Saffiya Safwa
ketawa berdekah – dekah. Nafas ditarik dalam. Mulut ini terasa seperti tidak
mahu berhenti hendak memuntahkan ketawa.
“Alahai! Tak
sangka segalanya akan menjadi begini mudah!” Tangan lincah mencari Iphone di dalam tas tangan, jari ligat
menekan punat telefon bimbit.
“Hello! Aku ni. Aku ada tugas untuk kau!
Aku nak kau selidik semua pasal sorang perempuan dari Finance Department, namanya Rose Raihanah.” Saffiya Safwa mencebik
geram. Sebut nama perempuan tak tahu malu itu pun sudah buat rasa menyampah
berlumba – lumba keluar dari badan!
“Aku nak kau
periksa, apa hubungannya dengan Amirul Haikal. Kau bagi aku laporan tiap – tiap
hari, faham?”
Hahaha...
rupanya hendak singkirkan perempuan kampung macam kau seribu kali lebih mudah
dari nenek sihir tua tu! Ada skandal rupanya? The best part is, skandal dengan Amirul Haikal pulak tu! Baguslah,
boleh kill two birds with one stone!
Aku pun dah lama menyampah dengan si Haikal tu! Selalu kacau plan aku! Bukan aku tak sedar, dia tu
bukannya suka sangat dengan aku sejak dari zaman kolej! Siap hasut Hud lupakan
aku lagi, huh! Kali ini peluang besar untuk aku singkirkan duri – duri dari
daging ini!
####
Telefon bimbit
di tangan di campak kasar ke atas meja. Tali leher dilonggarkan. Panas! Badan
dihempas ke kerusi pejabat yang empuk. Langit pejabat direnung dalam. Ya!
Allah, sakitnya hati tengok dua orang manusia tadi! Hud Daniel memejam mata,
cuba mengusir bayangan wajah Amirul Haikal dan Rose Raihanah.
“Kata tak
kenal rapat! Tapi, boleh pulak main pegang – pegang, kemudian berdiri dekat dan
rapat macam tu?” Hati mendongkol geram.
“Haih...” Hud
Daniel mengeluh lagi. Takkan baru beberapa minggu hubungan mereka jadi begitu
mesra? Apa yang berlaku sebenarnya?
Tok! Tok! Tok!
Terdengar bunyi ketukan, pintu pejabat dikuak dari luar.
“Oitt! Bro...”
“Panjang pulak
umur dia ni.” Gumam Hud Daniel perlahan tanpa sedar. Badan ditegakkan. Jengkel
pula hati melihat Amirul Haikal dengan gaya flamboyannya masuk ke dalam bilik
tersebut kemudian terus saja duduk di hadapannya.
“Kau tengah buat
apa?”
“Cuci kain.”
Selamba Hud Daniel menjawab. Soalan bodoh, jawapan mestilah bodoh! What do you expect? Jari – jemari terus
menekan – nekan aksara papan kekunci komputer riba. Berpura – pura sibuk. Sakit
hati masih lagi terasa. Yang paling menarik, salah satu punca penyakit dah ada di
depan mata!
Amirul Haikal
ketawa. Langsung tidak dapat mengesan rasa tidak puas hati sang sahabat.
Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar, tanpa menghiraukan Hud Daniel.
Tiba – tiba rindu pula dengan si pujaan hati. Ah! Nak ajak makan tengahari lah,
boleh lepas rindu!
+ Hai!
~ Hoi
Amirul Haikal
tersengih. Ini yang buat jatuh cinta berkali – kali! Rose Raihanah, yang
selamba dalam kalutnya, ayu dalam tegasnya, manis dalam dinginnya.
+ Tengah buat apa?
~ Tengah tak
tau buat pe, tepi mungkin buat bodoh
“Hahahah...
Rose, Rose... You’re so sweet!”
Hud Daniel
panggung kepala. Menggelegak darah! Apahal pulak sebut – sebut nama bini aku
ni? Haisy! Ini yang buat rasa nak mengamuk aje. Hud Daniel sudah seperti cacing
kepanasan. Telefon bimbit di tangan Amirul Haikal memberikan klu yang dia
inginkan. Dia orang tengah berbalas SMS
ke? Wah! Bertambah parah hati yang sudah sedia sakit.
“Eh! Don’t you have other things to do besides sitting
here and smiling at your phone?”
Amirul Haikal
jongket kening.
“Hah?”
“What makes you here in the first place? Do you want to
discuss anything with me?” Mendatar
saja suara Hud Daniel, cuba untuk mengawal perasaan sebenarnya.
