DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday 24 May 2016

Kerana Aku Untukmu - Bab 15

Sekali lagi pandangan Erika terhala kepada Darriz
Imdad yang duduk di hadapannya. Sejak tadi dia lihat lelaki itu
lebih banyak mendiamkan diri ketika mereka menikmati makan
tengah hari bersama. Sepatah ditanya, sepatah juga dijawab.
Dalam hati dia dapat mengagak yang Darriz Imdad mungkin
tertekan dengan tugas-tugas di pejabat.
“Are you okay Darriz?” Tegurnya dengan nada lembut
penuh prihatin. Anak mata lelaki itu yang sejak tadi statik ke
luar jendela restoran, kini bergerak kepadanya.
“Yeah, I’m fine. Sorry, you ada cakap apa-apa dengan
I ke?”
Erika tersenyum nipis. Menyembunyikan perasaan
sebal di hati dengan sikap bolayan Darriz Imdad terhadapnya.
Sudahlah dia gigih menggayakan pakaian baru serba mewah di
tubuh, tapi Darriz Imdad langsung tidak perasan. Jauh sekali
mahu memuji kecantikannya hari ini.
“I tak ada cakap apa-apa pun, cuma I risau tengok you
asyik termenung aje...”
Darriz Imdad menarik senyum dengan kata-kata
Erika. Kopi di atas meja dikacau dengan camca kecil yang telah
disediakan.
“There’s something on mind...”
“Hmm... what is it? Mind to share with me?”
Kali ini Darriz Imdad tertawa kecil. “You sure you nak
dengar cerita ni daripada I?”
“Of course I nak dengar cerita daripada you. Manalah
tahu kalau-kalau you perlukan advice I...”
“Unfortunately ini bukan pasal kerja, Erika...” Keluh
Darriz Imdad seraya menyandarkan tubuh ke kerusi.
Pandangan melekat seketika kepada Erika yang
sentiasa tampil anggun dan cantik. Tapi malang sekali kerana
kecantikan semata-mata bukanlah syarat untuk mencuri
perhatian dan minatnya. Ada kelebihan lain yang dia cari-cari
selama ini.
“Erika, you pernah join mana-mana charity event
sebelum ni?”
Terpanar Erika dengan soalan yang jelas tidak dijangka
itu. Soalan cepumas tahap-tahap soalan peserta beauty pageant.
Bibir mengukir senyuman kelat untuk menutup kekalutan di
dada.
“Charity? Hmm... ada jugak I join. Lagipun bank I
memang banyak anjurkan majlis-majlis kebajikan macam tu.
Kenapa you tanya?”
“So you selalu keluar buat charity?” Tanya Darriz
Imdad sedikit teruja.
Manalah tahu hati Erika seluhur dan selembut hati
Zenia, boleh juga dia cuba memberi masa lebih lama untuk
gadis ini membuktikan kelebihan dirinya.
“Keluar tu tak pernahlah sebab charity event yang
bank I buat semua dekat hotel-hotel. We all buat fund-raising
dan hantar bantuan kewangan kepada badan-badan kebajikan
yang memerlukan.” Balas Erika bersungguh-sungguh.
“Hmm... so just buat charity event dalam hotel?”
“Yes, but we all kena gigih jual table dengan menjemput
ramai artis-artis popular. You dengar macam mudah, kan?
Tapi sebenarnya susah sangat. You tahulah artis-artis Kelas A
ni, mana nak join sangat event-event free macam tu...” Ujar
Erika menzahirkan perasaan berbuku di dada. Dan apabila
melihat anak mata Darriz Imdad terpanah tepat kepadanya, dia
tersengih pula.
“Tapi I memang ada cita-cita nak join banyak aktiviti
charity kat luar sana. Yalah, kita kenalah sumbangkan sesuatu
untuk komuniti kita, kan?”
“Do you love kids?”
Erika terkedu. Adakah kini Darriz Imdad sedang
membuat sesi temu duga untuk mencari bakal isteri? Dan
sekarang dia adalah salah seorang calonnya? Semakin lebar
senyuman di bibir. Kepala dianggukkan perlahan.
“Yes, I love kids. Dan I dah planned nak anak ramai bila
I kahwin nanti.”
