DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 26 May 2016

Mr Secret Admirer - Bab 8

Zureen terus berfikir. Dia mesti mencari
jawapan terbaik kerana dia telah terjerat dalam jerat yang
dipasangnya sendiri. Niatnya hanya untuk menyelami
perasaan lelaki itu dengan bertanya begitu, namun akhirnya
dia yang terperangkap.
“Kenapa kau diam? Bukan ke tadi kau cakap kau
boleh tolong merawat mana-mana bahagian aku yang sakit?
Aku dah tak hairan kalau sakit tu datangnya dari fizikal
aku.... tapi sekarang ni aku sakit sangat kat sini....” soal Syed
Redza sambil menepuk-nepuk bahagian dada kirinya.
Mungkin ia merujuk kepada hatinya sendiri.
Zureen masih berdiam. Agak berat soalan itu. Dia
mesti memberikan jawapan terbaik kerana dia sedar dia
bukanlah seorang pakar jiwa. Beberapa ketika baru dia
bersuara.
“Kalau di situlah sakitnya, hanya satu ubatnya....
balik semula ke pangkal jalan. Balik semula kepada tujuan
kita dilahirkan ke dunia ini....”
“Apa yang kau merepek ni? Aku tanya macam mana
kau nak ubatkan hati aku yang sakit teruk ni??” balas Redza
pelik kerana dia mengharapkan jawapan yang lain dari mulut
gadis comel di hadapannya itu.
“Itulah ubat yang sebaik-baiknya... iman dan takwa.
Tiada ubat yang lebih hebat dan setandingnya...”
“Kau boleh tak jangan cakap berbelit-belit macam
ni? Just straight to the point... aku bukan suruh kau bagi aku
ceramah macam ustazah pula... tak habis-habis nak
berceramah. Kenapa kau tak jadi ustazah aje? Kenapa kau
pilih jadi nurse pula?”
Zureen langsung tidak mempedulikan sindiran
lelaki itu. Dia terus berfikir untuk memberi jawapan terbaik
supaya lelaki yang berada di hadapannya sedar akan hakikat
dirinya yang sebenar.
“Hanya iman dan takwa yang akan menyembuhkan
penyakit hati kita. Saya bukan sahaja bercakap untuk Encik
Redza, tetapi juga untuk diri saya. Saya juga manusia biasa...
dan kadang-kadang saya juga tewas dengan perasaan
sendiri... tetapi alhamdulillah, setiap kali saya mula
depressed, saya akan cepat-cepat berbalik kepada-Nya... hanya
dengan itu saya dapat mengubati hati saya.... jadi, saya rasa
perkara yang sama juga Encik Redza perlu lakukan.... bukan
sahaja Encik Redza, malah bagi setiap insan yang bergelar
hamba Allah....”
Syed Redza terdiam seketika mendengar bait-bait
ayat dari mulut Zureen. Dia agak terpegun melihat
kebijaksanaan gadis itu dalam memberikan hujah dan
memberikan nasihat kepadanya walaupun dia dapat
merasakan gadis itu masih terlalu muda.
“Berapa umur kau?”
“Hah??!!”
Zureen terkedu. Dia tidak menyangka soalan itu
yang terkeluar dari mulut lelaki itu. Apa kaitannya umur dan
kata-kata yang diungkapkannya itu?
“Yang kau terperanjat ni kenapa? Aku tanya berapa
umur kau?”
Zureen diam seketika. Apa aku nak jawab ya?
Dengan dia ni bukan boleh silap sikit. Pantang silap,
jawabnya teruklah aku kena hentam dengan dia!
Akhirnya satu jawapan klise yang terlintas dalam
fikirannya.
“Umur saya? Apa yang boleh saya katakan, saya
sudah cukup dewasa dan matang untuk memberikan nasihat
kepada Encik Redza.” Zureen cuba berdalih kerana dia
bimbang jika Syed Redza tahu umurnya yang sebenar, lelaki
itu pasti akan menempelaknya!
Syed Redza tersenyum sinis. Nampaknya gadis itu
cuba main tarik tali dengannya.
