DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 26 May 2016

Isteri Dalam Sangkar - Bab 16

“BOSS… Tengku Mummy on the line.” Suara
Syeeda yang berkumandang dari interkom membantutkan
kerja Tengku Iskandar di depan komputer. Mengeluh sedikit
tatkala nama Tengku Mummy disebut. Jika mummy yang
menelefon, pasti ada sesuatu yang dimahukannya.
“Okey. Sambungkan panggilan.” Jawab Tengku
Iskandar. Dia bangkit dari duduk lalu beralih ke sofa putih
yang terdapat dalam biliknya itu dengan gagang diletakkan
ke tepi telinga.
“Assalamualaikum mummy.”
“Waalaikumussalam.”
“Ada apa mummy call Is ni?”
“Aik? Mummy nak call anak mummy sendiri pun tak
boleh ke?” soalan dibalas dengan soalan.
Tengku Iskandar tersengih. Sedar akan keterlanjuran
soalannya. Tak pasal-pasal dia sudah kena tempelak dengan
mummy. Memanglah tidak salah mummy menelefon. Tapi
jika mummy sudah menelefon, pasti ada hal penting yang
ingin diberitahu mummynya itu.
“Bukanlah tak boleh mummy. Cuma Is dapat rasa
kalau mummy yang telefon mesti ada hal penting.”
“Baguslah kalau Is dah tahu. Tak payahlah mummy
nak cakap panjang berjela. Mummy nak Is balik rumah
hujung minggu depan.”
“Hai… hari ni baru masuk hari Rabu, mummy
dah buat appointment untuk hujung minggu depan
dengan Is. Kelakar la mummy ni.” Tengku Iskandar ketawa
terbahak-bahak.
“Takde yang kelakarnya, Tengku Iskandar. Mummy
sengaja nak inform Is awal-awal. Mummy bukannya tak
faham dengan perangai Is yang banyak sangat alasan tu. Kalau
mummy call last minute, pasti Is bagi alasan macam-macam
dekat mummy.” Tegas suara Tengku Maria.
Ketawa Tengku Iskandar mulai reda.
“Kenapa nak suruh Is balik ni?”
“Takkan nak suruh anak balik ke rumah sendiri pun
tak boleh? Kenapa? Is dah tak suka nak balik ke rumah kita
lagi ke?” keras nada suara Tengku Maria mendengar soalan
anaknya tadi, membuatkan hatinya panas.
Tengku Iskandar menghela nafas.
“Bukan tak boleh tapi mummy tahukan Is ni selalu
sibuk.”
“Pasal tu mummy inform awal-awal. Mummy nak
Is balik malam minggu depan. Mummy buat makan-makan
sikit. Jemput Auntie Ku’ Za dengan Uncle Megat.” Ujar Tengku
Maria tanpa berselindung. Lebih baik dia beritahu Tengku
Iskandar awal-awal bahawa dia menjemput sepupunya itu
anak beranak makan di rumah mereka.
Mendengar nama Auntie Ku’ Za dan Uncle Megat
Sufian, semangat Tengku Iskandar jadi lemah. Dia tak
berkenan bersemuka dengan keluarga itu, sedangkan dulu
dia pernah rapat dengan mereka. Cuma sejak kejadian antara
dia dengan Puteri Waiduri, dia berusaha menjarakkan diri
dengan keluarga Uncle Megat.
“Is tak boleh janjilah mummy. Hujung minggu
depan Is ada janji dengan Tengku Danish nak lawat tapak
projek dekat Shah Alam tu. Nak tengok dah sampai mana
diaorang buat kerja pembinaan untuk projek tu.” Tengku
Iskandar memberi alasan. Sebenarnya dia tiada janji dengan
Tengku Danish. Sengaja dia berkata begitu agar mummy
tidak mengesyaki niatnya yang mahu mengelak.
“Jangan nak bagi banyak alasan Tengku Iskandar!”
Tengku Maria sudah mula menyebut nama penuh anak
lelakinya itu. Tanda dia sedang marah.
“Is ingat mummy tak tahu aktiviti hujung minggu
Is? Jumpa Tengku Danish konon! Macamlah mummy ni tak
tahu sangat yang Is nak berfoya-foya dengan teman-teman
wanita Is yang tak senonoh tu. Dah! Mummy tak nak dengar
apa-apa alasan lagi. Mummy mahu Is balik rumah hujung
minggu depan. Kalau tak, jangan harap Is dapat duduk
kerusi CEO TG Holdings.” Putus Tengku Maria dengan tegas.