“Alah! Apasal
tegang sangat ni, bro? Kau gaduh
dengan bini ke apa? Kau tak rindu aku ke berapa minggu tak jumpa? Heh! Dasar
kawan tak guna betul kau ni. Dah dapat seronok – seronok dengan bini, kawan
terus kau lupakan!” Amirul Haikal menarikan keningnya. Bibir masih lagi lebar
dengan sengihan.
Hud Daniel
mendengus. Badan disandarkan ke kerusi. Wajah Amirul Haikal direnung dalam.
Dahi dikerut berlapis – lapis. Hairan!
“What’s got into you actually?”
“Apa?”
“Why the sudden change?”
“Apa?”
“Oh! My God, one more ‘apa’ I’ll kick
your butt out of this office!” Hud Daniel menyambung kembali kerjanya.
Malas melayan karenah sahabatnya, makin menyakitkan hati pulak nanti!
Amirul Haikal
menjongket bahu. Mata dibawa kembali ke telefon bimbit di tangan. Gila apa
mamat ni, sentap memanjang! Sama je dengan perangai bini dia yang serupa nenek
lampir!
Sambung layan
si pujaan hati lagi bagus!
+ Bodoh boleh
dibuat ke? Apa bahan – bahannya?
Rose Raihanah
tepuk dahi. Mamat ni takde keje ke? Senang betul jadik bos ni eh? Boleh pulak
berSMS tengah waktu keje?
~ Awak takde
keje eh?
+ Sedang buat
keje lah ni...
~ Keje ape?
Main – main?
+ Mengeratkan
hubungan sesama manusia! Tapi, kalau dengan Rose main – main pun...
Jari berhenti
menaip. Otak ligat berpusing. Dagu diketuk – ketuk, sedang berfikir konon.
“Bro, fun dalam bahasa melayu ape eh?”
“Seronok.” Tanpa
angkat muka, Hud Daniel menjawab soalan dengan mendatar.
+ Mengeratkan
hubungan sesama manusia! Tapi, kalau dengan Rose main – main pun pasti seronok,
kan?
Rose Raihanah
cebik bibir.
~ Syarikat
bayar awak untuk buat keje tau? Nak makan gaji buta eh?
+ Bukan makan
gaji buta, sayang... Nak makan teng...
“Bro, lunch dalam bahasa melayu, macam
mana nak eja?”
Wah! Kalau
tsunami, sah kiraan dah sampai 9.0 skala richter! Berkepul – kepul asap keluar
dari lubang telingan dengan hidung Hud Daniel rasanya.
“What the fff... hmm...ehem!” Hud Daniel tarik nafas dalam – dalam. Tak pasal – pasal
rasa nak mencarut. Hilang macho aku,
huh!
“What’s with the sudden interest in linguistics?”
“Hahaha...
Sebenarnya.” Amirul Haikal tayang sengih lagi. Haisy! Sejak hubungan dengan si
pujaan hati makin baik, hati rasa macam dalam taman aje. Nak sengih memanjang!
“Sebenarnya
apa?” Desak Hud Daniel tidak sabar.
“Ada seseorang
cakap kat aku...”
‘memang betul Bahasa Inggeris tu penting, kalau tidak
takkan jadi bahasa kedua di Malaysia ni, tapi, janganlah sampai buang bahasa
ibunda kita! Geli tau telinga ni dengar orang sesama Melayu bercakap bahasa
luar! Jangan lupa, bahasa jiwa bangsa!’
Pergh! Siap
hafal lagi tiap perkataan tu? Begitu punya teruk tahap angau kau wahai Amirul
Haikal!
Hud Daniel
termangu – mangu. Tidak menyangka dapat melihat sisi lain Amirul Haikal. Wajah
yang ceria. Senyuman yang tidak lekang di bibir. He’s obviously happy because of something, or maybe... Someone?
“Siapa cakap
begitu kat kau?”
“Satu –
satunya, si pujaan hatiku, Rose Raihanah!”
Masa seolah –
olah berhenti. Suasana tiba – tiba bertukar hening. Sekurang – kurangnya hanya
di dalam diri Hud Daniel. Waktu ini, Hud Daniel sesungguhnya rasa bersyukur dia
masih dikurniakan akal yang masih waras. Kalau tidak, mahu saja dicekiknya
leher lelaki yang masih lagi asyik melayan angan di hadapannya ini! Kurang asam
betul, bini kawan baik sendiri pun mau disebat! Erk? Masalahnya, Haikal ni tak
tau pun si Rose tu bini aku?
Aduhai... Hud
Daniel mengeluh lagi. Lagi sakit hati melihat sengihan tak putus – putus dari
bibir Amirul Haikal. Hairan macam mana lah aku boleh tahan dengan perangai dia
ni, boleh pulak jadi kamceng? Belum datang sorang lagi yang sikapnya memang
memeningkan kepala. Macam biskut, sekejap ada, sekejap takde!
