DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 12 May 2016

Demi Bahagia Ini - Bab3

QISTINA menunggu giliran untuk dipanggil
masuk ke dalam bilik. Temu duga pertama sejak pulang ke
tanah air. Pelik juga mengenangkan bagaimana Qistina boleh
berada di sini. Ketika sibuk bermanja-manja dengan Mak Esah,
berulang-alik ke pekan Tapah bersama Timah, Qistina terbaca
iklan di surat khabar The Star mengenai peluang pekerjaan
ini. Walaupun pekerjaan ini langsung tidak berkaitan dengan
bidang yang diceburinya, namun iklan yang tertera di surat
khabar menarik perhatiannya.
“Kau serius ke, Ina? Bukan kau nak jadi accountant
ke? Ni bukan kerja untuk jadi accountant. Yang kau beria
sangat nak apply tu kenapa?” Timah menyoal Qistina sebaik
sahaja Qistina menunjukkan iklan tersebut kepada Timah. Dia
hairan betul dengan minat yang dipamerkan Qistina terhadap
keratan akhbar itu.
“Tim, kau tak nampak ke ni. Location in London.
Peluang keemasan ni! Kontrak kerja dia setahun je. Tak lama.
Bila aku dah ada kat sana nanti, lagi senang aku nak cari kerja
kat sana. Ni kira macam batu loncatan aku jelah,” jelas Qistina.
“Biar betul kau, Ina. Habis tu, nak buat apa ni?” Timah
masih terpinga-pinga.
“Hesy, blurlah kau ni. Aku calllah nombor tu dulu.
Buat appointment untuk temu duga. Tak tentu dapat lagi ke
tak.”
Sehari selepas Qistina membuat panggilan, dia
dipanggil untuk ditemu duga. Qistina meninggalkan rumah
Pak Atan dan Mak Esah kurang dua hari daripada tarikh yang
dijanjikan.
“Alah, Tim. Janganlah monyok. Nanti lepas interview,
aku call kau. Terima kasihlah bagi kunci rumah kat aku. Nanti
kau balik lusa, aku tunggu kau kat rumah.”
Timah hanya mencebikkan wajah. Qistina ketawa
melihat gelagat kawannya itu. Sedih meninggalkan Timah, Pak
Atan dan Mak Esah tetapi digagahkan juga pulang berseorangan
ke Kuala Lumpur.
‘Ya Allah. Bukakanlah peluang pekerjaan ini untuk
hamba-Mu Ya Allah, sekiranya ia terbaik untukku…’
Qistina membetulkan baju kurung di badannya. Tidak
lama kemudian, dia dipanggil masuk oleh seorang perempuan
Cina yang duduk di meja tidak jauh dari pintu bilik.
“Awak boleh masuk sekarang,” jemput perempuan tadi
penuh sopan. Perempuan Cina itu bangun dan membukakan
pintu bilik untuk Qistina. Senyumannya mesra.
Qistina bangun dan mengambil nafas dalam-dalam.
Pelik juga dia dipanggil hadir ke sesi temu duga untuk menjadi
seorang peneman atau companion di pejabat yang serba mewah
ini. Sangkanya sesi temu duga akan diadakan di rumah atau
pun di hospital.
Dengan lafaz Bismillah, langkah diatur masuk ke
dalam bilik pejabat dengan perlahan. Dia hanya memaut
beg galasnya. Tidak terfikir untuk membawa sebarang sijil
bersamanya, memandangkan pekerjaan yang dimohon tidak
bersangkut-paut langsung dengan kelulusannya. Pintu ditutup
rapat perempuan Cina tadi.
‘Ya Allah, besarnya bilik ni. Orang yang nak interview
aku ni, bos besar ke?’ Fikir Qistina sendirian.
Matanya kini tertumpu ke meja besar di dalam bilik itu.
Seorang lelaki sedang duduk membelakangkan tingkap kaca
sambil tunduk mengamati dokumen di atas mejanya. Qistina
menghampiri meja besar itu sehingga tubuhnya bersentuhan
dengan kerusi di hadapan meja itu.
“Selamat pagi, encik,” Qistina menyapa, sedikit gugup.
Lelaki itu mendongak. Mata bertentang mata.
‘Ya Allah... Dia ni mat salih ke? Mata biru, rambut hitam
pekat, kulit cerah tapi ada iras-iras campuran di wajahnya.’
Qistina menelan air liurnya. Semakin gugup dia ditenung
begitu tajam oleh lelaki tadi. Lama mata mereka saling bertaut,
mengundang debaran di dada Qistina.
