DAPATKAN TEASER PERCUMA!


Nama Penuh Anda

Alamat E-mel Anda

Sunday, 6 March 2016

AISEYMAN, DRIVE AJE! - BAB 3



“BONDA…”
      “Ir…” lemah suara Datin Yuhanis menyahut panggilan anaknya.
      Irham senyum. Anak rambut Datin Yuhanis diusap lembut. Lega hatinya tatkala mendengar sahutan dari bondanya itu. Datin Yuhanis mungkin terlalu letih. Kata-kata dari doktor Luqman, doktor yang merawat bondanya tadi terngiang-ngiang di telinganya. Ada benarnya juga kata-kata doktor itu. Bonda memang tidak bolah duduk diam. Dia terlalu sibuk menguruskan hal butiknya. Sudah berapa kali Irham pesan pada bondanya itu, jangan buat kerja berat-berat lagi, serahkan saja kerja-kerja butik kepada pekerja mereka. Lagipun bondanya itu bukannya muda, sudah mencecah lima puluh lima tahun dah. Tapi bondanya itu berdegil. Kata bonda, selain Khazanah Co., butik itu satu-satunya harta peninggalan arwah suaminya, dia mahu menghargai kurniaan itu dengan penat lelahnya sendiri. Dia tidak mahu usaha gigih suaminya terkubur begitu saja.  
      Hurmmm... Irham hanya mampu mengeluh setiap kali bila memikirkan sikap Datin Yuhanis. Mahu ditegur lebih-lebih bimbang akan digelar anak derhaka. Sudahnya dipendamkan saja kata-katanya. Tapi bila dibiarkan, ini pulak jadinya. Haish!
      “Bonda minta maaf sebab susahkan Ir.” Datin Yuhanis bersuara perlahan.
      Irham merendahkan sedikit tubuhnya. “Tak ada apa yang nak dimaafkan bonda. Bonda tak susahkan Ir pun…” tutur Irham. Wajah lembut bondanya itu dipandang dengan penuh kasih sayang. Bibirnya terukir senyum tipis. Dalam keadaan sakit begitu, Datin Yuhanis masih kelihatan anggun dan menawan di matanya. Irham usap lembut jemari bondanya. Pipi yang semakin dijamah usia itu dikucup mesra. Memang Irham sangat menyayangi wanita itu. Bagi Irham, hanya Datin Yuhanis yang benar-benar memahami dirinya. Setelah Dato’ Affandy, papanya meninggal dunia hanya Datin Yuhanis tempat dia meluah segala. Baginya, bonda adalah segala-galanya. Dia tidak akan tahu bagaimana hidupnya nanti jika bondanya itu tiada. Dia tidak tahu dan untuk memikirkannya juga dia tidak mahu.
      “Bonda minta maaf Ir…” sekali lagi Datin Yuhanis mengungkapkan ayat itu. Rasa bersalah dalam dirinya semakin menebal. Dia tahu dia salah kerana sering kali mengabaikan kesihatannya.
      “Bonda… Janganlah cakap macam tu. Ir kan anak bonda. Memang tanggungjawab Ir untuk jaga bonda. Dah… Bonda jangan banyak bergerak okey. Bonda relaks je, chill-chill kan diri. Seeenyummm… Ir tak suka lah kalau bonda tak senyum. Rasa macam makan nasi takde lauk. Senyum bonda. Pleaseee… ” gurau Irham cuba memujuk bondanya dan seperti biasa dia berjaya. Dalam kesakitan, Datin Yuhanis pamer juga riak bahagia. 
      Begitula kebiasaannya, walau dalam keadaan apa pun Irham pasti berjaya memujuk bondanya itu. Dalam diam Datin Yuhanis memerhatikan Irham. Anak tunggalnya. The only child yang dia ada. Dia madu dan dia jugalah racun.
      Sudah tiga puluh dua tahun umur Irham sekarang ni. Tapi bagi Datin Yuhanis Irham masih lagi anak kecil yang memerlukan belaiannya. Anaknya itu memang manja dan adakalanya kebudak-budakan. Selain soal kerja, jarang Datin Yuhanis dapat lihat anaknya itu serius, terutama hal-hal yang berkaitan dengan dirinya sendiri dan jika berbicara soal diri sendiri, pastinya soal jodoh yang selalu Datin Yuhanis bebelkan. Puas dah Datin Yuhanis memujuk Irham untuk berkahwin, ada keluarga, ada isteri yang menjaga makan pakainya, namun kata-katanya itu bagai mencurah air ke daun keladi. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Setiap kali disuruh kahwin ada saja alasannya untuk mengelak. Tapi kawan perempuan tak usah cakaplah… Keliling pinggang! Tak cukup pinggang dia, pinggang bondanya juga kalau boleh dia nak ambil kira.
      Hurmm… Irham. Irham… Semua dah sempurna dengan anak bonda ni, cuma perangai yang satu tu aje! Cepat-cepatlah berubah sayang… Bonda teringin sangat nak ada menantu dan bermain dengan cucu-cucu bonda.
      “Eh, Bonda… Jauh mengelamun ni. Bonda fikir apa?” teguran Irham mematikan lamunan Datin Yuhanis. Wanita itu tersenyum.
      “Hah… See… baru Ir lega, dari tadi Ir mencari…” tingkah Irham, adalah tu akalnya untuk mengusik Datin Yuhanis. Raut wajah wanita itu serta merta berubah.
      “Ir cari apa?” soalnya sambil memerhatikan sekeliling.
      “Ir cari senyuman manis dari ‘hot’ mana!” jawab Irham ringkas sambil tersengih. Datin Yuhanis menampar lembut lengan anaknya itu.
      “Irham, main-mainkan bonda ya, bonda dah tua tahu tak.”
      “Eh… Mana ada, bonda Ir ni bergetah lagi tau!” serentak dengan itu pecah tawa mereka anak beranak. Tubuh Datin Yuhanis dipeluk kemas. Lapang rasa hati Irham bila melihatkan wajah bonda yang semakin berseri. Pelukan Irham semakin erat. Kalau boleh dia mahu setiap masa begitu.
      Sedang asyik diulit bahagia, tanpa sedar ada sepasang mata yang sedang memerhatikan kemesraan mereka.
     
