DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Wednesday, 25 May 2016

Samurai - Bab 8

“AKU bergurau aje semalam. Tak sangka kau
terasa sampai tak nak datang rumah. Nanti datanglah lagi.
Aku tak halau punya. Bawak bakal isteri kau sekali. Ada juga si
Melur ni kawan nak merapu sama.”
Ternganga aku dengan Ijai dibuatnya. Dia bergurau ke
semalam? Ada gaya macam sedang bergurau ke? Dia menjerkah
sesungguhnya! Ya! Itu yang pasti. Muka dia naik marah sungguh
semalam.
Mujur juga dia tahu nak buka mulut. Kalau tidak,
sampai ke senjalah kami mengunci mulut. Tadi, sewaktu
Ijai nampak sahaja wajahnya turut serta di meja makan ini,
deras sahaja Ijai bangkit. Ingin pergi. Tetapi, cepat-cepat aku
menghalang. Ijai akur dan dia duduk semula. Ijai mana boleh
bantah cakap Queen Melur dia yang cantik ni. Selepas itu, kami
order ABC dan mendiamkan diri beberapa ketika sehinggalah
Aizat sendiri yang bersuara.
“Eh! Tak apalah, bang. Aku tak kisah pun. Aku malas
nak pergi sana sebabnya, setiap kali aku pergi ke sana, mesti
Melur menangis.” Ijai cuba berbahasa. Tapi... dulu dia bahasakan
dirinya 'saya', hari ni dah tukar jadi 'aku' pula. Mungkin cuba
biasakan diri dengan bahasa Aizat yang sememangnya kasar itu.
Hesy! Dia kata aku selalu menangis? Baru dua kali!
Lagi satu, betul ke Ijai tak kisah? Dua kali dia dijerkah Aizat.
Sampai pucat lesi mukanya. Kalau aku, harus aku menyimpan
dendam.
“Budak selebet ni memanglah! Cengeng terlajak. Ni,
kau nak bernikah dengan siapa sebenarnya? Macam mana
orangnya?” soal Aizat beramah.
Wah! Banyak pula mulut dia. Ijai tersengih malu-malu
apabila ditanya mengenai siapa yang bakal dinikahinya. Orang
angau tak habis, begitulah keadaannya. Menyampah aku tengok!
Muda-muda lagi dah nak menikah. Cemburu pula aku dengan
orang yang nak kahwin pada usia muda ni. Aku pula di rumah.
Kumpul lemak saja!
“Dengan anak Dato’ Haji Samsudin. Nora nama
dia.” Dia tergaru-garu belakang telinganya. Aizat kelihatan
tercengang mendengar perkataan ‘Dato’.
Hahaha! Apa kau ingat, orang selebet macam dia tak
mampu? Ijai inilah makhluk paling rajin bekerja, tau. Dato’
Haji Samsudin itu merupakan majikannya. Majikan yang baik
hati. Disebabkan kerajinan dan budi pekerti Ijailah dia berkenan
nak buat menantu. Lagi pula, Nora itu anak tunggal Dato’
Samsudin. Apa jua permintaan Nora, pasti bakal ditunaikannya.
Dato’ Samsudin pula semakin berusia. Dia bimbang
tiada orang hendak menjaga Nora. Disebabkan itulah dia ingin
menikahkan Nora dengan Ijai supaya Ijai boleh menjaga Nora
sekiranya dia tiada nanti.
“Tak sangka aku, orang selebet macam kau boleh dapat
anak Dato’. Kau mengurat macam mana? Ajar aku sikit. Mana
tahu aku boleh dapat anak Tan Sri ke.” Selamba sahaja dia
memberi komen dan menyoal.
Aku memijak kakinya di bawah meja. Kuat. Bimbang
Ijai terasa hati kerana dipandang rendah. Tak pandai menjaga
hati sungguhlah lelaki bernama Aizat ni.
“Sakitlah kaki aku, bongok! Kau jealous ke apa ni?” Dia
menjerkah sambil menjegilkan matanya.
Semua mata memandang kami. Gulp! Tak ada masa
aku nak cemburu, okey.
“Simpang...” jawabku dengan suara tertahan.
“Er, aku pun tak sangka dia nakkan aku yang selebet
ni. Mana ada aku mengurat dia. Dia yang mengurat aku dulu.”
Ijai meredakan amarah Aizat.
Huh! Ijai tersengih malu-malu. Memang kisah
sebenarnya begitu. Nora rajin bertandang ke tempat kerja
Ijai menghantar lauk-pauklah, kuih-muihlah. Suka, sebab Ijai
rajin agaknya. Lagi dia suka apabila mak Ijai layan dia dengan
layanan tip top. Dulu aku tak percaya juga apabila Ijai kata Nora
asyik kerdip-kerdip mata pandang dia. Selepas aku sendiri yang
menyaksikan kesungguhan Nora mendekati Ijai, terus aku
percaya.
Nora sampai menangis cemburukan aku yang ketawa
mengekek dengan Ijai dek insiden kera Pak Mail jatuh motor
dulu. Selepas itu, Ijai dengan segaknya mengaku yang aku
hanya kawan baik dia saja. Selepas dari kes itu, aku jadi rapat
dengan Nora.
