“Car pool?”
“Okay.”
“Where to?”
“Pullman.”
“Bro, mana awek kau?”
Amirul Haikal
lirik telefon bimbit di tangan. Tiada panggilan tidak berjawab dan tiada SMS yang masuk. Lambat pulak pujaan hati
ni. Janganlah tak jadi, orang dah teruja nak jumpa ni. Siap nak tunjuk kat Don
Juan malaya kat sebelah dia ni...
Hud Daniel
yang sedang menunggu di ruang legar Synergy merenung tajam ke arah dua orang
sahabatnya.
Keliru.
Seperti tidak faham dengan perasaan sendiri. Marah. Tapi entah pada siapa. Rose
Raihanah? Amirul Haikal? Atau diri sendiri? Keluhan terlepas dari mulut buat
kesekian kalinya.
Sedar silap
sendiri. Dia yang tekad untuk merahsiakan perkahwinan ini. Bukan apa, dia
sebenarnya bimbang dengan tanggapan orang terhadap dirinya. CEO yang gatal
berbini dua. Aduh! Tercalar imej pencinta setianya. Wah! Tak menahan langsung statement tak sedar diri aku. Jujur,
sebenarnya dia masih belum sedia. Mata tiba – tiba tertancap ke arah susuk
wanita yang sedang melangkah ke arah mereka.
Pagi tadi,
hati berdetup – detap melihat transformasi wanita itu. Kaki seolah – olah tidak
berpijak di atas bumi melihat keanggunannya menyarung pakaian moden yang
menyerlahkan sisi femininnya. Sebenarnya, pagi itu dia sengaja menjengah ke
bahagian kewangan. Hendak berjumpa dengan Rose Raihanah. Tebal rasa bersalah
pada isteri yang satu ini. Pandai atau tidak memujuk, Hud Daniel tekad nak
redah saja. Nak jumpa wajah yang sentiasa menghiasi mimpinya sejak akhir –
akhir ini.
Yang buat
malas, Saffiya Safwa merengek nak ikut sama! Puas dia memujuk meminta supaya
Saffiya Safwa menunggunya di pejabatnya sendiri saja. Tak jalan langsung! Mahu
tidak mahu terpaksa juga dia membawa isteri pertamanya itu ke sana ke mari.
Rimas.
Alahai!
Kalaulah Amirul Haikal dan Saffiya Safwa tidak ada di situ, sudah pasti tubuh
wanita itu akan diraih dan dipeluk kejap.
Rindu!
“Maaf, lama
tunggu?” Soal Rose Raihanah sopan. Hariz Amrey terpana. Tekak rasa kering.
Lidah hilang kosa kata. Terpampang imej seorang gadis di layar mata Hariz
Amrey. Senyuman itu, mengingatkan dia pada seseorang. Cepat – cepat Hariz Amrey
menghalau imbasan kenangan.
Snap out of it Hariz!
Hariz Amrey
memaku pandang kepada wanita yang sedang memateri senyum kepada mereka semua. Ini
Rose Raihanah? Padanlah Saffiya Safwa macam beruk kena belacan. Kalau inilah
saingannya, dia memang patut susah hati. Mata Hariz Amrey meliar memandang Rose
Raihanah dari hujung rambut ke hujung kaki serupa helang.
Sexy but still classy.
Sweet and demure.
Very interesting!
Terasa diri
diperhati, Rose Raihanah memberanikan diri membalas renungan Hariz Amrey, senyuman
manis dilayangkan seikhlasnya. Hariz Amrey terpana lagi. Baru saja Amirul
Haikal mahu membuka mulut, laju dia dipintas Hariz Amrey yang sedia menghulur
tangan untuk bersalam.
“Hi, I’m Hariz, and you are Rose right? The famous Rose
Raihanah.” Rose Raihanah cuma
tersenyum menutup rasa bersalah kerana tidak mahu menyambut salam Hariz Amrey.
Kepala sedikit diangguk.
“Maaf. Panggil
saja saya Rose.” Senyuman manis dihadiahkan juga.
Hariz Amrey
menarik tangannya semula, terus masuk ke dalam poket seluar. Segan juga
salamnya tidak disambut. Again, very very
interesting. Tiba – tiba perutnya disinggung oleh Amirul Haikal.
“In case you forgot, she’s mine, bro.” Bisik Amirul Haikal perlahan, cuma untuk didengar oleh
Hariz Amrey.
“Why? Rasa tercabar?” Amirul Haikal
mendengus geram dengan jawapan Hariz Amrey.