“You rasa kalau you single macam ni, you ada terfikir
nak ambil anak angkat tak? I mean, adopt mana-mana anak
yatim atau anak yang dibuang?”
Tercengang Erika dengan pertanyaan Darriz Imdad.
Anak angkat? Mahu menjaga anak yang bukan dilahirkan
dari rahimnya? Yang bukan dari darah daging dan keturunan
keluarganya? Oh, memang tidaklah! Kenapa nak menyusahkan
diri sendiri begitu?
“Kenapa you tanya I semua soalan ni Darriz? You
scared me!” Ujar Erika dengan tawa dibuat-buat.
Darriz Imdad mengeluh perlahan. Jelas sekali Erika
sudah menunjukkan warna dirinya yang sebenar. Hati Erika
tidak seluhur hati Zenia. Dia masih ingat kejadian dua hari
lepas ketika dia melawat ke Rumah Nur bersama Zenia.
Begitu kagum dan tertarik dia melihat Zenia melayan
kerenah anak-anak kecil yang ada di sana. Mesra, penuh kasih,
dan tanpa prejudis Zenia melayan setiap satunya tanpa sedikit
pun merungut. Walaupun dia tidak layak membandingkan
Zenia dengan mana-mana gadis yang dia kenali, tapi hati tetap
berdegil mahu mengukur keistimewaan yang ada. Pendek kata
wanita hampir sempurna seperti Zenia hanya wujud satu dalam
seribu.
“Last few days I ada melawat rumah anak yatim...”
Darriz Imdad membuka cerita diiringi keluhan kecil. “I don’t
know Erika, bila I sampai sana ada satu perasaan yang buat I
tersentuh. Dan semua tu menyedarkan betapa beruntungnya I
dengan kehidupan yang I ada selama ni...”
Terkebil-kebil Erika memandang Darriz Imdad yang
berkeluh-kesah entah kenapa. Tidak sangka pula dating hari
ini akan bertukar kepada topik yang boleh dikatakan agak
membosankan. Dia tidak mahu mendengar tentang nasib anak
yatim atau apa, semua itu tidak ada kena-mengena dengannya.
Bukankah lebih elok kalau mereka menghabiskan masa untuk
saling mengenali antara satu sama lain?
“And ada this one little boy yang menarik perhatian
I. Aiman... yes, his name is Aiman.” Ujar Darriz Imdad sedikit
teruja. Teruja kerana mampu mengingati nama si kecil yang
begitu bijak dan petah berkata-kata itu.
“I leka dengar dia berceloteh, macam-macam dia cerita
pada I. Tapi bila dia ketawa, bila dia bermain dekat padang
tu, hati I tersentuh. Apa budak sekecil tu tahu atau faham
tentang sebuah kehilangan? You bagi dia sebiji bola, dia dah
cukup bersyukur, dah boleh ketawa dan berlari dengan senang
hati. For god sake, macam mana sebiji bola boleh tenangkan
perasaan budak yang banyak menderita macam Aiman tu?”
“Err... Darriz, I don’t think kids yang berusia macam
tu dah menderita. Hidup diaorang belum panjang lagi, belum
banyak pengalaman suka dan duka, right?”
“Tapi Aiman tu dibuang dalam tong sampah masa dia
masih baby lagi. You fikir dia tak rasa sakit pasal peristiwa tu?”
Soal Darriz Imdad dengan nada sedikit serius.
Mata Erika masih terkelip-kelip kepada Darriz Imdad.
Tidak tahu untuk mengatur ayat yang mana satu demi menjawab
persoalan tersebut. Dia betul-betul blur dan lost dengan topik
emosional begini!
“Oh Erika... I’m so sorry.” Keluh Darriz Imdad
perlahan. Melihat reaksi Erika, dia yakin topik yang sedang dia
bebelkan ini sudah berbelit-belit di kepala gadis itu.
“Just forget it...”
“Eh, tak apa. I’m listening...” Balas Erika dengan
senyuman di bibir. “... you boleh cerita dengan I Darriz...”
“No, no, sorry. It’s okay...” Darriz Imdad tersenyum
kelat.