“Huh! Memang gilalah anak Dato’ nak mengurat kau.”
Kutuk Aizat lagi. Ya Allah! Dia ni kenapa? Sekali lagi aku pijak
kakinya. Kali ini kuat aku tenyeh-tenyeh dengan terompahku
sampaikan dia berkerut sakan.
“Sakitlah, gila!” Dia mengacip giginya menahan sakit
atau mungkin menahan amarahnya.
“Nora tu memang suka dekat dia pun. Yang awak tak
puas hati sangat ni kenapa?” soalku bengang. Geram betul
dengan dia ni. Sekurang-kurangnya, jagalah hati sahabatku.
Menyesal aku ikut kata mak. Kalau aku tahu tadi begini perangai
dia, lebih baik aku tunda sahaja pertemuan aku dengan Ijai.
Lagi baik!
“Lantak akulah! Cantik ke budaknya?” soal Aizat sambil
menjelingku. Eleh. Bukannya dia sibuk nak tahu pun. Sekadar
ajak berbual sebenarnya. Mesti dia nak tebus balik kesalahan
dia semalam.
“Cantik!” laju sahaja Ijai menjawab sambil
menayangkan giginya.
“Mana cantik dengan Melur?” soalnya pula sambil
memandangku sekejap. Banyak soal pulak mamat samurai ni.
Eh? Dia nak puji aku cantik ke macam mana ni? Mana cantik
dengan aku? Maknanya, aku cantiklah tu. Wahahaha! Bangga
aku.
“Cantik macam Melur.” Puji Ijai bersungguh-sungguh.
“Maknanya tak cantiklah tu.”
Heeeee! Boleh berasap telinga aku mendengarnya.
Bukannya dia nak puji aku. Dikutuknya lagi adalah. Dahi Ijai
sudah berkerut.
“Apa pulak tak cantik? Cantiklah ni.” Ijai menilik
mukaku bersungguh-sungguh.
Tidak lama kemudian, Aizat menghadang mukaku
dengan tapak tangannya. Aku menjeling Aizat geram. Perangai
dia... masya-Allah! ABC aku sedut geram. Kalaulah aku boleh
cucuk straw ni dekat leher samurai dan sedut semua darah dia
sampai pucat macam drakula, kan bagus? Biar padan dengan
muka dia!
“Tak payah nak tenung sangat anak dara mak de aku
eh. Ingat sikit yang kau tu dah bertunang. Ni, budak Melur
ni tak cantik langsung. Selebet. Tak payah tengok lama-lama,
boleh kena kanser mata kau nanti.” Kutuknya bersahaja.
Ewah-ewah anak orang ni dah lama hidup agaknya.
Inilah sebabnya aku tak suka dia join aku dengan Ijai. Mulut dia
tahu nak mengutuk sahaja sampaikan aku naik menyampah.
“Selebet tu adalah sikit.” Ijai mengiakan pula.
Heee! Geram pula aku jadinya. Bagaimana dalam kes
ini Ijai boleh bersekongkol dengan dia?
“Projek apa kau orang nak bincang ni sebenarnya?”
soal Aizat setelah kami bertiga menyepi. Haa, akhirnya kembali
pun dia pada tujuan asal perjumpaan kami.
“Hmm. Nak suruh Melur buatkan hantaran kahwin
aku dengan buat cenderahati untuk tetamu.” Jawab Ijai.
“Oh! Baguslah. Jahanam habis hantaran kau tu nanti.”
Aizat berkata sambil mengangguk-anggukkan kepalanya tanda
bagus! Sindiran dia bagi memang tak bertapis!
Huh! Dia pandang aku tak ada mata. Selama ini
memang kerja aku menggubah hantaran kahwin orang. Dia aje
tak tahu. Aku siap buat duit lagi dengan tangan kreatif aku ni.
Cuma, perkahwinan Ijai sahaja aku tidak mengenakan caj. Aku
buat atas dasar kawan. Orang putih kata, free of charge.
“Eh tidaklah! Dia ni nampak aje selebet. Tangan dia
kreatif, bang. Nak gubah bunga telur dan pelamin pun nanti
dialah juga orangnya. Sentuhan dia, memang hidup. Ramai
yang berpuas hati. Silap hari bulan kalau dia buat arca monyet,
boleh hidup monyet tu. Kalah Deko Bersama Eric.” Bersungguh
Ijai mempertahankan aku daripada dikutuk walaupun dalam
ayatnya ada juga dia mengutukku.
“Aku takut dia ambik monyet kat belakang rumah
aje nanti nak ‘menghidupkan’ sentuhan dia tu. Jangan kau
menyesal kalau majlis kau nanti huru-hara dibuatnya.”
Kutuknya selamba.
Ya Allah, mujurlah aku masih boleh bersabar. Sabar
sikit saja lagi, Melur.
S.A.M.U.R.A.I.
106
“Eh! Tak adalah sampai begitu, kan Melur? Tergamak
ke kau nak letakkan monyet dekat majlis kahwin aku, kan?” Ijai
tersipu-sipu menahan tawa.
