DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 29 February 2016

BUNGA DI TAMAN LARANGAN - BAB 18



PERTAMA kali naik kapal terbang, Syarizad betul-betul macam rusa masuk kampung. Nasib baiklah Ben ada di sebelah, boleh menenangkan dia yang nampak jelas teruja.
Behave, Syari...” tegur Ben perlahan.
Syarizad tersengih-sengih. Mula memfokuskan pandangan ke arah pramugari yang memberi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan seandainya berlaku kecemasan.
“Kalau saya jadi pramugari, agak-agak sesuai tak, Encik Ben?” Syarizad bertanya, berbisik rapat di telinga Ben.
Ben tergelak kecil.
“Jangan nak beranganlah, Syari.”
“Kenapa, tak boleh ke?” Syarizad tak puas hati dengan jawapan Ben. Ikatan pada rambutnya yang sudah kembali ke warna asal dibetulkan. Susah pula nak menyandar ikat tocang satu macam tu.
Ben menoleh ke arah Syarizad. Entah, dia sendiri pun tiada jawapan. Kalau ditanya kepada dirinya sendiri, dia tidak suka kalau Syarizad jadi pramugari. Tapi siapa dia nak menghalang, kan?
Just listen,” balas Ben dengan suara perlahan sebelum kembali memandang ke depan.
Syarizad mencemik. Sudahnya dia duduk diam di situ sehinggalah kapal terbang itu mula bergerak tanda sudah bersedia untuk berlepas. Kejap pegangannya pada kerusi dengan muka yang tegang. Liur ditelan berkali-kali. Selamat ke tak ni?
Ben tertawa kecil. Syarizad berpaling ke sebelah dengan muka tak puas hati. Encik Ben gelak?
“Relaks, okey? We are flying. Enjoy this moment,” ujar Ben. Dia menyandar tenang sambil mengeluarkan pemain MP4nya. Apabila pesawat sudah terbang dengan stabil di awan biru, tali pinggangnya pun ditanggalkan.
Syarizad turut sama menyandar, meniru gaya tenang dan selamba Ben. Memanglah dia boleh selamba sebab dah biasa. Aku ni, first time tau!
“Encik Ben,” panggil Syarizad.
Ben menoleh ke sebelah. Walaupun telinga disumbat dengan earphone, dia masih dapat dengar suara Syarizad. Keningnya diangkat, isyarat bertanya apa yang dimahukan gadis itu.
“Encik Ben dengar lagu apa?” tanya Syarizad.
Ben tersenyum mendengar soalan itu. Macam-macamlah Syari ni. Kalau boleh, semua benda dia nak tanya.
“Nak dengar jugak?”
Syarizad mengangguk laju-laju.
Ben menghulurkan sebelah earphonenya kepada Syarizad. Laju gadis itu menyambut lalu meletakkannya di lubang telinga.
“Lagu apa ni?” tanya Syarizad lagi.
Just listen.” Hanya itu yang dijawab Ben.
Syarizad malas bertanya lagi. Kepala disandarkan pada kerusi sambil mendengar lagu yang sedang dimainkan.
What hurts the most
Was being so close
And having so much to say
And watching you walk away
Never knowing what could have been
And not seeing that loving you
Is what I was trying to do
“Encik Ben...” Syarizad memanggil lagi.
Ben menoleh.
“Lagu ni pasal apa sebenarnya?” tanya Syarizad. Memanglah dia dapat tangkap lirik-lirik lagu itu tapi dia tak tahu apa mesej yang disampaikan dalam keseluruhan lagu itu.
Ben membetulkan duduknya.
“Lagu ni pasal seorang lelaki yang kehilangan perempuan yang dia sayang. Dia cerita betapa dia menyesal sebab tak ada peluang nak luahkan apa yang dia rasa kat perempuan tu sampailah perempuan tu pergi tinggalkan dia,” jelasnya satu per satu. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia perlu menjawab semua soalan yang diajukan Syarizad. Macam mengajar budak kecil umur enam tahun pun ada.
Syarizad mengangguk-angguk faham.
Getting up, getting dressed, living with this regret
But I know if I could do it over
I would trade give away all the words that I saved in my heart
That I left unspoken
“Tak sangka Encik Ben pun layan lagu-lagu jiwang macam ni.” Syarizad ketawa kecil dengan rumusan sendiri.
