USAI solat asar, aku terus bersiap untuk ke
rumah Auntie Julia. Kelam-kabut aku mengejar masa untuk
mengelakkan kesesakan jalan raya. Nanti nak cari jalan lagi.
Sudahlah GPS di dalam kereta ini suka membawa aku mengikut
jalan yang memeningkan kepala.
“Iman, jangan lupa Tupperware yang berisi mufin atas
meja tu. Bagi dekat Auntie Julia,” pesan mama yang tangannya
ligat menyiapkan goodie bags untuk para tetamu sempena
kenduri pada hari Sabtu nanti.
“Ya, mama. Betul ni mama tak nak ikut?” soalku lagi.
“Tak apalah, Iman. Mama nak siapkan goodie bags ni.
Banyak lagi yang tak siap ni,” jawab mama.
“Kalau macam tu, Iman gerak dululah, ya.”
“Yalah. Drive elok-elok. Awak tu tengah darah manis.
Nanti kirim salam dekat Auntie Julia and family.”
“Insya-Allah, mama.”
LEBIH KURANG pukul 5.30 petang, aku sudah sampai di
hadapan banglo dua tingkat milik keluarga Ian yang terletak di
Taman Tun Dr. Ismail. Aku memberi salam dan seorang gadis
bertudung keluar menyambutku sambil tersenyum.
“Kak Iman. Masuklah, umi ada dekat dalam,” ucapnya
sambil tersenyum manis. Kami bersalaman. Cantiknya dia!
Orangnya tinggi lampai, berkulit putih kemerahan dan
mempunyai sepasang lesung pipit.
Aku agak ini mungkin adik perempuan tunggal Ian.
“Iman, lambat Iman sampai? Jalan jammed ke?” sapa
Auntie Julia mesra dan kami bersalaman. Aku hanya mampu
tersengih sambil menyerahkan Tupperware mufin hasil air
tangan mama. Bukannya jalan sesak tapi aku yang masih muda
belia ni yang terlupa! Sesat jalan lagi.
“Mama Iman tak ikut sekali?” soal Auntie Julia.
“Tak, auntie. Mama kirim salam. Auntie sihat?”
balasku.
“Waalaikumussalam. Auntie sihat, alhamdulillah.
Iman duduk dulu, ya. Auntie nak ke dapur sekejap. Nak buat
air,” jawab Auntie Julia.
“Eh, tak payah susah-susah, auntie,” balasku berbahasa.
“Tak ada susahnya, Iman. Bancuh air tu kejap aje. Jom,
Min.’’
Sudahnya, tinggallah aku seorang diri di ruang tamu
besar itu. Anak mataku meliar memandang bingkai gambar
yang tersusun kemas di atas meja sudut.
“Iman! Bila sampai?” sapa Uncle Mikhail yang aku
yakin baru pulang dari berjoging.
“Baru lagi, uncle. Uncle sihat?” balasku.
“Alhamdulillah, macam inilah. Have a seat, ya. Uncle
nak naik atas, mandi kejap.”
Aku hanya tersenyum sambil mengangguk. Rasa pelik
pula mendengar Uncle Mikhail yang sangat fasih berbahasa
Melayu tetapi berwajah Inggeris. Terus aku teringat dekat mat
salih celup yang akan pulang ke Malaysia esok. Erk, apasal tibatiba
teringat dekat dia pulak ni?
“Kak Iman, jemput minum,” pelawa adik perempuan
Ian dengan lembut.
“Jazmin, panggil yang lain dekat atas tu. Ajak minum
sama-sama,” pinta Auntie Julia.
Jazmin terus berlalu ke tingkat atas untuk memangggil
abang-abangnya. Tidak lama kemudian, Jazmin turun bersama
dua orang lelaki dan dua orang kanak-kanak kecil.
“Iman, yang ni along, Seith Haiman. Iman ada jumpa
dekat airport hari tu, kan? Si kembar comel ni pulak Amanda
Afia and nama adik apa?” soal Auntie Julia kepada si kecil yang
comel bergaun biru lembut.
“Aina Athirah,” jawabnya malu-malu.
Aku hanya tersenyum dan pipi gebu itu kucuit.
“Wife along, Kak Alma tak ada kat sini. Dia ada medical
conference dekat Kuching.”
