TELATAH SpongeBob dan Patrick yang sedang
berlari mengejar obor-obor itu kutonton dengan penuh minat.
Beria-ria aku berebut remote TV dengan angah sebentar tadi.
Orang nak tengok SpongeBob pun tak senang!
“Ya Allah! Iman!” Suara mama sudah naik satu oktaf.
“Yes, mama?” soalku bersahaja. Aku hanya mampu
tersengih sambil menayang gigi.
“Sekejap lagi kan nak pergi try baju pengantin dan beli
cincin. Ni kenapa still duduk bertapa depan TV?” soal mama
sambil bercekak pinggang. Angah yang seperti biasa menjadi
penonton tetap sudah ketawa mengekek.
“Cik Iman kita ni kan big fan of SpongeBob
SquarePants. Selagi kartun ni tak habis, selagi tu dia takkan
gerak,” usik angah.
“Haha… Very funny,” balasku bersahaja tetapi angah
masih ketawa seperti biasa.
“Pergi bersiap, young lady. Nanti lambat,” balas mama.
Kali ini suaranya bertukar lembut. Aku dah agak. Mama mesti
tak sampai hati nak marah anak bongsu dia ni lama-lama.
“Pakai cantik-cantik, dik. Nanti tak adalah cik abang
awak tu teringat-ingat British chicks kat sana,” usik angah. Aku
sempat mencubit lengan angah sebelum berlalu ke tingkat atas.
Aku memilih kemeja lengan panjang berwarna ungu
berbunga-bunga kecil berwarna putih dan merah jambu yang
dipadankan dengan jean biru tua. Selesai sahaja merapikan
lilitan shawl, aku bergegas turun ke bawah.
“Wah, comelnya adik angah! So sweet!” ucap angah
sambil memaut bahuku. Aku mencebik.
“Angah hari ni tak kerja ke?” soalku dengan geram.
Mulut dia ni kan, tak penat berceloteh ke? Tak cukup-cukup
dekat mahkamah, dia sambung dekat rumah pulak ke?
“Hari ni tak pergi office. Angah cuti. Kenapa?” soal
angah pelik.
“Pergilah office. Menyemak aje duduk kat rumah,”
usikku.
“Menyemak? Ingat angah ni barang ke? Sampai hati.”
“Isy, dah tua bangka pun nak merajuk lagi. Angah
merajuklah dulu. Balik petang nanti baru Iman pujuk. Iman
dah lambat ni. Nanti mama bising lagi.”
“Iman!” Kuat suara angah memanggil tetapi aku hanya
ketawa seronok.
AKU MEMERHATIKAN telatah mama dan Auntie Julia yang
sedang rancak bersembang sambil membelek-belek katalog
busana pengantin di butik milikku. Anak mataku beralih pula
kepada Ian yang sedang membaca surat khabar The Star. Kaca
mata hitam masih menutupi sepasang matanya. Aku menarik
hujung surat khabar yang sedang dipegang oleh Ian.
“Dalam butik ni tak ada cahaya matahari,” ucapku
satu per satu. Kalau cakap laju-laju takut mat salih celup ni tak
faham pulak.
“Sorry?’’
Kan aku dah kata! Aku menuding ke arah kaca mata
hitamnya.
“Ian, Iman. How about this one? This one looks simple
and elegant,” tutur Auntie Julia sambil menunjukkan busana
pengantin yang berwarna merah dan putih.
“Yup, it looks fine,” jawab Ian tanpa perasaan.
“How about this?” soal mama pula sambil menunjukkan
busana yang berwarna ungu pulak.
“Looks nice.”
“This one?”
“Green is also a nice colour.”
Geram betul aku tengok mamat ni dari tadi. Macam
endah tak endah aje!
“Kita ambil warna pinklah. Pink is also a sweet colour.
Kan, Ian?” sampukku bersahaja.
“Haah, pink yang tadi pun mama berkenan tengok,”
sokong mama.
Aku sudah tersenyum lebar melihat wajah Ian yang
sudah berubah riak. Amekaw! Tadi kata semua warna pun
cantik, okey.
“No pink, please,” balas Ian lalu wajahku dipandang
tajam. Aku buat-buat tidak faham.
“Eh, why not? Cantik apa. Comel aje nanti kalau pakai
warna pink.” Kata-kata aku disambut dengan tawa mama dan
Auntie Julia. Wajah Ian yang putih bersih itu sudah berubah
menjadi warna merah jambu.
“Iman gurau aje. Bahaya pakai pink ni. Nanti orang
cakap Ian lagi menyerlah daripada Iman. Kita ambil warna krim
tadilah. Are you fine with it, Ian?”