“You dah order dessert ke?”
Erika menggelengkan kepalanya. Berasa lega kerana
Darriz Imdad sudah kembali ke dunia realiti. Roh lelaki ini
tidak lagi merayau sampai ke rumah anak yatim yang entah di
mana itu.
“I tak rasa nak makan dessert today.” Balasnya dengan
suara sedikit manja. Teringatkan sesuatu, bibir diketap pula.
“Darriz, you free tak malam Sabtu ni?”
“Hmm... tak sure lagi. Why?”
“Bank I buat company dinner. You temankan I, boleh?”
Seketika Darriz Imdad diam tanpa memberi jawapan.
Kalau boleh dia tidak mahu terlalu terbuka tentang hubungan
yang entah ke mana ini. Kalau sudah ikut sampai ke majlis
makan malam, pasti kakitangan di bank itu menyangka
hubungan mereka sudah di peringkat serius. Hakikatnya tidak
begitu.
“I tak free Erika. I kena balik JB jumpa famili I.”
Air muka Erika berubah sedikit hampa. Namun tidak
mahu membuat Darriz Imdad tertekan, dia segera mengukir
senyuman manis.
“Kalau macam tu tak apalah. Sampaikan salam I pada
umi you...”
Darriz Imdad sekadar tersenyum. Maaf Erika, salam
itu tidak mampu dia sampaikan. Kalau dia sampaikan juga,
memang umi akan mengerah dan mendesak dia membawa
Erika pulang ke Johor Bahru dengan kadar segera. Dan dia
tidak pernah terfikir untuk sampai ke tahap itu, apatah lagi
bersama Erika.
Zenia menghempaskan beg tangan sebelum tubuhnya
dihenyak ke atas sofa. Nafas semakin kencang turun naik
melawan perasaan geram yang berbuku di dada. Sakit hati! Dia
bengang bagai nak gila! Kenapalah Fakhry tidak habis-habis
menunjukkan perangai buruk? Dalam keadaan mama yang
masih sakit, dia yakin berita seteruk ini pasti saja memudaratkan
kesihatan ibu mentuanya. Manalah tahu kalau-kalau ada mulut
yang menyampaikan!
Dengusan kasar terhela dari bibir Zenia. Memang
sudah lama dia tidak berperasaan begini. Bila Fakhry balik
nanti, tahulah dia mahu sekolahkan lelaki seorang itu. Jangan
fikir sampai bila-bila dia sanggup berdiam diri.
Memang selama ini dia sudah penat mahu ambil
kisah dengan aktiviti Fakhry di luar sana. Kalau diceramah
berguni-guni tapi hati Fakhry sudah hitam, sia-sia juga. Dan
bila sampai ke tahap ini Fakhry membuat onar, hatinya sebagai
seorang isteri tetap tergores pedih, terluka dan sengsara.
Bibir diketap rapat. Masih teringat pertemuan bersama
Maisarah selepas habis waktu kerja petang tadi. Sebenarnya dia
sendiri kehairanan apabila ada seorang gadis menghubungi dan
ajak berjumpa. Ada hal penting dan tidak boleh ditangguhkan
lagi katanya.
Dan tatkala mengetahui perkara itu ada kaitan dengan
Fakhry, Zenia sudah tidak ada pilihan lain. Fakhry suaminya,
apa-apa yang berlaku dia tetap perlu ambil tahu. Mahu tidak
mahu dia terpaksa juga menemui Maisarah di sebuah kafé
berhampiran pejabatnya.
Pertama kali melihat wajah lembut Maisarah, Zenia
kaku sejenak. Gadis manis itu memang ayu berbaju kurung dan
bertudung litup. Sukar dinafikan dia berasa rendah diri kerana
tidak menyangka pilihan Fakhry kali ini jauh lebih baik.
Maisarah bukan tipikal kekasih-kekasih Fakhry yang
seksi dan menggoda. Maisarah jelas berbeza. Dan mungkin
kerana kelembutan serta penampilan Maisarah yang sopan
akhirnya berjaya menundukkan keegoan Fakhry sehingga
selera suaminya berubah 360 darjah.
