DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Monday 29 February 2016

MY SOULMATE - BAB 5




            “Syam, kau mesti beri dia peluang untuk tunjukkan kebolehan dia.  Takkan hanya kerana isu bahasa Jepun tu, dia terus kena reject , sedangkan antara semua calon yang hadir temuduga, Ayunilah yang paling layak….kau tau tak yang dia tu pemegang first class honour ok??” Taufik bersungguh-sungguh mempertahankan Ayuni.
            “Memang aku tak nafikan, dia calon yang paling layak….aku tau antara semua candidate yang datang interview tadi, dialah yang paling menyerlah…. tapi aku tak boleh terima orang yang menipu untuk bekerja di syarikat ini.  Kau pun tahu polisi dan prinsip syarikat kita kan?” balas Hisyam Datuk Bakri, CEO Menara Holding tegas.
           “Syam…err.. aku nak beritahu kau sesuatu” Taufik teragak-agak. 
Taufik diam sebentar.  Adakah patut dia beritahu Hisyam yang dialah penyebab Ayuni dipandang seperti seorang penipu?  Hisyam segera berpaling ke arah Taufik. 
           “Apa dia?” balas Hisyam pendek. 
           “Sebenarnya aku yang suruh Ayuni tuliskan dalam resumenya yang dia fasih berbahasa Jepun” beritahu Taufik secara perlahan.
           What?? Kau dah gila ke Taufik?  Kenapa kau buat macam tu?  Kenapa kau nak sangat dia bekerja di sini?  Dia girlfriend kau ke?” soal Hisyam bertubi-tubi.  Marah benar dia apabila mendengar pengakuan dari pembantu yang juga merangkap kawan baiknya itu.
Dia seolah-olah tidak percaya akan apa yang didengarnya itu.  Apatah lagi, kata-kata itu keluar dari mulut Taufik.  Taufik yang selama ini dianggap sebagai pembantunya yang paling cekap dan professional, kalau tidak masakan dia sanggup menawarkan jawatan itu kepada Taufik.  Bukan kerana Taufik adalah rakan baiknya semasa belajar di Amerika dulu, tetapi dia memang mengakui kehebatanTaufik ketika bekerja.  
             Sorry Syam…aku tahu aku tak sepatutnya buat macam tu..tapi…” kata-kata Taufik terhenti di situ.  Dia berfikir sejenak.
             “Tapi apa?  Apa alasan kau suruh dia buat macam tu?  Sepatutnya kau kena bersikap professional.  Kau pun tahu kan yang jawatan tu bukan calang-calang dan syarikat mesti menggajikan orang yang betul-betul layak?” soal Hisyam pantas yang masih tidak berpuas hati terhadap perlakuan Taufik.
            “Kau mesti tak percaya bila aku beritahu kau perkara ni…”sambung Taufik. 
            Dia menghela nafas panjang seolah-olah sedang mencari kekuatan untuk memberitahu perkara sebenar kepada rakan baik yang juga merangkap bosnya itu.
              I’m in love with her….i’m really…really in love with her” terasa amat payah untuk Taufik melafazkannya. 
Mulut Hisyam terlopong dan seketika kemudiannya dia ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Taufik.  Dia sememangnya tidak percaya kepada kata-kata yang keluar dari mulut Taufik itu.  Dia kenal benar dengan perangai dan taste Taufik.  Apa yang pasti, Ayuni bukanlah citarasa Taufik selepas rumahtangganya gagal bersama Farah. Dalam pemerhatian singkatnya semasa sesi temuduga tempoh hari, penampilan Ayuni langsung tidak standing Farah.  Perbezaannya bagaikan langit dan bumi.  Farah seorang yang sophisticated, vogue dan yang paling buat Taufik separuh gila dahulu ialah keseksian Farah. 
Hisyam amat mengenali bekas isteri teman baiknya itu kerana mereka bertiga adalah rakan baik semasa belajar di Amerika dahulu.  Hisyam juga secara diam meminati Farah tapi apakan daya, Farah lebih tertarik dengan Taufik yang berbadan lebih sasa dan berwajah kacak itu.  Memang dia sedikit kecewa, tetapi memandangkan Taufik juga dilihatnya sangat mencintai Farah, dia sanggup mengalah. 