      PELANGI kesat air mata dengan belakang tangannya. Segala usikan dan gelak tawa mereka mengundang sebak di hatinya. Kemesraan itu memang sangat-sangat didambakan olehnya. Demi Allah, dia juga mahu berada di dalam keadaan begitu. Keadaan di mana dia dapat merasa kehangatan kasih sayang dan belaian dari seorang Ibu. Hatinya diruntun pilu. Sakit dadanya menahan sebak, sungguh dia sangat mencemburui suasana itu.

      “ENCIK, ini kuncinya. Kereta saya park dekat basement. Ini card parking, saya dah dapatkan cop untuk flat rate…-”
      Langkah kaki Irham terhenti. “Habis tu siapa yang nak drive aku balik??”
      Tersentak Pelangi mendengar soalan yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu. Err… Maksudnya? Maksudnya apa? ligat otaknya meneka.
      “Aku bagi kau tempoh percubaan, waktu kerja kau mesti flexible dan mesti sedia anytime including weekend. Setiap hari, lapan setengah pagi kau mesti dah kena ada di depan pintu rumah aku. Setiap saat kau lambat, gaji kau aku tolak. Aku bagi kau seribu lima ratus sebulan. Lepas probation, aku naikkan lagi. Tapi itu depends macam mana kau buat kerja. Esok datang ofis, jumpa Safiya sign offer letter. Tapi ingat, lapan se..te..ngah! lapan setengah!!” ayat itu ditekankan banyak kali.
      Pelangi terkesima. Nak melompat kah? Menjerit kah? atau buat-buat tak tahu aje kah?? Sumpah dia gembira! Sudah tidak perlu lagi pening-pening memikirkan bagaimana mahu mencari wang untuk menanggung kehidupannya sebagai pelajar kolej. Wang biasiswa memang ada, tapi semuannya hanya cukup untuk menjelaskan yuran semester. Faham sajalah yuran kolej beribu-ribu. Itu belum ditambah dengan duit sewa rumah lagi. Pelangi senyum sampai ke telinga. Terima Kasih Ya Allah kerana memudahkan segalannya…
      “Hoi!! Apa yang kau tercegat kat situ lagi! Cepat!!” sergah Irham. “Hish, lembab!” tambahnya lagi.
      “Ehhh. Okey… Okey!” sergahan Irham mengejutkan Pelangi. Segera dia berlari-lari anak ke arah kereta yang bakal dipandunya, dengan pantas pintu dibuka.
      “Habis kau nak duduk mana??” sergah Irham lagi.
      Erk! Pelangi tepuk dahinya sendiri. Sengalnya aku ni! Dalam kekalutan tanpa sedar dia sebenarnya membuka pintu kereta bahagian pemandu untuk Irham.
      “Err... Maaf Encik, maaf… Sila masuk…” pelawa Pelangi dengan muka yang sudah pun berona merah. Adeh, nervous duhhh!
      Menggeleng-geleng kepala Irham melihat kelakuan driver barunya itu. Nasib baik kau comel. Eh, sempat pulak kau kan Irham!





No comments:

Post a Comment