“Hmmm.... dah cukup dewasa dan matang? Kalau
betul kau dah cukup dewasa dan matang, takkanlah nak
handle boy-friend sendiri pun tak tahu macam mana?”
Aikk??!! Boy-friend aku? Bila masa pula aku ada
boy-friend? Lagipun, apa kaitannya kalau aku ada boy-friend
dengan masalah dia? Hishh!! Tak masuk wacana langsung!
“Maaf Encik Redza... saya tak faham! Apa pula kenamengena
boy-friend saya dengan masalah ni??” Zureen masih
blur.
“Aku tengok bila kau bagi aku nasihat, bukan main
lagi. Keluar segala fatwa bagai... tapi bila ada masalah dengan
boy-friend kau sendiri pun kau dah menggelabah!”
“Apa yang Encik Redza mengarut ni? Bila pula saya
ada boy-friend... bila pula saya menggelabah layan boy-friend
saya? Boleh tak jangan tukar topik?”
“Tak nak mengaku lagi?” soal Syed Redza lagi.
“Nak mengaku apa pula?” balas Zureen pelik.
“Kau mengaku ajelah yang boy-friend kau tu tak
berhenti-henti telefon kau tadi!”
Zureen masih blur. Siapa ni? Adakah Syed Redza
merujuk kepada abang angkatnya Haziq? Akhirnya Zureen
tersenyum.
“Kenapa pula kau senyum?”
“Yang telefon saya tadi tu bukan boy-friend
sayalah... tu abang angkat saya.”
Syed Redza tergelak mendengar jawapan daripada
Zureen. Bunyi jahat sangat ketawanya.
“Nonsense... Abang angkat? What the hell??”
Hee... jahatnya mulut dia. Apa hal sampai nak
sebut-sebut pasal neraka pula?
“Dah tentu-tentu dia memang abang angkat saya.
Habis tu, saya nak sebut siapa lagi?”
“Wah, dahsyat betul abang angkat kau tu ya?
Caring habis. Ada lagi ke kat dunia ni seorang abang angkat
yang caring macam abang angkat kau tu? Abang angkat ke
abang ‘ter’angkat? Ha.. ha... ha..” Syed Redza seronok benar
mentertawakan Zureen.
Zureen malas hendak melayan. Dia diam sahaja
mendengar sindiran Syed Redza.
“Kau dah tak ada abang sendiri ke sampai nak
berabang-abang angkat bagai? Ha.. ha.. ha.” Syed Redza
ketawa lagi. Seronok benar rasanya bila dapat mengenakan
gadis comel di hadapannya itu, apatah lagi apabila melihat
wajah Zureen kelat menahan geram.
Mata Zureen tajam merenung Syed Redza. Kalau
tak memikirkan yang lelaki di hadapannya itu sedang sakit,
sudah lama lelaki itu ‘dikunyah’nya.
Tak padan dengan sakit, tapi mulut..... bisa bukan
main lagi! Kenapalah mulut kau tu tak sakit atau bisu aje...
kan senang aku nak handle kau? Bisik Zureen geram.
“Encik Redza ni nak apa sebenarnya? Saya rasa halhal
personal saya, tak payahlah Encik Redza susah payah nak
ambil tahu ya! Saya datang ke sini untuk bekerja.... bukan
untuk disindir-sindir atau ditertawakan begini! Hal peribadi
saya, itu urusan saya. Encik Redza jangan masuk campur
selagi ia tidak menjejaskan tugas dan tanggungjawab saya
kepada Encik Redza!” luah Zureen dengan perasaan geram.
“Tak menjejaskan tugas kau? Kau pasti hal personal
kau tu tak menjejaskan tugas kau di sini? Kau ingat aku suka
sangat nak campur hal peribadi kau?” tempelak Syed Redza.
