DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 29 February 2016

MY SOULMATE - BAB 1



Ayuni melangkah dengan penuh bersemangat untuk menghadiri walk in interview pagi ini.  Dia mempercepatkan langkahnya.  Tidak mahu terlewat menghadiri temuduga kerana inilah peluang untuk dia berkhidmat di Menara Holding yang sememangnya telah diakui akan kehebatan empayar perniagaannya yang dimiliki oleh seorang anak melayu itu.  Melihat saja bangunan yang tersergam gagah, sudah menunjukkan betapa elitnya syarikat itu.  Sudah pasti Ayuni akan merasa amat bertuah jika berjaya menjadi salah seorang kakitangan syarikat korporat itu. 
            Lebih tepat lagi, sebenarnya Ayuni tidak mahu menghampakan Hanis, teman sekampung yang juga teman serumahnya. Hanislah yang membuka peluang kepadanya untuk berkhidmat di syarikat tempat Hanis bekerja itu.  Sudah hampir setahun Ayuni mencuba pelbagai jenis pekerjaan semata-mata hanya untuk mencari pengalaman.  Lepas satu kerja, satu kerja Ayuni lakukan untuk menunggu sehingga dia mendapat satu pekerjaan yang benar-benar tetap. 
Memegang ijazah perakaunan, bukanlah tiket untuk dia mudah mendapatkan pekerjaan yang dicita-citakannya.  Apatah lagi di luar sana ramai graduan sepertinya yang masih menganggur.  Dia terpaksa bersaing dalam pasaran pekerjaan.  Semuanya perlukan pengalaman. 
Itulah soalan yang ditanya setiap kali dia menghadiri temuduga.  Pengalaman….pengalaman….pengalaman.  Kadang-kadang hampir saja dia berputus asa, tetapi bila mengenangkan keadaan keluarga di kampung yang perlu dibantu, digagahkan jua memohon pekerjaan walaupun kadangkala jawatan yang disandangnya itu tidak sepadan dengan ijazah yang dimilikinya.
            Ayuni membelek-belek wajahnya di depan cermin bilik air sebelum menuju ke bilik temuduga.  Dia  membetulkan duduk tudungnya.  Dia mahu kelihatan kemas dan bergaya, sesuai dengan jawatan yang dipohonnya iaitu pembantu akauntan.  Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba sebaik saja Hanis memberitahunya akan kekosongan jawatan di bahagian pemasaran syarikat Menara Holding itu. 
“Nanti kau tuliskan dalam resume yang kau boleh berbahasa Jepun” saran Hanis.        
“Hishh..kau gila apa? Buatnya disuruh aku bercakap bahasa Jepun kat situ, apa aku nak cakap kalau sepatah haram bahasa tu aku tak tahu”bantah Ayuni.
 “Alah, dia takkan suruh kau bercakap pun.  Kalau dia suruh pun,kau belasah cakap aje.  Bukannya diorang faham pun.  Lagipun, Menara Holding tak berurusan dengan mana-mana syarikat Jepun.  Kau jangan risaulah.  Aku suruh kau tulis supaya penemuduga tu nampak kelebihan kau berbanding saingan kau yang lain.  Kau ikut aje cakap aku.  Aku bukan pandai-pandai tapi ni pun idea Encik Taufik” terang Hanis panjang lebar. 
“Encik Taufik?  Siapa tu?” Ayuni pelik. 
“Encik Taufik tu pembantu peribadi kepada CEO syarikat ni merangkap personal assistant.  Encik Taufik pernah cakap kat aku yang CEO tu cerewet orangnya.  Bukan sebarangan orang nak diambil bekerja apatah lagi jawatan yang kau nak mohon tu. Yang betul-betul layak saja akan diambilnya bekerja” tambah Hanis. 
Boleh ke buat macam tu?
Ah! ikut sajalah.  Kalau dah pembantu CEO pun suruh macam tu, maknanya memang tiada masalah. 
            Tepat jam 9.00 pagi, Ayuni sudah terpacak di bilik temuduga itu.  Ramai juga yang hadir untuk sesi temuduga itu.  Kebanyakannya perempuan dan hanya sebilangan kecil sahaja lelaki.  Alahai, jawatan yang ditawarkan satu saja tapi yang datang untuk ditemuduga cukup ramai.  Hampir 10 orang.  Boleh dapat ke?  Ayuni mula gusar.
