DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Tuesday, 24 May 2016

Kerana Aku Untukmu - Bab 17

Ketukan di muka pintu mengalihkan perhatian
Darriz Imdad yang sejak tadi tekun meneliti fail-fail laporan
di atas meja. Dia mengangkat muka, memandang lurus ke
hadapan. Dan tatkala seraut wajah lembut itu singgah di mata,
perasaan mula bergetar. Keterujaan di hati ditopeng dengan
riak setenang mungkin.
“Masuk, Zenia.” Arahnya dengan pandangan kembali
kepada fail di atas meja. Pura-pura sibuk dan tidak memberi
tumpuan biarpun hakikatnya dia mampu mengira setiap
langkah Zenia yang menghampiri.
“Ada apa Encik Darriz panggil I?”
Suara lembut menerobos ke telinga. Begitu gemeresik
dan enak membuai perasaan. Darriz Imdad kembali mengangkat
muka, menatap wajah Zenia yang jelas kelihatan sedikit kekok.
Maklum sajalah, dia tidak selalu memanggil tetamu masuk ke
biliknya.
“Have a sit. Ada something I nak discuss dengan you...”
Walaupun berasa tidak sedap hati kerana dipanggil
menghadap lelaki berpengaruh ini, sedaya upaya Zenia cuba
kelihatan tenang. Dia tidak pasti apa niat Darriz Imdad, tapi
mungkin ada kesilapan dalam quaterly report yang dia sediakan
bagi pihak Puan Amira semalam.
Setelah melabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan
lelaki itu, Zenia sekadar mendiamkan diri. Beberapa minit
suasana menjadi hening tanpa sepatah kata kerana Darriz
Imdad kelihatan masih sibuk membelek-belek fail di atas meja.
“You tahu kenapa I panggil you ke sini?”
Sekilas lelaki itu mengangkat muka dan mengerling
kepadanya. Lambat-lambat Zenia menggelengkan kepala.
“Sorry, I’m not sure Encik Darriz...”
Darriz Imdad mengeluh kecil. Tubuh ditegakkan,
kemudian disandar selesa ke kerusi. Pandangan mereka saling
bertaut sebelum Zenia kembali menunduk.
“You sihat Zenia?”
“Err... I sihat Encik Darriz, thanks.”
“Great. Mother in law you macam mana? Dah
discharged dari hospital?”
Berkerut-kerut dahi Zenia dengan soalan tidak terduga
itu. Takkanlah Tuan CFO ini banyak benar masa terluang sampai
nak bertanya khabar bagai? Tak risau ke final presentation
untuk 2015 Budget sudah digesa oleh CEO mereka? Padahal
mereka satu jabatan bagaikan berperang untuk menyiapkan
segala material dan angka-angka yang tepat bagi presentation
tersebut.
“Alhamdulillah, dah discharged kelmarin Encik
Darriz...”
“Alhamdulillah...”
Suasana hening sekali lagi. Zenia lihat Darriz Imdad
sedikit resah dan tidak setenang biasa. Entah apa yang sedang
bermain-main dalam fikiran lelaki itu. Kalau dibiar berlarutan,
berapa jam dia perlu menghabiskan masa di dalam bilik luas ini?
Silap-silap nanti boleh meletus gosip hangat di pejabat mereka.
“Boleh I tahu apa yang Encik Darriz nak discuss
dengan I? Sorry sebab I tak boleh lama, I ada meeting dengan
banker sekejap lagi.” Luahnya berterus terang.
“Oh, I’m sorry for bothering you. Tapi memang ada
something I nak clarify dengan you...” Darriz Imdad senyum
segaris.
“Pasal apa Encik Darriz?”
Pandangan Zenia membuatkan dada Darriz Imdad
semakin berdebar-debar. Walaupun beberapa hari kebelakangan
ini dia terlalu ingin berterus terang tentang kecurangan Fakhry,
namun hati tetap berbelah bahagi. Dia bimbang jika Zenia
menuduh dia sengaja menyebar fitnah dan mereka-reka cerita.
“Actually I nak tanya you tentang Rumah Nur...” Niat
kedua pula yang terlahir dari bibir.
“Tentang Rumah Nur? Maksud Encik Darriz?”