Tiba – tiba
sekali lagi, dengan sekali ketukan, pintu dikuak dari luar. Hud Daniel
mendengus lagi. Speaking of the devil!
####
Langkah gagah
yang dibuka, setanding dengan ego dan keyakinan terbias dari wajah jejaka
tampan ini. Senyuman nipis diberi kepada orang di sekeliling yang asyik
memerhatinya dari hujung rambut ke hujung kaki. Sudah terlalu biasa
diperhatikan begitu, tidak ada apa yang dihairankan lagi. Hariz Amrey
menyambung hayunan kaki dengan perlahan.
Jam Tag Heuer Silverstone chronograph di tangan di lirik sekilas,
berpura – pura tidak perasan kelibat kakitangan Synergy yang sedang mengintai
dari balik pintu pantri nun jauh di sana. Yang buat geli, melihat seorang
lelaki lembut yang tersengih meliuk lentok macam cacing. Mak aih! Meremang bulu
roma bila terasa mata tu merenungnya dalam – dalam. Kalau perempuan takpe lah
jugak, rasa diri ni memang dihargai, tapi, kalau spesis lembut ni, hai! Buat
rasa diri dinodai adalah!
“Amboi! Handsome sungguh, macam nak pengsan mak
tengok ni hah!” Si lembut Izz Basri, pembantu Amirul Haikal mula melentok –
lentokkan badannya.
Sarinah juling
mata ke atas. Allah! Si lembut ni, menggeletis macam agar – agar, nak saja aku
pelangkung kepalanya kat sini, biar ingat asal keturunan! Mulut menyambung
mengunggis biskut kering yang dicicah kopi. Sesungguhnya, breakfast awal pagi tadi memang tak cukup untuk perut Sarinah.
“Homai... bau perfume dia sampai sini noks! Pening
mak, dia pakai minyak senyonyong cap Chanel ke ape ni?” Sambung Izz Basri lagi.
Bukan main lagi promosi orang itu, macam kena upah aje!
Suasana di
pantri agak meriah, terutama di muka pintu. Sanggup kakitangan Synergy berasak
– asak di ruang sempit itu semata – mata untuk mencari kelibat ‘si handsome’ yang dikicau oleh Izz Basri.
“Aduhai!
Tengok biceps and triceps dia Izz, drooling okay! Dada bidang dia, perut
dia ooo... mesti six packs nih!
Huhai! Geram aje tangan aku nak menjalar kat six packs dia! Oh! My Mr. Six
Packs!” Teja Ratnasari, si penyambut tetamu pula menambah rencah. Kiri
kanan tangan mengibas – ngibas muka, konon hot!
“Yalah...
geram pulak aku tengok, kalau dapat baring kat dada bidang dia tu, wow! Seminggu aku berkampung atas katil
je dengan Mr. Six Packs, tak makan
pun takpe, cukup dapat ‘geget – geget’ those
six packs!”
Mak aih!
Buntang mata Sarinah. Anak perempuan Uncle Ramasamy, si Anindita tidak kurang
juga gatalnya. Bukan main lagi kakitangan Synergy ni rupanya, ingat semua sibuk
kerja saja, sibuk menggatal pun sama juga! Kurang seorang lagi, kalau si Hope
Chen ni buka mulut memang lengkap dah watak buat iklan kebangsaan. Masyarakat
majmuklah katakan!
“I kan, tak kisah sangat dengan six packs tu, tapi yang buat I tak lepas pandang dia punya very-the-sexy lips tu yang bikin I nak pengsan! Kalau dapat ‘cemolot’,
pergh! Bukan seminggu, satu bulan I
ikat dia kat pinggang tak bagi ke mana – mana, okay?” Hope Chen, si gadis tionghua akhirnya buka mulut juga.
Sarinah sudah
tidak dapat menahan sabar. Kopi dihirup pantas, lekas – lekas dia menyelit di
pintu pantri. Amboi! Cakap orang bukan main, kau pun dua kali lima, Sarinah!
Hamboih! Sarinah hampir terlopong. Memang betul kacak gila ni! Yang kacak dia,
yang gila orang melihat ni!
“Siapa
sebenarnya Mr. Six Packs tu? Korang
kenal ke?” Soal Sarinah sambil mengangguk – angguk kepala, tanda bersetuju
dengan pernyataan teman – teman sekerja. Mamat tu memang hot stuff! Lagi handsome
dari si mamat sengal tu, eh? Pesal pulak aku ingat mamat sengal tu?
“Mak dapat tau
dari Jennifer, PA Encik Hud, Mr. Six
Packs, Encik Haikal dengan Encik Hud tu member kamceng dari zaman kolej
noks! Pandai diorang pilih kawan kan noks? Semua tampan and segak gitu! Aku rasa baik diaorang tubuh aje Kelab Jejaka Hot Stuff, member dah ada tinggal pengurus je yang kene carik... tak lain tak
bukan aku ler tuh!”