Jika hanya dengan cara ugutan itu dia dapat menundukkan
Tengku Iskandar, dia akan gunakannya.
Tengku Iskandar mendengus. Mummy tahu sangat
mencari kelemahannya, membuatkan dia terpaksa mengalah
dengan kehendak mummy yang satu itu.
“Yalah... Is balik.” Dalam keterpaksaan, Tengku
Iskandar bersetuju. Lemah suaranya menuturkan kata
menuruti kehendak mummynya itu. Semua dilakukan demi
kerusi CEO yang diimpikan selama ini. Dia mahu buktikan
kepada seseorang, bahawa dia juga mampu menjadi seorang
yang hebat.
“Good! That's my son. Hujung minggu ni mummy
tunggu Is. Nanti mummy masak sedap-sedap khas untuk
Is. Okeylah sayang, mummy have to go. Nak keluar beli
barang-barang rumah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Setelah talian dimatikan, Tengku Iskandar
merengus. Dia merebahkan badan ke atas sofa. Kehendak
mummy yang mahu dia balik ke rumah semata-mata ingin
mempertemukan dia dengan Puteri Waiduri sesuatu yang
paling tidak digemarinya. Hatinya sudah lama tertutup buat
Puteri Waiduri.
Perlahan-lahan, kenangan lalu menerjah kotak
ingatan. Kenangan yang menyebabkan hubungannya dengan
Puteri Waiduri menjadi renggang.
TENGKU ISKANDAR mengecilkan anak matanya. Kelibat
seorang gadis yang baru keluar dari butik pakaian bersama
seorang lelaki diamati. Dia kenal gadis itu. Teramat
mengenalinya. Tidak semena-mena, detakan jantung Tengku
Iskandar berlari laju.
Tengku Iskandar bangun dari duduknya. Dia perlu
bersemuka dengan Puteri Waiduri yang sedang bergelak
tawa bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Bukan main
manja lagi gadis itu memaut lengan sasa lelaki tersebut,
membuatkan hatinya bagai disiat-siat melihat perlakuan
manja Puteri Waiduri.
“Wai!” panggil Tengku Iskandar.
Puteri Waiduri yang sedang bergelak tawa dengan
lelaki di sisinya berpaling. Terkejut melihat Tengku Iskandar
yang berdiri benar-benar di hadapannya. Berubah air
mukanya melihat wajah lelaki itu.
“Is…” kaget Puteri Waiduri.
“Siapa ni?” soalan itu diajukan kepada Puteri
Waiduri. Matanya beralih kepada lelaki yang berdiri gah di
samping Puteri Waiduri. Bukan main berlagak lagi wajah
lelaki tersebut.
“Errr…” Puteri Waiduri kalut. Soalan Tengku
Iskandar dirasakan terlalu sukar untuk dijawab.
“Waiduri… I'm waiting for an answer. Siapa
sebenarnya lelaki ni?” soalan yang sama diulang. Wajah
Tengku Iskandar juga sudah mula menegang. Tanda api
kemarahannya sudah mula membahang.
Puteri Waiduri mengeluh. Rasanya dia sudah tidak
perlu berpura-pura lagi di depan Tengku Iskandar. Lelaki itu
perlu tahu kebenaran tentang hatinya itu.
“This is Haidar, my boyfriend.” Beritahu Puteri
Waiduri.
Haidar sekadar tersengih. Lagaknya yang sombong
menjengkelkan hati Tengku Iskandar. Diperhatikan lelaki itu
dari atas hingga ke bawah. Boleh tahan hebat orangnya.
“Boyfriend? So… I ni pulak siapa?”
“Is… please. Boleh tak kita jangan cakap benda ni
kat sini. I’ll call you later, okay?” Pinta Puteri Waiduri dengan
nada perlahan. Mengharap pengertian Tengku Iskandar.
“I tak sangka you macam ni, Waiduri. I ingatkan you
ni perempuan baik-baik. Rupanya… you jenis perempuan
yang tak setia pada cinta. Dasar perempuan curang!”