Cepat-cepat Ian menangguk. Aku mahu gelak, tetapi
cuba kutahan. Nanti apa pula kata Auntie Julia? Maya datang
untuk mengambil ukuran badan walaupun aku sudah melalui
proses yang sama dengan Naim dahulu. Joey pula mengambil
ukuran badan Ian.
“Nanti biar mama yang settlekan pasal baju-baju
ni dengan Nana sendiri. Biar cepat sikit,” balas mama
memandangkan Nana merupakan pereka fesyen utama butik
ini.
SELEPAS SOLAT zohor di masjid dan makan tengah hari, kami
ke Habib untuk mencari cincin pula. Aku sendiri pun tak boleh
nak ingat berapa banyak cincin yang aku sarung. Rasa macam
jari manis ni nak tercabut pun ada.
Selesai sesi mencuba cincin, anak mataku terpaku
pada deretan cincin silver. Aku segera melambai ke arah Ian
yang sedang berbual dengan mama.
“Yes, dear. What else do you want?” soal Ian sedikit
sinis.
“Have a seat,” jawabku sambil menepuk-nepuk kerusi
kosong di sebelahku dan Ian menurut. Dia duduk tetapi anak
matanya masih memandangku dengan pelik.
Aku memanggil seorang pekerja dan meminta untuk
melihat barisan cincin yang tersusun kemas di dalam almari
kaca.
“I thought we are done with your rings?” soal Ian.
“Yes, we are. Now we are searching one for you,”
jawabku.
“No need. I don’t like to wear rings,” sangkal Ian.
“You have to after getting married to me.”
“It is not compulsory.”
Aku diam. Mamat ni, kan! Suka betul cari pasal dengan
aku.
“Then, too bad. We’ll wear pink for our wedding,”
usikku separuh mengugut.
“Don’t joke with me.”
“I am not.”
Giliran Ian pula terdiam. Aku sudah ketawa dalam hati.
Kenapa mamat ni anti betul dengan warna favourite aku tu?
“Fine. A simple ring will do,” balas Ian lemah.
Aku tersenyum menang lalu mengeluarkan sebentuk
cincin silver yang ringkas buatannya. Kalau aku pun kena pakai
cincin kahwin, dia pun kena pakai cincin jugalah. Barulah adil,
kan?
Sehari suntuk masa dihabiskan untuk persiapan
saat-saat akhir memandangkan Ian akan berangkat pulang ke
England lusa. Barang-barang untuk dijadikan hantaran pihak
lelaki sudah selesai dibeli. Cuma untuk pihak perempuan, Ian
meminta untuk dia mencarinya sendiri di sana. Auntie Julia
kelihatan sangat gembira mendengar permintaan anak lelaki
bongsunya itu.
AKU YANG sedang khusyuk membaca majalah Solusi milik
papa, terkejut apabila terasa kepalaku digosok lembut.
“Papa, terkejut Iman!” balasku sambil tersengih.
“Iman ni khusyuk membaca ke, atau khusyuk
berangan?” usik papa dan duduk di sisiku.
“Mana ada berangan,” balasku sambil menutup
majalah tersebut.
“Yalah, anak papa ni kan dah nak kahwin tak lama
lagi,” balas papa sambil ketawa kecil. Bahuku dipaut erat.
“Mesti papa lega anak papa yang nakal ni dah nak
kahwin dan duduk jauh dari papa nanti,” balasku.
“Lega sebab nanti akan ada suami yang boleh jaga Iman
dengan baik. Tapi sedih sebab Iman akan duduk jauh dengan
papa,” jawab papa sambil menarik hidungku.
“Papa ni, kemeklah hidung Iman nanti.”
Papa hanya ketawa dan wajahku dipandang lembut.
“Papa yakin Ian is the right one for you. Walaupun
Iman dah lama kenal Naim, semua tu tak penting dalam
menjamin kebahagiaan. Mungkin Iman baru mengenali Ian,
tapi papa percaya tempoh perkenalan tak dapat menjamin apaapa,”
tutur papa lembut.
“Jodoh pertemuan kita memang dah diaturkan
oleh Allah Yang Maha Esa. Kita sebagai hamba-Nya, perlu
sentiasa berdoa dan yakin dengan qadak dan qadar yang telah
ditentukan. Dalam soal jodoh ni, papa dan mama tak pernah
berhenti berdoa agar Iman dipertemukan dengan seorang lelaki
yang baik daripada segala segi.”
Aku diam mendengar tutur bicara papa. Tubir mataku
mula terasa berair.
“Dan kami yakin yang Ian mampu menjaga Iman
dengan baik walaupun kita semua lambat mengenali Ian.”
