“LANI, burger daging special siap!”
“Oh,
okey, okey… Kejap ya.”
“Abang
Mizi, berapa ringgit burgernya?” Soal Farish bila melihat Pelangi
terkebil-kebil mengira duit syilingnya.
“Eh! Aku
bayarlah. Kejap, kejappp! Erm… Seringgit dua puluh sen, seringgit tiga puluh
sen… Seringgit empat puluh sen… Dua ringgit…
“Empat
ringgit lapan puluh sen, Farishaaa…” Sengaja Abang Mizi, si penjual burger itu
memanggil Farish dengan panggilan manja itu. Apa lagi meliuk-lintuklah si Farish
bila dipanggil sebegitu. Senyum terkinja-kinja sampai ke telinga, tak lupa juga
untuk mengelip-ngelipkan matanya.
“Alaaa..
Abang Mizi ni sengaja tauuu… Malulah kitaaa….”
“… Tiga
ringgit tiga puluh sen, tiga ringgit empat puluh sen…”
“Haishhh
perempuan niee! Lani! Mak bayarlahhh…
dari tadi duk tiga puluh sen, empat puluh sen, lima puluh enam, tujuh, lapan,
sembilan sennn… Penat Mak tau!
Dah-dah, simpan duit tu buat beli jajan
esok! Erm… Abang Mizi… Ini sepuluh ringgit, ambillah. Bakinya simpan ya, hadiah
sebab panggil kita Farisha…”
“Ish,
betul ke ni Farisha?” Abang Mizi mula bermain kata. Senyuman ‘gembira’ sudah
mula terukir di wajahnya.
“Betul.
Betul. Simpanlah…” Balas Farish dengan senyuman meleret. Kesan daripada
panggilan tadilah tu, tudia tak habis lagi!
“Eh,
Farish! Kau ni banyak duit sangat ke?” Tingkah Pelangi tiba-tiba sambil
mengambil kembali note sepuluh ringgit dari tangan Abang Mizi.
“Eii,
perempuan ni! Sentap Mak tauu.. Kau
ni tak boleh nak bagi salam dulu ke sebelum menyampuk?”
“Sorry!
Amboi Abang Mizi ni… Ambil kesempatan ya. Nah, ni ngam-ngam empat ringgit lapan
puluh sen. Tak ada lebih tak ada kurang. Farish, nah! Ni duit sepuluh ringgit
kau. Walaupun syiling, tetap duit tau. Boleh kenyangkan perut kau malam ni.
Dah, jom!” Tanpa sempat dijawab, Pelangi terlebih dahulu menarik tangan Farish
untuk berlalu.
Terkebil-kebil Abang Mizi dengan
perlakuan Pelangi sebentar tadi. Heshh, rezeki dah nak masuk mulut dah tu!
Rungutnya.
“KAU ni Lani, berkira betul dengan
Abang Mizi tau. Kita bukan tak biasa beli burger dari dia. Apalah salahnya
kalau belanja dia sikit.” Ngomel Farish sambil membuka bungkusan burger yang
dibeli mereka sebentar tadi. Pelangi hanya mendiamkan diri.
“Lani!
Dengar tak aku cakap apa ni!” Tambah Farish tak puas hati. Nyaring betul
suaranya. Bingit!
“Heshh
kau ni, nak makan pun tak senanglah...” Pelangi tenung dalam anak mata Farish.
“… Sebab salahlah aku betulkan tadi. Aku tahu kau banyak duit, tapi tak
payahlah sampai membazir. Buang duit macam tu aje. Hargai sikit susah payah kau
nak dapatkan duit tu.” Sambungnya. Mineral water di sebelahnya dicapai dan
diteguk perlahan.
“Buang
duit apanya, kan aku bagi tadi. Sedekah. Paling kurang dapat pahala.” Jawab
Farish bersahaja.
Pelangi jeling Farish tajam. Agaknya
orang banyak duit memang macam ni la lagaknya kan? Bisik hatinya. “Kau bagi
sebab sedekah atau sebab Abang Mizi tu panggil kau Farisha!?” Duga Pelangi.
Keningnya dijungkit sedikit mengadap Farish yang tersipu-sipu malu.
“Ala…
Sekali sekala. Nak harapkan kau panggil mak macam tu, berjanggutlah tunggu!
Cuba kalau kau panggil mak Fa.Ri.Shaaa… Sekarang jugak mak cium pipi kau yang gebu tu.” Beritahu Farish dengan senyuman
menggoda.
Pelangi yang duduk disebelahnya
hampir tersedak. “Sengal!” Balasnya sambil menepuk bahu Farish. “Kau bagi aku satu juta pun aku tak ingin nak
panggil kau dengan nama tu.” Sambungnya lagi.