Walaupun, rumahtangga Taufik dan Farah hanya bertahan beberapa bulan, tapi dia tahu bahawa bukan mudah untuk Taufik mencari pengganti Farah.  Apatah lagi, jika pengganti Farah adalah gadis seperti Ayuni.  Ayuni, pada pandangan mata kasarnya memang cantik.  Dia memang tidak menafikan bahawa penampilan dan perawakan Ayuni memenuhi kriteria sebagai seorang muslimah, tetapi berada di dalam dunia korporat, menyebabkan dia lebih terdedah kepada sosial pergaulan yang kadang kala diakuinya melampaui batasan.  Disebabkan dia sudah terbiasa dengan pergaulan seperti itu, menyebabkan dia memandang Ayuni sebagai seorang gadis kampung yang ketinggalan zaman dari segi berfesyen.
“Kenapa kau ketawa Syam? Kau tak percaya ke pada apa yang aku cakap tadi?” soal Taufik yang agak pelik bila melihat Hisyam mentertawakannya.
 Come on Taufik.  Don’t tell me that you are in love with her…nonsense…I know your taste bro!” jawab Hisyam apabila ketawanya reda.
 “Aku sendiri tak percaya dengan perasaan aku Syam.  Selepas aku terpandang wajah dia, aku langsung tak boleh lupakan dia.  I know it sounds ridicolous but  this is happening to me right now”, sambung Taufik. 
 “Taufik, listen here.  Aku tak nak kau libatkan soal peribadi dalam kerja.  Kau pun tahu syarikat kita bukan syarikat sebarangan dan kau sendiri selaku assistant aku sendiri tak boleh bersikap begini.  Kau mesti professional.  Ok, aku tak mempersoalkan kau sukakan dia.  Itu hak kau tapi aku tak akan sewenang-wenangnya mengambil dia hanya kerana nak memuaskan hati dan perasaan kau.  Kalau dia benar-benar layak, syarikat tetap akan mengambil dia walaupun bukan disebabkan kau suka dia.  I hope you clear about this” tegas Hisyam.
Taufik agak terkaku mendengar kata-kata Hisyam yang cukup tegas walaupun ketegasan Hisyam bukan sesuatu yang asing baginya terutama apabila melibatkan soal syarikat tetapi entah kenapa apabila Hisyam terlalu bertegas mengenai perasaannya, tiba-tiba sahaja dia rasa cukup tercabar sehingga memaksa dia membuat suatu keputusan yang dia sendiri tidak menjangkakan dia akan mengambil keputusan itu.
Taufik menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan sambil memejamkan matanya.
 Take her in or else I quit” jawab Taufik pendek sebagai respon kepada kata-kata Hisyam itu tadi kerana padanya jika Ayuni tidak diterima bekerja di Menara Holding, dia merasakan peluang dia untuk mendekati Ayuni akan berkubur.  Dia tidak tahu bagaimana untuk mendekati Ayuni jika Ayuni tidak berada di syarikat itu apatah lagi dengan perangai liatnya itu. 
Hisyam tergamam mendengar jawapan Taufik.  Buntang matanya memerhatikan wajah Taufik yang cukup serius kerana pada awalnya, dia memikirkan kemungkinan Taufik yang sekadar bergurau., tetapi melihat pada wajang tegang Taufik, Hisyam tahu rakannya itu tidak main-main.  Nampaknya Taufik memang benar-benar menggilai gadis itu, kalau tidak masakan dia sanggup untuk mempertaruhkan jawatannya itu. 
Jauh di sudut hatinya, Hisyam agak terkilan dengan tindakan Taufik yang sanggup memperjudikan masa depannya dengan Menara Holding hanya kerana seorang gadis kampung.  Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia merasakan Taufik sudah hilang deria rasa!
“Apa istimewanya perempuan tu?  Don’t worry Taufik.  I’ll make sure, after you know her better, I swear that you will feel its not worth it at all to sacrifice your future with Menara Holding….”, bisik Hisyam dengan penuh azam dan entah kenapa perasaan bencinya kepada Ayuni semakin meluap-luap.












No comments:

Post a Comment