DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday 26 May 2016

Isteri Dalam Sangkar - Bab 17

PERLAHAN-LAHAN Tengku Iskandar membuka
mata. Kepalanya yang berat dan pening menyebabkan dia terasa
malas hendak bangun. Namun dia terpaksa memandangkan
jam loceng sudah menjerit-jerit separuh mati membingitkan
telinga. Jam itu memang suka mengganggu lenanya.
Tengku Iskandar menggeliat ke kiri dan kanan. Cuba
menyelesakan badan yang terasa lenguh-lenguh. Tiba-tiba dia
terasa ada kelainan pada dirinya. Comforter yang menyelimuti
separuh daripada badannya diselak. Wajahnya serta-merta
berubah. Matanya memerhati pakaiannya yang berselerak di
atas lantai.
Tengku Iskandar memerah otak. Cuba mengingat
apa yang telah terjadi. Satu persatu kejadian semalam
menerjah kotak fikirannya. Bayangan antara dia dengan gadis
kampung itu terlayar depan mata.
“Oh my God!” Itulah yang terluah dari mulut Tengku
Iskandar setelah ingatannya berjaya memproses kejadian
itu. Dia terkejut namun tiada rasa bersalah langsung dalam
dirinya.
Telefon bimbit berdering. Tengku Iskandar
bangun sambil melilit comforter ke pinggangnya. Pada
skrin terpampang nama Tengku Haziq. Laju dia menjawab
panggilan yang memekakkan telinga.
“Assalamualaikum… kau kat mana ni?”
“Waalaikumussalam. Aku masih kat kondo.”
“What? Hei… kau dah lupa ke kita ada meeting
dengan Datuk Ismadi dekat Putra Holding pukul sepuluh
setengah nanti. Sekarang ni dah pukul berapa?” ujar Tengku
Haziq dengan suara sedikit meninggi.
“Aku tak lupa la. Cuma aku terlajak tidur aje.”
“Banyaklah kau punya terlajak. Dah pukul lapan
lima puluh minit pagi tau. Kau buat apa lagi kat rumah
tu? Kau kan tahu jalan kat KL ni tak pernah lengang, lagi
nak lengah-lengah. Takkan nak sampai Putra Holding
pukul sebelas pulak!” Geram benar Tengku Haziq dengan
perangai sambil lewa Tengku Iskandar. Boleh pula dia masih
bersenang-lenang di kondonya itu sedangkan masa terus
berjalan. Memang benar meeting bermula pukul sepuluh
setengah tetapi apa salahnya Tengku Iskandar bergerak awal
bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Tengku Iskandar mencemik. Tengku Haziq sudah
mula berceramah pagi. Sebiji mewarisi perangai mummy.
‘Bla! Bla! Bla! Bla! Macam orang perempuan!’
hatinya mendesis.
“Yalah, yalah. Aku bersiap la ni. Kau tunggu aku
kat ofis. Kita gerak sama-sama ke sana.” Tidak menunggu
lama, Tengku Iskandar mematikan talian. Semakin lama dia
berbual dengan Tengku Haziq, semakin panjang berjela pula
bebelan lelaki itu nanti. Menyakitkan telinga saja.
Tiga puluh minit berlalu, Tengku Iskandar siap
sepenuhnya. Wajahnya yang kacak itu bertambah kacak
dengan penampilan penuh bergaya. Memang dia gemar
bergaya. Disebabkan itu dia banyak menerima tawaran
photoshoot bagi majalah-majalah pakaian di Malaysia. Cuma
sejak kebelakangan ini saja dia kerap menolak tawaran
daripada beberapa majalah terkemuka. Kesibukan kerja
membatasi aktiviti kegemarannya itu.
Dia melangkah turun ke bawah. Ketika itu juga
matanya menangkap kelibat Aisyah yang sedang menyusun
beberapa keping roti yang sudah disapu dengan mentega dan
kaya ke dalam pinggan. Tunduk saja wajah gadis itu seperti
kebiasaan apabila berdepan dengannya.
Tengku Iskandar mengambil tempat di meja makan.
Tempat yang biasa menjadi pilihannya.
Aisyah meletakkan jus oren Peel Fresh dan roti
yang sudah disapu mentega dan kaya tadi di hadapan Tengku
Iskandar. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Kejadian
semalam masih mengganggu mindanya. Cuma dia terpaksa
berlagak biasa di hadapan Tengku Iskandar. Berharap agar
lelaki itu tidak mengingati apa yang telah berlaku semalam.
Biarlah hanya dia seorang yang mengetahuinya. Tidak rela
jika lelaki itu menyedari apa yang terjadi antara mereka. Silap
hari bulan, Tengku Iskandar menuduh dia yang mengambil
kesempatan.
“Apa yang jadi semalam?” tanya Tengku Iskandar
sambil menjeling wajah Aisyah dengan ekor matanya.
Sengaja dia bertanya. Mahu melihat reaksi gadis kampung
itu, sedangkan dia sudah ingat apa yang terjadi antara mereka
semalam.