Darriz Imdad menarik nafas panjang. Pen di atas meja
dicapai dan dipusing-pusing dengan jari biarpun mata masih
tertumpu kepada Zenia.
“I cuma nak tahu if I boleh datang ke sana anytime,
atau I kena buat appointment dulu?”
Tercengang Zenia dengan pertanyaan tidak diduga
itu. Jauh menyimpang daripada apa yang dia ramalkan awal
tadi. Namun dia sedar dengan keprihatinan Darriz Imdad sejak
pertama kali dia membawa lelaki itu ke Rumah Nur beberapa
hari yang lalu.
Walaupun datang daripada keluarga yang kaya-raya,
punya pangkat tinggi melangit, namun Darriz Imdad begitu
mudah menyesuaikan diri. Dan dia masih ingat betapa mesra
lelaki itu melayan keletah Aiman biarpun baru kali pertama
mereka bertemu.
“I tahu soalan ni macam pelik, but I really need an
answer. I takut kalau I pergi redah aje weekend ni, I tak boleh
masuk pulak.” Tambah Darriz Imdad menjelaskan hasrat
sebenar di hati.
“Tak perlu buat appointment. Encik Darriz boleh
datang melawat anytime, asalkan sebelum pukul tujuh malam.
Sebab pukul tujuh budak-budak kena bersiap untuk makan
malam dan solat maghrib. Encik Darriz nak pergi sana weekend
ni ke?” Tanya Zenia dengan senyuman kecil di bibir.
Entah kenapa dia berasa senang hati dengan niat
ketuanya yang jelas ikhlas mahu menjenguk anak-anak di
rumah kebajikan tersebut.
“Insya-Allah, kalau jadi hari Sabtu ni I nak ke sana.”
Darriz Imdad ikut sama tersenyum.
“I plan nak bawa sekali kontraktor untuk tengok-tengok
apa yang patut. Hari tu Kak Mizah kata tandas banyak yang
tersumbat, kan? I perasan jugak yang lantai surau pun banyak
yang dah pecah-pecah, tak safe untuk budak-budak tu semua.”
Terharu hati Zenia kerana dia sama sekali tidak
menduga yang Darriz Imdad memberi perhatian terhadap
perkara-perkara kecil begitu. Padahal Kak Mizah berbual
dengannya, tidak sangka pula Darriz Imdad terdengar perbualan
mereka.
“Kalau Encik Darriz nak bawak kontraktor, I boleh
inform Kak Mizah. Nanti Kak Mizah boleh arrange budak-budak
tu semua dengan aktiviti riadah. Tak ada la diaorang sibuk-sibuk
dekat kawasan tu.”
“That would be great. You tolong inform Kak Mizah
ya.”
“Sure, no problem.” Balas Zenia dengan senyuman
ceria.
“Oh, lagi satu I nak tanya you...” Darriz Imdad meluah
kata dengan pandangan bersabung tepat dengan anak mata
Zenia. “Err... actually I don’t know how to say this...”
“Apa maksud Encik Darriz?”
Darriz Imdad tersenyum segan. Dia tidak mahu Zenia
melihat dia sebagai lelaki yang berpura-pura baik demi sebuah
perhatian. Tapi, dia benar-benar ikhlas mahu membantu dan
menceriakan hati anak-anak kecil di sana.
“Encik Darriz, just tell me. Kalau I boleh bantu, I akan
usahakan...”
“Actually I nak bawak Aiman jalan-jalan, tapi I tak sure
boleh ke tak. I mean keluar dari Rumah Nur...” Balas Darriz
Imdad senafas. Melihat wajah Zenia berkerut-kerut, pantas dia
menyambung kata.
“Maksud I keluar sekejap, sejam dua mungkin. I just
nak bawak dia jalan-jalan tengok town, belikan dia something
yang dia suka.”
Zenia tersenyum. Dia boleh mengagak yang Darriz
Imdad mula terasa dekat dengan Aiman kerana hubungan
mereka agak mesra tempoh hari. Aiman yang berusia empat
tahun itu paling berani mendekati Darriz Imdad.
Dia tidak sangka pula lelaki ini punya skill yang baik
untuk membeli jiwa kanak-kanak. Dipancing dengan permainan
PSP, mahunya Aiman tak melekat sampai ke lewat petang.