“Is… boleh tak jangan persoalkan tentang diri I. You
tak berhak!”
“Habis tu kalau I tak boleh mempersoalkan tentang
diri you, you nak I cakap apa? Tahniah sebab you buat hati I
remuk! Macam tu? Hei… you ni memang perempuan curang
tau!”
“Enough! Please! I've never loved you. I rapat dengan
you sebab you tu sepupu I. Mama dengan Tengku Mummy
yang beria-ia nak satukan kita. Tapi bukan atas kerelaan I
sendiri. I tak cintakan you Is. I dah cuba... but I can’t! You
bukan lelaki idaman hati I.”
“Oooo… macam tu. Habis tu kenapa selama ni you
layan I? Kenapa you selalu kata sayangkan I? Apa makna
semua tu Wai?” Sakit hati Tengku Iskandar mendengar
kata-kata Puteri Waiduri. Gadis itu telah menjatuhkan
air mukanya di hadapan lelaki bernama Haidar itu. Lelaki
sombong dan berlagak.
“Okey. Memang I selalu kata I sayangkan you. Tapi
sayang yang tak lebih daripada sayang seorang adik kepada
abangnya. I need someone yang boleh menjamin kesenangan
I. You belum sampai ke tahap tu Is. You masih tak mencapai
tahap yang I impikan daripada seorang lelaki.”
“Apa yang you impikan daripada seorang lelaki Wai?”
“I want a guy like Haidar, yang punya jawatan kukuh.
Mampu menjadi ketua pada syarikat. Mampu memajukan
syarikat miliknya. Bukannya lelaki hingusan yang duduk
di bawah telunjuk keluarga! You ada semuanya tapi bukan
kedudukan sebagai lelaki berjaya. You belum sampai ke tahap
tu Is. You terlalu muda dan I tak mahu hidup dengan lelaki
macam you.”
Tengku Iskandar terkesima. Kata-kata Puteri
Waiduri umpama racun yang menyerap ke tubuh. Membunuh
segenap perasaannya.
“Bos… bos!” Syeeda mengejutkan Tengku Iskandar
yang kelihatan hanyut dalam dunianya sendiri. Dari tadi dia
memanggil, namun lelaki itu tidak memberikan sebarang
respons. Entah apa yang difikirkan sampai suaranya tidak
didengari lelaki berstatus buaya darat itu.
Syeeda mengetap bibir.
“Bos!!!” kali ini suaranya ditinggikan. Sengaja dia
meninggikan suara agar bosnya yang jauh berkhayal kembali
ke alam nyata.
Terkejut Tengku Iskandar mendengar suara tinggi
Syeeda. Terpisat-pisat dia bangun sambil menggosok
matanya. Kedudukan tubuhnya diluruskan. Tak sangka dia
sudah jauh mengelamun menerokai kenangan silam yang
amat menyakitkan. Mencalarkan ego lelakinya.
“Errr… bos tak balik lagi ke?” Syeeda bertanya.
Khuatir bosnya itu akan marah kerana dia cukup arif dengan
mood Tengku Iskandar yang sentiasa berubah-ubah.
“Dah pukul berapa ni?”
“Dah pukul lima setengah bos.” Beritahu Syeeda.
Tengku Iskandar menepuk dahi. Kerana terlalu
melayan perasaan, dia terlajak sampai ke pukul lima
setengah. Tergesa-gesa dia bangun dari duduknya. Kot di
tubuh diperkemaskan. Dia sudah terlewat menjemput Fira di
tempat kerja gadis itu. Tentu muncung Fira sudah panjang
seinci kerana kelewatannya itu.
“Syeeda, awak tolong offkan komputer saya. Saya
dah lewat ni. Saya kena pergi sekarang. Thanks.”
Tanpa menunggu lama Tengku Iskandar keluar dari
biliknya. Dia perlu menjemput Fira sekarang juga. Skrin
pada telefon bimbit menunjukkan ada sepuluh panggilan
daripada Fira yang tidak dijawab. Malah gadis itu juga ada
meninggalkan pesanan ringkas. Ada tiga pesanan yang
ditinggalkan. Ketiga-tiga pesanan ada bunyi tanda gadis itu
sedang merajuk.
