DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 26 May 2016

Encik Suami Mat Saleh Celup - Bab 1






WAJAH along yang sudah merah padam menahan
marah, aku pandang sekilas kemudian anak mata aku beralih
pula kepada angah yang sedang menenangkan mama yang
masih menangis tersedu-sedu. Tidak lama kemudian, anak
mata beralih arah kepada epal merah yang kupegang dari tadi
lantas aku menggigit sedikit epal tersebut. Tawar!
“Papa, papa tengoklah anak bongsu papa ni. Dia buat
kita semua kelam-kabut dan sekarang ni dia selamba aje makan
epal itu!” Suara kasar along kedengaran kuat.
“Along, kenapa tengking-tengking adik macam tu?”
Tegas suara papa kedengaran. Aku masih mengunyah buah epal
dengan tenang.
“Iman dah cuba slow talk dengan Naim tak?” soal
angah, lembut. Berbeza dengan along, angah lebih lembut
dan tenang perwatakannya. Pantas aku mengangguk sambil
mengunyah epal.
“Kita tengah serius discuss pasal dia, dia sibuk
mengunyah buah epal tu pula,” sindir along.
“Irfan!” Kali ini suara papa bertambah keras. Along
terus terdiam.
“Iman, Iman cubalah pujuk Naim tu. Kenduri kahwin
korang dah tak lama. Tak sampai sebulan pun. Preparation
semua dah nak siap,” lirih suara mama berkata-kata.
Aku mengeluh lagi. Rumah keluargaku ini nyarisnyaris
terbalik sebaik sahaja menerima kunjungan ibu Naim
petang semalam yang membawa hajat untuk membatalkan
ikatan pertunangan antara aku dan Naim. Terus ingatanku
mengimbau apa yang terjadi malam semalam. Masih terngiangngiang
setiap patah perkataan yang dituturkan oleh Naim.
“Patutlah saya dah lama perasan yang awak tak serius
langsung pasal preparation wedding kita. Rupa-rupanya
awak memang nak batalkan terus,” tuturku bersahaja, cuba
mengawal perasaan marah yang meluap-luap.
“Kan saya dah kata yang kita tak serasi? Berapa kali
saya nak mention yang saya nak kahwin dengan Dora?!” Keras
suara Naim bersuara.
“Sepatutnya awak discuss dengan saya elok-elok, Naim.
Dulu kita bertunang dengan cara elok, kan? Saya tak tahu apaapa,
suddenly ibu awak datang rumah dan beritahu awak nak
mintak putus tunang,” tambahku tegas.
“Kau ni tak faham-faham bahasa ke apa? Kan aku dah
cakap, aku tak serasi dengan kau. Aku tak ada apa-apa perasaan
lagi kat kau. Itu pun susah nak faham ke?!’’ jerkah Naim. Aku
tersentak kerana diherdik sedemikian rupa. Sedaya upaya aku
cuba menahan air mata daripada mengalir jatuh.
“Tapi dulu awak janji macam-macam dengan saya.
Awak janji yang awak takkan berubah hati walaupun nama awak
akan melonjak naik!” balasku. Sehingga sekarang aku masih
ingat janji Naim sebelum dia memulakan penglibatannya dalam
bidang modeling.
“Isy, minah ni! Kau ni memang lembab, eh? Itu dulu,
ini sekarang. Kau jangan jadi lurus bendul sangat, boleh tak?
Eh, aku dah glamor sekarang. Nama aku sedang naik. Cuma
Dora aje yang faham dan serasi dengan aku. Cuma dia aje yang
sesuai bergandingan dengan aku.’’
Wajah bongkak Naim kupandang lama. Aku cuba
mengumpul semangat yang hilang dari tadi. Aku pejam celikkan
kedua-dua mata untuk menahan air mata daripada gugur.
“Fine, buatlah ikut suka awak. Pergilah dengan
Doraemon awak tu. Cincin dan semua benda, saya akan
pulangkan dekat ibu awak. Tapi sebelum saya pergi…”
Aku berhenti bercakap dan menarik nafas. Naim
memandangku pelik. Tidak semena-mena Naim jatuh terduduk
dengan tumbukan padu yang singgah di perutnya.
“Jangan menghina orang sesuka hati awak. Kita ni
manusia biasa. Bila-bila masa Allah boleh tarik segala kemewahan
dan kelebihan yang kita miliki hari ini. Assalamualaikum.” Aku
terus berlalu dengan air mata yang berlumba-lumba turun
membasahi pipi. Akhirnya, cinta zaman sekolah tidak bertahan
juga.
“Iman...” Suara lembut mama mengembalikan aku ke
alam realiti.
Wajah basah mama kupandang dengan perasaan yang
berbaur. Aku sudah penat menangis dan mengadu nasib kepada