Pertanyaan Tengku Iskandar menyentak jantung
Aisyah. Dadanya mula berdebar-debar. Adakah lelaki itu sedar
apa yang telah berlaku? Tidak! Tidak! Tengku Iskandar tak
sedar kerana waktu itu dia mabuk dan terus tertidur setelah
puas menikmati tubuhnya.
Aisyah sekadar menggeleng. Seperti tiada apa-apa
yang berlaku semalam. Padahal kejadian itu menyebabkan
dia tidak dapat tidur semalaman. Matanya sembap kerana
menangis sepanjang malam.
“Kau ingat aku bodoh tak tahu apa yang jadi?” ujar
Tengku Iskandar lagi. Wajahnya masih selamba dengan mulut
sudah mengunyah roti.
Semakin berdebar jantung Aisyah mendengar bicara
Tengku Iskandar. Kepalanya tidak berani diangkat. Kejadian
semalam mula terbayang depan mata. Tanpa rela ‘harta’
kepunyaannya dirampas lelaki itu. Dia cuba menghalau
bayangan itu. Terasa jijik dan malu dengan diri sendiri.
Betapa lemahnya dia sehingga kehormatannya diragut suami
sendiri.
“Apa pun yang jadi semalam, aku rasa aku memang
berhak. Sepatutnya sejak malam aku jadikan kau isteri aku
lagi aku dah dapat hak aku.” Selamba saja Tengku Iskandar
menuturkan kata. Langsung tidak memikirkan perasaan
Aisyah yang tercalar dengan kata-katanya itu.
Sudahlah semalam dia memperlakukan Aisyah tanpa
kerelaan gadis itu. Hari ini pula dia mencalarkan hati Aisyah
dengan kata-kata tak berperasaannya. Bagaikan tiada apa
yang perlu dikesali kerana memang dia berhak memilikinya.
Benar Aisyah isteri Tengku Iskandar. Benar Tengku
Iskandar berhak mendapatkan haknya sebagai seorang
suami. Namun bukan dengan cara keji seperti itu. Apa yang
terjadi semalam lebih kepada memperkosa. Tengku Iskandar
meragut ‘harta’ Aisyah dengan cara paksaan.
Aisyah pejam mata. Air mata yang terasa ingin
mengalir cuba ditahan. Lelaki seperti Tengku Iskandar tidak
akan bersimpati dengan air mata seorang wanita sepertinya.
Lelaki ini memang kejam!
Usai menghabiskan jus orennya, Tengku Iskandar
bangun dari duduk. Langkahnya dibawa menghampiri Aisyah.
Didekatkan wajahnya ke wajah Aisyah yang menunduk. Lalu
dia berkata sesuatu.
“Kau dengar sini. Aku nak kau simpan baik-baik apa
yang dah jadi malam tadi. Jangan cerita pada sesiapa terutama
Tengku Haziq. Kalau aku tahu kau beritahu Tengku Haziq
apa yang aku dah buat dekat kau, nahas kau aku kerjakan.
Faham?” lembut nadanya tetapi penuh dengan ugutan.
Aisyah hanya diam. Langsung tidak memberi
respons pada ugutan Tengku Iskandar. Hatinya begitu luka
dengan perlakuan lelaki itu. Tiada kata maaf malah ‘Tengku
Harimau’ itu dengan megah mengatakan dia memang berhak
memiliki ‘harta’ kepunyaan Aisyah. Memang lelaki tak punya
hati perut!
Panas hati Tengku Iskandar melihat tingkah laku
Aisyah yang tak ubah seperti patung cendana. Pantas dia
menarik rambut gadis itu sehingga terangkat wajah Aisyah.
“Kau faham tak apa yang aku cakap ni??? Yang kau
buat bodoh kenapa? Kau ni memang suka menyakitkan hati
aku la!” jerkah Tengku Iskandar dengan wajah merah.
“Fa… faham.” Aisyah bersuara gagap. Nadanya
sudah bergetar dengan air mata yang mula berlinangan.
Rambutnya yang bertocang kemas sudah kusut masai dek
perbuatan Tengku Iskandar.
“Bagus kalau kau faham!” Rambut Aisyah dilepaskan.
“Dah! Aku nak pergi. Malam ni masakkan aku spageti.”
Pesannya lalu mengangkat briefcase dan berlalu pergi tanpa
rasa simpati. Tangisan Aisyah langsung tidak melemahkan
hati lelakinya.
“APA NI???” Fira merempuh masuk ke dalam bilik Tengku
Iskandar sambil melempar jambangan bunga ke atas meja.
Benar-benar di hadapan Tengku Iskandar. Wajah Fira masam
mencuka.
“Errr… sorry boss. Saya dah cuba halang Cik…”
“It’s okay Syeeda. You boleh keluar.” Ujar Tengku
Iskandar memotong ayat Syeeda.
