Bau haruman yang dipakai oleh Zafril membuatkan Alissa
tidak senang duduk. Kenapa lelaki ni nak duduk dekat sangat dengan dia ni!
“Encik Zafril boleh tak kalau..”
Zafril angkat kepala. “Yes.”
Alissa telan air liur. Dekatnya hidung Zafril dengan
dia. Nak gigit pun boleh ni.
Hoi
Alissa, apa kau merepek ni? Kau tak ingat ke Zafril cakap dia balik sebab nak
balas dendam pada kau?
“Ah,
takde apa-apa. Saja nak ambil udara sekejap.” Kerusi kulit ditolak ke belakang
sedikit.
“Sure!” Zafril turut melangkang sedikit
ke belakang. Menjauhkan dirinya dari Alissa sambil tersenyum sedikit. Mesti
Alissa rasa tidak selesa dengan cara dia sekarang ini. Sengaja dia membiarkan
Alissa keliru sendiri.
Alissa
keluar dari bilik mesyuarat. Lega!
Tadi
dia rasa seperti tidak bernafas duduk begitu hampir dengan Zafril. Kalaulah Pak
Omar tahu dia duduk dengan lelaki rapat-rapat macam ni habislah dia kena
ceramah percuma tiga hari tiga malam di rumah abahnya nanti.
Lima
belas minit Alissa habiskan masanya duduk sambil minum kopi di pantry dengan ditemani oleh Adelia. Pekerja
baru di syarikat ini.
“Cik
Lisa dah lama kerja di sini?”
“Takde
lama sangat pun.. Baru dua tahun lebih aje.”
“Oh,
Nampak macam Cik Lisa rapat dengan Encik Zafril..”
Mug
berwarna putih diletakkan di atas meja kaca berwarna jernih itu. “Nampak macam
rapat yang macam mana?”
“Macam
dah lama kenal.. Macam pekerja yang rapat dengan bos.” Sengihan Adelia
menampakkan barisan giginya yang putih bersih.
“Takdelah.
Saya dengan Encik Zafril tu baru aje jumpa. Dia pun baru masuk kerja tiga
minggu lepas.. Kiranya awal seminggu daripada awak.”
“Kacak
kan bos kita tu!”
Alissa
rasa mahu ketawa kecil namun ditahan. Dia tahu gadis yang masih muda seperti
Adelia pasti mahukan lelaki seperti Zafril. Ya, dia akui ketika dia muda remaja
dahulu pun dia dambakan lelaki kacak dan kaya seperti Zafril. Kononnya mampu
menjamin kehidupan dia tapi dia silap.
Perhubungan
tanpa rasa cinta tak mungkin bahagia.
Mungkin
lebih dikenali sebagai bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
“Adelia,
baik awak tumpukan perhatian awak pada kerjaya yang baru nak mula ni daripada
awak sibuk nak bercinta. Saya sebagai kakak hanya boleh nasihatkan awak aje..”
“Tapi
dia kacak sangat! Hati saya macam nak melompat keluar bila dia sebut nama saya
yang kita ni satu kumpulan nanti..”
“Dah
ada kekasih.. Awak takde peluanglah nampaknya.”
“Iye
ke?” Ah, Alissa dah agak yang Adelia akan kecewa. Tak payah nak kecewa sangat
dik sebab Zafril takkan pandang kita yang dekat bawah ni.
“Kecewa
ye?”
Adelia
tergelak kecil sambil berseloroh. “Rasa macam satu organ dalam badan berkecai.
Hati saya remuk sekarang ni Cik Lisa.”
“Baik
remuk sekarang daripada remuk nanti.. Manalah tahu kot-kot bos tu ada taburkan apa-apa
janji pada awak lepas tu dia tinggalkan awak.. Lagi merana, kan?” Alissa senyum
sedikit.
Ada
benarnya juga kata-kata Alissa. Baik kecewa sekarang daripada kecewa nanti.
“Betul
tu Cik Lisa.. Saya sokong kata-kata Cik Lisa. Mungkin bos bukan jodoh saya..
Saya pasti ada yang lebih baik untuk saya nanti!”
Amboi,
bunyi macam kecewa benar aje Adelia ni.
“Frust menonggeng ke ni?”
Adelia
tergelak kecil. “Main-main ajelah.. Tapi bos Nampak padan sangat dengan Cik
Lisa. Kalau bos dengan Cik Lisa saya memang tiada bantahan langsung!”
“Merepeklah
awak ni. Dah, jom kita masuk dalam.. Entah apa yang dorang bincangkan tanpa
kita..”
“Amboi,
lamanya you ambil udara. Habis sedut
semua udara dekat luar sana ke?” Ei, tak habis-habis nak peril dia Zafril ni!
