Tekocoh-kocoh
Alissa menolak daun pintu pejabatnya. Terlambat!
Jarang
benar dia terlambat datang kerja. Hari ini memang malas yang amat sangat. Puas
Husna membebel dan menarik tangan dia supaya bangkit meninggalkan katil. Bosan
dan sakit telinga dengan bebelan Husna, Alissa bangun juga dengan berat hati.
“Lambat
hari ni , Cik Lisa?”
Wajah
Suhaila penyambut tetamu menyapa pandangan mata.
“Hai
Su yang cantik! Lambat sikit hari ni sebab ada sindrom Monday Blues!”
Alissa tergelak mengekek.
“Samalah
Cik Lisa.. Saya pun malas nak bangun tidur hari ni.”
“Sama
pula kita ye. Okaylah Su, saya terlewat ni. Pagi ni ada meeting.”
“Belum
lambat lagi pun Cik Lisa. VVIP belum sampai..”
Langkah
Alissa mendekati meja Suhaila. “VVIP? Siapa?”
Suhaila
menjongket bahunya. “Tak tahu. Datuk suruh saya tunggu VVIP tu.. Saya tak tahu
siapa tapi dengarnya pekerja baru syarikat ni.”
Kening
Alissa terangkat sedikit. “Bahagian apa?”
Sekali
lagi Suhaila menjongket bahunya.
“Pelik..
Datuk takde pun cakap dengan saya yang dia nak ambil pekerja baru.. Tiba-tiba
aje ambil pekerja baru, bahagian apa ye?” Alissa berfikir sendiri.
“Entahlah
Cik Lisa, saya ni penyambut tetamu aje.. Lagilah saya tak tahu apa-apa pasal
urusan ambil pekerja ni.” Suhaila tersengih-sengih.
“Takpelah
Su, nanti kita tahu juga orangnya siapa, kan? Okay,
saya gerak dulu ye, nanti lambat pula nak meeting.. Jumpa lunch nanti.”
“Okay!”
Balas Suhaila sambil mengangguk.
Sebaik
sahaja Alissa kalih ke belakang, tubuhnya berlanggar dengan seseorang.
Buk!
Tanpa
memandang wajah siapa yang dilanggar olehnya, Alissa menggosok dahi yang terasa
sakit sambil kalut menunduk mengutip fail yang jatuh di lantai. Adoi, ada paku
ke dekat dagu! Nak marah ke nak buat apa dia pun tak pasti, tapi dia yang
langgar lelaki di belakangnya ini.
“You
okay ke?” Alissa angkat kepalanya memandang lelaki yang turut menunduk
mengutip failnya yang jatuh.
Degupan
jantung terhenti.
Tangan
terasa menggeletar tiba-tiba. Tempo nafas lintang pukang. Terasa semput melihat
wajah yang muncul dihadapannya ini.
Alissa
dan lelaki itu sama-sama kaget. Terkejut dengan perjumpaan yang tidak dijangka
ini. Tangan kalut mengutip satu lagi fail dihujung sudut meja Nisda, kerani
pejabat.
“Cik
Lisa okay tak?” Suhaila yang berada di situ turut turun padang untuk
membantu Alissa. Mesti sakit terhantuk tadi. Adoi!
Tanpa
membalas pertanyaan lelaki itu dan Suhaila, Alissa terus bergerak ke bilik
menyuarat.
“Encik,
ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
Alissa
mendengar soalan Suhaila kepada lelaki itu namun dia melangkah dengan lebih
pantas. Tidak mahu mendengar suara lelaki itu lagi! Takut pula kalau Suhaila
memerlukan bantuan dia untuk membantu lelaki itu. No! Never!
Terasa
melayang-layang langkah kaki. Tidak percaya apa yang dia lihat sebentar tadi.
Tangan naik menyentuh dada yang terasa berdegup laju.
Ya
Allah.. Mimpi atau kenyataan?
Alissa
menggelengkan kepalanya. This is crazy! Takkanlah lelaki itu masih wujud
di Malaysia?
Lisa!
Jangan berangan.
Mungkin
dia hanya bermimpi sahaja atau mungkin juga pelanduk dua serupa? Ah, jangan
terlalu banyak berkhayal Lisa. Kalau rindu pun janganlah sampai nampak bayangan
di mana-mana. Parah Lisa, parah!
Tak
mungkin lelaki sama. Tidak mungkin!
Pintu
bilik mesyuarat ditolak tanpa diketuk terlebih dahulu. Ya Allah, terlupa habis
etika dan protokol yang perlu dibuat. Sumpah dia rasa serba tidak kena sekarang
ini.
Langkah
kaki menuju ke tempat duduk yang masih kosong. Kiri dan kanan kosong. Malas
mahu berbual dengan sesiapa jadi dia memilih untuk duduk bersendirian seketika
sebelum perkerja lain masuk memenuhi kerusi-kerusi kosong.
“Lisa,
you okay?”
Teguran
Datuk Ibrahim mengejutkan Alissa yang nampak masih terkejut.