Akhirnya, “Sit!” Tegas lelaki itu bersuara, sambil
menunjukkan ke arah kerusi yang paling hampir dengan
Qistina.
Qistina menarik kerusi dan duduk seperti yang
diminta. Setiap pergerakannya diamati lelaki tadi. Qistina
memandang lelaki itu. Oleh kerana lelaki itu juga tidak putusputus
merenungnya, Qistina melabuhkan pandangannya ke
atas meja.
‘Mak datuk! Spesies mana datangnya lelaki ni?
Handsome ya amat! Atau kalau nak ikut ayat yang selalu
diungkapkan Timah, handsome tahap gaban! Ada iras-iras
pelakon Hollywood Hugh Jackman yang gila macho tu.’ Qistina
membanding lelaki di hadapannya dengan pelakon popular
yang membintangi cerita X-Men itu.
“I’m Qistina, sir. I have come regarding the ad
placed in The Star recently for a female Muslim companion?”
Qistina memberanikan diri memulakan sesi temu duga sambil
memandang ke arah lelaki tadi. Lelaki tadi mengangkat
keningnya. Mungkin tidak sangka Qistina boleh bercakap
Bahasa Inggeris dengan begitu fasih sekali.
‘Apa? Kampung sangat ke baju kurung aku ni? Ingat
aku tak reti speaking London ke?’ Qistina menggumam dalam
hati.
“Hmmm… jadi awak boleh cakap Bahasa Inggeris?”
Lelaki itu bertanya.
‘Hesy... Bila aku cakap Melayu dia cakap orang putih.
Bila aku cakap orang putih, dia cakap Melayu! Pening kepala
aku ni.’
Fasih lelaki itu berbahasa Melayu. Langsung tiada
pelat.
Qistina mengangguk. “Ya, encik. Boleh…”
“Good!” Lelaki itu merenung gadis di hadapannya.
Kagum sebentar dengan kelancaran pertuturan bahasa Inggeris
gadis itu.
Kalau tengok gaya, memang dia tidak menyangkakan
bahawa gadis itu boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan begitu
fasih sekali. Seorang yang lancar Berbahasa Inggeris seperti
gadis itu tadi mesti seorang yang berpelajaran. Terpegun juga
dengan wajah gadis itu yang sungguh jelita. Dia turut berasa
hairan dengan reaksi tubuhnya ketika bertentang mata dengan
gadis itu tadi. Bagai nak terkeluar isi jantungnya, seolah-olah
tidak terkawal. Kenapa agaknya ya?
“Kenapa awak apply untuk kerja ni?” Sepasang
matanya yang biru masih tajam merenung gadis di hadapannya.
“Sebab saya perlukan pekerjaan sekarang ni, encik.”
Qistina menjawab berterus terang.
“Awak pernah jadi companion untuk orang tua?”
Qistina suka mendengar suara lelaki itu. Sungguh dalam dan
sexy.
“Pernah atau tidak?” Tanya lelaki itu sekali lagi apabila
melihatkan Qistina tidak membalas pertanyaannya yang
pertama kali.
‘Mak ai, garangnya!’
“Errr… tak pernah, encik.” Membulat sedikit mata
Qistina.
“Saya sedang mencari companion untuk ibu saya.
Umur dia lima puluh lima tahun. Dia tak berapa sihat tapi dia
sudah ada jururawat peribadinya sendiri. Saya tak perlukan
jururawat. Ibu saya perlukan teman bercakap because she is
very lonely, terutama sekali kalau saya datang KL atas urusan
perniagaan.”
Qistina mendengar penjelasan lelaki di hadapannya.
Dia masih tidak tahu nama lelaki itu.
“Ibu Encik tinggal di London ke?”
“Ye. Dia ada kat London. Rumah kami di sana,”
ujar lelaki itu. Qistina menganggukkan kepalanya tanda dia
mengerti.
“Selalu ke encik tinggalkan ibu encik untuk datang ke
KL?”
“Tak selalu. Mungkin dua atau tiga bulan sekali. Awak
orang yang ketiga yang saya interview. Saya kena buat pilihan
cepat sebab minggu depan saya akan balik ke London. Kalau
boleh, saya nak bawak balik sekali calon yang berjaya.”
Lelaki itu menyandarkan tubuh ke kerusi empuknya.
Matanya masih melekap pada wajah Qistina sehingga Qistina
tidak senang duduk.
“You look very young. Umur awak berapa tahun?”
“Dua puluh tiga. Nak masuk dua puluh empat, encik.”
“Married?”
Qistina menggelengkan kepalanya. “Belum lagi, encik.”
“Belum lagi, maknanya awak akan berkahwin dalam
masa terdekat ni?”