Roslan
pula bukan main seronok gelakkan dia. Suka ye bila Zafril kenakan dia.
“Roslan,
macam mana dengan permainan kayak nanti?”
“On
boss! Saya dah semak kayak-kayak yang available
pada hari itu ada dua puluh semuanya. Kita hanya nak gunakan lapan belas kayak
sahaja.. Jadi memang cukup untuk kita semua. Don’t worry boss!”
Alissa
tidak berkelip memandang Zafril. Sukan kayak? Kata tiada aktiviti air! Ini yang
dia tidak gemar ni. Dia bukannya pandai berenang buatnya kalau kayak dia
terbalik nanti macam mana?
“Kenapa
pandang I macam tu, Lisa?”
Terkejut
namanya dipanggil, Alissa terpingga-pingga. “Ah, takde apa-apa. Saya okay.”
“Ada
apa-apa you nak cakap ke?”
“Ahh..”
Serba salah. Dia tidak mahu dikatakan sebagai punca kepada masalah pula nanti.
Dia memang tak suka dengan sukan kayak!”
“Kalau
ada apa-apa masalah spit it out.
Jangan nanti bila dah sampai masanya ada pula yang membantah tak setuju itu dan
ini.” Lembut suara Zafril. Ayat itu ditujukan kepada semua pekerja yang akan
mengikuti Hari Keluarga nanti.
Nafas
ditarik perlahan. “Hari tu bukan ke kita dan bincang yang family day kita ni takde sukan air? Kenapa ada kayak pula..?”
Berjaya juga dia tanya soalan ini kepada Zafril.
“Hari
tu kan cakap kalau kayak takde kita batalkan aje tapi memandangkan Roslan dan team permainan yang kita wujudkan ni dah
bertungkus-lumus mendapatkan kayak, jadi why
not kita on aje dengan permainan ni. Tak salah kan?”
“Memang
tak salah tapi hari tu cakap takde..” Suara sedikit meninggi.
“Bila
masa pula I cakap takde? I kata kalau takde kayak secara automatik takde
pertandingan kayak pada hari tu nanti.. Faham?”
“Saya
tak nak faham. Saya tak nak terlibat dengan permainan ni!” Alissa mula geram.
Tadi kata kalau ada apa-apa masalah luahkan. Konon jangan timbulkan masalah
akan dating. Sekarang bila dia cakap dia pula yang kena hentam. Memanglah
Zafril tak tinggikan suara tapi dia tahu Zafril geram dengan dia yang suka
membantah.
“Cik
Lisa, saya rasa bos dah berikan penerangan yang jelas pada hari kita
bermesyuarat minggu lepas jadi tiada apa-apa yang pelik berlaku di sini. Cik
Lisa ada apa-apa masalah ke dengan kayak?” Eiii, Roslan ni tutup mulut boleh
tak? Rasa nak sumbat aje pen di tangan dia ke dalam mulut Roslan!
“Encik
Roslan, ini hal antara saya dengan bos bukan dengan Encik Roslan..”
“Lisa,
I yang lantik Roslan sebagai ketua untuk setiap permainan yang akan dijalankan
semasa hari keluarga syarikat kita jadi I rasa dia ada hak untuk bersuara. Come on, hargai usaha orang lain. You bukannya buat apa-apa… Bawa diri
aje.”
Bawa
diri aje? Kalau ikutkan hati dia diri pun dia tak mahu bawa ke sana.
“Fine.”
Malas
mahu bertekak. Dia tahu bukan dia akan menang pun kalau mereka bertekak sampai
naik urat leher sekali pun! Dia takkan dapat apa-apa.
Sudahnya
dia kena terima semua keputusan yang dibuat sebulat suara. Bos kacak! Cakap apa
pun semua orang akan ikut. Kalau dia cakap takde siapa nak dengar.
“Baiklah,
sekarang ada sesiapa nak membantah tentang pembahagian kumpulan?”
“Saya!”
Alissa mengangkat tangan ke sisi bahunya.
“Ada
apa lagi Lisa?” Malas mahu melayan Alissa. Kerjanya asyik nak membantah apa
sahaja yang dia buat.
“Saya
tak mahu kumpan dengan Encik Zafril.”
Roslan
terlopong. Begitu juga dengan Suhana, Suhaila, Adelia, Mukhriz, Mimie, Izul dan
semua yang ada dalam bilik mesyuarat. Nasib baik Datuk Ibrahim dan beberapa
ahli lembaga pengarah lain tidak turut serta dalam hari keluarga yang dirancang
oleh Zafril ini. Kalau tidak mungkin gigi palsu mereka akan jatuh di atas meja
mendengar kata-kata Alissa yang tidak mahu sama kumpulan dengan Zafril.