Wajah tenang papa aku pandang lama.
“Papa ni suka buat Iman jadi pelakon drama air mata
tau,” ujarku dan papa hanya ketawa senang.
“Eleh, salahkan papa pulak. Bukannya papa tak tahu
yang Iman sedih sebab malam ni Ian nak balik England, kan?”
usik papa.
“Pa, mana ada!”
“Ala, dengan papa pun Iman nak segan. Tak apa, tak
apa... Papa faham.”
“Papa!” Papa hanya ketawa senang.
Papa bangun dari duduknya dan kepalaku diusap mesra
sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.
MAMA SEDANG rancak bersembang dengan Auntie Julia di
satu sudut. Papa pula sedang seronok berbual dengan Uncle
Mikhail. Angah pula sedang berbual dengan along Ian, Seith
Haiman yang datang dengan isteri dan anak kembar perempuan
mereka.
“Amani, I just need to settle my baggage check-in in a
minute. Have a seat and I’ll join you as soon as I’m done,” tutur
Ian yang sedang menunggu orang di hadapannya berurusan
dengan staf MAS berkenaan beg pakaian.
“It is okay. You’ll be done soon, right?” ujar aku. Ian
mengangguk. Aku bukannya tak nak duduk dengan mereka,
tetapi mesti mama akan menyuruh aku temankan Ian dekat
sini padahal mamat ni bukannya budak kecik yang nak kena
ditemankan ke hulu ke hilir.
Selesai urusan baggage check-in, kami mendapatkan
keluarga masing-masing yang sedang menunggu.
“Ingat pesan umi, Ian. Jangan buat hal dekat sana.
Remember that,” pesan Auntie Julia dengan tegas.
“Walid percaya dengan Ian. Take care and settle
everything properly before you come back here. If ada problem,
don’t hesitate to inform me. Okay, son?” pesan Uncle Mikhail
pula.
“Yes, walid. Insya-Allah,” jawab Ian.
Kini semua mata tertumpu ke arahku pula. Erk, aku
pun kena bagi amanat dan pesanan macam yang lain ke?
“Awak jangan lari tau. Nanti saya datang kejar awak
dekat England sampai dapat,” tuturku. Ahli keluarga yang lain
sudah ketawa kecuali mama.
“Iman!” tegur mama. Aku hanya tersengih. Betul apa
aku cakap. Buatnya nanti mat salih celup ni lari dari aku dan
tak balik-balik sini, aku nak kahwin dengan siapa? Angah dan
Abang Long Seith sudah tergelak-gelak.
“Yes, dear. Don’t worry about that. After this you will
always see me. 24/7,” jawab Ian bersahaja. Isy, mamat ni! Tak
ada ayat yang elok sikit ke? Malunya aku nak angkat muka
tengok semua orang.
“And one more thing. Don’t forget to drink more
milk or eat yoghurt,” pesan Ian separuh berbisik. Wajahnya
kupandang dengan penuh tanda tanya.
“You need to be taller on our wedding day.”
Dia ni, kan!!! Wajah Ian yang sedang tersenyum sinis
itu kupandang dengan geram. Rasa macam nak cekik-cekik aje.
“Mama, tengok Ian ni!” Aku sudah menjerit geram.
“Iman Amani, behave yourself. Kenapa jerit-jerit ni?”
tegur mama tegas. Aku menjeling ke arah Ian dan dia sedang
tersengih mengejek.
“Ian ni. Dia kata…” bicaraku terhenti.
“Ian kata apa?” soal mama. Wajah aku dan Ian
dipandang silih berganti.
“Tak ada apa-apalah, ma.”
Aku mengetap bibir, menahan geram. Ian tersenyum
menang. Boleh tak aku baling beg tangan aku ni dekat mamat
sengal ni? Kalau mama tanya, aku cakaplah yang aku terbaling
beg tangan sendiri, ucap hati aku lagi.
“Ian, umi rasa Ian kena masuk ni. Dia orang dah
panggil tu,” beritahu Auntie Julia.
“Oh, really?” Jam tangan di pergelangan tangan kanan
dibelek.
“Then, I better make my move now.”
Ian mula bersalaman dengan Uncle Mikhail, Abang
Long Seith, angah, papa dan Auntie Julia.
“So, I’ll see you in another 2 weeks. Don’t worry, I
won’t run away,” tutur Ian. Sepasang anak mata kelabu cair itu
menikam wajahku.
Aku hanya mengangguk.
“Take care and…”
Aku mengangkat wajah, menunggu butir bicara Ian
yang selanjutnya.
“Don’t forget to drink milk.”
“Ian Hadif!!!”
No comments:
Post a Comment