“Wait... wait.... Saya memang betul-betul tak faham
ni! Tugas saya di banglo ni belum pun 24 jam, macam mana
pula Encik Redza boleh kata personal life saya telah
mengganggu tugas saya di sini? Ada ke tugas yang saya tak
laksanakan? Saya rasa semua tugas yang telah disenaraikan
oleh Dr. Rashdan saya telah buat mengikut masanya. Encik
Redza, saya sedar, saya datang ke sini untuk bekerja... untuk
mencari rezeki... dan rasa-rasanya saya masih boleh berfikir
secara waras. Mana mungkin saya mencampur adukkan tugas
dan tanggungjawab saya dengan hal-hal peribadi saya. Encik
Redza, saya tahu Encik Redza memang tak suka kehadiran
saya di sini dari awal lagi, tapi janganlah nak kelirukan saya
sampai ke tahap ni.....” balas Zureen dengan agak sebak.
“Habis tu yang telefon kau tu tak berhenti-henti
berbunyi masa kau nak check darah aku tu kenapa?”
Erkk??!! Alamak! Zureen terkedu seketika. Itu ke
hal personal aku yang dimaksudkannya?
“Kenapa kau diam? Tak betul ke apa yang aku cakap
tu?Di situ dah menunjukkan betapa tak profesionalnya kau
dalam menjalankan tugas kau. Bukan ke tadi telefon kau tak
berhenti berbunyi masa kau tengah sibuk ambil darah aku?
Macam mana kalau tiba-tiba berlaku sesuatu perkara yang
tak diingini? Berlaku kesilapan atau kecuaian... aku boleh
charge kau lalai dalam menjalankan tugas tau! Macam mana,
kau sanggup ke kalau aku ambil tindakan macam tu?” balas
Syed Redza dengan begitu yakin.
Ek eleh! Tugas check paras gula dalam darah tu
bukanlah susah sangat pun! Budak kecil pun boleh buat
sendiri kalau diterangkan caranya betul-betul. Tak mungkin
boleh berlaku kesilapan atau kecuaian macam yang kau
cakap tu.... sajalah tu nak mengenakan aku!
“Agak-agak kau, kalau aku report kat mama aku
pasal ni, boleh ke kau kerja lagi kat sini?”
Ek eleh! Macam budak bawah umur betul. Perkara
kecil macam tu pun nak report ke? Reportlah.... aku tak
hairan pun. Malah, mama kau tu yang akan merayu aku
suruh terus kerja kat sini tau! Bisik Zureen geram.
“Fasal telefon berbunyi semasa saya sedang
bertugas tu, memang saya akui kesilapan saya dan saya
memang dah minta maaf fasal tu kan? Tapi.... kalau Encik
Redza belum maafkan, saya minta maaf sekali lagi. Lagi satu,
saya tak kisah kalau Encik Redza nak report kat Datin.... tapi
sebelum report, pastikan maklumat yang nak disampaikan
sahih dan tepat ya! Jangan salah information sebab yang call
saya tu bukanlah boy-friend saya seperti yang Encik Redza
sangkakan... tapi memang abang angkat saya yang nak tahu
sangat keadaan saya bertugas di sini,” balas Zureen geram.
“Wah, confident betul kau ya? Kau memang yakin
ke tak diberhentikan kalau aku beritahu mama aku fasal ni?”
tambah Syed Redza lagi yang masih belum berpuas hati
dengan lagak selamba gadis comel di depannya itu.
Melihatkan wajah Zureen yang langsung tiada
perasaan cuak apabila diugut begitu, Syed Redza
menyambung lagi.
“Apa yang kau dah buat pada mama aku sampai dia
begitu percayakan kau? Apa niat kau sebenarnya datang ke
sini?” soal Syed Redza lagi.
“Astaghfirullah.... sampai macam tu sekali Encik
Redza buruk sangka pada saya? Apa jahat sangat ke saya ni?