“Wh…at?!!”
Kuat
gila Roslan menempik. Hei, kau tak puas hati apa dengan aku Roslan?
Ikutkan
hati mahu saja dia menyoal seperti itu kepada Roslan. Nak tempik buat apa
bukannya dia tidak dengar!
“Saya
rasa semua di dalam bilik ini dengar apa yang saya cakap tadi.. So, siapa nak
gantikan tempat saya? Kita tukar kumpulan.”
Belum
sempat satu dua tiga, semua pekerja perempuan dari kumpulan lain sudah
mengangkat tangan. Laju!
“Dah..
dah. Turunkan tangan. Saya ketua di sini. Saya berhak buat keputusan siapa yang
saya nak pilih untuk bersama dengan saya dalam kumpulan saya..” Semua manusia
yang berada di dalam bilik itu senyap. Bernafas pun perlahan dan berhati-hati.
Tidak mahu terlepas dengar nama yang disebut oleh Zafril. “Sorry, saya masih mahukan Alissa dalam kumpulan saya. Muktamad.”
Heh.
Kecewa.
Alissa
kecewa dan yang lain juga kecewa. Ingatkan boleh tukar kumpulan.
“Helmi,
Alissa, Adelia dan saya masih satu kumpulan. Jadi kita ada sembilan kumpulan
semuanya. Setiap kumpulan ada empat orang ahli.” Ujar Zafril tegas.
Alissa
jeling maut kepada Zafril.
Sengaja!
Zafril
memang sengaja nak kenakan dia.
“Alissa,
see me in my office now. Yang lain
boleh bersurai. Kita akan berjumpa lagi pada minggu hadapan di Port Dickson. We are gonna having fun there!”
Depan
Zafril dia mengeluh kuat. Menyampah!
“Apa
masalah you ni Lisa?”
“Takde
masalah.” Buku catatan yang sering dibawa ke hulu ke hilir di pandang. Tak mahu
tengok muka Zafril.
“Takde
masalah.. Habis tu kenapa memalukan diri sendiri sewaktu meeting tadi? Sengaja nak cari publisiti murahan?”
Pen
diletakkan di atas buku catatan berwarna hitam itu. “Encik Zafril, saya rasa
rasa ni dikenali juga dalam kalangan pereka fesyen jadi tak perlu kot saya nak
cari publisiti murahan yang Encik Zafril maksudkan tu..”
“Habis
tu kenapa tak nak kumpulan dengan I?”
“Saja..
Muak tengok muka Encik Zafril.” Dia bukan tak cuba untuk mengawal hati dia..
Puas dia cuba kawal. Makin dia dekat dengan Zafril makin sesak nafas dia. Makin
sesak hati dia. Husna tak henti-henti membebel tentang hubungan dia dengan
Zafril.
Dia
tahu Husna bimbangkan dia. Dia tahu Husna risau kalau dia tinggalkan Syahmi.
Ah, itu lagi satu hal buat dia sesak nafas!
“You
muak tengok muka I?”
“Ha’ah.”
Laju Alissa menjawab pertanyaan Zafril.
Mulut
Zafril ternganga.
Amboi!
Nak kena betul Alissa ni. Mulut bukan main lancar lagi ye sekarang ni. “Lisa, I
ni bos you. You ni memang jenis yang menentang bos ke?”
“Tak
kalau bos saya bukan Encik Zafril.”
Selamba!
“Apa
masalah you ni?”
“Takde
masalah apa-apa. Saya hanya tak suka berkayak dan tak suka sama kumpulan dengan
Encik Zafril.”
“Well, so sorry because I am your boss. So, I
have the right to make any decisions. Kesian you, kan?” Sengaja mahu menambah sakit di hati Alissa. Hari pertama
jumpa Alissa bukan main menikus. Ingatkan Alissa masih lagi Alissa yang sama
seperti dulu.. Rupanya dia tahu Alissa ialah Alissa yang baru selepas bertemu
dengan wanita itu kali kedua.
Dan
sekarang, makin kuat Alissa menentang dia.
“You tahu kan walau macam mana pun you menentang I, you tetap akan kalah sebab I tahu apa kelemahan you.”
Alissa
mengambil kasar buku catatan di atas meja Zafril. Dia tahu apa yang Zafril nak
cakap. Dia tahu Zafril nak ugut dia lagi! “Don’t
you dare to see my brother again!”
Zafril
melepaskan tawanya sedikit kuat. “Orang tak sabar ni cepat kalah.. Jangan
hilang sabar, Lisa..”
Alissa
berlalu keluar dengan hati yang bengkak.
Ya
Allah, berikanlah aku sedikit kesabaran untuk berdepan dengan lelaki seperti
ini!
No comments:
Post a Comment