DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Thursday, 26 May 2016

Encik Suami Mat Saleh Celup - Bab 7

“ADA orang tu rindu dekat cik abang dia. Harihari
dia tengok cerita Merlin. Yalah, Merlin kan British drama.”
Itu diaaa... Lawyer pot-pet di dalam rumah dah berbunyi. Aku
yang sedang menonton Running Man, malas mahu melayan
kerenah angah yang tidak pernah penat mengusik.
“Dik,” panggil angah. Hujung rambutku yang ditocang
dua, ditarik-tarik.
“Apa?”
“Dik.”
“Eee… Angah ni kenapa?”
Wajah angah yang sedang tersengih itu kupandang
dengan geram.
“Hari ni tak tengok Merlin lagi ke?”
“Angah jangan nak buat cerita bukan-bukan, ya. Mana
ada Iman tengok Merlin hari-hari.” Dengusku geram.
“Eleh, seganlah tu nak mengaku. Eh, cik abang awak
tak ada call ke? Skype ke?”
“Angah ni busybody la. Macam polis pencen.”
Angah ketawa seronok. Haih, abang aku ni! Kalau
marah pun, dia bukannya makan saman langsung.
“Dah seminggu, kan?” balas angah.
“Hmmm…”
“Hmmm aje? Ala, angah tahulah Iman tengah
menghitung hari nak kahwin. Ada lagi seminggu aje.”
“Haah.”
Pipiku ditarik kuat. Earphone yang tadinya disumbat
elok ke dalam telinga, kutarik keluar.
“Angah ni kenapa?” soalku, geram. Kali ini aku sudah
berdiri bercekak pinggang memandang angah.
“Tak ada apa-apa. Saja. Angah peliklah Iman ni. Orang
lain kalau tengah dalam tempoh menghitung hari, mesti
dah nervous segala bagai. Ni Iman boleh bersuka ria tengok
Running Man.”
“Habis, angah nak Iman buat apa? Nak nangis melalak?
Tak pun lari pusing keliling rumah?”
Angah sudah tergelak-gelak. Pantas aku mencubit
lengan angah.
“Jom kita main kejar-kejar macam zaman kecik-kecik
dulu, nak?” soal angah. Dia dah mula dengan idea aliennya tu.
“Dah, jangan nak merapu dan merepek kat sini, ya,”
jawabku.
“Iman, angah doakan Iman bahagia dengan Ian dunia
dan akhirat. Hari-hari angah tak pernah lupa doakan untuk
adik angah yang garang ni. Rasa tak percaya pulak budak kecik
ni dah nak kahwin,” tutur angah lembut sambil mengusap
kepalaku dengan lembut.
Aku memandang angah yang kini tersenyum manis
menyerlahkan barisan giginya yang tersusun rapi.
“Lepas ni, sunyilah angah. Tak ada kawan nak
bergaduh, tak ada budak kecik yang boleh diusik sampai merah
muka, sampai keluar asap dari telinga.”
Tiba-tiba aku terasa kedua-dua mataku berair. Eee,
angah ni, kan! Pagi-pagi dia dah nak berdrama air mata dengan
aku.
“Mama suruh angah kahwin, angah tak nak. Tak
readylah, perempuan zaman sekarang scarylah... Macammacam
alasan keluar,” usikku cuba menahan perasaan yang
sudah bercampur baur.
“Tapi, kalau Ian pulak yang buli Iman lepas ni, report
aje dekat angah. Tahulah macam mana angah nak ajar dia.’’
“Amboi... Amboi... Garangnya! Pandai mengata Iman
garang padahal angah pun sama aje.”
“Yalah, Iman sorang aje adik angah. Mestilah angah
sayang.” Bahuku dipaut erat.
Haih, abang aku ni. Sukalah buat aku terharu tibatiba.
Seingat aku, walaupun sejak dari kecil lagi kami selalu
bergaduh, namun angah yang selalu menjaga aku. Dialah
kawan baik pertama aku. Aku ingat lagi ketika angah memasuki
MRSM, beria-ia aku menangis. Sampaikan demam panas
selepas itu. Mungkin juga kerana jarak umur kami yang agak
rapat membuatkan aku lebih rapat dengan angah berbanding
dengan along yang tua empat tahun daripadaku.
“Ni dua beradik ni, kenapa pagi-pagi dah riuh?” tegur
mama yang baru selesai berkebun di luar rumah.
Aku dan angah saling berpandangan dan kami masingmasing
tersenyum memandang mama.