Dan semalam Kak Mizah sendiri bercerita yang Aiman sibuk
bertanyakan Darriz Imdad. Rindu katanya... macam-macam!
“Encik Darriz nak belikan apa untuk Aiman? PSP?”
Usik Zenia mengerti. Mendengar tawa lelaki itu, dia ikut sama
tergelak kecil.
“I tak sure management boleh bagi pelepasan atau tak,
but you can try. Tapi rasanya kalau bawak Aiman seorang tak
ada masalah, senang nak handle.”
“Insya-Allah, I harap I boleh bawak dia keluar sekejap.”
Darriz Imdad turut mempamerkan wajah ceria.
“Tapi you sure ke I tak boleh bawak extra kids? Kesian
pulak kalau diaorang tengok I bawak Aiman seorang...”
“Encik Darriz boleh handle ke ramai-ramai? Or Encik
Darriz datang dengan Erika sekali?”
Terkejut Darriz Imdad dengan soalan Zenia. Ah sudah,
Zenia fikir dia betul-betul ada hubungan serius dengan Erika
ke? Kepala digeleng dengan senyuman kelat.
“No, no. I tak datang dengan Erika.”
“Kalau macam tu, better Encik Darriz bawak Aiman
saja. Yalah, budak-budak ni lain macam sikit buasnya. Takut
jugak diaorang merayap dan lesap entah ke mana nanti.” Balas
Zenia melahirkan kebimbangan di hati.
“Then come with me, Zenia. I need you...”
Mata Zenia sedikit membulat. Terkejut dengan
pelawaan lelaki itu. Entah mengapa dada berdebar kencang,
apatah lagi pandangan Darriz Imdad masih tepat memanah
kepadanya. Aduhai!
“Sorry, I didn’t mean anything...” Darriz Imdad
tersenyum pahit. Malu kerana sudah terlepas kata. Kalaulah
masa boleh diputar kembali, dia bersumpah dia tidak akan
melafazkan ayat yang memalukan itu.
“Err... that’s all Zenia, you may go now. Thanks.”
Dan Zenia segera menurut permintaan lelaki itu. Dia
bangkit berdiri, mengucapkan terima kasih, dan segera beredar
tanpa menoleh sedikit pun ke belakang.
Oh Tuhan, tapi kenapa perasaannya masih dilanda
debar? Astaghfirullahal’azim... jangan mudah tergoda Zenia!
Tergesa-gesa Zenia berlari turun apabila ketukan di pintu
utama begitu kuat kedengaran. Dia yang sedang terlena di
tingkat atas pun boleh terjaga. Bimbang juga jika jiran tetangga
turut sama terganggu tengah-tengah malam begini. Ketika
turun ke ruang tamu, sempat Zenia mengerling ke jam di
dinding yang menginjak ke pukul 2.15 pagi. Dia yakin Fakhry
sekali lagi terlupa membawa kunci rumah. Menyusahkan betul!
Saat pintu dikuakkan, pandangan Zenia membulat.
Terkejut apabila melihat seorang perempuan yang berpakaian
daring sedang memapah Fakhry. Dia lihat Fakhry meracau-racau
sendiri, mabuk dan khayal dengan mainan alkohol yang sudah
meresap ke seluruh tubuh.
“Hmm... apahal bising-bising ni?” Zenia bertanya
kepada gadis itu acuh tidak acuh.
“You boleh tanya apahal? You tak nampak ke husband
you ni mabuk teruk? Tolong I papah dia!”
Zenia tersentap. Amboi, kita pulak nak dimarahnya?
Memang muka tak malu betul perempuan ni! Sedar pulak
yang Fakhry tu suami dia, habis tu yang sibuk merambu
malam-malam buta dengan suami orang kenapa? Gerutu hati
Zenia bengang.
“You ni siapa?”
“I Melly, Fakhry tak pernah cakap pasal I pada you ke?”
Sekali lagi hati Zenia disapa rasa meluat. Buat apa
Fakhry sibuk-sibuk nak bercerita dengan dia, lainlah kalau
lelaki itu berhasrat mahu menjadikan Melly sebagai isteri kedua.
“Helo, yang you tercegat lagi dekat situ kenapa? Tolong
I papah husband you ni masuk ke dalam. Beratlah!”
