“Ayuni…tunggu!” Taufik menarik tangan Ayuni apabila gadis itu
bergegas ingin keluar dari bilik Hisyam.
Ayuni merentap tangannya dari genggaman Taufik. Bulat matanya memandang Taufik. Rasa ingin ditampar saja lelaki itu kerana
berani menyentuhnya.
Hisyam hanya terpaku memandang insiden yang tidak
disangka-sangkanya itu. Jauh di sudut
hatinya, dia rasa agak menyesal kerana meluahkan kata-kata sekeras itu kepada
Ayuni. Memang sejak awal lagi dia sama
sekali tidak berminat untuk memilih Ayuni untuk menjawat jawatan itu, tetapi
setelah Taufik mengugut untuk meletak jawatan sekiranya Ayuni tidak diterima,
akhirnya dia akur.
Pada awalnya, dia memang tidak berniat untuk
mengeluarkan kata-kata keras itu kepada Ayuni kerana dia telah berjanji kepada
Taufik untuk merahsiakannya tetapi apabila melihat Ayuni pertama kali pagi
tadi, hatinya tiba-tiba jadi geram. Dia
geram kerana gadis itu, rakan baik dan juga pembantunya itu sanggup untuk
berhenti kerja. Apa istiewanya gadis itu
sehingga kariernya dijadikan taruhan?
“Ayuni…dengar
sini! Tiada siapa yang menyuruh atau
mengarahkan Encik Hisyam untuk mengambil awak bekerja. Awak memang telah dipilih. Awak telah dipilih sendiri oleh pengerusi
Menara Holding, Datuk Bakri. Kalau awak
tak percaya, ini buktinya” jelas Taufik sambil menunjukkan surat yang dimaksudkannya itu.
Langkah Ayuni terhenti.
Segera diambilnya surat
di tangan Taufik lalu membacanya. Riak
wajah Ayuni segera berubah usai membaca surat
yang bertandatangan pengerusi Menara Holding.
Jadi kenapa bos
barunya itu berkata begitu?
Ayuni segera memandang wajah Hisyam inginkan kepastian
setelah yakin akan isi kandungan surat
yang telah dibacanya itu. Hisyam segera
memalingkan wajahnya membelakangkan Ayuni.
Suasana sepi seketika. Hisyam
seolah-olah sedang berfikir. Beberapa
detik kemudian, Hisyam memusingkan badannya semula menghadap Ayuni dan Taufik.
“Maafkan
saya…memang betul awak telah dipilih oleh pengerusi sendiri. Baiklah, awak boleh memulakan tugas awak
sekarang. Zura, awak tolong bawa Ayuni
ke bahagian pemasaran dan kenalkan kepada staf-staf di situ. Awak boleh pergi sekarang”, arah Hisyam
kepada setiausahnya sambil menekan butang interkom.
“Err..takpe Encik Hisyam. Saya boleh tolong bawa Ayuni ke bahagian marketing’ Taufik menawarkan diri untuk
membantu.
“Mari Ayuni” Taufik terus menggamit Ayuni pergi tanpa
mendengar jawapan Hisyam.
Dia ingin segera melarikan Ayuni dari hadapan mata
Hisyam sebelum fikiran Hisyam kembali berubah.
Taufik tahu, Hisyam memang tidak bersetuju dengan tindakannya dan kerana
itu, dia sanggup menghadap Datuk Bakri untuk meminta sokongan pengerusi dan
menandatangani surat
tawaran kerja kepada Ayuni. Datuk Bakri
tidak membantah permintaan Taufik kerana dia juga berpendapat Ayunilah yang
paling layak menjawat jawatan itu.
“It’s ok Zura. Let me introduce Ayuni to marketing staff”jelas
Taufik apabila dilihatnya Zura terpinga-pinga kebingungan antara arahan bosnya
dan Taufik.
Mereka berjalan beriringan menuju ke arah lif
meninggalkan Zura yang masih bingung dengan apa yang berlaku di hadapan matanya. Staf-staf yang lain memandang mereka dengan
suatu pandangan yang pelik tetapi Taufik buat tidak tahu.
Hati Ayuni agak terluka dengan kata-kata Hisyam yang
agak sinis kepadanya tadi. Ternyatalah,
bosnya itu memang membencinya. Dari
kata-katanya tadi, memang dia bukanlah calon yang sesuai untuk menjawat jawatan
sebagai pembantu akauntan itu atau dengan perkataan mudahnya dia bukanlah
‘calon pilihan’ bosnya kerana sejak awal lagi dia sudah dicop sebagai seorang
penipu.
Ayuni terfikir, bolehkah dia berkhidmat dengan baik di
sini kelak jika beginilah keadaannya?
Apa yang harus dilakukan untuk memulihkan imejnya di mata bos barunya
itu? Sebagai manusia biasa, adalah
mustahil jika dia dapat menghindari perasaan sedih dan marah apabila dibenci
oleh bos sendiri.
Namun, untuk menolak jawatan yang telah menjadi minat
dan cita-citanya selama ini, adalah mustahil.
Apatah lagi ditawarkan berkhidmat di sebuah syarikat yang cukup gah
itu. Tambahan lagi, dia sudah cukup muak
menjadi penganggur. Sampai bila dia
harus berkeadaan begini sedangkan dia sudah berazam untuk membantu keluarganya
di kampung sebaik sahaja dia menamatkan pengajiannya dahulu, tetapi ternyata
hampir setahun setelah dia menamatkan pengajiannya, hidupnya masih terumbang
ambing tanpa arah. Dan kini, peluang sudah
terbentang di depan mata. Adakah perlu
dipersia-siakan begitu sahaja hanya kerana terpaksa melayan perasannya
sendiri? Mana yang lebih penting? Perasaan atau masa depannya?
Ayuni sedar,
ketika ini dia harus bijak memilih!
No comments:
Post a Comment