DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 29 February 2016

BUNGA DI TAMAN LARANGAN - BAB 19



“DIANA West. She’s a writer,” cerita Ben lagi. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa Syarizad beria-ia mahu tahu tentang ibu saudaranya itu.
Writer?”
Yup. She writes books.”
Wow...” Syarizad kagum lagi.
Ben tersenyum. Jaketnya disarungkan pada tubuh.
“Jom pergi jalan-jalan,” ajaknya. Mak ciknya pun tiada di rumah waktu itu. Jadi elok juga kalau dia membawa Syarizad keluar jalan-jalan.
“Kita nak ke mana?” Syarizad bertanya sambil laju dia mengikut Ben keluar dari rumah.
Just shut your mouth and follow me.” Itu saja yang dibalas Ben.
 “Tanya pun tak boleh?” Syarizad mencebik.
Ben tersengih. “Jom.”
Dengan menaiki bas, mereka akhirnya tiba di Catford. Catford merupakan satu daerah yang terletak di South East London dan masih berada dalam kawasan London Borough di Lewisham. Di situ terdapat tempat untuk membeli-belah di Catford Broadway, beberapa kelab malam dan bermacam-macam jenis restoran dan kafe.
“Biasanya main event kat sini diaorang panggil Lewisham Peoples Day yang diaorang buat kat Mountsfield Park,” beritahu Ben sambil memasukkan tangan ke dalam poket jaketnya. Syarizad yang berjalan di sebelahnya dipandang. Jelas kelihatan riak kagum pada wajah gadis itu. Maklumlah, pertama kali jejakkan kaki ke tempat itu.
“Lebih kurang macam family daylah, kan?” rumus Syarizad sendiri.
Ben tersenyum. Berada jauh dari Malaysia dan berdua dengan Syarizad terasa mendamaikan hati. Nasib baiklah Syarizad tu bukan isterinya. Kalau tidak, tentu dia dah rasa macam pergi bulan madu.
“Encik Ben, tu apa?” Syarizad menuding jarinya ke arah sebuah binaan berbentuk rumah dengan pintu yang besar dan lambang salib di atasnya.
“Syari, berapa kali saya nak kena ingatkan awak ni?”
“Apa?” Syarizad spontan memusingkan kepalanya ke arah Ben.
Call me Ben. Kat sini, kita bukan lagi bos dengan pekerja. Awak kawan saya, saya kawan awak,” jelas Ben, benar-benar memaksudkan kata-katanya.
Syarizad mengangguk. Senyuman segan bermain di bibir.
“Baiklah, Ben Ikhzal. Itu apa?” Jarinya kembali dituding ke arah yang ditunjukkan tadi. “Rumah ke?”
Nope. Itu gereja,” kata Ben. “Kat sini ada gereja untuk Protestant dan Roman Catholic.”
“Mana awak tahu semua tu eh?” Syarizad mengerutkan mukanya. Nampak sangat panasaran mahu tahu.
Ben senyum lagi.
“Tempat ni dah macam rumah kedua saya. My mum and dad met here. Bersejarah ni tau.”
Syarizad mengangguk-angguk faham. Seronoknya jumpa kat tempat macam ni, tentu bermakna sangat pertemuan itu. Syarizad sudah mula berangan-angan.
“Cuma selalunya saya balik sini dengan Ally,” tambah Ben lagi. Sengaja dia bercerita seolah-olah mahu Syarizad lebih mengenali keluarganya. Untuk tujuan apa, dia sendiri pun tidak pasti.