Senyuman di bibir Zenia terukir sinis. Dia memeluk
tubuh seraya bersandar di pintu. Mata pula melirik ke tubuh
perempuan seksi itu dari atas hingga ke bawah. Dengan baju
sendat tanpa lengan, singkat pula sampai separas paha, memang
sama seperti gundik-gundik Fakhry sebelum ini. Taste yang
sama!
“Oh, you cakap apa tadi? Husband I?” Soal Zenia
pura-pura tidak dengar.
“Tahu pulak you yang Fakhry ni husband I, so you buat
apa dengan dia tiap-tiap malam? Tak rasa bersalah bila fikir yang
dia ada isteri dekat rumah?”
Air muka yang bersolek tebal itu kelihatan berubah
tegang. Biarpun begitu, sedikit pun Zenia tidak berasa gentar.
Lagipun Fakhry sudah mabuk teruk, tidak mungkin lelaki itu
boleh mengingati apa yang sedang berlaku sekarang. Kalau
tidak, memang teruk dia dibelasah kerana menyakiti perasaan
buah hatinya ini.
“Hei, I tahulah yang Fakhry tak pernah bahagia hidup
dengan you. So jangan nak salahkan I kalau I jadi tempat dia
lepaskan perasaan dia. You yang tak pandai jaga suami, so salah
I ke sekarang?”
Ejekan Melly membuatkan perasaan Zenia semakin
sakit. Entah apa yang sudah diceritakan oleh Fakhry kepada
orang luar. Memang mereka tidak pernah bahagia sepanjang
tempoh perkahwinan ini, tapi pernah ke Fakhry berusaha
untuk berubah? Memang tak pernah! Jadi sekarang kenapa
mahu meletakkan kesalahan itu di pihaknya?
“You kata I tak pandai jaga suami, kan? Fine, then you
jagalah dia!”
“What do you mean?”
Malas mahu memanjangkan perbualan, Zenia sekadar
tersenyum sinis kepada Melly. Dan tanpa sepatah kata, dia
menghempas daun pintu sekuat hati. Kadangkala Fakhry perlu
juga diajar supaya sedar di mana kedudukannya di dalam rumah
ini...
Zenia terasa seperti dia baru saja terlelap, namun bunyi
pintu bilik dirempuh kuat membuatkan dia kelam-kabut
bangkit duduk di atas katil. Dengan kepala masih mamai,
jantung berlari kencang. Terlalu takut jika ada perompak yang
menceroboh ke biliknya. Namun dalam kesamaran lampu tidur,
pandangan menangkap kelibat lelaki bertubuh tegap yang
terhuyung-hayang berjalan merapati katil. Fakhry?
“Fakhry, you buat apa dalam bilik I ni? Keluar!” Gesa
Zenia dengan suara sedikit lantang. Cemas kerana ini adalah
kali pertama lelaki itu menjejakkan kaki ke sini.
“What? Kau suruh aku keluar? Kau ni memang tak
sedar dek untung! Kau biarkan aku tidur dekat luar tu kenapa?
Kau suka jiran-jiran tengok aku macam pengemis?” Jerkah
Fakhry melepaskan geram.
Mahunya dia tidak marah bila menyedari dia terlelap
dan tersadai di hadapan pintu rumah. Bayang Melly entah ke
mana, Zenia juga langsung tidak mahu membantu dia masuk
ke dalam. Kurang ajar!
“Fakhry, keluar dari bilik I!”
“Tergamak kau biarkan aku tidur empat jam dekat luar
tu! Isteri jenis apa kau ni, hah???”
Dan apabila Fakhry merentap rambutnya, Zenia
menjerit kesakitan. Dia cuba merungkaikan cengkaman Fakhry,
namun gagal. Walaupun masih dalam pengaruh alkohol, tenaga
lelaki itu masih gagah dan kuat.
“Lepaskan I Fakhry, lepaskan I! Tolong jangan buat I
macam ni!”
Tidak dapat menahan sabar, Fakhry menolak tubuh
Zenia ke atas katil. Dan kemudian dia memanjat naik, menekan
tubuh gadis itu sehingga tidak dapat bergerak walau seinci.