Lebih baik aku diam. Mulut ini ingin saja menyembur
orang.
“Oh! Jangan menangis pulak bila runtuh pelamin kau
tu nanti.” Selamba sahaja nadanya tetapi cukup menyakitkan
hati.
“Insya-Allah tak...” Ijai bersuara semakin perlahan. Dia
nak gelak sangat dah tu.
Sabar, Melur...
“Jangan kata aku tak bagi amaran.” Aizat menambah
lagi garam kat hati aku.
Ya Allah, aku memang tak mampu bersabar lagi.
“Heeee! Aku bunuh jugak anak orang ni nanti, Jai.”
Aku masih cuba menahan rasa geram. Bercakap dengan gigi
yang terkacip.
“Jangan nanti ada yang mengadu dapat bunga telur
tanpa telur sudah.” Seronok dia menambahkan rasa sakit
hatiku. Dah berapa banyak ‘jangan’ dah...
Ijai sudah tergelak besar. Tidak dapat lagi membendung
rasa lucu dengan kata-kata Aizat gamaknya. Aku pandang Ijai
dengan pandangan amaran. ‘Berani kau ketawakan aku? Kau
buatlah sendiri hantaran tu semua!’. Terus mati sengihannya.
Hah! Tahu pun takut.
“Eh Melur, kau dengan Abang Aizat jadi aku
punya pengapit, boleh?” soal Ijai mengubah topik. Aku
menggeleng-gelengkan kepalaku. Nak kena hadap muka Aizat
lagi di majlis perkahwinan Ijai? Memang cari nahas betullah
aku kalau setuju.
“Tak naklah!” cepat-cepat aku membentak. Tak mahu.
Dekna Lee
107
“Bila nak langsungnya?” soal Aizat tanpa menjawab
soalan Ijai.
“Empat bulan lagi.” Jawab Ijai sambil tersengih
menampakkan giginya yang agak kuning itu.
“Awal betul buat persiapan. Grand sangat ke majlisnya?
Sempat aku kahwin dulu.” Jawabnya bersahaja dengan gaya
samurainya.
Ada juga yang balik kena kutip gigi sepanjang jalan ni
nanti.
“Prepare awal-awallah, bang. Aku ni nak nikah dengan
anak orang kaya. Anak Dato’. Lainlah kalau kau, bang. Si Leha
tu tak kaya pun. Berlagak aje lebih dengan barang kemas tiruan
dia tu.” Ijai tersengih.
Aku nak tergelak apabila Leha dikutuk Ijai. Muka
Aizat berkerut seribu. Tak pasti sama ada dia keliru atau marah
apabila Lehanya dikutuk Ijai.
“Siapa kata aku nak kahwin dengan Leha? Aku tak
cakap pun yang aku nak kahwin dengan dia.” Jawabnya dengan
muka selambanya.
Ijai ketap bibir. Malu. Samurai ni memang suka
malukan orang dengan kata-kata sinis dia tu. Tambah sedarjah
rasa benci aku terhadapnya. Aku sudah rasa macam nak tikam
orang dengan garpu di dalam bekas sudu ini. Sabar, Melur!
Sabar! Sabar! Sabar!
“Habis? Kau nak kahwin dengan siapa?” soal Ijai
ternganga.
“Melur.” Jawabnya sepatah.
“Uhuk! Uhuk! Uhuk!” serentak itu, aku tersedak kacang
ABC yang sedang aku sedut ni. Kalau tadi aku rasa nak cucuk
dia dengan garpu, tapi sekarang aku rasa nak telan saja garpu
tu. Lagi elok dari mendengar kata-katanya yang mengarut tu.
“Kau ni dah kenapa?” marah Aizat sambil merenungku
S.A.M.U.R.A.I.
108
dengan kerutan di dahinya. Amboi. Marah benar gayanya.
Aku tak dapat menjawab soalan dia. Tekak terasa gatal
dan pedih. Masih terasa kacang yang tidak hancur terlekat di
kerongkong. Laju sahaja Ijai menghulurkan air mineral dalam
botol kecil yang tersedia di atas meja. Sampai berair biji mata
aku akibat tersedak mendengar kata-kata tak berasasnya itu.
Heee. Kenapa pula nak nikah dengan aku?
“Kenapa mesti saya?” soalku geram.
“Leha cantik sangat. Tak padan dengan aku. Orang
dulu-dulu kata, yang cantik jodohnya dengan yang tak kacak.
Saling melengkapi. Yang tinggi dengan yang rendah. Yang
kacak macam aku ni, kenalah dengan yang macam... kau. Kau
faham, kan?” katanya selamba.
Ijai gelak terkekeh-kekeh mendengarnya. Oh! Jadi aku
ni buruklah pada mata dia? Tak guna punya samurai. Sudahlah!
“Mesyuarat dibatalkan! Aku nak... balik!!!” kataku
kuat lantas bangun menepuk meja dan meninggalkan mereka
berdua. Peduli dengan pandangan orang kampung. Mereka ada
mata.

No comments:

Post a Comment