JAWATAN :
PEMANDU PERIBADI DIKEHENDAKI (Full time / Part time)
JANTINA : LELAKI
/ PEREMPUAN
“Driver?? Okaylah daripada tak ada. Esok
boleh cuba…” helaian surat khabar berita harian itu dilipat dan disisip rapi ke
dalam beg sandang yang dibawanya. Sudah hampir satu hari dia mencari
kerja. Bukan nak yang full time, part time aje pun. Tapi nak mencarinya… Fuhh, hilang semangat! Matanya melilau memandang keadaan
sekeliling. Kut-kutlah ada iklan jawatan kosong yang boleh dia cuba. Tapi nan hado! yang kelihatan hanya orang
ramai yang lalu lalang.
Busy! Busy! Semuanya dirasakan bergerak
pantas. Di saat ini Pelangi gagahkan kakinya untuk melangkah. Dia juga perlu
pantas menyusur masa. Ah! Sekarang bukan masa untuk putus asa! Fikirnya.
“Kakakkk!!”
jeritan seakan halilintar itu membuatkan Pelangi terkejut. Melilau matanya
mencari si empunya suara.
“Yuhuu… Kakak… I’m coming.” ewah! Geli
geleman pula dia rasa tatkala melihat seseorang yang bila dipandang
berkali-kali baru tahu jantinanya itu datang melenggang-lenggok,
melambai-lambaikan tangan ke arahnya.
“Yes
Meor Mohd Farish bin Meor Mohd Zarul…” Sengaja Pelangi menyebut nama penuhnya.
“Heh!
Kenapa panggil I macam tu~ Panggil I Farisha okey. Fa…Ri..Sha.. Haa… Cuba sebut
balik Fa…Ri..Shaaa.” ulangnya.
Pelangi
buat memek muka geli sambil menjuihkan bibirnya tanda tidak mahu.
“Farish.”
sangkalnya.
“Farisha
laaa…” jawab Farish.
“Nope. Farish!”
“Farisha!”
“Okay
bye!” tingkah Pelangi malas nak
melayan kehendak lelaki itu. Di tambah pula dengan keadaan moodnya yang tidak berapa baik ketika ini, memang harapan ajelah
dia nak layan.
“Aaa’ okey, okey.” Farish cepat-cepat
menahan Pelangi daripada berlalu. “Kau ni tak sportinglah… Panggil jelah aku
Farisha, orang lain boleh je panggil aku macam tu…” rungutnya sambil berpeluk
tubuh.
Pelangi
buat muka annoying. “Itu orang lain,
ini aku. Geli aku nak panggil kau dengan nama Farisha tu. Lagipun Farisha tu
nama perempuan, kau tu lelaki, so bila
dah lelaki buat cara lelaki. Ha, lagi satu, ni baju apa yang kau pakai ni?
Sendat sana sini!” bebelnya marah bercampur geram.
“Alaaa
Darling… ini fesyen. Dekat London tu
dah popular tau fesyen baju-baju macam ni. Kau tu je yang tak tahu. Hari-hari
jeans, t-shirt, jeans, t-shirt. Naik muak mak tengok tau…”
Pelangi
pandang Farish atas bawah dengan mata yang sengaja dikecikkan. Kecik besar,
kecik besar aje dia tengok Farish sekarang ni. Dari paras wajah, susuk tubuh
memang boleh tahan orangnya. Tapi sayang, ‘terlebih patah’. Tak padan dengan
diri sendiri, pandai pula dia nak mengutuk pakaian orang yer! Desis hatinya.
“London
mandon, yang penting aku selesa
dengan pakaian aku sekarang ni.” Balas Pelangi acuh tak acuh sambil mula untuk
menghidupkan motor skuternya. Kepalanya ketika ini dirasakan sangat kusut
memikirkan sesuatu.
“Eh,
kau nak pergi mana ni yang?” soal
Farish terkinja-kinja. Dah macam orang yang yang nak terkencing aje lagaknya.
“Nak
baliklah. Kau dari mana ni? Nak ke mana?”
“Aku
nak balik rumah juga... Tapi kan Lullaby
aku masuk bengkel lah. Tak sihat… Apa kata… Apa kataa…” lullaby yang dimaksudkan Farish tu adalah motor skuter pink
miliknya. Entah kenapa Lullaby, bila ditanya dia pasti akan menjawab, ‘lullaby’ tu macam sweet bila dipanggil. Tapi bila kali kedua ditanya, pasti dia akan
balas ‘sebab lullaby tu kedengaran sweet, as sweet as me…’ So better you don’t ask him twice if tak
mahu feeling like muntah!
“Okay
naiklah…” jawabnya ringkas. Malas nak dengar explanation panjang-panjang. Dia sudah tahu apa yang dimaksudkan
oleh Farish, tak lain nak menumpanglah tu.
“Yeayyy! Thank you, Lani! Mak sayang
kau…!” ucap Farish sambil memeluk bahu kawannya itu.
Pantas
Pelangi menepis tangan Farish dari bahunya. “Eei, tak payah nak pegang-pegang,
tak payah nak sayang-sayang. Rimas!” tingkahnya.
“Ish,
kau ni! Mak lampir betul. Asyik nak marah orang aje kerjanya!”
“Bukan
macam tu lah, aku tak sihat!” sangkal Pelangi. Muka dan hidungnya berkerut
seribu.
