DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 26 May 2016

Encik Suami Mat Saleh Celup - Bab 4

TELATAH angah yang sedang ketawa
terbahak-bahak sambil berguling di atas permaidani kupandang
dengan rasa sebal. Aku hempuk jugak abang aku ni!
“Gelaklah puas-puas. Gelak sampai rahang bawah tu
cramp,” sindirku geram. Angah sudah terbatuk-batuk akibat
terlalu banyak gelak.
“Sorry, sorry! Angah penat hold gelak ni dari tadi.
Tapi sekarang memang tak boleh nak hold lagi. Iman, Iman.
Lawaklah adik angah ni,” balas angah dan kembali ketawa kuat.
“You were not in my shoes at that time,” balasku
dengan nada suara yang sudah bertukar sedih. Aku sedih.
Ingatkan abang aku ni nak membantu, rupa-rupanya membantu
menggelakkan aku adalah. Bertuah sungguh!
“Alolo, sorry dik! So, Iman memang terus cabut lari
dari anak Auntie Julia tu?” soal angah apabila tawanya reda.
“Iman terkejut gila tau time tu. Tiba-tiba reflex action
terus angkat kaki dari situ. Dahlah mat salih tu macam nak cari
gaduh aje,” jawabku. Masih terpahat kuat dalam ingatan betapa
tajamnya mata Ian Hadif!
“Kiranya memang Iman cabut lari dan tinggalkan Ian
sorang-sorang dekat situ?”
“Tak adalah sorang-sorang. Pekerja-pekerja butik yang
lain still ada dalam kedai.”
Angah ketawa lagi. Bantal kecil di atas sofa aku capai
lalu kubaling ke arah angah.
“Iman lupa ke yang Auntie Julia kahwin dengan mat
salih? Uncle Mikhail tu kan British?” soal angah.
“Manalah Iman ingat. Auntie Julia tu pun Iman
ingat-ingat lupa, tau tak. Ini kan pulak nak ingat siapa husband
Auntie Julia and macam mana rupa anak-anak Auntie Julia tu,”
jawabku.
“Okey, let me get this straight. Today, you were
shocked by two unexpected findings. One, you've just met your
so called husband-to-be. And two, he is a ‘mat salih’ ?” soal
angah sambil mengangkat dua jarinya di hadapan aku.
Aku sudah menepuk dahi. Dah datang dah
lawyer-syndrome dia tu.
“I am not your client and we are not in court. Jangan
nak loyar buruk sangat.”
Angah ketawa lagi dan bahuku dipaut erat.
“Mama tahu tak pasal ni?” soal angah sambil
mengangkat kedua-dua belah kening.
“Nope. Jangan gatal mulut nak pergi report kat mama.”
Angah hanya tersengih, menayangkan barisan giginya
yang tersusun rapi. Adui, abang aku ni, kan!
“IMAN, CEPATLAH! Ian dengan umi dia dah sampai depan
rumah ni!” jerit mama dari tingkat bawah.
Aku merapikan tudung, mencapai beg tangan di atas
katil kemudian terus berlari menuruni tangga. Mama sedang
menantiku di muka pintu.
“Mama, kalau mama aje yang pergi boleh? Iman ingat,
Iman nak tinggal dekat rumah ajelah. Kesian rumah kita ni
tak ada orang nak jaga,” ujarku, masih tidak mahu keluar dari
rumah. Aduh, apa lagi alasan yang logik yang boleh aku bagi
dekat mama?
Bila petang semalam mama memberitahu yang Ian
mahu berbincang tentang hal kahwin, aku terus spontan
melompat dari sofa. Dah macam peserta sukan Olimpik untuk
acara lompat jauh! Membayangkan yang aku perlu menghadap
mat salih yang mempunyai sepasang mata yang sangat tajam
itu, perutku terus terasa kecut.
“Dah, dah! Jangan nak bagi alasan kindergarten. Ni
siapa yang nak kahwin ni? Iman ke mama?” balas mama sambil
bercekak pinggang.
“Mamalah.” Aku sempat tersengih sambil tayang muka
yakin.
“Tak pun, Iman pergi sorang ajelah. Mama jaga rumah.
Tak adalah Iman risau pasal rumah ni nanti,” sindir mama.
“Ala, mama. Iman gurau aje tadi. Jom, jom kita gerak
sekarang.” Aku pantas menyarung kasut, mengunci pintu dan
menarik tangan mama. Mama tak ikut? Boleh jadi lagi haru
nanti!