Dasar buaya
darat!
“Aku bukan
rasa tercabar, cuma nak ingatkan kau sikit.” Amirul Haikal mendekatkan badannya
sedikit.
“Perempuan
lain kau boleh caras yang ini jangan harap! Over
my dead body.” Hariz Amrey cuma ketawa mendengar ugutan Amirul Haikal.
“Then all I need to do is to kill you.”
Amirul Haikal
tersentap.
“Kidding!” Meledak
ketawa Hariz Amrey, memancing perhatian beberapa kakitangan Synergy yang sedia
ada di ruang legar tempat mereka berdiri.
Rose Raihanah
dan Sarinah juga terpinga – pinga melihat telatah dua orang lelaki itu. Diorang
buat lawak ke? Bukan main lagi suka. Amirul Haikal mengemam bibir menahan
perasaan. Sedikit pun dia tidak fikir apa yang diutarakan Hariz Amrey itu lucu.
“So, what are we waiting for? Atau rasa nak duduk bersila makan kat sini aje?” Sinis
nada suara Hud Daniel kedengaran setelah berjalan melepasi mereka berempat.
Emosinya berkerja keras hari ini, macam naik rollercoaster. Berasap kepala melihat gelagat Amirul Haikal dan
Hariz Amrey yang jelas cuba mendekati Rose Raihanah. Tak habis dengan si
Haikal, sekarang Hariz pulak? Berapa banyak lelaki yang berkehendakkan Rose
Raihanah? Bergegas mereka yang lain mengekorinya dari belakang.
“Apahal laki
kau tu, babe? Macam period je aku tengok.”
“Agaknya lah
tu. Senggugut!” Tutur Rose Raihanah disambut dengan ketawa kecil dari Sarinah.
Tapi...
“Babe, kau kena hati – hati.”
“Kenapa
pulak?”
“Lain macam
aku tengok. Cemburu kot?”
“Aik? Bukan
kau yang ajar aku pancing cemburu dia?”
“Aku ajar
pancing cemburu, aku takut kita terpancing lain.”
“Apa?”
“Marah.” Rose
Raihanah mencebik.
“Marah dia aje
ko takut, habis, marah aku?”
“Erk? Ko marah
siapa babe? Janganlah marah – marah
aku pulak.”
“Bukan kau,
laki aku tu! Nak marah kat aku pulak! Patutnya aku yang marah dia buat aku
macam ni, ni terbalik pulak! Eh! Tak pasal menyirap pulak darah aku!”
Tak agak –
agak perempuan ni mengumpat laki sendiri, bisiknya di dalam hati. Sarinah
kemudian senyum segaris. Mata rasa sukar percaya memang ketiga – tiga orang
pemuda kacak ini berada di hadapannya sekali gus. Macam budak disua gula –
gula! Rasa menggelenyar satu badan. Rasa macam model iklan pun ada, model iklan
minyak wangi yang diapit oleh lelaki – lelaki ganteng!
Homai! Meletup
pembuluh darah Izz Basri kalau nampak aku dengan siapa sekarang, hahaha! Hai...
Rose, kau memang bertuah! Bukan Sarinah tidak perasan, pandangan tajam Hud
Daniel yang semarak dengan api cemburu. Bukan juga Sarinah tidak nampak yang
Hariz Amrey pandang Rose Raihanah macam nak telan! Yang mamat sengal jangan
cakaplah, memang pun dah jelas dia menaruh hati pada sahabatnya itu.
“Bro,
kita guna kereta kau, eh?” Suara garau Amirul Haikal memecah lamunan Sarinah.
“Hmm...” Malas
Hud Daniel hendak buka mulut. Tak sabar tunggu balik rumah. Wajib soal siasat
Rose Raihanah pasal Amirul Haikal!
####
“Abang...”
“Hmm...” Rose
Raihanah ketap bibir gementar. Lain macam bunyinya?
“Kereta Rose
rosak lagi. Nak naik bas atau teksi...”
“Tunggu abang
kat parking lot. I’ll be ready in 30 minutes.”
Telefon bimbit
dicampak ke dalam beg tangan. Huh! Suara Hud Daniel yang dingin betul – betul
buat Rose Raihanah seram. Serius! Meremang bulu roma. Geram sangat agaknya Hud
Daniel terhadap dia. Memang kau saja nak cari penyakit kan, Rose? Haisy! Kereta
ni pun waktu macam ni lah nak buat hal. Elok – elok baru keluar dari bengkel,
sekarang sakit pulak lagi.