Allah Yang Maha Kuasa. Dia yang lebih mengetahui.
“Mama anggap Iman tiada jodoh dengan Naim. Pasti
ada lelaki yang lebih baik untuk Iman. Insya-Allah,” tutur
mama sambil memeluk aku erat.
“Tapi, tarikh wedding Iman dah dekat ni. Kad semua
kita dah edarkan. Katering dah dibayar deposit. Banyak benda
dah settle. Macam mana ni?” Soalku. Aku boleh membayangkan
betapa mama dan papa menanggung malu jika perkahwinanku
ini dibatalkan. Pasti akan keluar pelbagai cerita yang pastinya
menggores perasaan ramai orang.
Suasana sunyi seketika. Papa kelihatan termenung
jauh. Begitu juga kedua-dua abangku. Aku melepaskan satu
keluhan yang berat.
FAIL-FAIL berwarna hitam yang tersusun kemas itu kupandang
tanpa minat. Niatku untuk meneliti aliran wang tunai bulan
lepas kubiarkan. Aku mengeluh lagi. Sesekali aku membuang
pandang ke arah Maya and the gang yang sedang ceria
menyusun stok bunga telur di satu sudut.
“Iman!”
Sergahan yang kuat itu membuatkan aku tersentak.
Tuan punya suara itu sudah tersengih mengalahkan kerang
busuk!
“Kau ni tak reti-reti nak bagi salam ke? Kerjanya
menyergah orang aje,” bebelku geram tetapi Firas hanya ketawa
kemudian terus menarik kerusi untuk duduk di hadapanku.
“Sorrylah. Kau tahu, dari luar butik pengantin kau ni
aku dah boleh feel the sense of darkness. Seram!”
“Banyaklah kau punya sense of darkness!”
“Ala, aku gurau ajelah. Itu pun nak tersentap,” usik
Firas. Firas Akmal merupakan teman satu universiti merangkap
kawan baik ketika aku menuntut di Cardiff University dahulu.
Kawan aku yang sorang ini masih tidak berubah. Suka menyakat,
merapu dan merepek. Tiba-tiba ingatan aku melayang kepada
dua lagi sahabat baik kami di Cardiff dulu; Auni dan Hafiy. Sudah
lama juga kami berempat tidak berjumpa. Aku masih ingat lagi
gelaran The Quartet yang diberi oleh Profesor Collins dahulu
kerana kami berempat selalu sahaja ke mana-mana bersama.
“Iman, kau okey tak ni?” soal Firas. Kali ini riak
wajahnya bertukar serius.
“Aku okeylah. Takkan aku nak meraung pulak, kan?”
jawabku tenang.
“Naim tu memang bimbolah! Kalau aku ada kat situ
time kau jumpa mamat tu, dah lebam bijik mata model yang
kononnya terhangat di pasaran tu!’’
“Kau ni tak berubah dari dulu. Ikut suka kau aje nak
panggil orang bimbo,” komenku berserta tawa kecil.
“Bimbolah sebab dia buat kau macam ni. Kawan aku ni
bukan main comel lagi, dia nak jugak dekat Dorayaki tu.”
“Eh, kau ni! Sekarang ni siapa yang putus tunang? Aku
ke kau? Kau pulak yang over terlebih,” usikku.
“Kau jangan cakap macam tu. Aku sayang Nadia tu tau.
Patutnya lepas wedding kau, wedding kitorang pulak. Kau dah
janji nak sponsor bunga telur, kan?” balas Firas.
“Bila masa pulak aku janji nak sponsor bunga telur
wedding kau?”
“Kau ni, kan! Suka menabur janji palsu. Jangan nak
buat-buat nyanyuk pulak. Hari tu kau dah janji nak sponsor
bunga telur,” bebel Faris.
“Kalau bab benda free, memang memori kau kuat
memanjang. Kau kahwin aku kena sponsor bunga telur. Nanti
bila Auni or Hafiy punya turn pulak, mesti diorang tuntut kat
aku jugak.”
“Kami kan kawan kau.”
“Yalah, kawan yang bikin business kawan bankrap!”
Firas hanya ketawa senang.
“Weh, kau nak aku sponsor 50 peratus wedding kau
tak?” soalku tiba-tiba membuatkan kedua-dua belah kening
Firas bertaut.
“Kau jangan main-mainlah, Iman Amani. Hari ni
bukan April Fool,” jawab Firas.
“Aku kalau nak prank kau, tak payah tunggu April
Fool. Lambat sangat.”
Firas masih memandangku dengan wajah yang
penuh dengan tanda tanya. Aku hanya tersenyum sambil
membayangkan reaksi Firas apabila idea di dalam kepalaku ini
akan kusuarakan kepada lelaki yang mempunyai muka macam
orang Cina.
“Kau jangan buat evil smile kau tu. Aku rasa seram
sejuk, tau tak?” tutur Firas. Aku hanya ketawa kecil memandang
telatah Firas yang sudah tidak senang duduk.

No comments:

Post a Comment