“Aku dah bagi kau menumpang dekat sini, dah bagi
kau kasih sayang daripada keluarga aku, tapi kau masih berani
nak kenakan aku! Kau ni memang dasar perempuan sial!
Perempuan tak reti bersyukur!”
Zenia meronta ganas. Sedaya upaya dia mahu
melepaskan diri dari kekasaran Fakhry, namun kudratnya tidak
terlawan. Air mata mula tumpah, gagal mengawal kesedihan
yang kian merobek hati. Namun malang sekali kerana esak
tangisnya langsung tidak memancing simpati Fakhry. Tidak
berbekas langsung.
“Ini rumah aku Zenia, jadi kau tak layak nak layan
aku macam pengemis! Kau suka kan bila orang tengok aku
merempat dekat luar macam tu?”
Bersungguh-sungguh Zenia menggeleng dengan esak
tangis yang kian meninggi.
“I tahu I salah Fakhry, and I’m so sorry. I janji, I janji
I takkan buat lagi...”
“Kau ingat semudah tu ke, hah? Bodoh!” Tengking
Fakhry melepas kemarahan di dada.
“You have to pay for this. Kau kena tanggung akibat
atas perbuatan kau!”
Mata Zenia membulat tatkala tangan Fakhry berpindah
ke butang baju tidurnya. Hati diamuk perasaan cemas, takut
dan tertekan. Memang benar Fakhry berhak, tapi semua ini
tidak harus berlaku sekarang. Tidak dalam keadaan begini!
“Fakhry... please, apa you nak buat ni? Please lepaskan
I!”
“You’re my wife Zenia, aku ada hak ke atas diri kau!”
“No, please don’t...” Zenia menggeleng dengan
linangan air mata. Oh Tuhan, bantulah aku!
“Stop begging me, Zenia...” Fakhry tertawa mengejek.
“Kalau kau nak tahu, aku lebih tertarik pada perempuan
yang merayu-rayu macam ni. Aku rasa berkuasa...”
Zenia menggigit bibir menahan perasaan sebak.
Tangan Fakhry yang merayap di sana sini ditepis kasar tanda
tidak rela. Sukar untuk digambarkan perasaan gerun yang ada
di dada tatkala melihat Fakhry melucutkan pakaian di tubuh.
Dan kini lelaki itu cuba pula untuk meleraikan butang-butang
yang ada pada baju tidurnya pula.
“Fakhry!”
“Syhh...”
“Fakhry, you pernah kata you tak pernah inginkan I. So
please don’t do this to me...”
Pergerakan Fakhry terhenti. Dia menegakkan tubuh,
memandang tepat ke wajah Zenia. Jika tadi dalam kemabukan
dia seperti ternampak-nampak wajah mengoda Melly di atas
peraduan ini, tapi kini bayangan itu sudah lenyap. Yang ada
hanyalah Zenia, perempuan yang telah dipaksa untuk hidup di
sisinya.
Gelora di dada padam serta-merta. Bukan kerana Zenia
tidak cantik, tidak seksi, malahan bentuk tubuh gadis ini jauh
lebih menarik berbanding Melly. Tapi entahlah, jiwa lelakinya
benar-benar menolak kehadiran Zenia.
Dengan nafas dihela kasar, Fakhry turun dari katil.
Kemeja yang dicampak ke lantai sebentar tadi dikutip dan
disangkut ke bahu. Terasa seperti mimpi kerana dia kini berada
di kamar Zenia. Ruang yang tidak pernah ingin dia jejaki selama
ini, ruang yang dipantangkan pada kaki sendiri. Dia benar-benar
benci!
“Sekali lagi kau biarkan aku tidur dekat luar macam
tu, kau takkan selamat lagi Zenia. Kau ingat tu!”
Amaran Fakhry membuatkan air mata Zenia kembali
tumpah. Namun dia berasa amat bersyukur kerana Fakhry
sudah keluar membawa segenap perasaan cemas yang dia lalui
sebentar tadi. Tidak menunggu lama, Zenia bingkas bangun dan
tergesa-gesa mengunci pintu serapi mungkin. Dia tidak mahu
kejadian yang sama berulang sekali lagi, terlalu menakutkan.
Pakaian yang sudah renyuk di tubuh dipandang hiba.
Ya Allah, dia benar-benar sengsara!

No comments:

Post a Comment