Tengku Iskandar mendapat idea. Sebelum
menjemput Fira dia akan singgah ke kedai bunga yang
berhampiran terlebih dahulu. Dia yakin rajuk Fira pasti akan
terpujuk dengan adanya jambangan bunga itu. Perempuan
macam Fira itu, bukanlah susah mana pun hendak
memujuknya.
Stereng kereta dihalakan menuju ke jalan di mana
kedai bunga yang sudah biasa di perginya berada. Sempat dia
membalas pesanan ringkas Fira dengan menyuruh gadis itu
menunggu kedatangannya dengan sabar.
JAM PADA dinding sudah menunjukkan pukul dua belas
tiga puluh tujuh minit malam. Namun bayang ‘Tengku
Harimau’ itu masih juga tidak kelihatan. Entah ke mana dia
pergi agaknya. Tidak pula menelefon meninggalkan pesanan.
Sayang saja ada telefon di rumah itu tetapi tidak digunakan
kemudahan yang ada.
Sebagai isteri, Aisyah tetap risaukan keselamatan
Tengku Iskandar biarpun lelaki itu tidak pernah
menganggapnya isteri. Apatah lagi waktu sudah begitu lewat.
Selalunya paling lewat pun Tengku Iskandar balik antara
pukul sembilan hingga sepuluh malam saja.
Hampir lima minit berlalu, tiba-tiba tombol pintu
dibuka. Derap kaki yang melangkah masuk ke dalam rumah
membuatkan Aisyah bangkit dari duduknya. Kelihatan
Tengku Iskandar masuk ke dalam rumah dengan tubuh yang
terhuyung-hayang.
Berdetak laju jantung Aisyah tatkala melihat keadaan
lelaki itu. Dia amat yakin lelaki itu balik dalam keadaan
mabuk. Beristighfar panjang dia di dalam hati. Tak sangka
begini sekali cara kehidupan suaminya itu. Dua minggu dia
berada di dalam kondo mewah itu, malam ini buat pertama
kalinya dia melihat Tengku Iskandar balik dalam keadaan
mabuk. Biasanya jika balik lewat pun takdelah lelaki itu
mabuk sebegitu.
Tengku Iskandar berjalan memanjat anak tangga.
Tubuhnya yang terhuyung-hayang menyebabkan langkahnya
menjadi tidak tentu arah. Hampir saja dia terjelepok
jatuh. Mujur Aisyah sempat menahan tubuhnya. Dalam
keterpaksaan, Aisyah memapah Tengku Iskandar naik ke atas.
Lelaki itu sudah mabuk benar sehingga membiarkan Aisyah
membantunya.
Aisyah merebahkan tubuh sasa Tengku Iskandar
di atas katil. Lelaki itu sudah berhenti meracau. Matanya
terpejam rapat. Mungkin sudah tertidur. Dia mengeluh.
Matanya jatuh pada kaki lelaki itu yang masih berstoking.
Berhati-hati dia melutut di hujung kaki lelaki itu dan
membuka stoking Tengku Iskandar dengan penuh cermat.
Takut andai tindakannya bakal mengejutkan Tengku
Iskandar.
Selesai membuka ke dua-dua belah stoking Tengku
Iskandar, Aisyah segera bangun. Keadaan Tengku Iskandar
yang mabuk membuatkan dia jadi tak senang duduk. Namun
belum sempat Aisyah berganjak, tangannya ditarik Tengku
Iskandar. Dia jatuh di atas dada lelaki itu. Bau minuman
beralkohol menyerbu ke lubang hidung, menyebabkan Aisyah
berasa loya hendak termuntah. Pertama kali dia menghidu
bau yang begitu memualkan anak tekak.
Keadaan tubuhnya yang rapat dengan Tengku
Iskandar membuatkan degup jantungnya sudah kehilangan
rentak. Rasa hendak pitam dia berada dalam keadaan begitu.
Dalam hati dia berdoa agar lelaki yang ‘kurang waras’ itu
tidak mengapa-apakannya. Orang tengah mabuk, memang
satu benda pun tak ‘jalan’ dalam otaknya.
“Nak pergi mana ni, baby?” tanya Tengku Iskandar
dalam lenggok orang mabuk. Kepalanya yang pening
membuatkan dia khayal. Lupa siapa gadis yang ditarik ke
dalam pelukannya.