“Sorry,
Datuk, saya tak perasan Datuk dah sampai dulu.” Alissa tegak berdiri. Malu pula
bila ditegur oleh majikannya. Biasanya dia tiba lebih awal berbanding Datuk
Ibrahim, entah mengapa hari ini malas benar dia mahu bergerak ke pejabat.
Rasa
berat hati aje. Puas Husna membebel kepada dia barulah dia bangun mandi. Kalau
tidak memang masih berlingkar di atas tilam empuk miliknya.
“Tak
apa. I datang awal sedikit hari ni. You okay ke tidak ni?” Datuk
Ibrahim nampak bimbang dengan wajah Alissa yang nampak berbeza hari ini.
“Yeah. Yeah. I am okay,
Datuk. Terkejut sedikit tadi..” Maunya tidak terkejut, bertahun-tahun tidak
bersua tiba-tiba muncul dalam keadaan dia langsung tidak bersedia, haruslah dia
terkejut bagai nak gila.
“Patutlah
muka you nampak cuak. Terkejutkan apa?”
“Saya
okay, Datuk. No worries.” Bimbang pula dengan sikap Datuk Ibrahim
yang nampak caring kepada dia.
Rambut
kalut diselak ke belakang telinga. Segan pula bila ada beberapa pasang mata
dalam bilik menyuarat itu memandang dia dengan pandangan pelik. Dia bukan ada
skandal dengan Datuk Ibrahim lah! Macam nak jerit aje macam itu.
Datuk
Ibrahim memang macam tu. Layan dia dengan baik sejak dia mula bekerja di sini
dan dia pun tidak tahu mengapa. Memang sikap seperti bapa-bapa.
“Kalau
you cakap takde apa-apa, takpelah. Kalau ada apa-apa masalah jangan
pendam seorang diri,”
“Baik
Datuk.”
Datuk
Ibrahim menganggukkan kepalanya.
“Baiklah,
kita tunggu seorang lagi pekerja baru yang akan memulakan tugasnya pada hari
ini.”
“Siapa
Datuk?” Celah Roslan, Pengurus Eksekutif Mehelea Tekstile.
“VVIP
pada hari ini. VVIP dalam hidup saya.” Bibir Datuk Ibrahim mengukir senyuman.
Nampaknya seseorang yang dinanti ialah sangat penting pada hari ini.
“Siapa
lagi penting selain Datin Maheran, Datuk?”
Ya
Allah, Roslan ni tak boleh senyap dua minit pun. Banyak sangat benda di nak
tanya. Alissa mula serabut mendengar suara sokseh-sokseh dalam bilik
menyuarat. Semua kalut nak tahu siapa tetamu penting Datuk Ibrahim.
“Adalah.
Lelaki penting dalam hidup saya selepas arwah bapa saya.” Bersinar-sinar wajah
Datuk Ibrahim bercerita tentang lelaki penting dalam hidupnya itu.
Siapa?
Anak dia? Cucu Datuk Ibrahim?
Ya
Allah, siapa pun orangnya yang penting Alissa tidak suka!
Alissa
mencebik. Dasar VVIP mesti lambat! Tak boleh nak datang awal sikit daripada
orang biasa ke? Semua orang nak kena tunggu dia. Menyampah! Hati mula menyumpah
seranah. Bukan apa, dia memang anti betul kalau orang yang tidak menepati
waktu. Dah janji menyuarat pukul 9.00 pagi, datanglah awal sikit.
Kalau
dulu-dulu, Tun Dr. Mahathir pun akan cepatkan jam beliau awal lima minit untuk
memastikan beliau tidak lambat menghadiri apa-apa majlis. Ni VVIP mana pula
yang sudah lewat lima minit ni?!
Alissa
berasa tidak puas hati. Memang tak suka kalau orang tak menepati masa. Come on lah, orang bukan takde kerja nak
buat kalau asyik nak kena tunggu VVIP aje.
“Em,
Datuk, lambat lagi ke orangnya?” Alissa mungkin kelihatan tidak sabar-sabar
untuk mengetahui siapakah gerangan VVIP itu tetapi yang sebenarnya ialah dia
dah mula rasa meluat sebab bilik mesyuarat mula bising dengan orang
berbual-bual.
“Wah,
you dah tak sabar ke Lisa?”
Bibir
Alissa tersengih kelat. Segan pula ditegur seperti itu. “Takdelah Datuk.. Tanya
aje.”
“Orangnya
kacak kali ini, penantian you memang tak sia-sia kali ini.”
Erk?
Penantian apa? Apa yang dia nantikan selama ini?
“Lisa,
you tunggu seseorang ke?” Humairah yang duduk bertentangan dengan Alissa
bertanya. Ingin tahun siapa yang ditunggu oleh Alissa selama ini.
“Lisa
segan nak cakap agaknya..” Datuk Ibrahim tergelak kecil.
“Really?”
Suara Humairah bertukar nada teruja.
“Takdelah..
Datuk melawak aje tu. Mana ada I tunggu sesiapa pun.” Balas Alissa
sedikit geram. Datuk Ibrahim ni sengaja aje nak timbulkan gosip di pejabat!
