lupa baca doa, baca tiga kul, baca surah Al-Mulk. Jangan lupa jugak
zikir...”
“Okey,
okey. Saya tahu macam mana nak tidur.” Cepat-cepat Syarizad memotong kata-kata
Ben. Panas hati dengan pesanan Ben. Ustaz betul dia ni, bebel hatinya.
Ben
cuma angkat kening. Dia cuma mengingatkan. Kalau Syarizad dah tahu, baguslah.
“Jumpa
esok,” tambah Ben lagi sebelum Syarizad keluar dari keretanya.
Syarizad
sekadar mengangguk. Kalau pesanan ‘jumpa esok’ itu membawa maksud ‘esok kita
keluar sama-sama lagi’ tak apalah juga. Ini maksudnya ‘esok jangan lupa masuk
kerja’.
Pintu
kereta ditutup semula. Sekejap saja, Ben sudah memecut pergi. Nafasnya dihembus
panjang. Bukan main lagi dia menggoda, sudahnya dia kalah juga dengan pesanan
Ben yang berbentuk tazkirah.
Mungkin
salah dia juga, terlalu memandang rendah terhadap Ben. Entah-entah Ben tu
memang kuat agama orangnya. Hah, sekarang siapa yang dah surrender?
BEN sampai di rumah ketika jam sudah hampir ke pukul 10.00 malam. Papa dan mummynya
sedang menonton TV di ruang tamu utama rumah sambil berbual-bual. Ben terus
menghulur tangan kepada papanya.
“Dari
mana, Ben? Tadi papa call ofis, Aiza cakap Ben dah keluar sejak petang
tadi,” tanya Datuk Jaini. Walaupun dia sudah jarang ke pejabat, semua urusan
masih lagi dalam pengetahuannya.
Ben
mengambil tempat di sebuah sofa.
“Keluar
kejap dengan kawan tadi, pa...”
“Dengan
kawan ke, dengan PA baru?” Datin Hazleena bersuara mengusik. Senyumannya
penuh makna. Dia tahu pun sebab tadi Syarizad ada hantar SMS kepadanya. Dia
yang sememangnya sedang menunggu berita itu terus tersenyum lebar.
Ben
terdiam dengan muka kelat. Apatah lagi apabila melihat riak ingin tahu yang
terpeta pada wajah papanya.
“PA
baru?”
“Abang
tak ingat ke PA baru Ben yang Leen carikan tu? Cantik orangnya bang,”
sampuk Datin Hazleena sambil mengerling penuh erti ke arah Ben.
“Ohh...
yang tu.” Datuk Jaini terangguk-angguk. “Hai, takkanlah baru berapa hari kerja
dah ajak pergi dating kut?” guraunya sambil tergelak-gelak.
Datin
Hazleena pula tidak lekang dengan senyuman. Nampaknya, Syarizad memang boleh
diharapkan. Gembira hatinya usah diceritakan.
Ben
menggaru-garu kepalanya. Nampaknya papa dan mummy sudah salah faham. Dia
bukannya sengaja ajak Syarizad keluar dating, tapi sebab nak belikan Syarizad
skirt baru sebagai ganti yang sudah koyak. Tapi kalau difikirkan logik akal,
bos mana yang bawa PAnya pergi beli skirt di tempat mahal macam tu?
“Tak
ada apalah, pa. Ben bawa dia keluar sebab ada hal kejap tadi...” dalih Ben
walau hati sendiri sudah mula ragu.
“Tak
apa, Ben. Papa dengan mummy faham,” balas Datin Hazleena sambil
terangguk-angguk. Matanya dikelipkan ke arah Ben dengan mesej, ‘tak apa Ben, mummy
dan papa takkan halang hubungan Ben dengan dia’.
“Betul
tu, Ben. Papa okey aje...” kata Datuk Jaini pula sambil tersenyum. Memang
selama ini pun, dia tidak pernah menghalang dengan siapa Ben berkawan,
termasuklah dalam urusan jodoh anaknya itu. Siapa pun yang bakal Ben kahwini,
dia tidak kisah asalkan orang itu boleh menerima dan menjaga Ben sebaik
mungkin.
Ben
tersenyum segan. Dia baru kenal dengan Syarizad tapi papa dan mummynya
sudah fikir sejauh itu. Pekerja dia
pula tu. Tidak mahu terus menghangatkan gosip yang baru bertiup, dia meminta
diri untuk naik ke bilik.
Syarizad?
Hmm... Dia memang cantik. Tapi untuk jatuh cinta, masih belum ada dalam
agenda fikiran Ben.
No comments:
Post a Comment