Pintu kereta BMW X6 hitam itu dibuka dan kami
memboloskan diri untuk masuk ke dalam kereta selepas
memberi salam. Apabila anak mataku bertemu dengan anak
mata Ian menerusi cermin pandang belakang, darahku terasa
kering. Hailah, salah pilih tempat duduklah pulak!
“Mama, tukar tempat dengan Iman boleh tak?” bisikku
perlahan. Kenapalah aku pandai sangat pergi duduk belakang
tempat duduk pemandu ni?
“Nak tukar kenapa pulak? Tak naklah. Susah mama nak
sembang dengan Auntie Julia ni.” Jawapan mama membuatkan
darahku terasa kering kembali.
Aku sudah menggigit bibir dan memandang
keluar tingkap. Kemudian kereta bergerak perlahan-lahan
meninggalkan pekarangan rumah. Mama dan Auntie Julia
rancak bersembang. Sesekali Auntie Julia berbual pula
denganku. Ian Hadif hanya membisu sedari tadi dan lebih
fokus terhadap pemanduannya. Aku agak, mungkin dia tidak
biasa memandu di sekitar kawasan Kuala Lumpur kerana
kadang-kadang dia terkial-kial mencari jalan.
“Ian memang tak banyak cakap sebab bahasa Melayu
dia tak fluent sangat,” beritahu Auntie Julia tiba-tiba. Aku
sangat terkejut.
“Dah lama sangat duduk dekat UK tu sampai bahasa
ibunda sendiri tak fasih,” tambah Auntie Julia lagi. Menerusi
cermin pandang belakang, aku dapat mengintai wajah Ian yang
tidak berubah riak.
“Kalau kita mengata dia, dia faham tak, auntie?” soalku
tiba-tiba membuatkan mama mencubit lenganku.
“Faham, tapi dia akan reply in English. Tapi kalau kita
cakap laju-laju sangat or guna bahasa Melayu yang bombastik,
dia susah sikit nak faham,” jawab Auntie Julia berserta tawa
kecil.
Aku ketawa jahat dalam hati. Ni memang anak mat salih
celup betul! Rasanya kalau kena celup dalam sambal belacan
macam orang suka celupkan biskut Oreo di dalam susu, mesti
mamat ni jadi orang Melayu balik. Anak mataku berlaga dengan
sepasang anak mata berwarna kelabu cair itu lagi. Alamak, dia
nampak ke aku tengah sengih-sengih jahat tadi?
Kereta diparkirkan dengan berhati-hati tidak jauh dari
Restoran Murni di kawasan Kepong. Mama sudah menonong
berjalan dahulu bersama Auntie Julia. Pada mulanya memang
aku nak angkat kaki jugak, tapi kesian pulak nak tinggalkan
mat salih celup tu terkial-kial sorang-sorang. Penampilan Ian
yang ringkas dengan kemeja checkered berwarna biru dan putih
yang dipadankan dengan seluar khaki itu kupandang sekilas.
“Too hot, am I?”
Aku terus terbatuk-batuk. Terasa mahu muntah
warna-warni di situ jugak. Wah, mat salih ini pandai angkat
bakul masuk sendiri rupa-rupanya! Wajah Ian yang sedang
tersenyum sinis itu kupandang lagi.
“Jangan nak perasan sangat, ya,” jawabku
dan cepat-cepat mengatur langkah. Ian terkebil-kebil
memandangku. Aku kesah apa dia tak faham bahasa Melayu!
“Amani.”
Langkahku terhenti. Siapa Amani? Eh, itu kan
nama aku jugak! Aku berpaling dan kelihatan Ian berjalan
menghampiriku.
“You still owe me an explanation. You left me clueless
that day?” soal Ian.
“Saya boleh explain. Tapi bukan dalam English tapi
dalam bahasa Melayu. Boleh?” soalku pula. Ian terdiam.
“That’s unfair for me. I don’t understand Malay well.”
“As if I can understand your British slang very well.”
Ian terdiam kembali. Erk, aku salah cakap ke? Inilah
orang zaman sekarang. Mentang-mentanglah dah lama duduk
di luar negara, bila balik tanah tumpah darah, bahasa ibunda
pun tak reti. Kelihatan mama dan Auntie Julia melambai dari
kejauhan agar aku dan Ian bergerak ke arah mereka.
“Sembang apa dekat tengah-tengah jalan tu?” tegur
mama sebaik sahaja aku melabuhkan duduk di sebelahnya. Ian
mengambil tempat berhadapan denganku.
“Tak ada apa, mama,” jawabku sambil tersengih. Anak
mataku dapat menangkap mama berbalas senyuman dengan
Auntie Julia.