Perkataan ‘baby’ yang keluar dari mulut Tengku
Iskandar menyebabkan Aisyah terasa air liur yang ditelan
menjadi perit. Apatah lagi tangan lelaki itu sudah melingkar
kemas di pinggangnya.
“Te… Tengku… to… tolong lepaskan sa… saya...”
tergagap-gagap Aisyah bersuara. Dia meronta-ronta minta
dilepaskan. Hatinya sudah mula gelisah dengan perlakuan
Tengku Iskandar.
“Lepaskan? Hei… apa you merepek ni baby? You kena
layan I malam ni. I miss you so much and…” Tangan Tengku
Iskandar beralih membelai wajah Aisyah. “I want you!” Ingin
dikucupnya pipi itu namun Aisyah segera mengelak.
Debar di hati Aisyah semakin kencang. Dia tahu
Tengku Iskandar tengah mabuk dan tidak sedar dengan
apa yang sedang dia lakukan. Selama ini jangankan hendak
menyentuh Aisyah, hendak memandang muka Aisyah pun
Tengku Iskandar tidak sudi.
“Tengku tolonglah. Lepaskan saya.” Pinta Aisyah
bersungguh-sungguh. Semakin dia meronta, semakin kejap
Tengku Iskandar memeluknya.
“No… baby. I want you tonight. I want to kiss you…
hug you… and…”
Tengku Iskandar memusingkan tubuh Aisyah ke
kanannya. Tangannya masih kejap pada pinggang gadis
itu agar Aisyah tidak terlepas dari genggaman. Dia lupa
bahawa gadis itu ialah gadis kampung yang dibencinya. Dia
benar-benar khayal dalam dunianya sendiri. Perlakuannya
itu cuba ditepis Aisyah. Namun dia bertindak lebih agresif
dari tadi. Tubuh Aisyah ditindih dan kini dia sudah berada
di atas gadis itu. Leher jenjang Aisyah yang putih melepak
benar-benar menaikkan nafsu lelakinya.
Aisyah kian takut dengan perlakuan Tengku
Iskandar yang bertukar agresif. Lelaki itu benar-benar sudah
hilang pertimbangan. Wajahnya berulang kali menerima
ciuman. Tubuhnya juga semakin kuat ditindih, menyebabkan
dia sukar hendak melepaskan diri. Dia juga dapat merasa
tangan lelaki itu semakin menjalar menyentuh segenap inci
tubuhnya. Dia tetap berusaha mahu melawan, namun kudrat
seorang wanita tidak mampu melawan tenaga seorang lelaki.
Apatah lagi fikiran lelaki itu ‘tidak waras’ ketika ini.
“Lepaskan saya… tolonglah lepaskan saya...” Aisyah
masih merayu. Air mata bercucuran membasahi pipi.
Tindakan Tengku Iskandar menerbitkan rasa takut yang
bukan sedikit dalam hatinya.
Tengku Iskandar tidak menghiraukan rayuan itu.
Bibirnya kini dibenamkan ke bibir Aisyah. Lama bibirnya
bertaut dengan bibir si isteri yang tidak dicintai. Dia tidak
sedar siapa gadis yang dipeluknya kini. Apa yang dia tahu dan
mahu, tuntutan nafsunya dipuaskan. Rontaan dan rayuan
Aisyah langsung tidak dipedulikan.
Tengku Iskandar benar-benar sudah bertukar
menjadi sang harimau yang mahu membaham mangsa.
Segenap inci wajah dah tubuh gadis itu menjadi sasaran
bibirnya. Dia tidak akan melepaskan peluang yang ada.
AISYAH MENANGIS teresak-esak. Dirinya dirasakan terlalu
kotor. Air yang bercucuran dari shower dalam biliknya bagai
tidak mampu menghilangkan kekotoran yang melekat. Dia
benar-benar tidak berdaya melawan segala tindakan Tengku
Iskandar terhadapnya. Harta yang dijaga selama ini diragut
suami sendiri.
Aisyah tahu dirinya milik Tengku Iskandar. Lelaki
itu bebas melakukan apa saja ke atasnya memandangkan
mereka pasangan suami isteri yang sah. Namun bukan
dalam keadaan begitu. Apa yang Tengku Iskandar lakukan
terhadapnya tak ubah seperti memperkosa. Ya! Memang dia
diperkosa suami sendiri.

No comments:

Post a Comment