JANGGAL! ITULAH perkataan pertama yang kusebut kepada
angah. Aku mencuri pandang raut wajah along yang sedang
memandu menerusi cermin pandang belakang. Angah yang
duduk di sebelah kerusi pemandu rancak berbual dengan along.
“Appointment pukul berapa actually?” soal along.
“Pukul 10.30 pagi. Sorry susahkan. Along dengan
angah pulak kena temankan Iman,” jawabku.
Sepatutnya mama yang menemankan aku untuk ke
salun kecantikan di Sri Hartamas pagi ini tetapi mama perlu
berjumpa dengan Nana berkaitan baju akad nikah nanti. Aku
ingin pergi sendiri tetapi mama tidak benarkan.
“Kenapa cakap macam tu? Iman kan adik along. Mana
ada susahnya,” balas along.
Aku diam, cuba mencerna bait-bait perkataan yang
keluar dari mulut along. Seingat aku, hubungan aku dengan
along tidak begitu baik sejak Naim memutuskan pertunangan
kami. Segala kesalahan diletakkan di atas bahuku seorang.
“Along dengan angah tunggu Iman dekat kedai mamak
hujung sana tu. Buat spa segala bagai ni mesti makan masa
berjam-jam, kan?” ujar along sebaik sahaja kami bertiga keluar
dari perut kereta.
“Sebab tu Iman nak pergi sorang-sorang. Sebab buat
benda-benda ni memang lama. Maybe around 4 hours. Ni tak
pasal-pasal along dengan angah kena tunggu Iman pulak,”
balasku.
“Jangan nak mengada-ada, cik adik! Awak tu dahlah
tengah darah manis,” sampuk angah. Aku mencebik dan angah
menarik kuat pipiku.
“Nanti bila dah habis, call along, ya. Lepas ni kita nak
pergi ambil barang-barang hantaran dekat butik pulak,” tambah
along dan aku hanya mengangguk.
“ANGAH...” BISIKKU sambil menyiku pinggangnya.
“Apa main siku-siku ni? Tak nampak ke angah tengah
sibuk dengan bunga telur ni?” jawab angah sambil tangannya
cekap melekatkan kain net bunga telur yang kami reka dan buat
sendiri.
“Along tu...” tuturku perlahan sambil anak mataku
tidak lepas memandang along yang sedang menyiapkan guest
book hasil tangannya sendiri. Along sememangnya seorang
yang sangat kreatif.
“Kenapa dengan along?” soal angah tanpa perasaan.
“Along tu pelik sangatlah.”
“Apa yang peliknya?”
“Peliklah.”
Angah turut sama mencuri pandang ke arah along
yang kini sedang ralit menyiapkan hiasan bunga yang diperbuat
daripada gulungan kertas yang berwarna-warni.
“Normallah tu. Kan along memang suka benda-benda
berseni ni,” komen angah bersahaja.
“Isy, angah ni! Geramlah cakap dengan angah.”
“Geram-geram pun, Iman still cakap dengan angah
jugak, kan.”
Paha kanan angah kucubit. Lawyer yang seorang ni
memang sangatlah loyar buruk!
“Iman pelik tengok along yang tiba-tiba berubah. Dulu
dia bukan main marah lagi dengan Iman. Bercakap pun tak nak.
Tapi sekarang ni tiba-tiba pulak angin dia dah berubah,” jelasku.
“Hah, boleh pun cakap terang-terang. Kalau Iman
masuk court, statement Iman yang tak jelas tu tak valid tau.”
“Jangan nak mengada-ada sangat dengan lawyer
syndrome angah tu.”
Angah sudah tergelak kecil.
“Iman, patutnya Iman bersyukur tau. Along sekarang
dah tak macam dulu. Iman nak ke along yang suka marahmarah
Iman? Tayang muka macam nak makan orang?”
Pantas aku menggeleng.
“Abang mana yang tak sayang adik? Macam tu jugak
dengan along. Dia marah bukan tak bersebab, Iman. Dia marah
sebab dia sayangkan adik bongsu dia inilah. Along ingat bila
Iman nak kahwin dengan Naim dulu, dia rasa dia dah jumpa