Maisarah berasal dari Terengganu dan baru saja bekerja
di Kuala Lumpur sebagai penyambut tetamu di bangunan
yang terletak bersebelahan dengan pejabat Fakhry. Menurut
Maisarah, awalnya dia tidak berniat mahu melayan teguran
Fakhry kerana macam-macam cerita buruk yang didengari
tentang lelaki itu. Namun pujukan, umpanan, dan godaan
akhirnya meleburkan pendirian yang sekian lama dipegang.
Dan ketika itulah tanggapan positif dalam fikiran
Zenia berakhir. Beberapa minit selepas pertemuan empat mata,
Maisarah mula menangis. Menangis bersungguh-sungguh
sehingga lencun wajah putih bersih itu. Dan saat terdengar
pengakuan Maisarah, langit bagaikan runtuh menghempap
kepala. Terasa berdenyut otak dengan berita pedih yang
disampaikan. Seperti tidak percaya sehingga ke tahap itu
kejahilan suaminya.
Dalam hati Zenia, memang sudah berbakul-bakul dia
menyumpah sikap Fakhry. Memang tidak adil kerana kini lelaki
itu mengheret dia dalam situasi sukar begini. Dan sekarang
apa? Dia pula yang perlu menjadi penyelesai masalah yang
diciptakan oleh Fakhry? Anak dalam kandungan Maisarah itu
bukan anak orang lain, anak suaminya sendiri. Oh Tuhan!
Wajah diraup berkali-kali. Cuba menambak kesabaran
yang sudah lebur dan hancur. Tergamak sungguh Fakhry
menodai Maisarah dan kemudian angkat kaki begitu sahaja. Dan
paling keji, Fakhry sempat mengirimkan wang dan mendesak
Maisarah supaya menggugurkan janin tersebut. Semudah itu
jalan yang diambil oleh suaminya? Lari daripada masalah, ambil
jalan mudah, memang itu perbuatan yang amat terkutuk!
Dan sekarang Zenia benar-benar tersepit. Permintaan
Maisarah terlalu sukar untuk dipenuhi. Gadis itu menuntut
sebuah pernikahan bagi menutup aib dan malu. Tapi apa
yang boleh dia buat? Fakhry itu bukan budak kecil yang boleh
dipaksa-paksa. Kalau tersilap cakap nanti, dia pula yang menjadi
mangsa kekejaman Fakhry. Ah, kusut kepalanya!
Zenia menyandar ke sofa dengan dada masih berombak
kencang. Mata dipejamkan rapat dengan perasaan bercampur
baur. Ya Allah... apa perlu dia lakukan sekarang?
Terdengar saja deruman enjin motosikal Fakhry
dimatikan, Zenia segera bergegas turun ke tingkat bawah. Dia
perlu bersemuka empat mata dengan suaminya.
Masalah kandungan Maisarah perlu diselesaikan segera
sebelum janin di dalam perut itu semakin membesar. Kalau
sudah mengusung perut yang besar, atau juga sampai terlahir
anak tidak berdosa itu, entah apa nasib Maisarah dan anaknya.
Fakhry memang senang, selalu lari daripada masalah!
Melihat Fakhry sedang mengunci pintu utama,
Zenia segera menapak menghampiri lelaki itu. Sekilas Fakhry
memandang kepadanya, dan kemudian terus beredar ke ruang
tamu dengan muka cemberut. Zenia mendengus geram. Sedikit
pun Fakhry tidak menegur atau bertanya bagaimana dia pulang
ke rumah hari ini.
“Fakhry, we need to talk...” Luahnya seraya melabuhkan
duduk di atas sofa bertentangan dengan Fakhry. Suaminya
masih menyepi dengan tangan sibuk membelek telefon bimbit.
“You dengar I cakap, kan? We need to talk.”
Telinga Fakhry berdesing dengan suara Zenia yang
kini naik meninggi. Pandangan tajam dihalakan tepat kepada
perempuan yang duduk di hadapannya.
“Kau ni apahal nak memekak? Nak bincang apanya
lagi? Kau tak nampak aku ni tengah penat? Rimas betullah!”
“I don’t care! I nak tahu you kenal Maisarah ke tak?”