Rose Raihanah
mengeluh lagi. Menyesal pulak dia mengikut sangat cadangan si Nour Sarinah anak
Pakcik Naim tu. Sudahnya dia juga yang terpaksa berdepan dengan Hud Daniel.
Sendiri. Si Sarinah entah pegi mana. Telefon pun tak angkat. Takkan nak cari
pasal balik tumpang Amirul Haikal?
Tak pasal –
pasal dia kena tekanan perasaan memikirkan apa agaknya tindakan Hud Daniel lepas
sesi dia menggedik dengan kawan baik suami sendiri? Minda saja buat pasal
mengimbau saat makan tengahari beberapa jam yang lalu.
“Cuba kek keju
ni, sedap!”
Erk!
Rose Raihanah
kaku. Mata sempat menangkap jelingan tajam Hud Daniel, dan sengihan Sarinah.
Nak buka mulut ke tak? Kalau buka rasanya Hud Daniel dah bagi isyarat jelas aku
memang menempah bala. Kalau tak buka jatuh pulak air muka si sengal ni. Beriya
– iya nampaknya nak suap aku. Dia ingat aku ni budak kecil nak bersuap bagai?
Yang si Sarinah dengan si Hariz Amrey ni pun dah jadi penonton tak berbayar.
Teruja agaknya nak tengok aku bukak mulut atau tidak.
Melihat Rose
Raihanah yang masih teragak – agak hendak menerima suapannya, Amirul Haikal
sengaja merapatkan lagi sudu berisi kek ke bibir Rose Raihanah. Saja. Nak
tunjuk dekat Hariz Amrey, sisi romantik seorang Amirul Haikal. Biar dia tau,
bukan dia saja boleh jadi Don Juan! Aku pun boleh. Entah kenapa, berkobar –
kobar dia hendak membuktikan diri di depan Hariz Amrey. Mungkin saja sebab dia
hendak menyangkal sangkaan Hariz Amrey yang dia ni memang gagal kalau berdepan
dengan perempuan.
Yang pelik,
Hariz Amrey tampak tenang saja. Macam tidak ada apa yang berlaku. Aku je yang
fikir bukan – bukan kot?
Akhirnya, Rose
Raihanah terima juga suapan itu. Amirul Haikal koyak senyum. Sarinah pulak
besar mata melihat reaksi Hud Daniel. Bergerak – gerak rahang CEO muda itu.
Amboi! Marah sangat ni, mau digulainya si Rose dengan si sengal ni!
“Sedap kan?”
Amirul Haikal sudah tersengih – sengih senang hati.
“Hmm... boleh
tahan.”
“Nak lagi?”
“Eh! Cukup,
kek red velvet Rose ni pun...” Belum
pun habis patah ayat Rose Raihanah, mulutnya disuap sekali lagi dengan kek
keju. Tidak cukup dengan itu, selamba pula Amirul Haikal mencapai napkin
mengesat sisi bibir Rose Raihanah yang comot dengan krim.
“Comot.”
“Err... terima
kasih.” Sumpah! Rose Raihanah tidak sanggup melihat reaksi Hud Daniel. Khayalan
ataupun tidak, Rose Raihanah seolah – olah terasa dirinya naik rentung dek
panahan berapi mata Hud Daniel yang tidak lepas merenungnya tajam.
Sarinah tidak
lepas peluang mencuri pandang wajah Hud Daniel. Rautnya masih tenang, namun
bibir jelas diketap rapat. Tahan marah ni! Sorotan mata Hud Daniel sangat tajam
ke arah Rose Raihanah, boleh tertikam tubuh isterinya kalau begini. Berpeluh
ketiak berada dalam situasi sekarang. So
awkward!
Childish and amateur! Hariz Amrey menggerutu di dalam hati. Jengkel sebenarnya
dengan Amirul Haikal yang tak sudah – sudah berlagak romeo. Yang si Hud ni
pulak suami jenis apa entah! Kalau Rose ni isteri aku, dah selamat garpu
berkilat ni terbenam atas tangan jantan tu. Eh! Hariz Amrey kerut kening. Yang
aku ni kenapa? Kalau Rose isteri aku? What’s
with that thought Hariz?
####
Rose Raihanah
tersentak. Bunyi hon kereta yang membingitkan telinga menghalau pergi
lamunannya. Hud Daniel yang sedang memandu mendengus geram.