 “Hmm…nampak gayanya, jadi penganggur lagilah aku” bisik Ayuni.
  “Hishh…tapi mana tau kalau memang rezeki aku” Ayuni cuba berfikiran positif. 
Pemohon yang duduk di sebelah Ayuni tertoleh-toleh sambil tersenyum bila melihat Ayuni bercakap seorang diri. 
Ah! Pedulikan dia.  Penantian itu memang suatu penyiksaan.  Itulah yang Ayuni rasa. Pelbagai rasa yang dialaminya sementara hendak menunggu gilirannya ditemuduga.  Sakit perut, seram sejuk bak kata pepatah Inggeris butterflies in the stomach ,semuanya ada.  Peluh dingin mula memercik apabila namanya dipanggil.
 “Cik Ayuni Zara binti Ismail”pembantu penemuduga memanggil Ayuni.
  “Ya..saya” jawab Ayuni seraya mengangkat tangan persis anak murid hendak menjawab soalan cikgunya.
 “Silakan masuk”, tambah pembantu penemuduga itu lagi.
 Ayuni hanya mengangguk.  Melangkah saja ke dalam bilik temuduga itu, dia  terpana apabila tiga pasang mata merenung tepat ke arahnya.  Dua orang agak berusia tapi masih segak. Maklumlah ahli korporat, manakala yang seorang lagi masih muda, segak dan bergaya.  Ayuni masih sempat menganalisa walaupun dia di dalam keadaan tidak tentu arah. 
“Bismillahirrahmanirrahim…..”bisik Ayuni perlahan untuk memberi kekuatan kepadanya. 
Ya Allah, tolonglah hambamu ini.  Aku sangat perlukan pekerjaan ini.
  “Cik Ayuni Zara binti Ismail” salah seorang penemuduga yang agak berusia itu memulakan sesi temuduga.
 “Ya..saya”, jawab Ayuni sopan.
 “Sila kenalkan diri anda” tambahnya lagi.
  “Saya Ayuni Zara binti Ismail.  Berumur 23 tahun.  Berasal dari Johor Bahru, Johor.  Saya adalah pemegang ijazah sarjana muda perakaunan dari Universiti Malaya” lancar Ayuni memperkenalkan dirinya dengan penuh keyakinan.
 “Cik Ayuni, kenapa awak hendak bekerja di syarikat ini?”, tanya seorang lagi penemuduga yang agak berusia itu.
 “Pertama, akauntan adalah cita-cita dan minat saya sejak kecil lagi.  Kedua, saya rasa semua orang berharap dapat berkhidmat dengan syarikat korporat seperti Menara Holding ini, sebuah syarikat anak tempatan yang sangat berjaya.  Jadi, begitu juga saya.  Ketiga, saya memang amat memerlukan pekerjaan ini dan saya rasa saya layak memegang jawatan ini kerana ia selari dengan kelulusan yang saya ada”tambah Ayuni panjang lebar.  Sudah hilang rasa gemuruhnya tadi.
 “Apa pengalaman yang awak ada?  Bukan mudah hendak memegang jawatan ini tanpa pengalaman” soalan yang keluar dari mulut lelaki yang berusia itu sudah diagak oleh Ayuni dan dia sejak awal-awal lagi sudah bersedia.
 “Tuan…”
 “Panggil saja saya Datuk Bakri” potong lelaki berusia itu bila Ayuni cuba memanggilnya tuan. 
 “Err…maaf Datuk.  Sebenarnya sebelum saya menghadiri temuduga ini, saya sudah melakukan pelbagai kerja yang berkaitan dengan akaun dari sekecil-kecil jawatan seperti pembantu pejabat sehinggalah jawatan tertinggi saya sebelum cuba memohon jawatan ini iaitu kerani akaun.  Semua saya lakukan bertujuan untuk mengutip pengalaman dan saya yakin dengan pengalaman saya lebih setahun dapat membantu saya dalam pekerjaan saya kelak.  Insya Allah.  Lagi satu, saya agak tidak berpuas hati kenapa kebanyakan syarikat hanya mengutamakan pengalaman.  Bagaimana kita hendak mempunyai pengalaman jika syarikat-syarikat besar seperi Menara Holding tidak memberi peluang kepada pemohon-pemohon untuk memperolehi pengalaman.  Bagi saya, pengalaman tidak semestinya apa yang telah kita lalui saja yang dapat membantu kita dalam tugas, tetapi apa yang berlaku semasa kita bertugas juga dikira pengalaman.” Ayuni semakin berani.  Dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya keberanian itu.  Ayuni dapat melihat ketiga-tiga penemuduga itu agak terpegun bila Ayuni seberani itu.