“Eh, tak encik. Tu bukan maksud saya. Saya hanya
menjawab saya belum berkahwin.” Gabra sekejap.
“Ada pasport?”
“Ada, encik.” Macam peluru lelaki itu bertanyakan
soalan-soalannya.
“Parents awak okey ke kalau awak kena kerja di
London?”
“Diaorang tak kisah, encik.” Qistina menjawab
perlahan. Memang mama dan papanya tidak akan kisah
tentangnya lagi.
“Boyfriend awak okey?”
“Errr… saya takde boyfriend, encik.” Tidak berkelip
lelaki itu memandang wajah Qistina. Lelaki itu tersenyum
sumbing mendengar balasan Qistina. Pelik!
“Awak ada apa-apa soalan nak tanya saya pasal kerja
ni?”
Qistina mengangguk. Banyak sebenarnya yang dia
mahu tahu daripada bakal majikannya yang kacak lagi menawan
ini. Chewah…
“Errr… boleh saya tahu nama encik?” Teragak-agak
Qistina bertanya.
“Oh, lupa pulak saya. Nama saya Ian Iskandar.” Qistina
mengagakkan bahawa majikannya ini campuran Melayu dan
Inggeris.
“Kontrak hanya untuk setahun, kan encik?”
“Ya, itu pun kalau ibu saya suka dengan pilihan saya.
Kalau ibu saya tidak suka dengan perempuan tu atau tidak
serasi, kontrak boleh ditamatkan dengan serta-merta. Awak
faham?” Tegas Ian Iskandar bersuara.
Qistina mengangguk. “Gaji, macam mana encik?”
“£1,500 sebulan.” ‘Fuh! Banyak tu,’ terlintas dalam
fikiran Qistina.
“Job scope dia macam mana, encik?”
“Tak susah. Hanya perlu melayan ibu saya setiap hari.
Berbual dengan dia, bacakan surat khabar untuk dia, apa saja
yang dia perlukan daripada seorang teman. Ibu saya tidak boleh
berjalan, tapi hal-hal berkaitan kesihatannya awak tak perlu
risau. Yang tu, jururawat peribadinya akan buat… Awak pandai
melayan orang tua?”
Qistina memikirkan Mak Esah. “Ye, encik. Boleh.”
Ian Iskandar masih merenung Qistina. Entah mengapa
gadis itu menarik perhatiannya. Matanya tidak dapat dilarikan
dari wajah gadis itu. Pasti ibunya akan menyukai gadis ini.
Lembut, ayu serta berbudi bahasa. Walaupun ibunya berbangsa
Inggeris, namun budaya dan adat Melayu sudah sebati dengan
jiwa ibunya. Ian Iskandar sudah membuat keputusannya. Dia
yakin.
“Err... Encik. Mengapa encik cari orang Malaysia untuk
jadi peneman ibu encik? Ibu encik berbangsa Inggeris, kan?”
Ian Iskandar tersenyum. Qistina terpanar melihat
ketampanan wajah di hadapannya itu. Senyuman itu bagai
menarik-narik hatinya.
‘Isy, kenapa pulak dengan aku ni?’ Sesungguhnya
Qistina tidak mengerti apa yang sedang berlaku ke atas dirinya.
“My mother misses Malaysia. Dia tak nak perempuan
Inggeris teman dia. Dia nak perempuan dari Malaysia.”
“Dalam iklan encik tu, encik kata perlukan perempuan
Muslim, kan?”
“Ye, betul. Itu permintaan ibu saya. Saya tak boleh nak
jelaskan sebabnya kepada awak sekarang ni, but you will know
soon.”
“Encik, bila encik akan buat keputusan pasal
permohonan saya ni?” Teragak-agak Qistina bertanya. Dia
perlukan kepastian. Dia perlu tahu sama ada dia akan diberikan
peluang ini atau sebaliknya. Pekerjaan baharu harus dicari,
sekiranya peluangnya di sini tertutup rapat.
“Saya sudah pun buat keputusan saya.”
Qistina memandang wajah Ian Iskandar. Dari riak
wajah lelaki itu yang begitu serius, Qistina seolah dapat meneka
bahawa permohonannya telah pun ditolak. Qistina tunduk.
Dia menelan air liur yang terasa begitu pahit. Niatnya untuk
bangun dan berlalu dari situ terbantut apabila Ian Iskandar
kembali bersuara.
“Kemas barang awak. Kita akan bertolak ke London
hari Rabu depan. Awak tak perlu bawak baju untuk musim
sejuk sebab sekarang tengah musim panas. Bila perlu, awak beli
saja masa kat sana nanti…”
Mata Qistina membulat. Mulutnya sedikit ternganga.