“Stupid driver!” Bentak Hud Daniel sambil menghentak stereng. Panas
hatinya dengan sikap pemandu kereta Ford
Ranger yang sudah memecut jauh di hadapan. Memotong tak bagi isyarat, dia
ingat jalan ni bapak dia punya?
Terkebil –
kebil mata Rose Raihanah memandang wajah tegang Hud Daniel. Cara dia hentak
stereng tu buat Rose Raihanah telan air liur. Mata sibuk beralih dari tangan
kekar Hud Daniel ke tangan sendiri. Bukan main jauh beza saiznya! Ni kalau dia
bagi penampar kat aku, silap – silap satu minggu makan bubur! Sarinah, ni semua
kau punya pasal! Salahkan Sarinah lagi, yang kau pun ikut aje cakap si Sarinah
tu pasal apa?
Suasana sepi
di dalam kereta Land Rover Range Rover
Sport SUV Hud Daniel buat Rose Raihanah semakin tertekan. Hanya terdengar
sayup – sayup bunyi radio yang berkumandang dengan lagu – lagu Inggeris. Diam
Hud Daniel yang langsung tidak menegurnya buat hatinya bertambah galau. Nampak
sangat Hud Daniel marahkan dia sebab melayan Amirul Haikal. Hailah! Rose
Raihanah, memang kau ni lembik. Baru dapat ‘silent
treatment’ dari encik suami, kau dah menggelabah! Ni konon nak pancing
cemburu dia?
Bergegas Rose
Raihanah memanjat tangga meninggalkan Hud Daniel yang masih berbual dengan
Engku Junaidah dan Datin Zara. Telinga dapat menangkap suara keras Engku
Junaidah memarahi cucu lelaki tunggalnya. Mesti pasal dia tiba – tiba hilangkan
diri dengan si Dark Witch itu. Padan
muka dia, marah dia Tok! Tegakkan keadilan untuk Rose ye? Eh! Kau ni pun Rose,
tak sedar diri dalam bahaya. Biarkan mereka anak beranak Rose, kau ada misi
yang lebih penting, misi mengalih perhatian encik suami dari peristiwa siang
tadi!
“Kau goda
dia!”
“Hah?”
“Kau goda dia
habis –habisan malam ni. Kau pakai nightgown
yang kita beli tu. Kau lumur badan kau dengan wangi – wangian! Biar dia dibius
dengan cinta dan kasih sayang kau! Aku doakan dia lupa apa kau dah buat siang
tadi!”
“Hah?”
“Kau ni asyik
hah, hah... The art of war, babe. A diversion.
Itu yang kita perlu buat! Alihkan perhatian dia dari hal – hal siang tadi,
untuk itu kau mesti goda dia habis – habisan, masa ni lah kau asah skill menggoda kau! Alah! Kau relax and chill, kacang aje ni.”
Wah! Bukan
main selamba Sarinah berhujah. Konon nak tenteramkan Rose Raihanah, siap quote
kata – kata Sun Tzu. Padahal, sebenarnya lebih kepada nak tenteramkan diri
sendiri! Dia pula yang berdebar – debar memikirkan apa agaknya Hud Daniel nak
buat dekat isteri muda merangkap kawan baiknya ini? Yalah, sejak dari Hotel
Pullman muka Hud Daniel macam nak cekik orang. Sah – sah yang bakal dicekik
Rose Raihanah lah! Alah! Memang betullah dia yang rancang semua ni, tapi, mana
nak tau si Amirul Haikal sengal tu sikit punya daring nak jual minyak urat kat si Rose ni.
Rose Raihanah
tepuk dahi di dinding jubin. Eh! Kurang asam punya kawan. Bukan main senang
Sarinah bercakap, yang nak buat tu semua aku! Ingat senang nak goda orang yang
kejung macam Hud Daniel? Kalau dia tergoda takpe jugak, kalau tak? Berapa keturunan
malu tak habis tu? Siapa nak jawab? Lagi haru kalau dia tuduh aku dah tak
betul, ada jugak yang kena humban dalam wad sakit jiwa. Rose Raihanah garu
kepala yang tidak gatal. Sudah lama mereka berdua ‘lepak’ di dalam tandas
wanita hotel ini. Karang tak pasal kena tuduh sistem penghadaman bermasalah!
####
Pintu bilik
dikuak dari luar. Hud Daniel melangkah masuk, langsung tidak mengendahkan si
isteri yang sedang tunak memerhatikannya dari meja solek. Masih berasap telinga
dengar ceramah daripada Engku Junaidah, marahkan dia kerana menghilangkan diri
begitu sahaja. Kaki dihayun masuk ke dalam bilik air.
