“BABY, drinks?”
“Nope, thanks.” Irham tolak lembut
perlawaan Azlyn. Gadis itu hanya menjungkit kening, fine, tak mahu sudah! Mungkin itu yang difikirnya. Tanpa dipelawa,
Azlyn terus menarik kerusi dan duduk di sebelah Irham. Tak cukup dengan itu,
lengan Irham pula dipaut dan dibelai mesra. “Sayang… Hmm… I miss you...” lirih Azlyn membisikkan ungkapan itu ke telinga
Irham dan pada masa yang sama cuba untuk menggoda lelaki itu. Irham hanya
mendengus perlahan.
“Lynn, I
penatlah…” Irham berdalih. Tetapi realitinya dia memang penat saat ini, penat
dengan masalah kerja, penat memikirkan masalah kesihatan Bonda. Penat dengan client yang banyak kerenah, penat dengan
semua benda. Arghh! Bunyi muzik dan
suara manusia yang sedang hanyut menari dan bergelak tawa dirasakan sangat
bingit menggangu perdengarannya.
“Baby, what happened? Janganlah dingin
sangat dengan I. Chill…” pujuk gadis
itu lagi. Kali ini tangannya merayap pula ke sekitar wajah dan leher lelaki
itu.
“Please lah Lynn…” balas Irham.
Azlyn dengan pantas meletakkan jari
telunjuknya ke bibir Irham. “Sayang… Let
me ‘cheers’ you tonight…” pujuk manja Azlyn semakin menjadi-jadi. Dia tahu
seperti biasa lelaki itu pasti akan tewas dengan pujukannya. Biasanya jika
berjumpa di kelab malam seperti itu, pasti keesokannya hari mereka akan
berakhir di hotel mewah sekitar kelab. Dengan perlahan dia mendekatkan pula
bibirnya ke pipi Irham. Namun belum sempat bibir itu menjamah mangsanya, Irham
sekali lagi menolak. Kali ini tolakkannya agak kuat sehingga menyebabkan Azlyn
terdorong sedikit ke belakang. Entah kenapa malam itu Irham tidak mahu terus
hanyut seperti malam-malam sebelumnya.
“Lynn… Could you please stop?? I rimaslah!
Heshhh!!” tanpa sempat Azlyn membalas, Irham terus bangun dan kemudiannya
melangkah keras meninggalkan Azlyn yang terpingga-pingga.
“Irham!
Tunggulah duluu!” Panggil Azlyn. Apa masalah dia ni!? “Irham!”
“I’m off!” sahut Irham kasar tanpa
sedikit pun memalingkan mukanya ke arah Azlyn.
“Hey,
Irham!”
“Get losttt!”
“Heshhhhh!!
Kurang ajar punya jantan!!” bentaknya. Namun ianya terus tenggelam dek bunyi bising
yang mengasyikkan.
“BRO! Apa lu bikin dekat luar ni? Malam
masih muda lagilah. Jomlah kita enjoy dulu…”
Alan teman sekuliah Irham sewaktu di overseas
dahulu datang menyapa.
“Bosan aku! Hari-hari mengadap
benda sama!” Balas Irham sambil meraup mukanya.
Alan hanya tersenyum sinis
mendengar pengakuan lelaki di hadapannya itu. “Lu mau tempat lain ka?”
Alan mula memasang jerat.
Irham pantas menoleh, merenung
tajam ke arah Alan yang bersahaja. Dia dengan Alan memang sudah berkawan sejak
dulu lagi. Selain Alan, Irham ada dua orang lagi teman sekepala, seorang Amer
dan seorang lagi Bella. Amer Suffian, junior
kepada Irham dan Alan sewaktu belajar dahulu dan kini sudah pun bekerja di
salah sebuah syarikat guaman di ibu kota. Manakala Bella pula tamat saja
belajar, terus menetap di Ausie,
berkahwin dengan orang sana dan mungkin sekarang ini sedang bahagia hidup
bersama-sama suami dan anaknya.
Dulu di Ausie even sekarang ni di Malaysia, keakraban mereka memang tak
pernah berubah. Tambahan pula Irham, Alan dan Amer dahulu mempunyai hobi yang
sama iaitu meng-explore tempat-tempat
‘nakal’ sambil berdampingan dengan ‘hot-hot
chick’ yang gebu dan menggiurkan. Manakala Bella pula tugasnya hanya
melayankan sahaja kehendak mereka. Pantang ada junior atau freshie yang hot dan seksi sikit, cepat saja maklumat
itu sampai ke pendengaran mereka. Tahu-tahu saja esok lusa mereka sudah pun
berjalan beriringan, berpelukan sambil berpimpinan tangan dengan gadis-gadis
tersebut.
“Hoi!” Sergahan Alan mematikan
lamunan Irham.
Hmm… Zaman belajar, zaman yang
sangat dirindukannya. Zaman tanpa masalah!
“Sorry, kepala pusinglah…” Jawab
Irham perlahan.
“Okey, no
problem Bro! Tapi kalau kau nak, aku ada satu tempat baru. Apa macam?
Berani serang ini malam?” Tambah Alan lagi dengan memek muka yang bersahaja.
Irham kembali menoleh memandang Alan. Lama, sebelum akhirnya dia melepaskan
sebuah keluhan berat.
“… Aku nak balik, hantar aku.”
Putusnya. Alan hanya menggaru kepala, jam di tangan dibeleknya.
“Relakslah Bro, baru pukul dua
pagi.” Pujuk Alan. Namun Irham masih seperti tadi, berlagak tenang dan seperti
memikirkan sesuatu.
“Esok aku ada meeting. Lagipun malam ni aku memang tak ada mood langsung nak enjoy.”
Balas Irham lagi. Susah betul bila tak ada Pak Harun ni, susah nak bergerak!
Sekarang terpaksa mengharapkan orang. Nak harapkan driver yang baru di upahnya siang tadi hantar aku ke tempat-tempat
macam ni, ishhh, memang tak adalah kut, nerd
je muka. Boleh jamin dia tak biasa dengan tempat-tempat macam ni. Hurmm… Tak
apa, soal dia, nanti boleh settle,
ada banyak masa lagi untuk aku ‘kaji’ dia. Nak sangatkan jadi ‘driver’ aku. Now, tahanlah!
“Ala… Re………
“Kau nak hantar aku ke tak nak?
Kalau tak, aku call cab!” Irham
meninggikan suara secara tiba-tiba. Alan terdiam.
“Woo… Woo…
Chill bro! Relaks lah. Aku han
No comments:
Post a Comment