lelaki yang terbaik untuk Iman. Rupa-rupanya salah. Yalah,
sebagai manusia, kita hanya mampu merancang sedangkan
Allah is the best planner for us.” Angah berjeda seketika.
Wajahku dipandang dengan lembut.
“Bila Naim nak batalkan wedding korang, along
terkejut sangat. Mungkin dia marah sangat dekat Naim
sampaikan kemarahan dia tu terlepas jugak dekat Iman. Mulamula
dia ingat Iman pun bersalah jugak dalam hal ni. Iman tau
tak along ada jumpa Naim?”
“Hah? Seriously? Iman tak tahu pun,’’ jawabku
membuatkan angah tersenyum lagi.
“Along bagi sebiji kut dekat mamat tu. Mesti lebam
biji mata model yang konon-kononnya hot tu. Dia siap warning
Naim supaya jangan kacau Iman lagi.”
Aku terdiam. Terkejut dengan apa yang angah ceritakan
sebentar tadi.
“Along pun ada jumpa Ian. Mesti Iman tak tahu, kan?”
Aku hanya senyap. Manalah aku tahu. Aku ingat along
memang dah tak ambil peduli langsung.
“Along lega bila tengok Ian tu macam mana. Mungkin
dia lebih yakin dengan Ian berbanding Naim. Macam yang
angah cakap, along memang sayangkan adik bongsu dia ni.”
“Angah jangan buat cerita pulak, ya.”
“Ya Allah! Nak buat cerita apa pulak? Tak ada maknanya
angah nak kelentong Iman pasal benda-benda macam ni
walaupun angah ni kaki kelentong.”
“Mengaku pun yang awak tu kaki kelentong.”
Angah hanya ketawa.
“Waktu sekolah rendah dulu, Iman ingat tak yang along
selalu kerjakan mamat-mamat nakal yang suka mengacau
Iman?”
Aku terdiam seketika lalu mengangguk. Yalah, aku
selalu kena buli waktu sekolah rendah dulu. Memang padan
muka dengan budak-budak nakal yang kena warning kaw-kaw
dengan along yang merupakan ketua pengawas ketika itu. Nak
harapkan angah, dia dulu dah cabut lari sebab takut. Tapi bila
along dah masuk RMC selepas PMR, aku rasa bodyguard aku
dah hilang.
“Nasib baik along ada. Nak harapkan angah, dia dulu
lari macam tak cukup tanah.”
“Bukan lari, tapi tak nak timbulkan masalah.”
“Yalah tu.” Anak mataku ralit memerhati telatah along
yang masih khusyuk menyiapkan guest book sedari tadi. Tibatiba
hatiku berasa sebak.
Aku bingkas bangun dan duduk bersila di hadapan
along. Wajah tenang along kupandang dengan perasaan yang
bercampur baur.
“Kenapa Iman?” soal along. Mungkin pelik melihat
telatahku .
Aku hanya menggeleng. Terus aku memeluk along dan
mataku mula berair.
“Terima kasih banyak-banyak, along. Iman mintak
maaf sangat-sangat.” Tubuh along kupeluk erat dan terasa
sepasang tangan along menggosok-gosok belakang tubuhku.
“La… Ni kenapa bakal pengantin buat drama air mata
ni? Rindu sangat dengan cik abang awak yang jauh di mata tu
ke?” usik along.
“Along ni! Orang tengah sedih, dia boleh buat lawak
sengal pulak.”
Along hanya ketawa dan kepalaku diusap lembut.
“Alamak, along!” Tanpa sedar aku sudah terjerit.
“Kenapa pulak ni?”
“Petang ni Iman kena jumpa dengan Auntie Julia.
Ya Allah, macam mana boleh lupa ni? Ni semua angah punya
pasal!”
“Angah pulak. Awak tu yang dah nyanyuk macam
nenek-nenek, salahkan angah pulak!” jerit angah tidak puas
hati.
“Dah, dah. Iman naik dulu, lepas asar ni nak kena pergi
rumah Auntie Julia.” Kelam-kabut aku bangun lalu berlari ke
tingkat atas.
“Iman, jangan lari!”
Hah, kan dah kena marah dengan mama pulak!

No comments:

Post a Comment