Betul ke apa yang didengarinya ini? Bertolak Rabu depan?
Musim panas? Memanglah sekarang tengah musim panas. Dia
tahu sebab dia baru sahaja meninggalkan kota London sejurus
selepas tamatnya majlis konvokesyen baru-baru ini. Namun,
tidaklah perlu dia menceritakan apa-apa yang tidak perlu
diceritakan kepada majikannya ini.
‘Lagi sikit dia tahu pasal aku, lagi bagus!’
“Kenapa awak tercengang ni?” Tanya Ian Iskandar
sedikit sinis melihat reaksi beku Qistina.
“Awak nak kerja ni ke tak nak?”
Qistina pantas menganggukkan kepalanya. “Nak encik,
nak… saya terkejut je. Tak sangka akan dapat kerja ni on the
spot.”
“Bagus.” Ian Iskandar mencapai gagang telefon di sisi
mejanya. “Lisa, come in. Bawa kontrak sekali.”
Perempuan Cina merangkap setiausaha Ian Iskandar
masuk ke dalam bilik sambil memegang buku nota kecil
dan sebuah sampul surat. Dia berdiri di sebelah meja dan
menghulurkan sampul surat kepada bosnya. Kemudian dia
tekun mengambil nota arahan bosnya.
“Saya mahu awak tempah satu tiket sehala ke London
untuk Cik Qistina ni. Sama penerbangan dan masa dengan saya.
Take her details.”
Perempuan bernama Lisa itu mengangguk. “Anything
else, sir?”
“Ya, call British Embassy. Tanya mereka sama ada dia
perlukan permit kerja atau tidak untuk bekerja sebagai peneman
ibu saya selama setahun. Jika perlu, sila uruskan a-s-a-p.” Ian
Iskandar memalingkan wajahnya dan memandang Qistina yang
masih terpaku di atas kerusi.
“Awak ikut Lisa. Bagi dia salinan pasport awak. Apaapa
hal pasal tiket awak, deal dengan Lisa. I will see you at
the airport next Wednesday. Ni kontrak pekerjaan. Baca dan
tandatangan. Saya nak balik kontrak ni esok pagi. Faham?”
Qistina mengangguk. Dia bangun.
“Terima kasih, encik. Thank you for this opportunity.”
Ikhlas senyuman yang diukirkan untuk Ian Iskandar. Terpanar
Ian Iskandar melihat lesung pipit di pipi kanan gadis itu.
Hatinya tertawan.
Qistina mengatur langkah mengikut Lisa keluar dari
bilik Ian Iskandar. Ian Iskandar hanya memerhatikan sehingga
gadis itu hilang dari pandangan. Dia menarik nafas lega.
Tersenyum dia mengenangkan riak terkejut pada wajah gadis
itu tadi, dan pantas diikuti dengan raut wajah yang sungguh
lega.
Gadis itu penuh misteri. Matanya mencerminkan
kesedihan ketika ditanya sama ada kedua orang tuanya akan
mengizinkan pemergiannya ke London. Ian Iskandar mengakui
dia merasakan sedikit terganggu melihat kesedihan yang
terpancar dari mata gadis itu tadi.
Kenapa agaknya dia merasakan begitu? Dan mengapa
pula gadis semuda itu seakan mahu lari dari negara asalnya
dan berhijrah ke sebuah negara yang begitu asing baginya?
Walaupun setahun bukanlah satu jangka masa yang panjang,
namun dia tertanya-tanya mengapa gadis itu mahu mencari
peluang pekerjaan sehingga ke London. Adakah dia sedang lari
daripada sesuatu atau seseorang?
Dia bertekad untuk tahu lebih lanjut lagi mengenai
gadis tadi. Tidak sabar untuk bertemu kembali hari Rabu depan
di KLIA.
“TIM, AKU dapat kerja tu,” girang sahaja suara Qistina di telefon
sebaik sahaja salam Timah dijawabnya. Timah di hujung talian
terus merasa sedih dan mengeluh kecil. Digenggamnya telefon
bimbit kuat-kuat. Takut terlepas.
“Tim... Kenapa kau senyap je? Kau tak suka, ya?”
Qistina seakan merajuk. Dia membetulkan duduknya di atas
kerusi rotan di ruang tamu flat Timah.
