“Saya
dah reda semuanya. Datuk tak payah risau. Tak ada apa-apa yang berlaku empat
tahun lepas. Saya tak kenal siapa anak Datuk. Saya tak kenal dia sebelum ini. Saya
perlu balik sekarang, Datuk”.
Itu
yang dikatakan Ana dua jam yang lalu.
“Janganlah
Ikhwan..cukuplah sekali awak rogol saya dulu. Saya tak pernah beritahu sesiapa.
Jangan seksa saya lagi. Awak dah nak kahwin dengan kakak saya”.
Dan
itu pula yang diperkatakan Ana di dalam skrin CCTV yang ditonton kembali.
Datuk
Umaira menggeleng. Tipu. Ana menipunya. Remote controller dihempas kasar.
Bagaimana mungkin tiada apa yang berlaku sedangkan apa yang dilihat itu bertentangan sekali
dengan apa yang didengar. Melihat cerita ‘duka’ di dalam CCTV itu menggambarkan
Ikhwan dan Ana memang pernah saling kenal. Raut Ana yang jelas terkejut menatap
kelibat Ikhwan di muka pintu membuktikan sesuatu yang buruk pernah berlaku
antara dia dan Ikhwan. Sesungguhnya
Datuk Umaira lebih mempercayai tontonan CCTV itu daripada apa yang keluar dari
bibir Ana.
Datuk
Umaira meraup muka dengan telapak tangan. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa
yang telah Ikhwan lakukan pada Ana yang berwajah agak cacat itu. Dia tahu dia
perlu melakukan sesuatu supaya nasib Ana terbela. Agar Ikhwan bertanggungjawab
terhadap apa yang pernah dilakukan
terhadap Ana tetapi sebelum itu dia mahu mengesahkan dulu apa benar Ikhwan pernah merogol Ana. Datuk Umaira
tahu dia boleh bertanyakan Ikhwan sendiri tapi buat masa ini dia tidak sanggup
menatap muka anaknya. Hatinya berasa sangat sakit dan terluka.
“Datuk”.
Datuk
Umairah merenung Zainah. Terasa mahu dijerkah orang gajinya itu tetapi dia
melembutkan hati. “Ehmm, ada apa Za?”.
“Saya
dah kunci bilik Tuan Ikhwan tapi sekarang ni kawan dia datang”.
Datuk
Umaira mengerutkan dahi. “Kawan? Siapa?”
“Katanya
Zikri, Datuk”.
Datuk
Umaira merenung Zainah lama.
ZIKR
terkebil-kebil dengan apa yang dilihatnya di skrin. Siapa perempuan ni? Dia
menoleh pula pada Datuk Umaira yang nampak tertekan.
“Saya
tak kenal siapa perempuan ni aunty, sumpah..”.
“Aunty
tahu Zikr tak kenal”.
“Jadi?”.
Ikhwan ni dah sah-sah gila nak rogol anak orang kat banglo sendiri. Kalau aku
bagitahu Khalish ni, memang kena ceramah free.
“Apa
yang Ikhwan buat kat London tu Zikr? Yang aunty tak tahu? Berterus terang
dengan aunty. Aunty nak tahu semuanya. Aunty rasa aunty dah tak kenal siapa
anak aunty sendiri”.
Zikr
serba salah. Masakan dia hendak beritahu semuanya sedangkan dia pun dua kali
lima saja biarpun tindakan Ikhwan yang mahu merogol wanita yang bernama Ana, yang
berparut hodoh itu jelas sangat memeranjatkannya. Setahunya taste Ikhwan sangat tinggi.
“I am talking to you Zikr..”. Keras suara
Datuk Umaira.
Zikr
telan liur. “Zikr minta maaf banyak-banyak auntie. Zikr rasa Ikh lebih berhak
untuk jawab soalan auntie. Itu hak peribadi dia’..
“Don’t try to be so kind towards a
rapist, Zikr. You will have a back luck in your life. I swear”.
Datuk Umaira memberi arahan. Dia tidak sukakan cara ini tapi terpaksa. Tajam
matanya merenung Zikr, sahabat baik anaknya itu.
Kali
ini Zikr pula yang terkedu. Datuk Umaira sedang megugutnya. Gerun pula hatinya.
Datuk Umaira sangat dikenali sebagai seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Dia
boleh dapatkan apa yang dimahunya. Dia tahu Datuk Umaira mahu dia
berterus-terang tentang sikap Ikhwan tetapi sungguh dia tidak sanggup. Kerana
mungkin kenyataan itu akan lebih menyakitkan.
“Saya
hanya boleh kata dia dah biasa bawa perempuan ke apartmen, aunty...yang lain
tolong tanya Ikh sendiri. Saya minta maaf, aunty. Saya minta diri dulu”. Zikr
sudah bangkit dari duduknya.
Datuk
Umaira turut spontan berdiri. Pernyataan Zikr membuatkan dia pasti akan
sesuatu.
“Zikr..”.
Panggilnya lagi. Zikr berpaling.
“Tolong
aunty”. Datuk Umaira mengambil sesuatu
dari dalam laci meja.