“Mana-mana lagu pun kalau lirik dia cantik, meaningful, semua saya layan. Tak kisahlah siapa pun penyanyi dia,” jawab Ben dengan muka selamba.
Syarizad tersenyum-senyum. Tiba-tiba dapat idea untuk mengusik.
“Encik Ben kalau ada apa-apa Encik Ben nak beritahu saya, Encik Ben jangan pendam lama-lama tau. Nanti jadi macam dalam lagu ni. Menyesal tak sudah.”
Ben mengerutkan dahinya. Syarizad sudah pun menyandar di kerusi sambil memejamkan mata. Ben tergeleng-geleng dengan senyuman nipis. Pandai-pandai ajelah dia ni.
Lagu What Hurts The Most nyanyian Rascal Flatts itu terus berkumandang sampaikan Ben tidak sedar bila masa dia terlelap.
Syarizad yang masih asyik melayan lagu-lagu dari pemain MP4 Ben tersentak apabila terasa bahunya dihempap sesuatu. Matanya terbuka luas. Kepala Ben terlentok elok di atas bahunya. Syarizad tertelan liur. Haruman yang dipakai Ben terasa masuk ke hidungnya, meninggalkan satu aroma yang sangat indah.
Guys who smell good is a major turn on, right?
Syarizad kembali menyandar seselesa yang mungkin. Membiarkan kepala Ben terus di atas bahunya. Pelik pun ada. Biasanya dia tengok dalam drama atau filem, mesti perempuan yang letakkan kepala di atas bahu lelaki, tapi ini terbalik pula. Tak kisahlah... yang penting pengalaman macam ni susah nak dapat. Jadi bak kata Ben tadi, enjoy this moment.



ENTAH berapa lama dia tertidur, sedar-sedar saja tubuhnya sudah diselimutkan dengan sehelai kain. Dia menoleh ke sebelah. Wajah Syarizad terasa begitu dekat dengannya. Sedar yang mereka tidur beralaskan satu selimut yang sama, sepantas kilat Ben menegakkan badannya. Sampaikan Syarizad pun terjaga sekali.
“Kenapa, Encik Ben?” Syarizad bertanya dengan suara yang sedikit serak. Jari kanannya menggenyeh-genyeh mata.
Ben melepaskan nafas panjang. Hampir nak terkena serangan jantung.
“Kenapa awak selimutkan saya sekali?”
“Kenapa? Tak boleh?” Dengan muka tak bersalah Syarizad bertanya.
Ben berdecit.
“Memanglah tak boleh. Bahaya!” Marah, namun suaranya tetap dikawal. Tidak mahu penumpang berdekatan dengar apa yang sedang digaduhkan. Lagipun dia bukan marah sebab Syarizad memandai buat macam tu, dia marah sebab dia takut tak mampu kawal debaran yang semakin kuat di dadanya.
“Encik Ben yang tidur atas bahu saya tadi. Jadi jangan nak salahkan saya pulak, okey?” Syarizad tidak mahu mengalah. Geram tiba-tiba. Macamlah salah dia seratus peratus. Dia cuma mahu menolong tapi disalahertikan pula. Serius cakap, dia langsung tidak berniat yang bukan-bukan.
Ben mengalihkan kain itu lalu diletakkan di atas riba Syarizad. Kemudian dia bangun.
“Encik Ben nak ke mana?”
Toilet.”
Syarizad kembali bersandar dengan helaan nafas panjang. Lantak dialah. Malas nak fikir. Matanya kembali dipejamkan.



BERJAM-JAM di dalam kapal terbang, akhirnya mereka tiba juga di Lapangan Terbang Heathrow. Sama seperti tadi, Syarizad masih tetap dengan keterujaannya. Apatah lagi apabila sekelilingnya dipenuhi dengan wajah-wajah mat salih. Kalau dibandingkan dengan wajah Ben sendiri, memang tak jauh beza pun.
Welcome to London!” kata Syarizad kepada dirinya sendiri. Senyumannya melebar.
Ben tersenyum.
“Lepas ni kita nak duduk mana, Encik Ben?” tanya Syarizad tidak sabar-sabar lagi.