“Habis tu awak balik dengan saya ni, dia tak marah ke?” tanya Syarizad. Bibir bawahnya digigit perlahan.
“Tak. Sebab dia cakap saya balik dengan bakal kakak ipar dia, so dia okey.” Ben menjawab dengan muka selamba. “Lagipun dia busy dengan hal belajar dia.”
Syarizad pula yang jadi segan. Padahal sebelum ini bukan main lagi dia menggoda, tapi apabila Ben sendiri yang buka topik tentang hal itu, dia pula yang jadi malu. Entahlah, berada di sini dengan Ben benar-benar membuatkan dia lupa apa yang pernah berlaku sebelum ini. Lupa perjanjiannya dengan Datin Hazleena, lupa siapa Ben, lupa siapa dirinya, lupa yang dia sebenarnya punya misi untuk membuat Ben tersungkur di kakinya. Saat cinta datang mengetuk, segala rasa hitam di dalam hati bagai dibawa pergi.
Syarizad duduk di sebuah bangku di bawah pokok yang dia sendiri tidak tahu apa namanya itu sambil menunggu Ben membeli minuman dari sebuah kafe. Matanya dililaukan ke sekeliling. Pengalaman bermakna, yang tidak mungkin dia akan dapat daripada orang lain. Herdy mungkin boleh membawanya ke tempat yang lebih mewah, tetapi perasaan yang dia alami sekarang tidak akan sama.
“Nah.” Ben menghulurkan bekas minuman di tangan kepada Syarizad.
Thanks.” Syarizad menyambut dengan senyuman.
Bestkan kat sini?” Ben duduk di sebelah Syarizad.
“Tak hairanlah kalau awak suka balik sini pun...” Syarizad mengangguk-angguk.
Ben tersenyum. Kopi dihirup perlahan.
“Tak nak cerita macam mana papa dengan arwah mama awak jumpa dulu?” Syarizad menyandar di bangku.
“Kenapa nak tahu?”
Syarizad jongket bahu.
“Saja. Macam best aje bunyinya.”
“Papa saya dulu belajar kat Liverpool. Bila ada masa lapang, dia selalu pergi jalan-jalan, termasuk tempat ni. Kebetulan arwah mama saya pun datang sini masa tu. Simple. They met, they fell in love, they got married, and they had me and Allison.” Ben terdiam lama, merenung kejauhan.
Syarizad memandang Ben penuh asyik. Cerita Ben itu walaupun ringkas tetapi seolah-olah menyentuh terus ke dasar hatinya. Ingatan terhadap abah dan ibunya semakin kuat melekat di ingatan. Sebak tiba-tiba hadir.
Kalaulah ibu dan abah masih ada, mungkin hidupnya tidak akan jadi seperti sekarang. Mungkin dia akan hidup gembira. Mungkin dia akan dapat menyambung pelajaran, berkawan dengan ramai orang, ke kuliah, belajar, merasai indahnya hidup sebagai seorang pelajar. Mungkin juga dia tidak akan menanam dendam di hati, merelakan semuanya pergi dan hidup gembira sepertimana yang selalu dia impikan.
“Nak pergi tempat lain tak?”
Suara Ben menyentakkan Syarizad. Pantas dia menarik nafas, membuang sisa-sisa sebak yang masih ada.
Hmm... ke mana?”
Ben bangkit berdiri. Tidak menjawab soalan Syarizad, sebaliknya hanya tersenyum.
“Jom.”