Syeeda mengangguk. Dia akur menerima arahan
yang diberikan. Pintu bilik bosnya ditutup semula. Sebenarnya
ini bukan kes pertama Tengku Iskandar diserang perempuan.
Sudah kerap kali Syeeda berhadapan dengan situasi begini.
Setelah pintu bilik tertutup, Tengku Iskandar
bangun dari duduknya. Butang baju kot dibuka. Kemudian
dia menghampiri Fira yang berwajah masam. Punggungnya
disandarkan pada hujung meja kerja.
“Ini bunga la baby. Takkan you dah tak kenal
bunga lagi? Selama ni you kan suka kalau I bagi you bunga.”
Jambangan mawar putih yang dibuang di atas mejanya
tadi diambil. Kemudian disuakan kepada Fira yang sudah
memeluk tubuh dengan wajah masam mencuka.
“You jangan nak main-mainkan I Is! Takkan you tak
baca kad kecil yang you selitkan tu?”
Selamba saja aksi Tengku Iskandar. Kad kecil yang
terselit pada jambangan bunga itu dicapai. Kemudian dengan
bersahaja dia membaca tulisan kecil pada kad itu.
“Dear Safira. Thanks for everything. I'm sorry but
what you want, I can't give. Good bye!”
Fira menarik muka. Kata-kata dalam kad itu cukup
menyakitkan hatinya.
“Apa yang you maksudkan dengan sorry and
good bye tu? Kita baru beberapa kali bersama. Takkan you
tergamak tinggalkan I? You kata you sayangkan I dan you
mahu I sentiasa ada di sisi you. But now… you nak tinggalkan
I!” Fira merengus.
Tengku Iskandar ketawa dengan penuh bersahaja.
Riak Fira mencuit hatinya. Perempuan macam Fira memang
bodoh! Ingat dia tak tahu apa yang Fira mahukan daripada
dia? Dia belum bodoh menilai perempuan seperti Fira yang
lebih memandang harta dari hatinya. Memang patut dia
tinggalkan Fira.
Lagipun dia tak pernah bertahan dengan mana-mana
perempuan selama ini. Dia tak suka ikatan yang bakal
menjerat hatinya. Sudah diajar hatinya untuk tidak tunduk
pada kehendak wanita. Wanita seperti Fira hanyalah teman
untuk bersosial. Teman untuk memuaskan nafsu lelakinya.
“Is! I tak buat kelakar okey! Yang you ketawa
tu kenapa?” Semakin menggelegak rasa panas hati Fira
mendengar ketawa Tengku Iskandar.
“You are very funny, baby. Yes... I have told you that
I love you but… I’m not in love with you!” Di penghujung
kata, nada Tengku Iskandar kedengaran tegas. Lagaknya juga
begitu bersahaja.
“What? How dare you Is!” Fira mengangkat
tangannya. Mahu menampar muka Tengku Iskandar yang
begitu mudah memperlakukan dia sebegitu rupa. Namun
tindakannya berjaya dihalang Tengku Iskandar. Pergelangan
tangannya ditangkap dan ditekan kuat lelaki itu, membuatkan
dia meronta-ronta minta tangannya dilepaskan.
“Jangan sesekali you berani nak sampaikan tangan
you dekat muka I. You ingat I tak tahu siapa diri you? You
ingat I bodoh tak dapat bezakan anak dara dengan bukan
dara? Hei… you dengar sini, perempuan macam you ni
dah ramai yang I jumpa. Setakat baru keluar beberapa kali
you nak ikat I, jangan mimpi la! I tak akan terikat dengan
perempuan macam you!”
Merah padam muka Fira mendengar kata-kata
Tengku Iskandar. Sangkanya dia sudah berjaya menawan
hati lelaki itu. Ternyata dia silap. Tengku Iskandar lebih bijak
daripada dirinya. Tangannya yang digenggam kejap Tengku
Iskandar dilepaskan. Ada kesan merah pada pergelangan
tangannya yang putih melepak itu.
“Get out of my office!” halau Tengku Iskandar.
Fira menggigit bibir. Terasa hina diperlakukan
sebegitu. Dengan hati yang panas, dia keluar dari bilik
Tengku Iskandar. Lelaki itu benar-benar telah menjatuhkan
maruahnya. Selepas ini terpaksalah dia terhegeh-hegeh
semula menagih kasih Datuk Kiram yang pernah
ditinggalkannya dua bulan lalu. Hanya lelaki tua kerepot
itu saja yang mampu menanggung kos hidupnya di kota
metropolitan ini. Dia sudah tidak kisah lagi kedutan pada
wajah tua itu asalkan dia dapat hidup dengan senang.
Setelah Fira berlalu dengan rasa sebalnya, Tengku
Iskandar ketawa besar. Kelakar melihat wajah merah menyala
Fira yang tak ubah seperti udang dipanggang atas bara api.
Seorang lagi perempuan bodoh yang berjaya dia tinggalkan!

No comments:

Post a Comment