We’re going to Forest Hill.”
“Ada apa kat sana? Kita sewa hotel kat sana ke? Berapa bilik?” Mulalah Syarizad nak menggedik.
Ben menjeling gadis itu.
My aunt’s house.”
“Ohh...” Jelas riak kagum terlukis pada wajah Syarizad. Sangkanya Ben sudah tiada saudara-mara di situ. Dia tersengih membalas jelingan Ben.
“Kenapa? Terkejut?” teka Ben.
Syarizad mengangguk jujur.
“Adik arwah mama saya. Suami dia meninggal lapan tahun lepas dan dia tak pernah kahwin lagi,” cerita Ben serba ringkas.
“Ada anak?”
“Tak ada. Dia tinggal seorang.”
Syarizad mengangguk-angguk faham. Dia mengikut saja langkah kaki Ben. Tak kisahlah ke mana pun, asalkan dia dapat lalui pengalaman berharga ini semaksimum yang mungkin.
Sepanjang perjalanan, tidak henti-henti Syarizad bertanya kepada Ben semua tentang London. Apa saja yang singgah di mata terus ditanyakan. Ben pula tidak keberatan untuk menjelaskan semuanya. Tak mengapalah, lagipun dia faham perasaan Syarizad yang teruja kerana pertama kali menjejakkan kaki di United Kingdom. Cuaca musim panas memberi peluang kepada gadis itu untuk melihat pemandangan sekeliling dengan lebih jelas.
“Wah... rumah kat sini cantik-cantiklah. Macam yang saya selalu tengok kat TV,” ujar Syarizad dengan riak kagum. Memang sejak tadi dia tidak henti-henti disinggahi rasa kagum. Tengok dari ciri-ciri rumah, dia yakin bukan calang-calang orang yang boleh tinggal di kawasan itu. Emak saudara Ben tu kaya ke?
Ben menghampiri pintu rumah, kemudian pintu itu diketuk beberapa kali. Syarizad di belakang pula setia menunggu.
Aunty Encik Ben tu okey ke?” tanya Syarizad dengan nada suara yang agak perlahan, takut emak saudara Ben dengar. Padahal bukannya dia faham kalau dengar pun.
Ben berpaling. “Apa dia?”
“Maksud saya, aunty Encik Ben tu okey ke? Takut nanti dia tak suka saya pulak,” gumam Syarizad. Risau.
Ben tersenyum.
She’s a nice lady. Don’t worry.”
Senyuman Ben nyata mampu menenangkan hati Syarizad yang gelisah.
Pintu dibuka dari dalam. Muncul seorang wanita Inggeris berumur awal 40-an. Rambutnya blonde, anak matanya berwarna coklat. Penampilannya ringkas bersama blaus dan skirt separas lutut. Ben menghulur senyuman.
Aunt Diana,” panggil Ben ceria.
“Ben!” Diana terus memeluk Ben dengan erat. Jelas dia gembira menerima kunjungan anak saudaranya yang sangat dirindui itu. “You didn’t tell me you were coming,” kata Diana.
I wanted to surprise you,” ujar Ben membalas pelukan mak ciknya. Walaupun dia bukanlah balik selalu, tetapi hubungan mereka tetap sangat rapat.
Diana meleraikan pelukan. Sebelah tangannya memegang pipi Ben sambil tersenyum senang hati.
How are you doing?” tanya Ben.
Good, I’m doing good.” Diana menepuk-nepuk bahu Ben sambil tertawa kecil.
Syarizad terkebil-kebil memerhati. Pertama kali berdepan dengan seorang wanita Inggeris, dia rasa kaku dan gementar. Bibirnya diketap. Macam mana nak cakap ni? Memanglah dia sudah boleh berbahasa Inggeris tapi tak adalah fasih macam Ben. Alahai...
Aunt Diana, meet my...” Ben berpaling ke arah Syarizad. “... friend, Syari.”
“Ohh...” Diana menekup mulut dengan tangannya. Terkejut. “From Malaysia?”
Ben mengangguk.
Syarizad segera menghulur tangan untuk bersalam. Namun dia terkejut apabila mak cik Ben itu tiba-tiba memeluknya. Ben yang perasan riak terkejut Syarizad hanya tersenyum.