Ada rupa macam perompak, penyamun ke muka saya ni? Dah
berapa kali saya beritahu Encik Redza yang saya ke sini
untuk bekerja... untuk cari rezeki. Kenapa susah sangat nak
faham? Kalau soal Datin terlalu percayakan saya, adakah itu
salah saya? Apa Encik Redza tak kenal dengan mama Encik
Redza sendiri? Sudah tentu Encik Redza lebih mengenali hati
budinya berbanding saya. Saya rasa Datin sudah cukup
matang untuk menilai seseorang sama ada seseorang itu
ikhlas atau hanya berpura-pura. Saya tak pernah pun
menyuruh Datin untuk percayakan saya, malah dia sendiri
yang terlalu mempercayai saya. Kenapa? Jangan tanya saya
sebab saya sendiri pun tak tahu jawapannya. So, you better
ask her by yourself!!” balas Zureen meluahkan apa yang
bersarang dalam hatinya.
“Apa kau ingat dengan sebab kau bijak bercakap
macam ni, aku akan percayakan kau macam mama aku?”
“Suka hati Encik Redzalah. Encik Redza boleh buat
apa saja yang Encik Redza suka. You’re the boss right?” balas
Zureen selamba seraya berdiri dan mula bergerak
meninggalkan Syed Redza.
Zureen sedar dia memang tidak boleh berlamalamaan
di situ lagi. Sebelum perkara yang tidak diingini
dilakukannya kepada lelaki itu, lebih baik dia
meninggalkannya.
“Hei, kau nak ke mana tu? Aku belum habis cakap
dengan kau lagi! Berhenti!”
Zureen tidak mengendahkan jeritan Syed Redza.
Dia terus berlalu. Sakit hatinya disindir-sindir begitu. Jika
apa yang dikatakan oleh Syed Redza benar, mungkin dia akan
cuba bertahan, tetapi hatinya semakin tidak tahan apabila
Syed Redza bercakap yang bukan-bukan mengenai dirinya.
Macamlah kau dah kenal aku sangat! Kenal pun
tak, suka-suka hati nak kata kat aku!
“Aku kata berhenti!” Sekali lagi jeritan Syed Redza
menggegar banglo mewah itu.
Langkah Zureen terhenti. Kecut juga perutnya
apabila melihat Syed Redza naik angin begitu sekali. Kenapa
pula dia yang nak naik angin? Patutnya aku yang marah!
“Aku cukup pantang kalau aku belum habis cakap
tapi kau main ‘blah’ macam tu aje! Duduk semula sini!!”
Bagaikan halilintar suara Syed Redza menengking Zureen.
Ya Allah.... Kenapalah aku harus bertemu manusia
seperti ini? Boleh buat sesuka hatinya hanya kerana dia
sedang sakit! Adakah Engkau ingin menguji kekuatan diriku
dengan menemukan aku dengan lelaki ini?
Air mata Zureen sudah mula bergenang di kelopak
matanya. Hanya menunggu masa untuk gugur sahaja. Sekuat
mana pun hatinya, namun dia tewas juga. Sedih benar
hatinya apabila diperlakukan oleh lelaki itu dengan sesuka
hati. Belum pernah lagi dirinya dilayan sebegitu rupa
sebelum ini.... Ketika ini, tiba-tiba sahaja dia terkenang umi,
baba, Abang Zahin dan abang angkatnya, Haziq. Ingin sahaja
rasanya meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya ketika
ini. Andai dia tidak terikat dengan janji di banglo mewah ini,
mahu saja dia melarikan dirinya dari lelaki sejuk beku kepala
batu itu.
Come on Zureen! Jangan sampai air mata kau
gugur kerana lelaki itu! Bisik hatinya sendiri.
Zureen melangkah semula ke arah Syed Redza
setelah dia dapat menenangkan dirinya. Air matanya yang
hampir gugur tadi disekanya. Dia tidak mahu Syed Redza
menyedari dirinya sedang menangis. Dia menarik nafas
sedalam-dalamnya untuk memperolehi ketenangan. Setelah
yakin akan dirinya, dia duduk semula menghadap Syed
Redza.
Syed Redza tajam merenung Zureen sebaik sahaja
gadis itu duduk di hadapannya. Zureen hanya tunduk. Tidak
berani rasanya untuk berlawan pandang dengan lelaki yang
mula dibencinya itu.
“Look at me!!” arah Syed Redza.
Zureen hanya tunduk. Dia langsung tidak
mempedulikan arahan Syed Redza.