“AKU
dah tengok semuanya”. Mata Zikr merenung Ikhwan yang sedang menutup muka dengan
bantal lagak anak kecil. Buat-buat tidur la tu.
Ikhwan
angkat muka. “So, kau datang ni nak
tolong bawa aku lari sebab aku kena kunci dengan ma aku?”. Sindir Ikhwan.
“I am not”. Bengang pula dia
tengok muka selamba Ikhwan. “Bagus la kau kena kurung. Perintah tahanan dari
Datuk Umaira”. Zikr sudah tarik kerusi dan duduk di hadapan Ikhwan yang sudah
menyandar di kepala katil.
“Blah
la kau Zikr. Aku nak tidur”.
“Ikh...
tolonglah jangan buat muka orang tak bersalah okay. Kau nak rogol budak
perempuan tu, kau sedar tak ni, hah? Honestly..
I am so shocked”.
“No comment”. Muka
Ikhwan langsung tidak bersalah.
Zikr
mengetap bibir. Sakit hatinya dengan perangai Ikhwan yang main-main. “Ikh...jangan
nak buat muka macam tu la dan tak payah nak cakap no comment.. no comment macam artis bagai. Tak sesuai tahu tak?”. Volume
suara Zikr naik dari biasa.
Ikhwan
mengeluh. “Apa yang kau nak tahu, Zikr?”.
“Tak
cukup ke dengan perempuan yang kau bawa ke apartment kau tu...sampai that girl pun kau nak rasa?? Dah la dia
nak jadi adik ipar kau. Sungguh tak patut.”.
“Fine.. Aku
minta maaf”.
“Not to me Ikh...to that innocent
girl. Dan tolong jangan cakap dengan aku yang kau dah
kemaruk sekarang ni. Cukuplah dengan
perempuan keliling pinggang sebelum ni. She
is Narisha’s sister. Lepas kakak.. kau nak cuba adik pula ke..?”.
“Aku
tak pernah sentuh perempuan-perempuan yang aku bawak masuk bilik selama ni. Not even Risha”. Ikhwan akhirnya
mengambil keputusan untuk berterus-terang. Dia percaya Zikr tidak akan
membongkarkan rahsianya.
Kali
ini muka Zikr jelas berubah riak. Zikr tidak berkelip memandang Ikhwan. Biar
betul? Ketawa kuat pecah di ruang bilik itu.
“Kau
jangan nak buat lawak dengan aku Ikh. Takkan dengan Risha pun kau tak pernah..??
No, no, aku tak percaya..”. Zikr
menggeleng kepala.
“Do I look like I am joking? Terpulang
pada kau Zikr nak percaya atau tak. Kau boleh tanya Risha kalau tak percaya sangat. That’s the truth. Aku tak pernah rosakkan siapa-siapa sebelum ni,
okey”.
“Please...jangan
kata kau gay? What about Ana...?”. Zikr
sudah serius. Dia tahu Ikhwan berkata jujur kali ini.
“Aku
pun tak tahu”. Ikhwan garu kepala. Sangat susah untuk dia terangkan.
“Apa
punya jawapan bodoh macam tu? Tak tahu apanya? Dah yang dia cakap kau rogol dia
dulu. Betul ke?”. Zikr tidak sabar untuk mengetahui kebenaran.
“Ingat
tak aku balik semester break dengan Risha four years ago?”.
Zikr
diam seketika sebelum mengangguk. “Yes”.
“Aku
pergi rumah Risha lepas sehari balik. Itu kali pertama aku tengok dia. Dia
sangat cantik”. Ujar Ikhwan dengan wajah kagum. Matanya terbayang lenggok Ana
ketika menangis tadi.
Zikr
garu pelipis. Kawan merangkap adik aku ni betul tak?
“Kau
ada masalah mata ke Ikh..? Dengan muka macam tu, kau kata dia cantik?”.
“Aku
tahu dan aku maksudkan tubuh dia. She is
outstanding. Aku betul-betul terpaku waktu tu and yesss I..I.. Aku buat benda
tak senonoh pada dia. Lebih kurang seminggu sebelum aku balik UK.
Tadi pun..err..aku.yup. you know what I
mean. Dia terlalu menggoda pada mata kau. Aku pun tak faham kenapa. Aku
memang tak boleh nak jelaskan kat kau macam mana aku boleh tertarik dengan dia
sebab aku sendiri pun tak faham dengan diri aku. But for sure, it is not about love but all about sex”.”.
“Hah?”. Zikr terperanjat juga walaupun dia sudah
menjangkakan jawapan itu ketika Ikhwan menceritakan kekagumannya terhadap Ana.
Dan
di biliknya waktu itu, Datuk Umaira menekan buatang off pada pita rakaman suara. Air mata menitis perlahan. Pengakuan Ikhwan
melukakan hatinya. Jadi sungguh, Ana gadis yang teraniaya. Datuk Umaira sudah
membulatkan tekad. Semuanya belum terlambat.
“Za...tolong
ikut saya pinangkan seseorang untuk Ikhwan”. Ujarnya selepas butang interkom
ditekan.
gila ikhwan!!!
ReplyDelete