Come in,” pelawa Diana sambil menarik mesra tangan Syarizad.
Syarizad sempat menoleh ke arah Ben yang masih tersenyum sebelum masuk ke dalam rumah itu.
Come, have a seat,” pelawa Diana lagi. Senyuman lebar masih tidak lekang dari bibirnya.
Syarizad dan Ben sama-sama mengambil tempat di atas sebuah sofa. Diana pula duduk di depan kedua-duanya. “So... where’s Allison?” tanya Diana. Kebiasaannya kalau pulang tentu Ben akan bawa Allison sekali, tapi kali ini lain pula temannya.
She’s busy with her college thing so she couldn’t come. She said she’d come later after finishing her studies and she’d like to stay here for a little while,” jelas Ben.
Diana mengangguk-angguk, gembira dengan berita itu. Kalau Allison ada, tentu dia tidak akan rasa sunyi sangat tinggal sendiri di rumah itu.
I made pies. Would you like to have some?” tanya Diana sambil memandang kedua-duanya.
Yeah... sure.” Ben mengangguk laju.
Okay. Wait here.” Diana menepuk perlahan pipi Ben sebelum berlalu ke arah dapur.
“Peramahnya dia,” kata Syarizad perlahan. Dari tadi dia hanya diam dan baru sekarang berani bersuara.
Ben tersenyum.
“Ya, dia memang ramah. Jadi awak tak payah malu-malu kat sini ya.”
Syarizad mengangguk-angguk. Rasa bimbang di hati surut sedikit demi sedikit.
“Saya pernah cakap tak yang Encik Ben punya British accent tu macam...”
“Macam?” duga Ben.
Syarizad tidak tahu bagaimana harus menggambarkan maksudnya. Selama ini bukan tidak pernah Ben berbahasa Inggeris dengannya tapi apabila sudah jejak tanah England ini, lain pula bunyi accentnya. Macam lebih... seksi...
“Entahlah.” Syarizad jongket bahu sudahnya.
Ben ketawa kecil. Diana muncul semula membawa dua piring yang berisi pai yang sudah dipotong.
Here... have a bite. Oh, do you want some tea?” Diana bertanya sambil menoleh ke arah Syarizad.
Err...” Syarizad mengerling ke arah Ben. Melihat anggukan di kepala lelaki itu, barulah dia mengangguk sama. “Thanks, Aunt Diana.”
You’re welcome, dear.” Kemudian dia berlalu ke dapur semula.
Bring some for me.” Ben menyampuk.
Of course, love!” sahut Diana dari jauh.
“Macam mana nak cakap macam yang Encik Ben cakap?” Syarizad bertanya lagi. Masih tak puas hati. Alang-alang ada di London, bolehlah dia belajar cara orang-orang di situ bercakap. Selama ini cuma dengar dan tengok dari TV saja.
Ben tersenyum.
“Awak nak belajar ke?”
Syarizad mengangguk.
Ben menyuap sesudu pai ke dalam mulutnya.
“Okey, tak ada masalah. Saya akan ajar nanti tapi sekarang, kita makan dulu,” balasnya.
Syarizad mengangguk lagi.
“Okey.” Pai di dalam piring disuap lagi ke mulut. Sedap sangat!
And... satu lagi hal,” tambah Ben.
“Apa dia?” Syarizad menoleh semula.
“Kat sini, panggil aje saya Ben. Tak payah nak berencik-encik. Kat sini kita kawan, bukan lagi hubungan bos dengan pekerja,” ujar Ben tenang.
Syarizad tidak dapat menyembunyikan senyumannya. Kalau itu yang Ben minta, dia sikit pun tidak keberatan untuk tunaikan.
“Encik Ben serius?”
Ben hanya membalas dengan kening yang diangkat tinggi.
Diana muncul semula di ruang tamu dengan membawa minuman untuk Ben dan Syarizad. Dia duduk di situ, mengajak Ben dan Syarizad berbual-bual mengenai macam-macam perkara. Ben yang banyak bercakap sementara Syarizad cuma duduk di situ, memerhatikan kedua-duanya dengan senyuman yang tidak surut di bibir. Dia suka dengar cara Ben bercakap, buatkan hatinya terus... jatuh cinta

No comments:

Post a Comment