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Yang ni angah, Noah Harith. Tak habis-habis nak
further study aje kerjanya. Entah bila nak kahwin,” usik Auntie
Julia.
“Isy, umi ni. Apa cakap macam tu dekat Iman? Insya-
Allah, when the time comes, angah kahwinlah. Don’t worry,”
balas Noah sambil tersengih.
“Yalah tu. Entah bila angah punya that time tu nak
datang? Janganlah nak kelentong umi. Yang bongsu ni, Jazmin
Hannan. Sekarang tengah cuti summer,” tambah Auntie Julia.
“Jazmin belajar dekat mana?” soalku.
“Perth, buat pharmacy,” jawab Jazmin sambil
tersenyum.
Buat seketika, aku terpegun melihat anak-anak
Auntie Julia yang sangat errr… cantik? Agaknya darah campur
memang begini. Ada peluanglah untuk aku mendapatkan anakanak
yang comel macam si kembar Amanda dan Aina. Eh, apa
aku melalut ni?
“Jom kita minum dulu,” sampuk Uncle Mikhail yang
tiba-tiba muncul dari tingkat atas.
“Haaa… Min tahu. Walid yang lapar sebenarnya, kan?”
usik Jazmin.
“Clever girl! Jemput minum. Jangan segan-segan ya,
Iman,” balas Uncle Mikhail mesra.
Sambil minum petang, kami berbual-bual. Sejujurnya
aku sangat selesa dengan keluarga Ian yang sangat mesra dan
peramah. Tak macam yang lagi sorang tu. Haih, monolog
dalaman aku ni memang suka mengutuk dia. Selesai minum
petang, aku membantu Auntie Julia mengemas meja.
“Macam mana wedding preparation Iman?” soal Auntie
Julia sambil membilas piring dan cawan di singki. Pembantu
rumah Auntie Julia pulang ke kampung. Disebabkan itulah
segala kerja rumah diuruskan oleh Auntie Julia.
“Alhamdulillah, berjalan lancar. Tapi still ada yang
belum siap lagi. Tu pun nasib baik mama, papa, along dengan
angah rajin sangat tolong Iman. Staf-staf dekat butik pun
banyak membantu,” jawabku.
“Senang ada bridal boutique sendiri ni, kan? Ada
barang-barang, boleh prepare sendiri,” komen Auntie Julia. Aku
hanya tersenyum.
“Iman, sebenarnya ada benda penting yang auntie nak
mintak tolong nanti,” tutur Auntie Julia satu per satu. Kali ini
nada suaranya kedengaran sedikit serius.
“Mintak tolong? Mintak tolong apa tu, auntie?” soalku.
Di dalam kotak fikiranku, aku terfikir mungkin hal-hal yang
berkaitan persiapan perkahwinan di sebelah pengantin lelaki.
“Benda ni mungkin bunyi dia macam lawak sikit,”
jawab Auntie Julia dan wajahku dipandang. Aku senyap, menanti
butir bicara Auntie Julia yang selanjutnya.
“Iman tolong Melayukan balik Ian Hadif.”
Aku tersentak! Wajah lembut Auntie Julia kupandang
dengan penuh tanda tanya.
“Melayukan Ian? Iman tak berapa faham, auntie,”
balasku. Nak Melayukan mamat tu? Eh, mamat tu memang
half Malay, kan? Kira ada darah Melayulah tu.
“Iman tahu kan Ian dah lama sangat duduk dekat
England? Nearly 20 years. Once a while aje dia balik Malaysia.
Itupun sekejap sangat. For the last five years, memang langsung
tak balik sini. Auntie nak mintak tolong Iman ajarkan bahasa
ibunda kita dekat dia supaya dia tak terus lupa. Ian kan memang
tak berapa fasih berbahasa Melayu. Lepas tu, adat-adat Melayu
kita pun Ian tak familiar,” terang Auntie Julia.
“Jadi, auntie nak mintak tolong Iman. Bila korang
dah kahwin nanti, mungkin Iman yang boleh bantu Ian. Insya-
Allah, ada perubahan dalam diri dia.”
Aku terus terdiam. Ah, sudah! Macam mana nak
ajar anak mat salih yang dah biasa makan roti dengan butter
untuk biasakan diri makan sambal belacan? Aku hanya mampu
tersenyum paksa.
No comments:
Post a Comment