“CHICKEN cooked with lettuces.” Ben tersenyum memandang hidangan di atas meja. Mak ciknya itu memang arif kalau bab-bab makanan kegemarannya.
“Apa ni?” Dengan polosnya Syarizad bertanya.
My favourite,” jawab Ben. Mukanya ceria semacam.
Have a seat, Syari,” pelawa Diana sambil tersenyum ceria.
Ben memberi isyarat yang sama ke arah Syarizad. Gadis itu segera duduk di sebelahnya.
I missed this,” kata Ben. Kedua-dua tangannya digosok-gosok, bersedia untuk menjamu hidangan itu.
That's why I cooked it for you.” Diana senyum lagi. “Come on, Syari... Have a bite.”
Thanks,” ucap Syarizad. Segan. Namun apabila melihatkan senyuman mesra mak cik Ben, perlahan-lahan rasa segan itu beredar pergi.
“Oh, Ben... guess who I met last night?” tanya Diana sesudah duduk di depan Ben. Riak wajahnya jelas teruja.
Who?” Ben angkat dahi.
“Katherine!” jawab Diana.
Ohh, really?” Ben terkejut. Sesaat kemudian, wajahnya mekar dengan senyuman. Terbayang wajah cantik seorang gadis di ruangan mata. “How was she?”
She was good. I mean, she’s still beautiful. When was the last time you saw her?”
Hmm... about two or three years ago.”
Ahh... you definitely need to see her now.”
Syarizad mendiamkan diri sambil memasang telinga. Katherine? Siapa Katherine? Tengok daripada reaksi wajah kedua-duanya, Syarizad pasti Katherine itu sangat bermakna bagi kedua-duanya. Kawan Ben? Sepupu Ben? Atau... bekas kekasih Ben? Atau kalau tak pun... bakal isteri Ben? Tidak semena-mena tumbuh rasa tidak senang di sudut hati Syarizad.
I asked her to come over here,” beritahu Diana lagi.
You did?” Ben terkejut lagi.
Diana mengangguk-angguk.
Finish your meal. We’ll talk again later.” Kemudian dia bangun mengangkat pinggan masuk ke dapur.
Hmm... saya dah habis makan,” maklum Syarizad dengan nada teragak-agak.
Ben berpaling.
“Oh...”
Tidak sempat Ben bersuara lanjut apabila Syarizad sudah pun bangun menuju ke dapur. Ben menghabiskan suapan terakhir. Ketika dia bangun, Syarizad melintasinya untuk ke ruangan parlour. Gadis itu terus berdiri di tepi tingkap sambil merenung jauh ke langit tinggi.
“Biasanya kalau tak ada buat apa-apa, saya selalu habiskan masa dengan Aunt Diana kat sini. Borak-borak, cerita macam-macam benda.”
Suara Ben mengalih perhatian Syarizad. Lelaki itu masuk ke ruangan itu dengan senyuman di bibir.
“Diam aje awak ni. Kenapa, Syari?” Ben bertanya lembut. Dia berdiri tegak di sebelah Syarizad sambil ikut memandang ke luar tingkap.
“Tak ada apa.” Syarizad malas cerita lebih.
I may not know much about girls. But I do know when you have something on your mind.” Ben merenung redup ke wajah Syarizad.
Syarizad melepaskan nafas panjang.
“Siapa Katherine?” Bibir diketap kuat setelah nama itu meniti keluar dari bibirnya.
Ben tersenyum mendengar soalan itu. Oh, jadi itu sebabnya Syarizad diam sejak tadi? Kenapa ya? Cemburu? Rasa kelakar tiba-tiba.
“Saya tanya ni, jawablah. Janganlah senyum-senyum macam tu.” Syarizad tidak puas hati. Selebihnya dia berusaha membuang rasa malu.
Ben ketawa kecil.
“Okey, sorry.” Dia berdeham sekali sebelum kembali bersuara. “Katherine tu kawan saya. Maksud saya, mak dia kawan dengan Aunt Diana. Jadi saya pun baiklah jugak dengan Katherine tu. Dah lama tak jumpa dia. Jadi bila Aunt Diana cakap jumpa dia, tentulah saya rasa happy,” jelasnya satu per satu.
Syarizad terdiam. Keningnya diangkat tinggi sambil berpeluk tubuh. Mula berfikir semula sama ada relevan atau tidak untuk dia cemburu.
Kau cemburu, Jad? Waras ke tak?
“Nanti bila dia datang sini, saya kenalkan dengan awak.” Ben seakan berjanji.
Syarizad mengangguk kecil. Melihat senyuman Ben, rasa malunya jadi bertimpa-timpa. Entah apalah yang Ben fikir, dia sendiri tak berani nak bayangkan.
“Saya penatlah, nak rehat.” Syarizad berura-ura untuk meminta diri.
“Okey. Get enough rest sebab esok saya nak bawak awak jalan-jalan kat tempat yang best lagi,” ujar Ben.
Syarizad berpaling semula.
“Ke mana?”
You’ll see. Good night,” ucap Ben.
Syarizad mengangguk. Sempat tersenyum lalu berpaling untuk ke arah tangga.

No comments:

Post a Comment