“Aku kata tengok muka aku! Kau nak aku angkat
muka kau ke?” tambahnya lagi setelah melihat Zureen hanya
kaku membisu.
Akhirnya Zureen mengalah. Dengan penuh
keterpaksaan, digagahkan juga untuk bertentang mata
dengan Syed Redza.
“Ya Allah... janganlah sampai tertera kebencian di
mataku,” doa Zureen dalam hati.
Kini dua pasang mata saling berbalas renungan,
namun kedua-dua mulut terkunci. Setelah beberapa ketika,
akhirnya Zureen yang tewas. Dengan segera dia mengalihkan
matanya dengan menunduk semula.
Resah jika keadaan itu berterusan, Zureen akhirnya
bersuara.
“Encik Redza.... kenapa Encik Redza layan saya
begini? Apa salah saya? Salahkah jika saya hendak
berkhidmat sebagai jururawat kepada Encik Redza? Salahkah
saya jika saya menjalankan tugas yang telah diamanahkan
kepada saya? Susah sangat ke Encik Redza nak berikan
kerjasama kepada saya?” Bertubi-tubi soalan yang keluar dari
mulut Zureen. Lega hatinya setelah dapat meluahkan apa
yang terbuku dalam hatinya.
Syed Redza tidak menjawab langsung soalan-soalan
Zureen sebaliknya matanya terus tajam merenung Zureen
tanpa berkelip.
Jauh di sudut hati Zureen, dia keresahan. Resah
dengan situasi yang dihadapinya sekarang ini.
“Kau nak tahu kenapa?” Akhirnya Syed Redza
bersuara.
Syed Redza diam seketika.
“Sebab aku dah tak percaya orang macam kau ni!
Hipokrit!”
Zureen tersentak dengan jawapan yang diberikan
oleh Syed Redza itu. Hipokrit? Aku hipokrit?
“Saya hipokrit? Macam mana Encik Redza boleh
kata saya hipokrit? Encik Redza tahu ke perangai sebenar
saya hingga menuduh saya hipokrit?” Zureen tidak berpuas
hati.
“Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni.
Depan bukan main baik lagi tapi di belakang.... macam
racun!” jawab Syed Redza dengan perasaan marah.
“Hanya kerana Encik Redza telah berhadapan
dengan beberapa orang perempuan seperti itu, maka Encik
Redza menganggap semua perempuan juga seperti itu?
Tuduhan Encik Redza tu tidak adil langsung!” balas Zureen
berani.
“Memang tak ada bezanya langsung. Semuanya
sama saja!” Syed Redza masih berkeras dengan pendiriannya.
“Jangan kerana bekas tunang Encik Redza, si Lisa
tu, Encik Redza nak menghukum semua perempuan!”
Syed Redza tersentak. Bulat matanya merenung
Zureen. Tidak diduganya, sebuah nama yang ingin
disingkirkan dari hati dan kotak fikirannya meniti di bibir
Zureen.
Macam mana dia boleh tahu? Bisik Syed Redza
pelik.
“Don’t you ever mention her name again in front
of me!”
“See!! Memang betul kan? Orang lain buat salah,
orang lain yang terpaksa menerima hukuman!”
“Kalau kau tak tahu apa-apa, lebih baik kau diam
sebelum aku tampar mulut kau tu! Sedar sikit siapa diri kau
di rumah ini. Kau bukan sesiapa di sini! Kau tak layak
langsung untuk masuk campur dalam urusan peribadi aku!
Faham??” Syed Redza mula berang apabila melihat Zureen
semakin berani menyentuh hal peribadinya.
“Encik Redza... for your information, saya memang
tak berminat dan berniat langsung untuk mencampuri
urusan peribadi Encik Redza... kalau Encik Redza tak
beritahu saya pun, saya sudah lama sedar siapa diri saya di
sini. Kalau Encik Redza tak suka saya sebut tentang hal
peribadi Encik Redza, begitu juga saya. Jadi sekarang
keadaannya fair and square! Just mind our own bussiness
dan benarkan saya untuk menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberikan kepada saya sebaik-baiknya
tanpa perlu mengambil tahu dan menyentuh hal peribadi
masing-masing! Deal?”