Kami memesan makanan kemudian mama dan Auntie
Julia meneruskan perbualan mereka yang berkisar tentang
majlis perkahwinan aku dengan mat salih celup yang tengah
termenung dekat depan aku ni. Anak mataku menangkap riak
wajah mama dan Auntie Julia yang kelihatan sangat gembira
dan teruja.
“So Ian, what say you? Is everything okay?” soal
Auntie Julia lembut.
“Errr, sorry umi. I wasn’t listening just now. What
have I missed?” soal Ian, bingung.
“We were discussing about your wedding with Iman.
We will follow the original date, which will be a month from
now,” jawab Auntie Julia lalu tersenyum ke arahku yang hanya
menjadi pendengar sejak tadi.
“A month from now should be okay,” Jawab Ian
perlahan.
“Iman okey?” soal Auntie Julia. Aku angguk.
“Alhamdulillah. Then, we’ll proceed with the wedding
preparation,” balas Auntie Julia.
Aku memandang ke arah Ian. Cuba mentafsir riak
wajah lelaki ini. Kosong! Dia ni betul ke nak kahwin? Aku rasa
mesti umi dia yang paksa dia ni. Kalau tak, takkanlah dia asyik
tunjuk muka protes depan aku.
“Lagi awal lagi bagus, kan? When are you going back
to UK?” soal Auntie Julia lagi. Ian terdiam sebentar.
“Next Sunday. Since I'll be settling down here after the
wedding, I have to finish up some matters there,” keluh Ian.
“Ian punya firm macam mana?” soal Auntie Julia.
Firm? Mamat ni lawyer ke? Alamak, another lawyer in
the house? Lepas ni memang jadi geng angahlah pulak!
“I need to discuss with the other partners. Since it is a
partnership, things get a bit complicated. Maybe the rest of the
partners need to re-register the firm if they want to continue
the partnership. We may even have to sell the building and
other assets.”
“Ian lawyer ke?” Kedengaran pula suara mama
bertanya.
Ian menggeleng sambil tersenyum. Dia senyum? Eh,
aku ingat mat salih ni tak reti nak senyum!
“Nope, I am an architect. That firm is an architecture
firm,” jawab Ian sopan.
Hah, reti pun dia cakap lembut-lembut. Aku ingat tak
reti! Adui, monolog dalaman aku ni memang aktif bersuara dari
tadi.
“Apa yang Iman terkumat-kamit tu?” soal mama.
“Hah?” Aku terus geleng sambil tersengih.
“Mama Iman cerita Iman dulu belajar dekat UK jugak,
ya?” Kali ini perbualan Auntie Julia beralih kepada diriku pula.
“Haah, auntie. Iman study dekat Wales, Cardiff
University,” jawabku.
“Ambil course apa?”
“Accounting and finance, degree.”
“La, ya ke? Auntie ingat Iman ambil fashion designing
since Iman ada business butik pengantin.”
Aku ketawa kecil.
“Fashion designing patut pergi Paris, auntie. Tak pun
further study ke Itali. Iman ni nak ambil fashion designing?
Memang hancurlah jawabnya! Nak lukis orang lidi pun struggle,
inikan pulak nak design baju. Lagipun butik pengantin tu mama
punya, Iman tolong jaga aje,” terangku panjang lebar. Auntie
Julia dan mama ketawa serentak. Hanya seorang sahaja yang
terkeluar dari perbualan ini, si mat salih celup yang sedang
sibuk dengan iPhone miliknya.
Perbualan sambil menikmati makan malam menjurus
ke arah persiapan perkahwinan pula. Sesekali sahaja aku
menyampuk sementara Ian hanya mendiamkan diri. Aku rasa,
mungkin masalah bahasa membuatkan dia diam sebegitu.
“Amani,” panggil Ian selesai membuat pembayaran.
Aku yang pada mulanya mahu mengejar langkah mama yang
sudah bergerak ke arah kereta, berhenti melangkah.
“Yes, Mister Ian. What can I do for you?” soalku.
“Will you be at your boutique tomorrow morning?”
Soalanku berbalas dengan soalan juga.
“If I have no appointment, then yes. Why?”
“I want to meet you tomorrow, at your boutique. We
still have some unfinished business.”
Aku sudah mengeluh. Haih, tak habis lagi ke isu ni?
Dia ni memang degil betullah!
“Fine, we will settle them all tomorrow. Kalau tak,
mulut awak tu macam punggung ayam. Tak boleh berhenti
tanya benda yang sama.’’
“Pung… What? I didn't get what you were saying.’’
Aku sudah tergelak-gelak. Yes, lepas ni memang
senang nak mengutuk dia. Cakap depan-depan pun bukannya
dia faham. Aku sudah tersengih jahat.

No comments:

Post a Comment