“Bukan aku tak suka,” balas Timah perlahan. “Aku
sedih je… aku happy sangat bila kau baru je balik. Sekarang
kau nak pergi London balik.” Timah sudah pun mengerti
sepenuhnya mengapa kedua orang tuanya merelakan dan
menyokong pemergian Qistina ke London. Dia memahami
pemergian temannya itu jauh dari Malaysia merupakan suatu
perkara terbaik buat Qistina buat masa ini. Tetapi itu tidak
bermaksud dia perlu merasa gembira bukan?
“Bila kau bertolak?”
“Rabu depan, Tim.”
“Ya Allah! Cepatnya…”
Qistina mendengar tangisan kecil Timah di hujung
talian. Matanya mula berkaca. Turut merasakan kesedihan yang
dirasakan temannya itu.
“Tim, kau sorang jelah kawan yang paling aku sayang
dalam dunia ni. Aku sayang kau lebih daripada aku sayang
abang dan kakak aku sendiri. Masa aku kat London selama ni
pun, aku takde kawan serapat kau. Aku sedih kena tinggalkan
kau Tim, tapi aku terpaksa. Aku harap kau faham, Tim.”
Kata rayuan Qistina menghiris hati Timah. Tangisan
terlerai jua dari kelopak matanya.
“Aku faham, Ina. Aku faham sangat-sangat. Aku tak
pernah rasa benci pada papa kau sebenci yang aku rasakan
sekarang…”
“Jangan, Tim. Jangan benci papa aku. Allah belum
bukakan hati dia lagi untuk bertaubat. Kau janganlah benci dia,
Tim. Kau doakanlah papa aku tu. Selama ni aku sorang je yang
berdoa. Mana tahu mungkin, bila kau doakan sekali dengan
aku, lagi cepat papa aku sedar.”
“Aku tak pernah jumpa orang sebaik dan semulia kau
Ina,” kata-kata Timah membuatkan Qistina menangis teresakesak.
Terharu dengan pujian ikhlas kawannya itu.
Selepas tangisannya reda, Qistina bersuara.
“Cepatlah balik, Tim. Aku tunggu kau esok ya. Kau
sampai petang, kan? Tengah hari esok aku kena pergi balik
pejabat bos aku tu. Aku kena ambik tiket kapal terbang dan
pulangkan salinan kontrak. Insya-Allah bila kau sampai rumah,
aku dah balik. Kalau tak... kau telefonlah aku, ya?”
“Okey. Mak dan ayah kirim salam sayang kat kau.”
Qistina terkedu. “Tim, tolong sampaikan salam
kemaafan aku pada mak dan ayah kau ya. Aku tak sempat nak
balik sebelum bertolak ke London.”
“Yalah. Nanti aku sampaikan. Aku jumpa kau esok, Ina.
Assalamualaikum.”
Qistina menjawab salam Timah sebelum mematikan
talian. Wajah Mak Esah dan Pak Atan bermain di depan matanya.
Belum puas bermanja, kini mereka terpaksa berpisah lagi.
‘Ya Allah, Kau panjangkanlah umur Mak Esah dan Pak
Atan agar aku masih berpeluang menziarahi mereka tahun
depan.’
Selepas melayan perasaan rindu selama beberapa
minit, Qistina mencapai salinan kontrak yang dicampakkan di
atas meja sebentar tadi. Ringkas kontraknya. Tidak berjela-jela.
Segala yang dijelaskan oleh Ian Iskandar tadi jelas tertera dalam
kontrak. Tempoh perkhidmatan selama setahun, gaji bulanan,
skop pekerjaan dan sebagainya. Namun ada juga terma-terma
yang tidak dinyatakan secara langsung kepada Qistina tadi.
1. Qistina disyaratkan untuk tinggal di rumah
ibu Ian Iskandar bagi memudahkan dia
melakukan kerja-kerjanya.
2. Makan dan minum ketika di rumah akan
ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan.
3. Qistina hendaklah bertugas dari hari Isnin
hingga Jumaat, Sabtu separuh hari, dan
diberikan cuti pada hari Ahad. Waktu bekerja
dan waktu rehat juga jelas diperincikan.
4. Hanya dengan persetujuan bersama antara
Ian Iskandar dengan Qistina, barulah tempoh
kontrak boleh dipanjangkan ke setahun lagi.
Qistina tiada masalah dengan terma-terma perjanjian.
Lantas dicapainya pen berdakwat hitam dan menandatangani
semua salinan kontrak. Untuk setahun yang akan datang ini,
Qistina benar-benar berharap hidupnya tidak akan diganggu
papanya. Yang terbaik, adalah sekiranya si Remy pula dapat
berkahwin dengan perempuan lain sebelum kepulangannya ke
Malaysia nanti. Itulah yang paling diharap-harapkannya.

No comments:

Post a Comment