“Well, tak nak sudah. Kau yang rugi.”
“Eii, tak
ada maknanya aku nak rugi… Dahlah cepat makan, aku nak tidur awal. Esok
pagi-pagi aku dah kena keluar.”
“Kau nak
keluar ke mana pagi-pagi esok? Mak nak ikut!” Laju saja Farish mengangkat
tangannya.
“Ikut
pergi mana? Aku nak pergi kerja esok.” Jawab Pelangi bersahaja. Ikatan
rambutnya dibuka dan dibiarkan melepasi bahu.
“Kerja!??
Kenapa aku tak tahu? Kerja apa? Bila kau apply?
Kenapa tak ajak aku? Gaji berapa??” Bertubi-tubi soalan yang diajukan Farish.
Telan air liur Pelangi nak menjawabnya. Terkebil-kebil matanya memandang lelaki
itu.
“Driver, pagi tadi apply dan terus dapat. Hebatkan aku?” Jawabnya ringkas sambil
tersenyum menampakkan giginya yang tersusun cantik.
“What!?? Driver? Err… Pe... Pe...
Pemandu??”
“Iyelah pemandu, takkan penoreh pulak!”
“Ish, kau hilang akal ke Lani? Dah habis
fikir?” Soal Farish, hampir terkeluar biji matanya bila mendengar pekerjaan
Pelangi. Driver? Perempuan ni nak
jadi driver? Ya ampunnn… Nak pengsan!
Desis hatinya. Pelangi dipandang tanpa berkelip.
“Kenapa?
Apa yang tak kenanya dengan kerja aku tu?
Halal apa.” Jawab Pelangi.
“Ini
bukan masalah halal tak halal Lani, ini masalah kerja yang kau buat tu. Driver kut. Agak-agaklah… Macamlah tak
ada kerja lain dalam dunia ni yang kau boleh kerja. Dah. Dah. Hentikan sajalah
niat kau tu yer… Esok tak payah kerja, teman aku shopping lagi bagus… Aku bagi upah. Kau nak kerja sangatkan, so esok kerja kau teman aku. Consider kau jadi aku punya pembantu
peribadilah. Auwww… Glamour mak, nyah! Esok ada PA….” Farish mula memasang angan.
Pokk!
Pelangi pantas mengetuk kepala
Farish dengan jarinya.
“Ouchh! Sakitlah perempuan!”
“Rasakan.
Itu dapatnya! Suka hati kau aje suruh aku tak payah kerja kan. Kau ingat senang
nak dapat kerja sekarang ni!?” Jerkah Pelangi pada Farish yang masih sibuk
mengosok-gosok kepalanya.
“Bukan
tak bagi kau kerja, tapi carilah kerja yang elok sikit. Elok maksud aku yang
sesuai dengan kau. Kau tu kan perempuan, perempuan! Takkanlah nak jadi driver pulak.” Terang Farish. Raut
wajahnya serius memandang Pelangi yang hanya mendiamkan diri, sesekali
terdengar gadis itu mendengus perlahan. Kalau aku ada pilihan Farishhh…
“Ha, diam
pulak. Sentaplah tu! Baru mak tegur
sikit dah sentap!”
“Heshhh,
kusutlah kepala cakap dengan kau ni. Aku kena kerja Farish, aku tak macam kau.
Duit aku tak banyak macam duit kau. Aku perlukan duit untuk sara hidup aku ni.
Macam mana aku nak teruskan hidup tanpa bekerja? Sekarang ni zaman orang pakai
duit, bukan zaman barter yang boleh
jual beli dengan barang!” Bidas Pelangi tegas.
“Lani…
Kan aku dah cakap pakai duit aku dulu. Banyak kali aku dah ingatkan kau, pakai
duit aku dulu. Pakai duit aku dulu. Setakat nak tanggung kau sorang Lani, aku
mampu. Ni sementara kau nak dapat kerja yang bagus, aku boleh je dahulukan dulu
duit aku ni. Apa ada hal, nama pun kawankan. Kau janganlah risau sangat. Aku
ada.”
“Amboiii..
Kau ni kalau cakap kadang-kadang macam tak ada ‘brain’ juga kan! Kau tu pun masih di bawah tanggungan mak bapak kau tahu tak? Ada hati nak
tanggung aku… Cet!”
“Oh ye ke?”
Farish garu kepalanya yang tak gatal. “Tak apalah, aku boleh je suruh mak bapak aku tanggung kau sekali. Apa ada
hal. Small matter lah Lani… Lagipun
aku kan tak ada adik. Ha, apa kata kau jadi adik aku. Haaa… apa kata?”