Cepat – cepat
Rose Raihanah mencapai Bodyshop Japanese
Cherry Blossom Body Butter. Tangan ralit menyapu krim badan itu ke seluruh
tubuh. Gaun tidur bahagian luar dilucut dari tubuh. Hanya tinggal gaun tidur satin singkat,
berwarna merah, bertali halus dan berenda di dada. Sepadan gaun merah itu
menyaluti tubuh Rose Raihanah yang putih gebu.
Hati masih
berdetup – detap. Aduhai! Belum apa – apa muka sudah terasa panas. Malu. Tak
pernah – pernah buat kerja macam ni. Ni semua Sarinah punya pasal!
Bunyi tombol
pintu dipulas menyentak Rose Raihanah. Jari mencolek lagi krim badan, kali ini
tangan Rose Raihanah dengan gemalai melumas krim dari kaki ke pangkal paha.
Kaki yang terdedah sehingga ke pangkal paha sengaja disilang antara satu sama
lain. Nak bagi efek seksi. Yalah tu! Telinga menangkap bunyi pergerakan dari
belakang. Sengaja Rose Raihanah buat tidak tahu.
Fokus!
“Rose, abang
nak cakap sikit ni.” Mendatar saja nada Hud Daniel.
Merasakan Rose
Raihanah tidak ada tindak balas, Hud Daniel panggung kepala. Tercegat Hud
Daniel memerhatikan isterinya yang sedang asyik membelai – belai kakinya. Mata
enak menjamah belakang tubuh Rose Raihanah yang dibalut dengan gaun tidur yang
sungguh seksi! Tak sangka Rose Raihanah punya koleksi baju – baju tidur begini!
Tidak sedar
tangan sudah bersilang ke dada. Badan disandar di dinding putih. Bau haruman
yang terbit dari tubuh sang isteri menusuk ke rongga hidung. Lupa Hud Daniel
tentang rancangannya yang sudah dipateri dalam kepala sewaktu sedang mandi
tadi. Nak buat perhitungan dengan Rose Raihanah! Kalau ikutkan hati yang sedang
marah, tangan Amirul Haikal yang begitu berani menyentuh isterinya hendak saja
dia patahkan. Dia hendak bagi amaran keras pada Rose Raihanah, jangan berani
melayan lelaki lain! Malah, Hud Daniel tekad terfikir untuk memaksa Rose
berhenti saja kerja. Hari ini saja naik sengal biji mata dijamu dengan lagak
kedua orang manusia ini. Bukan main mesra lagi!
Tunggulah di
rumah, dia akan buat perhitungan dengan Rose Raihanah! Balik – balik pernyataan
itu diulang – ulang, sejak dari pejabat lagi. Sudah macam mantera, Hud Daniel
oi! Mana nak tahu sang isteri bermain dengan perasaannya dengan cara ini pula?
Marah yang beraja di hati entah hilang ke mana. Rindu pula datang menjelma.
Rasa teruja bermaharajalela!
Rose Raihanah
memusingkan badan mendongakkan kepala. Senyuman terlebih manis, seikhlas hati
dipersembahkan kepada suami yang kelihatan tercengang memerhatikan lagaknya. Yes! Berguna juga otak si Sarinah ni!
Nampaknya si kejung bakal ditawan?
“Abang?” Rose
Raihanah bangkit dari kerusi meja solek menuju ke arah Hud Daniel. Lenggangnya
sengaja dilembutkan, lebih gemalai. Hendak menghasilkan impak, kena buat kerja
sehabis ektrem!
Hud Daniel
meneguk air liur. Rongga dada terasa semakin sempit. Kalau dengan melihat
bahagian belakang Rose Raihanah saja sudah buat dia tercengang, kali ini Rose
Raihanah yang berhadapan dan sedang menuju ke arahnya berjaya buat dia rasa
kaku. Tiba – tiba saja peluh merecik – recik di dahi. Apahal dengan aku ni?
Belakang leher digosok perlahan.
“Abang okay?”
“Hmm... Tak...
Err... Ya! Eh? Tak!”
“Abang panggil
Rose tadi, kan? Kenapa bang?”
Apa kena
dengan aku ni? Aku tau apa yang tak kena... Mata mengintil jari jemari Rose
Raihanah yang sedang elok melekap di atas dada bidangnya. Rose Raihanah yang
sememangnya perasan dengan kekalutan Hud Daniel itu semakin ligat mengusik
perasaan sang suami.