“Eh,
ye ke? Kau tak sihat ke Lani?” spontan Farish meletakkan belakang tangannya ke
dahi Pelangi. “Erm, tak panas pun, tapi kan memang dari tadi muka kau nampak
pucat semacam aje. Kau sakit apa?” Farish dah mula concerns. Gaduhlah macam mana sekali pun tapi at the end berbaik jugak.
Paling lama pun dorang pernah bergaduh dalam dua jam. Itu yang paling lamalah,
tapi paling cepat, dua minit. Ihiks!
Pelangi
hanya diam menunduk dan mendengus perlahan.
“Tak
adalah, sakit kepala sikit.” jawab Pelangi dengan nada suara yang mendatar.
“Yelah
tu… Bagitaulah! Kau kenapa?” Farish tolak bahu Pelangi perlahan. Dia bukan tak
kenal dengan Pelangi. Bila ada masalah bukan tahu nak share, suka sangat memendam rasa sorang-sorang.
“Betul.
Aku okay. Cuma…-”
“Kau
masih cari kerja ke?” duga Farish. Seingatnya Pelangi pernah bercerita tentang
masalah kewangan yang sedang dihadapinya.
“Hurmm…
Ha’ah. Banyak benda nak fikir sebelum masuk semester baru ni. Lagipun nanti
tuan rumah aku tu nak kahwin. So, nak
tak nak aku kena keluar dari rumah tu. Nak bayar deposit rumah, api, air semua
tu tunggu aku hulur duit aje…”
“Ala,
kau sewa je lah bilik. Murah sikit.” cadang Farish.
“Memanglah
cadangnya nak sewa bilik aje. Tapi nak sewa bilik pun kena pakai duit juga
kan?” balas Pelangi. Anak mata Farish ditenung dalam.
“Kau
nak pinjam duit aku dulu ke?” pelawa Farish. Sepantas kilat Pelangi menggeleng.
“Tak
perlu, aku masih mampu untuk mencari.” balasnya perlahan, dia tahu soal duit
Farish memang tidak pernah berkira dengannya. Lagipun anak ahli perniagaan
terkenal macam dia, apalah sangat kalau nak diagih-agihkan duitnya itu. Cuma
bagi Pelangi, biarlah dia berdikari. Biarlah dia hidup tanpa mengharap ihsan
dan belas kasihan dari orang lain.
“Tulah
kau, aku nak tolong tak mahu. Sombong!” ngomel Farish sambil melarikan wajahnya
dari pandangan gadis itu.
Pelangi
hanya tersenyum. Dah lama kau kenal aku Farish… Takkanlah masih tak dapat nak
agak perangai aku macam mana… Bisik hati kecilnya sendiri.
“Well, you know me kan? Dahlah, kau nak
balik ke tak ni? Aku tinggal kang!” ugut Pelangi. Dia malas nak melayan rajuk
Farish yang sengaja dibuat-buat itu.
“Alaaa,
janganlah tinggalkan mak… Aku nak ikut!” mendengar sahaja ugutan Pelangi itu,
kelam kabut Farish menaiki motornya.
“Cepat-cepat!
Aku tak ada masa ni, pantas! Pegang aku kuat-kuat!” arah Pelangi dengan suara
yang tegas. Farish ni bukan boleh dilayan sangat. Perangai mengalahkan
perempuan. Dia sendiri pun tak pernah berperangai macam tu.
Belum
sempat Farish duduk selesa di atas motor, Pelangi sudah pun menekan minyak
untuk memecut.
“Ya
Tuhan! Jatuh juga aku dalam longkang ni Lani! Kau boleh bawa slow sikit tak??” Farish mengurut dada
perlahan. Sikit lagi… Sikit lagi dia hampir terduduk bersila di atas jalan tar
tu. Perempuan ni pun tak menyempat-nyempat! Marahnya di dalam hati. Nak marah
lebih-lebih, nanti ditinggalnya pula kat tepi jalan ni. Tak pasal-pasal kena
balik jalan kaki. Hmm… Tak apa, pasrah redha ajelah!
“Kan
aku dah cakap pegang aku kuat-kuat.”
“Eii…
Kau tu yang bawa motor macam mat rempit, nak salahkan kite pulak!” bebel Farish. Kuat betul dia pegang pinggang Pelangi.
“Eh,
bising pulak mulut dia ni!” tanpa mempedulikan teguran Farish, Pelangi terus
memecut laju.
“Laniii…
Oiii, mak belum kahwin lagi ni!! Oh
Tuhannn! Help…!!” Bising betul suara
nyaring si Farish menjerit-jerit memarahi kawannya itu.
“Oii
Lani! Slow lah giler…!” berkali-kali bahu Pelangi ditepuknya. Eii, tengah meroyan
ke apa perempuan ni bawa motor, dah macam duduk dalam motorboat aje aku rasa nieee!! Farish menyumpah-nyumpah di dalam
hati.
“Ha,
Pelangi…-” dari jauh Farish sudah perasan ada lopak kecil di hadapan laluan
mereka. Tapi tak sempat dia nak buka mulut,
“Aduhhhh!!!
Sakit punggung aku Pelangiiii!!” nah! Suara ‘jantan’ Farish dah keluar.
Pelangi
tergelak kecil. Ada lagi rupanya suara jantan dia. Getus hatinya sendiri.
No comments:
Post a Comment