  Well, Ayuni.  Do you think English is important in order to succeed in this company?”, tiba-tiba lelaki muda yang segak bergaya bertanya dalam bahasa inggeris setelah sekian lama menyepi dan hanya menjadi pendengar.  Mungkin hendak menguji kefasihan bahasa inggeris Ayuni
  “Of couse English is very important. As a staff of an international company like Menara Holding, I should know how to  communicate in English because it potrays the image of the corporate company overall and me cannot deny that English is an international language” jawab Ayuni tanpa teragak-agak. 
 Apart from English, it's written here that you're also very fluent in Japanese?”, tambah lelaki muda itu. 
Tiba-tiba peluh dingin mula memercik kembali.  Dia hampir terlupa tentang resumenya yang tertulis bahawa dia fasih berbahasa Jepun.  Melihat Ayuni yang terdiam dan kelihatan serba salah, lelaki muda itu terus bersuara setelah menanti agak lama kerana ingin memberi peluang kepada Ayuni yang mungkin ingin berfikir terlebih dahulu. 
 Next time, don’t you ever try to show something that you cannot do.  It will potray you as a dishonest and an untrustworthy person.   Menara Holding doesn’t employ this kind of person especially in our account department” tajam suara lelaki muda itu hingga Ayuni kehilangan kata-kata.         
 Err….i’m sorry sir…I just” terang Ayuni tergagap-gagap.  Belum sempat Ayuni menghabiskan kata-katanya tiba-tiba lelaki muda itu bersuara,
          Ok this interview is over.  You may leave now.  Anyway, thank you for joining us in this interview.  We will let you know the results soon”, sambung lelaki muda itu tanpa mempedulikan kata-kata Ayuni.
            Dari kata-kata lelaki muda itu tadi, Ayuni seolah-olah sudah dapat mengagak akan keputusannya walaupun belum diberitahu.  Harapannya untuk berkhidmat di syarikat mega itu nampaknya semakin terkubur.  Ini semua gara-gara Hanis yang hendak sangat dia mengaku fasih berbahasa Jepun. 
Nak tolong aku konon! 
Sudahnya aku juga yang terkena.  Dari pengamatan Ayuni, seolah-olah lelaki muda itu pula yang menjadi ketua penemuduga kerana dia yang memutuskan untuk memberhentikan sesi temuduga sekiranya dia tidak berpuas hati, sementara dua lelaki yang agak berusia itu hanya menurut kata-kata lelaki muda itu.  Siapakah dia?
 “Ah! Malas aku nak fikir.  Lantaklah, bukan aku dapat pun kerja ni!” Ayuni merungut seorang diri. 
Dia terus melangkah longlai menuju ke lif.  Sedang dia menunggu pintu lif terbuka, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.  Segera dia melihat ke skrin telefonnya dan tertera nama Hanis.  Malas rasanya hendak menjawab panggilan itu.  Kalau tidak disebabkan idea bodoh Hanis, mungkin dia sudah berjaya menjawat jawatan yang diidam-idamkan itu, tapi bila mengenangkan yang Hanis sebenarnya cuba untuk menolongnya, serta-merta api kemarahannya terpadam. 
Tak apalah.  Bukan rezeki aku agaknya.
 “Hello…Ayu..kenapa lambat angkat telefon ni? Macamana temuduga kau? Dah habis?  Dapat tak?” suara Hanis yang terlebih excited   
“Aku baru je habis interview ni” jawab Ayuni malas.
  “Kau kat mana sekarang ni?  Aku tengah rehat ni.  Lunch hour.  Aku tunggu kau kat lobi ye” tambah Hanis.
 “Ok…” jawab Ayuni pendek.  Sebenarnya mood dia sudah hilang disebabkan insiden semasa sesi temuduga tadi.
Tidak disangkanya, sesi temuduga itu mengambil masa yang agak lama juga.  Sejak jam 9.00 pagi tadi hingga masuk waktu makan tengahari.
Apa yang lama sangat tadi?  Seingat Idayu sesi temuduganya hanya sekitar lima belas minit.
Hmmm….lama menunggu giliran aje!









No comments:

Post a Comment