“Ishhh
dia ni, adik pulak perginya…” Pelangi
mengecilkan matanya merenung ke arah Farish yang bersahaja memberikan pendapat.
“Apa ada hal, apa ada hal, dahlah… Aku pun memang tak ada hal dengan kau. Jom
balik!” Pelangi bingkas bangun meninggalkan Farish yang masih berkira-kira
ingin meluahkan pendapatnya.
“Laniii….
Kau ni degillah!” marah Farish sambil turut bangun mengejar Pelangi. Bila
langkah mereka selari, cepat-cepat lengan gadis itu ditarik. Langkah mereka
terhenti. Raut wajah Pelangi redup memandang Farish yang masih lagi berdiri
cuba untuk memujuknya.
“… I’m not. Kau tahu aku betul-betul
perlukan kerja ni kan?” suara Pelangi bertukar nada. Kali ini mendatar saja
bunyinya. Mungkin dia sudah letih untuk menerangkan betapa pentingnya kerja itu
padanya.
“Hmm, Lani… Kau pasti ke ni? Dah
habis fikir?” soal Farish concerns.
Dia risaukan Pelangi. Gadis itu terlalu tetap dengan pendiriannya. Susah hendak
diubah!
“Yes, I am. Please let me do this.”
“Hurmmm… Okeylah, as you said.” akhirnya Farish mengalah.
Tiada apa lagi yang boleh dia buat untuk membantu Pelangi. Hati gadis ini
terlalu keras.
“Maksudnya?”
“Hmm… Aku pun tak tahu nak cakap
apa dah. Kau ni degil! Jenuh aku nak pujuk kau tau! Baiklah, baiklah… Aku bagi
kau buat kerja tu, but promise me…
Kalau dalam seminggu kau tak boleh buat kerja tu, kau kena janji dengan aku kau
akan berhenti dan cari kerja lain. Janji!?” Pelangi senyum. “Janji!?” ulang
Farish lagi. Beria-ia dia mahu Pelangi berjanji.
“Okey! Okey! Pinky promise!” Pelangi angkat dua jari kanannya seakan berikrar.
“Bagus, senang kerja bila anak ikan
mak dengar kata.” balas Farish, langkah kaki yang tadinya terhenti diatur
kembali. Pelangi hanya menurut.
“Banyaklah anak ikan kau! Well… Thank you Farish sebab faham aku
dan tak serik nak kawan dengan kawan kau yang degil ni.”
“Ha, mulalah tu nak bagi ayat
sentap. Ala Lani, aku okey je, aku kan sayangkan kau. Kau tu je yang tak sayang
aku. Hari-hari buat aku migraine
dengan sikap degil kau tu!”
“Apa pulak, mana kau tahu aku tak sayang kau? Sayang atau tak takkan nak
cakap depan-depan kan. Aku ni kasar, tak macam kau yang ‘lemah lembut’ tu.”
“Eleh, kau pernah dengar orang
cakap tak? Kalau sayang cakap sayang, kalau rindu cakap rindu…”
“Orang mana yang cakap? Tak pernah
dengar pun.” Pelangi cuba bermain kata dengan Farish. Dia akui dia sayangkan
Farish walaupun dalam keadaan fizikalnya yang begitu. Bak kata Farish, ‘apa ada
hal’… Nak berkawan saja pun. Tak begitu?
Farish tarik muncung panjang. Susah
betul nak suruh Pelangi menyatakan perasaannya sendiri.
“Heshh… Kau ni kalau merajuk kalah
perempuan tau! Yelah. Yelahhh… Aku sayang kau. Puas?”
“Err… Apa?” soal Farish seakan tak
percaya.
“Ah sudah… Sekali tiada dua.” balas
Pelangi dan tanpa di duga dia menjeling manja ke arah Farish, lelaki itu
kehilangan kata. Dia dapat rasakan suatu perasaan yang aneh sedang menyelubungi
jiwanya ketika ini. Namun untuk menyatakan bagaiman perasaannya dia sendiri
tidak pasti. Wajah Pelangi di pandangnya lagi, Pelangi Abdullah, gadis berusia
dua puluh tahun, hidup seorang diri di dalam dunia yang penuh dengan pelbagai
rencah. Dia dibesarkan di rumah panti asuhan, tempat di mana anak-anak senasib
dengannya menumpang kasih keluarga. Tiada Ibu, ayah, atau pun saudara kandung
yang membesar bersama-sama dengannya. Namun kenyataan hidup sebatang kara tidak
pernah membuatkan gadis itu berputus asa. Dia redha di atas ujian Illahi. Dia
tahu Allah itu sebaik-baik perancang dan dia yakin ada sesuatu yang lebih baik
telah dirancang untuknya.
No comments:
Post a Comment