Terpempan Fakhry dengan nama yang disebut oleh
Zenia. Kemudian bibir dijuihkan tanda meluat.
“Macam mana kau kenal perempuan tu? Kau pasang
spy suruh ikut aku ke apa? Dasar penyibuk! Uruskan hidup kau
sudah, jangan sibuk-sibuk nak campur hal aku!”
“Pasang spy? I ni belum bodoh lagi nak buat kerja
mengintip you. You dah buntingkan Maisarah, you sedar tak
apa yang you buat?”
“Oh, jadi perempuan tu datang mengadu nasib pada
kaulah? Aku dah agak dah, taktik kotor!” Balas Fakhry dengan
senyuman sinis di bibir.
“Dah cukup baik aku bagi duit untuk dia buat abortion,
apa lagi dia nak?”
“Astaghfirullahal’azim... you sedar tak apa you cakap
ni Fakhry?” Tempelak Zenia geram.
“You fikir itu jalan penyelesaian paling baik untuk you?
Untuk Maisarah dan anak yang tak berdosa dalam perut tu?”
“Yes, then kau nak aku buat apa lagi?” Tengking Fakhry
kurang sabar.
“Kau pun tahu aku tak suka budak-budak, jadi kau nak
aku bela anak tu? No way!”
Melihat kemarahan Fakhry mula memuncak, Zenia
cuba untuk bertenang. Kalau api dilawan dengan api, memang
tidak akan berakhir dengan baik. Bukan dia tidak tahu setahap
mana baran suaminya ini. Nafas ditarik panjang sebelum
melempar kata.
“Fakhry, listen here. I tahu jalan paling baik untuk
you...”
“What?”
“Please marry her, kahwin dengan Maisarah. Jadikan
dia isteri you yang sah...” Usul Zenia separa merayu.
“What the hell are you talking about? Are you crazy???”
Pekik Fakhry lantang dan kuat.
“Please Fakhry, please bertanggungjawab pada
Maisarah. You dah sentuh dia, dia dah hilang segala-galanya
demi you!”
“Stop the crap!” Tengking Fakhry seraya bingkas
berdiri. Rambut dilurut kasar dengan dengusan tidak
henti-henti keluar dari bibir.
“Kau ni bodoh ke apa? Kalau aku terpaksa kahwin
dengan semua perempuan yang pernah aku tiduri, dah lebih
empat orang bini aku ada! No, aku takkan kahwin. Kau jangan
pandai-pandai nak mendesak aku Zenia!”
“Habis tu, you nak biarkan Maisarah macam tu aje?
Tolonglah jadi lelaki bertanggungjawab Fakhry.” Balas Zenia
dengan suara sedikit sebak.
“Kau ni memang gilalah Zenia. Lagipun kau ingat
mama bagi aku kahwin dua ke?”
“Then let me go. Ceraikan I...”
Fakhry tersentak. Mata yang merah mencerlung
garang kepada Zenia yang menentang pandangannya.
“What? Kau cakap apa?”
“Ceraikan I Fakhry. You pun tahu kita tak pernah
hidup bahagia, just let me go!”
“How dare you!” Fakhry menapak laju kepada Zenia
sebelum merentap kuat tangan gadis itu.
“Aku tak akan ceraikan kau, kau faham tak? Aku takkan
ceraikan kau!”
“I tahu you tak nak ceraikan I sebab you fikir wasiat
mama, kan?” Zenia menentang mata merah menyala Fakhry.
“You takut kalau you tak dapat sesen pun harta mama
sebab semua harta tu atas nama I, kan?”
Rapat Fakhry mengetap bibir. Terasa seperti mahu
meletup dadanya dengan tuduhan tepat Zenia. Namun sesaat
kemudian bibir mengukir senyuman sinis. Lengan Zenia
direntap sekali lagi sehingga tubuh mereka rapat bersatu.
Pandangan pula saling berlaga garang.
“Good, bagus kalau kau tahu apa yang aku nak daripada
kau. Jadi kau jangan berangan kau boleh lepas daripada aku
dan hidup senang-lenang dengan harta mama aku. Jangan
berangan!”