“I second that! Dahlah kacak, kaya pulak
tu! Pakej lengkap lah katakan!” Hope Chen menambah pula.
“Buat aku
jeles je, perempuan manalah yang bertuah dapat cinta diorang tu kan?” Teja
Ratnasari pula ganti berangan. Kepala disandar di dinding, mata terkebil –
kebil merenung siling pantri.
Alahai!
Sarinah
jongket bahu. Kalaulah korang tahu yang sesungguhnya dua daripada ahli Kelab
Jejaka Hot Stuff korang tu dah
terikat ngan bff aku, hmm... maunya
korang hentak kepala masing – masing kat dinding pantri ni!
####
Hariz Amrey
tersengih lebar. Selamba saja dia masuk dan terus duduk di sofa empuk yang
disediakan di ruang pejabat Hud Daniel.
“What’s up bro? Jom lunch!” Serentak
Hud Daniel dan Amirul Haikal memandang Hariz Amrey.
“Kau ni bro, tenggelam timbul tenggelam
timbul... kau dari mana ni?” Soal Amirul Haikal, terus saja mengambil tempat di
hadapan Hariz Amrey.
“Sibuk sikit
lah. Baru nak start venture bussiness
kat Singapore, itu yang tenggelam timbul tu.” Jelas Hariz Amrey.
“Kata nak lunch, jom lah. Your treat Riz!” Hud Daniel sudah bersiap – siap menuju ke muka
pintu.
“No, problem!”
“Err... aku
ajak orang lain boleh?” Hariz Amrey dengan Hud Daniel bertukar pandang.
“Siapa?”
“Awek kat dari
finance department,” Hud Daniel sudah
mula tidak sedap hati. Jangan dia mengada – ngada nak ajak bini aku!
“Wah! Awek? Girlfriend ke bro?” Hariz Amrey menarikan keningnya sambil ketawa. Amirul Haikal
tersengih – sengih. Hariz Amrey menghabiskan sisa ketawanya dengan gelengan
kepala. Masak aku dengan mamat seekor ni, rambut dah hampir beruban lagak macam
budak remaja baru belajar nak jadi jantan!
“Ewww! Geli okay? Yang kau malu – malu ni kenapa?
Mengada – ngada macam teruna baru nak akil baligh!” Ujar Hariz Amrey lagi. Bahu
Amirul Haikal ditumbuk perlahan.
“Aku bukan
malu, seganlah!”
“Samalah tu!
Ajaklah, the more the merrier. Aku
nak jugak kenal awek mana yang mampu rantai kaki tangan kau tu!” Pancing Hariz
Amrey.
“Okay! Aku call dia dulu.” Cepat – cepat Amirul Haikal mengeluarkan telefon
bimbit. Nombor telefon Rose Raihanah didail. Berdebar – debar pula menunggu
pujaan hatinya menyambut panggilan.
Sementara Hud
Daniel sudah mula seperti cacing kepanasan. Dalam diam dia berdoa isterinya itu
menolak ajakan Amirul Haikal. Jangan Rose Raihanah buang tabiat nak ikut pulak,
memang cari nahas dengan aku lah tu!
“Hello! Rose, jom lunch sama!” Ceria saja nada Amirul Haikal, tak sedar Hariz Amrey
buat lagak mahu muntah.
“Alah! Dengan buddies saya, saya nak awak kenal –
kenal dengan dia, jomlah! Ajak Sarinah kalau awak segan sendiri... okay? Great! Kita jumpa kat main foyer.” Yes! Terubatlah rindu aku kat dia!
Bam!!!
Bunyi pintu
yang ditutup kasar menyentak angan Amirul Haikal dan Hariz Amrey.
“Apa kena si
Hud tu?” Amirul Haikal buat muka. Angin betul lah mamat sorang ni, dah macam
perempuan, moody aje memanjang!
Hariz Amrey
menggelengkan kepala. Senyum sinis disembunyikan daripada penglihatan
sahabatnya. This is getting very
interesting! Tak rugi aku datang sini, dapatlah tengok wayang percuma! Tak
sia – sia pasang telinga dengan bebelan Saffiya Safwa sampai rasa nak pijar
telinga.
Cerita cinta
tiga segi antara Hud Daniel, Amirul Haikal dan seorang wanita bernama Rose
Raihanah. Bertambah memuncak rasa ingin tahu Hariz Amrey. Teringin untuk
melihat wajah yang sudah mencuri hati dua orang sahabatnya itu. Si kejung Hud
dan si naif Haikal. Pergh! The excitement
is mounting! Sengih penuh makna tersungging lagi.
No comments:
Post a Comment