Humairah
mengangguk beberapa kali. Mungkin tidak berani menyoal lagi apabila melihat
wajah Alissa yang sedikit mencuka.
Tiba-tiba
pintu bilik menyuarat diketuk dari luar.
Semua
mata di dalam bilik menyuarat terarah ke pintu yang ditolak sedikit.
“Dah
sampai ke?” Soal Roslan dengan tidak sabar-sabar.
Alissa
mencebik. Roslan ni memang dasar kaki kipas! Kalau VVIP, golongan-golongan ada title Datuk tu memang dia suka sangatlah
nak berhimpit. Nak dapatkan tender konon!
“Maaf
Datuk, saya lambat sikit.”
Suasana
dalam bilik mesyuarat riuh-rendah. Mukhriz rupanya!
“Masuk
Mukhriz. Duduklah. Kami belum mula mesyuarat pun lagi. Masih menanti seorang
lagi pekerja baru pada hari ini.” Balas Datuk Ibrahim ramah.
Mukhriz
berjalan laju menuju ke kerusi kosong di sebelah Alissa.
“Dah
lama sampai?”
“Almost
15 minutes tunggu VVIP Datuk hari ini. Dah kata pekerja baru, tak faham
kenapa dia mesti lambat!” Degus Alissa sedikit geram. Suara sedikit keras namun
perlahan.
“Sabarlah
sikit...”
“Hari
ni mood tak baik. Tak boleh sabar!”
Mukhriz
tergelak kecil. “Kenapa? Siapa buat mood awak tak baik ni?”
“Hmm, takde apa-apa lah.” Malas pula mahu
bercerita dengan Mukhriz. Biarlah dia simpan seorang diri.
“Tak
nak cerita sudah. Kalau cakap dengan saya boleh saya tolong hiburkan hati awak
tu.”
“No need.” Balas Alissa
geram.
“Tak
nak sudah.. Awak yang rugi Lisa..”
Alissa
buat-buat tidak mendengarkata-kata Mukhriz. Tangan sibuk membuka fail kuning di
hadapannya. Membaca isi laporan yang sudah lima belas kali dia baca benda yang
sama.
Rasanya
dah boleh hafal apa yang hendak dia bentangkan pada hari ini.
Corak
rekaan pakaian yang terbaru dibelek beberapa kali. Rasanya dia memang berpuas
hati dengan hasil rekaan dia pada kali ini.
“Baju
baru?”
Alissa
angguk mengiyakan pertanyaan Mukhriz.
“Dah
twenty-minutes! Tak reti bawak kereta laju-laju ke apa orang penting
Datuk ni?” Sekali lagi Alissa berbisik keras di telinga Mukhriz. Bengangnya!
Kalau
dia duduk di meja kerja dia agaknya dia dah boleh siapkan dua jenis rekaan
terbaru dalam masa dua puluh minit ni!
“Sabarlah.
Mungkin jalan jammed. Tapi masa saya datang pun jalan jammed tau!”
Alissa
tayang riak tidak berpuas hati. Kalau tahu jalan jammed bangunlah awal pagi. Keluar awal sedikit.
Sudahnya
Alissa melayan geram seorang diri. Roslan yang asyik sibuk menyoal tentang
pekerja baru kepada Datuk Ibrahim dijeling oleh Alissa. Tak suka Roslan! Jangan
nak berpolitik sangat dalam kerja boleh tak?
Semua
orang di sini cari makan.. Janganlah over sangat nak ambil hati majikan.
Pintu
bilik menyuarat sekali lagi diketuk dari luar dan wajah Nora, setiausaha bos
kedua di Ibrahim Tekstile tersembul di muka pintu.
“Yes
Nora?” Datuk Ibrahim memandang wajah gadis genit yang berdiri di muka
pintu.
“Datuk,
your
VVIP is here.” Nora menekankan perkataan VVIP kepada Datuk Ibrahim.
“Wah,
VVIP kita dah sampai. Tak sabar nak tengok wajah kacak pekerja baru kita..
Bolehlah buat cuci mata, kan Datuk?” Wajah Roslan bercahaya.
Alissa
menjeling Roslan. Eiii, tak sukanya dengan lelaki ini!
“Jemput
dia masuk.”
Nora
mengangguk dan menolak daun pintu dengan lebih luas. Memberi laluan kepada
lelaki yang sedang berdiri di belakangnya untuk masuk.
Alissa
tunduk memandang fail mesyuarat sambil mengepal penumbuk. Memang tak boleh nak
tengok muka lelaki yang kononnya sangat penting kepada syarikat sebab dia
meluat! Dah la lambat dua puluh minit, nak kena jemput bagai.
Tak
boleh masuk sendiri ke? Nak sangat orang layan macam raja!
Ah,
Alissa. What is wrong with you? Semua benda tak puas hati ni kenapa?
Tangan
digenggam kuat. Mesti kes berlanggar tadi. Hilang mood betul bila nampak
lelaki itu. Kenapa mesti muncul? Kenapa?! Ingatkan dia takkan jumpa lelaki itu
lagi seumur hidup dia.
No comments:
Post a Comment