“I tak nak semua harta tu! You boleh ambil semuanya
Fakhry, I tak nak. I cuma mahu you lepaskan I dengan cara baik,
I dah tak sanggup hidup macam ni lagi!”
“Shut up! Kau fikir semudah tu? Dan kau ingat mama
boleh diam aje kalau aku bercerai dengan kau? Silap-silap mama
sedekahkan semua harta tu pada anak yatim, so apa untungnya
aku?” Soal Fakhry kasar.
“Yang kau ni pun beria-ia sangat nak aku ceraikan kau
kenapa? Dah ada jantan lain yang nak kutip kau?”
Mata Zenia mengecil. Terlalu geram dengan mulut
celopar Fakhry yang memusingkan kesilapan itu kepadanya.
Lengan yang dipegang Fakhry direntap kuat.
“Don’t put your blame on me, Fakhry! Salah you, you
yang patut bertanggungjawab. Tak payah nak tuduh I ada lelaki
lain pulak, sebab I bukan macam you!”
“Ya, sebab kau selalu jadi manusia yang paling baik
di mata mama. Aku ni sampah, kan? Sebab tu mama sanggup
wasiatkan semua harta dia pada kau, bukan pada aku!” Sindir
Fakhry dengan muka meluat.
“Dahlah! Aku tak ada mood nak bertekak dengan kau.
Tapi sekali lagi kau sentuh pasal cerai-berai ni, memang aku
belasah kau cukup-cukup!”
Amaran Fakhry memang menggetarkan perasaan
Zenia. Membuatkan dia takut dan benar-benar tertekan. Tapi
selama mana dia perlu mendiamkan diri atau terus berkongsi
dosa bersama Fakhry?
“Untuk apa kita hidup bersama kalau you tak pernah
sayangkan I...” Luahnya sebak.
“Don’t start, drop it Zenia.”
“No, kita kena selesaikan masalah ni. Lepaskan I
Fakhry, dan kita sama-sama bina hidup baru. You boleh cari
bahagia you, I boleh cari bahagia I. Dan I janji I akan explain
baik-baik dengan mama pasal ni. Mama tak akan salahkan
you...”
Fakhry ketawa mengejek. Perlahan dia menapak
menghampiri Zenia yang kelihatan sedikit terusik dan gementar.
Tangan pantas menyambar pinggang Zenia sehingga tubuh
mereka berdua kembali melekat rapat. Mata yang membulat itu
ditentang garang.
“You... you buat apa ni Fakhry? Lepaskan I!”
“Kita mungkin boleh bawak haluan hidup
masing-masing Zenia, tapi aku tak nak dipandang sebagai lelaki
dayus, lelaki yang tak ada jantannya. Ada something yang aku
nak rasmikan before aku tinggalkan kau. Kalau tak, aku yang
rugi, kan?”
Wajah Zenia berubah pucat lesi. Ngeri apabila melihat
pandangan Fakhry terhala ke bibirnya.
“You jangan nak merepek yang bukan-bukan, lepaskan
I!”
Fakhry tertawa besar sebelum melepaskan rangkulan
di tubuh Zenia. Tubuh genit itu kemudian ditolak sedikit
ke belakang tanda ‘tidak ingin’. Memang sengaja dia mahu
menakut-nakutkan Zenia begitu. Perempuan degil seperti
ini kadangkala perlu diajar supaya tidak banyak mulut dan
menceceh yang bukan-bukan.
“You’re sick, Fakhry!”
Pandangan tajam Fakhry kembali terhala kepada
Zenia. “Better kau senyap sebelum aku betul-betul rogol kau!”
Zenia terkedu ketakutan. Perasaan cemas di dada
kembali berombak. Melihat Fakhry melangkah menghampiri,
semakin kalut seluruh rasa. Enggan menanggung risiko yang
lebih teruk, Zenia segera berlari naik ke tingkat atas. Sikap
Fakhry tidak boleh dijangka dan dia tidak berniat untuk
mencabar kesabaran lelaki itu lebih lama.
Daun pintu kamar tidur dikunci dan diselak rapi.
Seketika Zenia duduk termenung di atas katil dengan perasaan
masih kalut dan cemas. Ya Allah... sampai bila dia perlu hidup
begini?

No comments:

Post a Comment