“Err...
Err...” Kalut sungguh Hud Daniel saat ini. Meremang segala bulu roma melihat
aksi Rose Raihanah. Bukan tidak pernah digoda. Saffiya Safwa kalau menggoda,
besi pun boleh cair! Tapi, lain betul perasaannya bila Rose Raihanah yang
beraksi.
Kenapa, ya?
“Abang tak
rindu Rose ke? Lama abang tinggalkan Rose...” Rengek Rose Raihanah manja. Suara
sengaja dibiar meleret – leret. Hambik! Jangan ingat perempuan kampung tak
boleh jadi penggoda!
Okay!
Hud Daniel hela nafas panjang – panjang. Kali ini Hud Daniel memang betul –
betul sudah lupa tentang tujuan utama dia mogok bisu. Untuk malam ini, biarlah
dia menyerah kalah! Takpe, besok masih ada...
Pantas tangan
Hud Daniel menangkap kedua tangan Rose Raihanah yang semakin nakal menjelajah.
Hanya dengan sekali rentapan tubuh kecil itu terdorong ke hadapan. Terus saja
melekap ke tubuh Hud Daniel. Pinggang kecil Rose Raihanah diraih rapat ke dalam
dakapan Hud Daniel. Wajahnya dibenam ke leher Rose Raihanah. Kali ini, giliran
Rose Raihanah pula yang terdiam.
“Abang memang
rindu, rindu sangat... and let me show
you how much.”
Homai! Rose
Raihanah sudah tidak keruan. Sekelip mata tubuhnya dicempung oleh Hud Daniel.
Yang ingin menggoda sudah jadi tergoda! Sarinah ini semua kau punya pasal!
####
“Sayang...”
“Hah?” Sayang?
“Sayang pakai
krim badan apa ni?” Sayang lagi?
“Kenapa?”
“Wangi.”
“Bodyshop Japanese Cherry Blossom Body Butter.
Murah je, tapi, Rose memang suka bau dia.”
“Okay.” Mental note – besok ajak Rose Raihanah
beli krim ni banyak – banyak. Kalau boleh semua toiletteries pun mahu bau yang sama. Krim mandian, minyak wangi,
skrub badan...
“Sayang...”
Adeh... Orang
dah nak tidur kot? Rose Raihanah buka mata. Muka serius Hud Daniel ditatap
lama. Hud Daniel yang sedang baring mengiring menghadap si isteri, menongkat
kepala sambil merenung dalam wajah putih itu. Muka itu kali ini kelihatan agak
tegang. Janganlah...
Alamak! Tak
habis lagi ke? Janganlah dia tiba – tiba nak tanya soalan yang bukan – bukan,
soalan pasal siang tadi misalnya? Karang sia – sia aje aku berlagak macam
kucing siam tadi! Rose Raihanah jadi gelabah. Rasa sejuk yang mencengkam tubuh
dek penangan penghawa dingin yang dipasang oleh Hud Daniel kali ini gagal
menghentikan peluh yang mula merenik di dahi. Comforter yang menutup tubuh sehingga ke bahu dilorot ke pangkal
dada. Panas!
“Sayang!” Garau
suara Hud Daniel menyentak lamunan Rose Raihanah.
“Hah?” Soal
Rose Raihanah sedikit gugup.
Air muka Hud
Daniel kali ini berubah. Tampak lebih tenang. Mulut tersengih seketika.
“Sayang beli nightgown ni kat mana?”
Berlapis dahi
Rose Raihanah. Hilang rasa kantuk. Soalan apakah?
“Kenapa?”
“Cakap ajelah beli
kat mana?” Desak Hud Daniel tidak sabar.
“Errr... butik
La Senza.”
“Okay! Sok kita pegi beli lagi banyak –
banyak. Only this time I want you wear
something in black, lacey and lesser...” Leret Hud Daniel sambil tersengih
– sengih.
Rose Raihanah
hembus nafas lega. Ingatkan kenapa tadi... fuh! Eh? Rose Raihanah jongket
kening. Hud Daniel sudah mula merapatkan mukanya ke wajah Rose Raihanah. Tangan
sudah menjalar macam sotong. Huwaaa!!! Ni semua Sarinah punya pasal! Tak habis
– habis lagi kau salahkan Sarinah, Rose Raihanah, oiii!
No comments:
Post a Comment