DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 16 February 2016

SAAT KAU JAUH - BAB 14




ANA menatap alamat di tangan bersilih ganti dengan rumah agam yang tersergam indah di hadapan matanya. Terpegun dia melihat banglo mewah itu. Lagi besar dari banglonya. Perlahan-lahan, kakinya melangkah masuk, atas arahan Zainah. Kalau bukan kerana suruhan ibunya, tidak mungkin dia akan menjejakkan kaki ke sini.
Waktu itu juga, Ikhwan keluar dari bilik tidurnya dengan hanya bertuala sahaja. Perutnya bergoncang dari semalam. Dek kerana terlalu letih, pukul 10 tadi dia bangun. Nasib baiklah Datuk Umaira tidak membuat spot check. Kalau tak naya. Ketika melintasi bilik pengantinnya, kaki Ikhwan berhenti melangkah, kelihatan sedikit cahaya dari dalam bilik pengantinnya yang sudah terhias cantik. Eh, siapa kat dalam ni? Kan hari tu aku dah bagitahu jangan buka langsir.
Perlahan-lahan Ikhwan menolak daun pintu. Sedikit sahaja terbuka namun apa yang terbias di matanya dari dalam cermin begitu jelas sekali. Ternyata Ikhwan amat terkesima. Setelah empat tahun dia tidak merasakan gemuruh ini, perasaan teruja itu muncul lagi. Ikhwan menjauhkan sedikit tubuh dari pintu. Matanya masih tajam memerhati. Beberapa kali dia menelan liur yang terasa kelat. Dari dalam cermin besar, dilihatnya Ana sedang menggayakan pakaian pengantin berwarna biru turquoise milik Narisha. Rambutnya dirapikan dan dibawa ke bahagian hadapan, menampakkan keseluruhan belakang tubuhnya.
Ikhwan menatap pula wajah Ana, tidak berubah, masih seperti dahulu.. kesan hitam di pipi tetap ada kecuali bibirnya yang kian merekah bak delima. Ikhwan menggigit bibir sendiri. Aduh! Terasa mahu diciumnya bibir Ana itu. Baju pengantin yang agak terdedah di bahagian dada itu menampakkan lurah dada Ana yang menawan. Ikhwan terus menikmati kecantikan Ana dalam diam. Mati terus persoalannya mengenai bilik yang tadinya bercahaya. Bebola matanya jatuh pula pada baju kurung berwarna hijau zamrud dengan corak bunga-bungaan yang tersusun elok di atas katil pengantinnya. Mungkin pakaian Ana.
 Ana yang tidak sedar dirinya diintip tersenyum. Sesekali dia menggerakkan tubuh di cermin. Terasa bagaikan pengantin pula.
“Cantiknya baju kak Risha ni”. Bibir itu bersuara lembut tapi masih sempat ditangkap telinga Ikhwan.
Ana terpandangkan jam di dinding. Dah pukul 10.30 pagi. Kelam kabut Ana jadinya. Pasti aku kena marah dengan ibu nanti. Ana mengutuk diri dengan keinginannya yang mahu menggayakan pakaian Narisha.
Sepantas itu dia membawa tangannya ke belakang. Mahu membuka zip di belakang badan. Belum sempat pun dia berbuat demikian, bunyi daun pintu berkeriut nyata membuatkan darahnya seakan berhenti mengalir. Semakin kering darahnya apabila melihat batang tubuh lelaki yang sangat dikenalinya sedang terpacak di muka pintu dengan hanya bertuala separas pinggang. Ana seperti mahu pengsan. Apa yang dibuat Ikhwan di situ? Adakah ini rumah Ikhwan? Soalan yang tiada jawapan itu berlegar-legar dalam benaknya. Sekujur tubuh Ana  seram sejuk. Ya Allah! Ana dapat merasakan tubuhnya menggeletar ketakutan.
“Hai Ana”. Sapa Ikhwan tanpa mempedulikan riak terkejut Ana.
“Lama tak jumpa. Ana buat apa ni? Tak nak minta I tolong bukakan zip tu ke?”. Ujar Ikhwan sambil tersenyum mengayat. Pintu ditutup dan dikunci dari dalam.
Ana tersentak dengan tindakan Ikhwan yang mengunci pintu. Kakinya cepat sahaja mendekat dan mahu memulas tombol pintu.
Tapi Ikhwan yang dapat membaca tindak tanduknya segera menggenggam jari jemari Ana. Pantas Ana menepis. “Apa awak buat kat sini? Tolong bukakan pintu. Saya nak balik”. Ana menjarakkan kedudukan dengan Ikhwan. Dia mengalih pandang. Wajah Ikhwan tidak mahu dilihat.
Ikhwan ketawa. “Ana, sepatutnya I yang tanya apa yang Ana buat kat sini?”.
Ana terkebil-kebil. “Ana..Ana..saya..saya cuma hantar baju kak Risha. Sa..saya tak tahu ni rumah Dan…Ikh..rumah awa..awak”. Ana tergagap-gagap melawan rasa takut.
“Ana, janganlah takut. I janji takkan apa-apakan Ana. I cuma nak berbual dengan Ana je”.
“Jangan buat saya macam ni. Tolonglah”. Rayu Ana. Katalah apa saja, dia tidak mahu percaya pada Ikhwan lagi.
Tanpa mengendahkan permintaan itu, Ikhwan terus memeluk Ana. Haruman badan Ana begitu mengujakannya. Tangannya pantas menarik zip di belakang badan Ana. Ana menggigil dan cuba meloloskan diri namun tak berjaya. Kenangan malam jahanam yang mahu dihapuskan terlayar dalam mindanya entah buat kali ke berapa.
Ana sudah mula menangis. Baju pengantin yang  hampir londeh cuba dilekatkan kembali. “Lepaslah. Saya tak nak. Pergi!!!”. Ana menolak dada bidang yang rapat ke tubuhnya namun perbuatan itu disekat dek tangan sasa Ikhwan yang menolak tubuhnya ke katil. Ana menggeleng berkali-kali.
Ana please!! Just for this time. Once again. I janji takkan ganggu Ana lepas ni”. Ucap Ikhwan sebelum rakus membenamkan bibirnya ke leher Ana.
“Janganlah Ikhwan.. cukuplah sekali awak rogol saya dulu. Saya tak pernah beritahu sesiapa. Jangan seksa saya lagi. Awak dah nak kahwin dengan kakak saya”.
Ikhwan tergelak kecil. “Ana yakin ke dulu tu menjadi?”.
Ana langsung tidak memahami apa yang diucapkan Ikhwan. Lengan lelaki itu dipukul berkali-kali. “Jangan! Lepaskan saya…!”. Rayu Ana lagi.
Ucapan yang keluar dari mulut Ana bagaikan dibawa angin lalu saat Ikhwan terus menggomol leher Ana.
You are so amazing, Ana..”.