“Aku tak perlukan perjanjian murah macam ni!
Kau jangan nak samakan diri kau dengan aku. Kau bekerja di
sini... tapi aku, macam yang kau kata tadi I’m the boss! Aku
bebas untuk lakukan apa saja, tapi kau sebagai pekerja di sini
mesti patuh arahan yang diberi. Faham??”
Asyik faham? faham? Faham? Dah macam cikgu
sekolah pula!
“Ini bukan satu perjanjian.... tapi ini adalah suatu
persefahaman supaya Encik Redza dan saya saling
menghormati privasi masing-masing. Itu saja!”
“Kedua-duanya tak ada beza! Kau boleh panggil ia
apa aje. Kau nak panggil ia perjanjian atau persefahaman or
what ever, ia tak akan mengubah pendirian aku langsung!
Selagi aku bos kau, dan kau seorang pekerja, aku tetap bebas
untuk melakukan apa saja. Faham?”
Wahai lelaki sejuk beku kepala batu yang bernama
Syed Redza bin Dato’ Syed Munawar, kenapalah ego kau
begitu tinggi sekali? Kenapalah akhlak kau tak seindah nama
dan wajah kau? Sayang sekali sikap dan akhlak kau tidak
seiring langsung dengan kekacakan wajah yang Allah
kurniakan kepada kau!
“Aku tak boleh terus layan dia ni. Kalau aku terus
layan orang yang tak berapa stabil otaknya ni, nanti dengan
aku aku sekali pun gila sama...” putus Zureen dalam hati
kerana nampaknya Syed Redza tidak mungkin akan
mengalah.
Nama pun kepala batu! Kalau setakat cakap aku ni
memang tak akan berkesan langsung. Agaknya pakai jentolak
hempap kepala dia baru okey kut?
Sabar Zureen... sabar!!
“Okeylah Encik Redza.... as your mentioned just
now, you’re the boss and the boss is always right!!”
Hah, ambik kau! Nak sangat kan? Nak lagi? Okey
aku bagi lagi...
“Ya.. memang betul... apa yang Encik Redza cakap
tadi tu semuanya betul.... saya ni cuma seorang pekerja...
atau lebih tepat seorang kuli saja. Apa aje yang Encik Redza
cakap semuanya betul dan apa aje yang saya cakap memang
tak betul sebab Encik Redza kan bos.... and the boss is always
right!! Okey, puas hati?”
Air muka Syed Redza berubah mendengar kata-kata
Zureen. Dia tahu, kata-kata yang meluncur keluar dari mulut
gadis comel itu sebenarnya adalah tidak ikhlas langsung.
Mungkin dia saja nak beri hati!
“Tahu pun! Baguslah kalau kau memang dah
faham. Kalau lagi tadi kau cakap macam ni kan senang??”
Syed Redza ketawa kerana merasakan dia telah menang!
Zureen hanya membisu. Dia sudah malas untuk
terus melayan kerenah lelaki di hadapan matanya itu.
Sedang Zureen berkira-kira untuk meninggalkan
seketika Syed Redza bagi meredakan perasaan hatinya yang
sedang membara, tiba-tiba kedengaran pintu bilik Syed
Redza diketuk dan tidak lama selepas itu kelihatan Datin Raja
Fatimah muncul bersama seorang lelaki yang amat dikenali
oleh Zureen.
“Assalamualaikum....” ucap Datin Raja Fatimah
dengan senyuman terukir di bibirnya. Dia berjalan
menghampiri Zureen dan Syed Redza sambil diekori oleh
lelaki tadi.
Zureen terpana. Dirinya menjadi kaku. Lututnya
tiba-tiba dirasakan lemah. Dia berusaha untuk
menggagahkan dirinya. Jika tidak hampir saja dia terjelepok
di situ. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat
dengan matanya sendiri.
Ya Allah... betulkah apa yang ku lihat ini?

No comments:

Post a Comment