DATUK UMAIRA mengelap rambut yang basah. Mujur tiada apa-apa yang penting hari ini di NUR Holdings. Datuk Umaira langsung tidak sedar bagaimana dia boleh terlelap di tikar sejadah setelah solat subuh  pagi tadi.

Mata Datuk Umaira tiba-tiba tertancap pada skrin CCTV yang berada di dinding pada penjuru bilik. Gelap dan kosong. Baru wanita itu teringat sudah lama dia tidak menghidupkan kamera CCTV yang merakamkan kesemua aktiviti penghuni di Mahligai Impian kecuali di bilik Ikhwan dan bilik Zainah.
Entah mengapa hatinya tergerak untuk membuka skrin itu. Tangannya mencapai remote controller dan punat merah ditekan.
Sekilas Datuk Umaira menatap ruang rumah yang jelas berada di kaca skrin sebelum berpaling untuk menyidai kain tuala.
Namun telinganya menangkap sesuatu yang tidak menyenangkan. Datuk Umaira menoleh. Dia tahu dari mana datangnya suara itu.
Nyata dia terpaku. Wajahnya pucat. Jika kulitnya ditoreh waktu itu pasti darahnya berwarna putih. Hampir longlai tubuhnya melihat apa yang ada di skrin itu.
“Ya Allah !!! Ikhwan!”.  Hanya itu yang terucap di bibirnya.


“IKHWANNN!!!”. Pintu bilik ditolak kasar dari luar. Datuk Umaira yang masih  memakai bath-rope bercekak pinggang di muka pintu. Merah padam raut wajahnya. Sekali pandang sahaja, tentu sudah dapat mengagak kemarahan bakal meletus sebentar sahaja lagi.
Ikhwan dan Ana yang berada di atas katil terperanjat lebih-lebih lagi Ikhwan. Dia tidak menyangka Datuk Umaira tidak ke pejabat hari ini. Kelam kabut Ikhwan mengikat tuala yang hampir terlondeh. Ana mengengsot ke birai katil sambil memeluk kedua-dua belah lututnya.
“M..ma..”. Ikhwan tergagap-gagap.
“Apa semua ni, Ikhwan? What are you trying to do? And what has happened in the past years? Apa yang Ikh dah buat sebelum ni??”. Datuk Umaira memekik kuat. Ikhwan yang berdiri tegak di hadapannya ditampar berkali-kali. Sungguh, dia marah.. lebih dari segala-galanya. Adakah anaknya yang seorang ini serupa dengan si ayah?
Ikhwan terkesima dengan jeritan Datuk Umaira. Pedih pipinya menerima tamparan si ibu.
“Kenapa buat ma macam ni hah? Kenapa jadi macam ni Ikh? Sampai hati Ikh malukan ma macam ni”. Datuk Umaira terus mengigil menahan amarah
“Ma..dengar dulu...I am so sorry”.
No! Go to your room before I kick you out from my house”. Tengking Datuk Umaira.
“Ma..tolong ma..Ikh minta maaf..Ikh..”.
“Jangan sampai ma ulang apa yang ma cakap tadi. Go to your room now!!”. Jerkahnya Datuk Umaira lagi sekali. Kali ini, Zainah yang terperanjat sudah berada di muka pintu. Tidak pernah dia dengar Datuk Umaira menggila sebegini.
Ikhwan terkebil-kebil tapi dia tetap mengorak langkah. Ekor matanya sempat menangkap kelibat Ana yang masih teresak-esak di atas katil.
Pintu bilik tertutup rapat. Datuk Umaira menarik nafas lemah. Matanya menatap Ana yang menekup muka. Perlahan-lahan Datuk Umaira mendekati Ana dan duduk di sisi wanita yang hampir dinodai Ikhwan.
Kepala Ana diangkat perlahan supaya menatapnya. Dia kenal siapa wanita ini. Anak Datuk Rahman, teman bisnesnya.
“Say..saya minta maaf...”. Ana tergagap-gagap. Dia takut.
“Tak...bukan salah kamu nak..”.
Datuk Umaira mendakap Ana rapat ke dada. Alangkah kasihannya anak yang disisihkan oleh keluarga sendiri ini.  “Cerita dengan saya apa yang Ikhwan lakukan dulu..”.
Ana terkedu dan serba salah.

 

1 comment: